Thursday, May 7, 2009

Langit dan bumi

Sempena konsert di awan biru yang akan berlangsung di Stadium MBJB sabtu ni (09hb May)…aku nak bagi demam Search skit la….dari kaset ke cd – Langit Dan Bumi



Dalam banyak2 album Search..Langit Dan Bumi adalah album yang paling aku minat sekali..sebabnya mungkin kerana ketika album ini diterbitkan iaitu pada tahun 1986 tu adalah tahun2 di mana muzik rock tengah berkembang pesat kat Malaysia dan aku sendiri sedang menghadapi satu transformasi (macam AF7 pulak...hehe) dari seorang peminat tegar Duran Duran menjadi peminat tegar rock pula...berbanding dengan Cinta Buatan Malaysia...album ni lebih heavy...tu yang aku suka tu...manakala zaman Mentari Merah dan seterusnya tu aku dah start gila rock omputeh...tu yang pada aku...Langit dan Bumi lah yang paling dekat kat aku..




kaset yang ada dalam simpanan aku ni pun aku dah lupa tahun bila aku beli...kaset asal aku adalah kaset pirate thn 86 tu...ntah mana hilangnya ntah...manakala cd ni pulak aku beli beberapa tahun yg lepas...pun aku tak ingat bila...kalau belek2 sampul kaset dan cd ni...sama ajer...tak de beza sikit pun...Dua2nya takde tulis pun tahun bila di re-release kan semula...biasa la cd2 melayu ni...benda2 camgini dorang tak ambik peduli pun...janji boleh jual...



boleh kata semua lagu dalam ni aku suka dan aku hafal liriknya satu masa dulu...sekarang ingat2 lupa kot...tapi kalau kat konsert nanti Amy nak suh aku nyanyi sama2 rasanya memang tak de hal la...hehe...
tapi kalau ikut set list kat Seberang Jaya sabtu lepas cuma satu lagu je dari album ni dorang bawak iaitu Langit Dan Bumi...rasanya set list semua tempat sama kot...satu pun satu la...

Harap2nya tak der apa2 aral melintang la sabtu ni...line-up ori Langit dan Bumi ni...rugi pulak rasanya kalau tak pergi...dan harap2 dapat jumpa la geng2 blogger dan MT forum kat sana nanti..

Rock n Roll City...Here i come...yeah!

12 comments:

  1. Dapat tiket free ker??..ke beli prepaid celcom.....

    ReplyDelete
  2. tiket lum beli pun...nanti beli kat stadium je arr..ala..takkan la sold out pulak kan...hehe

    ReplyDelete
  3. Bro-tromber,

    Langit dan bumi...memang best.
    Tapi wa prefer Mentari Merah Di Ufuk Timur.

    lain orang lain selera..maybe ada orang suka "selepas banjir" hahaha..

    Konsert tak dapek pg... apa pun jangan lupa review konsert tu kat sini bro!

    ReplyDelete
  4. buah ati sibuk ajak gua pegi Persada tgk ekspo hari wesak ni...

    sen pulak cukup2 sampai ujung, hati tgh susah fikir game semalam...


    *gua rembat kaset langit dan bumi ni masa sekolah menengah dulu, kaset cikgu geografi gua dari dalam nissan sunny dia yg tak berkunci...

    ...sebab?
    sebab dia sudah report pengetua gua isap rokok. lagu apa yg gua suka?

    musnah, rozanna dan pasti...!

    ReplyDelete
  5. pesal yerk semban dorang tak buat.. kalo tak tak yah sesusah aku gi kat kl tu.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. fuh countdown sey..hahaha antara L&B & MMDUT..aku rasa gua tengah2..dua2 best giler. Langit & Bumi merupakan satu2nya lagu ciptaan Ramli Sarip dalam album2 Search. "Pada Satu Kedudukan & Mencari Sebuah Nama" pon rabak..killer album la kira. Lagu Pada Satu Kedudukan aku 1st time dgr live masa Konsert Rentak Serantau DiGi dulu..medley ngan Songsang..best. Harap setlist JB ada kejutan.

    ReplyDelete
  7. langit dan bunyi selalu juga lagi ni di bawa jamming heheheheh

    ReplyDelete
  8. Baru td gua sembang ngan abg gua pasal album ni. Sbb gua tak pernah jumpa CD album ni lg jual kat sini. Yg lain gua ada, cuma satu ni je gua dah lama cari. Gua pun tgh demam SEARCH ni. Tgh countdown gak ni bro. Huhuhu.

    Err..Duran Duran? Huhuhu. Hungry like the wolf.

    ReplyDelete
  9. I beg to differ...

    Cinta Buatan Malaysia lebih heavy dari LDB. LDB ni lebih rockish.

    Ni cakap pasal sound la.

    ReplyDelete
  10. portdy & muor76..
    rugi la lu org tak turun jb..kalau tak..boleh beramah mesra sambil lu org belanja gua roti prata...hehe..

    eddy..
    hiss...persada hari wesak?..lu kena layan tengok Adam AF & Stacy AF ker hari tu..
    tak per bro...buah hati punya pasal kadang2 kena korban...tapi Adam & Stacy?...iskh..iskh...haha

    matakucing...
    Pada Satu Kedudukan ni antara lagu wajib dedulu kalau dapat chance main keja kawin...walaupun vokal sure kelaut...haha..

    gua memang harap Search bawak lagu ni ngan Mencari Sebuah Nama...antara fav gua dlm LDB..

    ReplyDelete
  11. jairo...
    memang syok jamming lagu LDB ni...Ramli Sarip punya melodi memang lemak arr..

    takilala..
    yearh...final countdown...
    kat jb masih ada aku nampak cd ni..
    Duran Duran rulesssss!!!!..hehe

    abang ben..
    dari segi sound mungkin kot...tapi dari segi lagu memang kurang la...cinta pertama..jiwa jiwa luka...iskh..tak bleh blah la...haha...naper lagu2 camgini mesti Yan bukan Amy yang nyanyi ek...

    ReplyDelete
  12. kuno ni kaset... dah takde dah ni smua kaset2 Search dah.

    whatever it is pada aku line up ni ialah the real Search, pasal aku grow up zaman line up ni.
    Bila dah masuk Kid, zaman giler kat Search dah kureng sikit huhu.

    Peak minat aku ialah MMDUT punye kaset

    ReplyDelete