Monday, January 1, 2024

2024

SELAMAT TAHUN BARU 2024!

Sedikit imbasan tahun 2023...

Dari segi hobi…masih sama..masih membeli muzik secara fizikal. Tetapi kebelakangan ini agak jarang membeli vinyl. Harganya yang semakin melampau membuatkan lebih selektif dalam membuat pembelian. Tambah pula majoriti album yang nak di"piring"kan telah pun berjaya dimiliki. 

Tetapi untuk cd, masih cergas membeli. Untuk tahun 2023 ini sahaja kalau tak silap ada dalam lebih 30 keping cd baru terbitan tahun 2023 yang dibeli. Itu belum masuk pembelian cd-cd terbitan lama dan terpakai. 

Iyer lah...nak buat macamaner...Ianya adalah hobi...bukannya pekerjaan yang ada tempoh untuk bersara. 😅

Dari segi kehidupan. Tahun 2023 adalah tahun bertambahnya ahli keluarga dalam group whatsapp. Macam tak percaya dah bermenantu. Jiwa masih “18 & Life”… tetapi dengan rambut yang semakin memutih, maka tak hairanlah kalau sering di sapa sebagai "pak cik" di kedai makan. Kenalah sedar diri...eheehee..eheehee...(gelak Hail Amir 80an).

Semogga 2024 kita diberikan keimanan, kesihatan, kesejahteran dan menjadi insan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Insya Allah!


2 comments:

  1. Aku pun tak sangka hang dah ada anak yang dah berkahwin Berto. Ralat juga aku tak dapat turun je JB haritu. Ralat betul.

    Bab beli piring lagilah, 2023 ni rasanya paling kurang aku membeli. Terasa banyak betul komitmen hidup yang perlu diberi perhatian lebih.

    ReplyDelete
  2. aku sejak 2019 dah kurang sikit beli CD, setahun biasanya dalam 2-3 unit je, harga menjadi faktor utama... eBay pun dah lama aku tinggalkan

    sejak pindah rumah kos harian makin bertambah, mau tak mau terpaksa tarik dana perhobian untuk cover

    ReplyDelete