Tuesday, February 6, 2024

Gila Format - Bon Jovi

Yang menyambut ulangtahun ke 40 pada 21hb Januari yang lalu...

Bon Jovi - Bon Jovi (1984)

Sebenarnya ini adalah kali ketiga menulis tentang album ini. Kali pertama pada tahun 2009>SINI< dan keduanya 10 tahun yang (ulangtahun yang ke 30) >SINI<.

Tidak apa lagi yang nak diceritakan. Semuanya boleh dibaca pada 2 entri tersebut. Cuma yang berbezanya dalam tempoh 10 tahun tersebut album ini telah berjaya saya "gila format' kan. Cuma susunannya terbalik. Biasanya dari kaset beranak ke cd dan lp...tetapi kali ini dari cd menjadi lp dan akhir sekali kaset.

Sesuatu yang menarik menarik tentang album-album awal Bon Jovi adalah kerja gitar Richie Sambora. Ini adalah zamannya yang lagu-lagu Bon Jovi masih menonjolkan beliau sebagai seorang shredder.

Selain Slippery When Wet, album pertama Bon Jovi ini sememangnya mempunyai nosltagia yang tersendiri. Runaway kerana ianya adalah lagu pertama Bon Jovi yang saya dengar dan tahu. Manakala "She Dont Know Me" akan sentiasa mengingatkan saya kepada "crush" zaman sekolah yang tak kesampaian.


1 comment:

  1. aku dulu ada album kompilasi Bon Jovi (unofficial), hanya lagu Runaway sahaja daripada album ini... memang berbeza muziknya berbanding lagu-lagu album berikutnya

    ReplyDelete