Friday, November 20, 2020

Alias

 lagi kenangan zaman 90an...

Alias - Alias (1990)

Ada masanya bila tepu dengan lagu-lagu metal, muzik sebeginilah yang dapat menghiburkan hati. Album ini mengembalikan kenangan di awal tahun 90an. Ketika itu lagu "More Than Words Can Say" agak kerap berkumandang di radio berbahasa inggeris Singapura. Malah video clipnya juga selalu dimainkan di MTV Asia di TV5 Singapura.

Tetapi saya mengenali anggota band Alias ini lebih awal dari itu. Abang saya adalah pengemar muzik sebegini. Melalui beliaulah saya mengenali band-band yang di kategorikan sebagai AOR, atau hard rock atau arena rock atau melodic rock, soft rock, pop rock dan lain-lain gelaran yang seangkatan seperti Journey, Foreigner, REO Speedwagon dan lain-lain. Salah satu koleksi beliau dari genre sebegini adalah band dari Canada yang bernama Sheriff.

Penyanyi Alias, Freddy Curci dan pemain gitarnya Steve DeMarchi adalah berasal dari Sheriff. Ketika lagu Sheriff "When I'm with You" menjadi juara di Carta Billboard Hot 100 (1989), mereka telah pun berpecah. Kesan dari popularnya lagu tersebut, mereka berdua cuba untuk menghidupkan kembali Sheriff tetapi gagal. Hasilnya munculah Alias. 

Sebenarnya Alias bolehlah dianggap sebagai supergroup. Ianya adalah gabungan 2 anggota Sheriff bersama 3 anggota kumpulan Heart. Sebuah lagi kumpulan lagenda untuk genre yang sebegini. Hasilnya lahirlah sebuah album yang boleh dikatakan hebat. 10 lagu yang mantap. Memang sedap.

Selain "More Than Words Can Say", album ini juga menghasilkan lagu hit lain seperti "Waiting for Love" dan "Haunted Heart". Tetapi bukan itu sahaja lagu-lagu lain pun sedap. Rekomended untuk peminat AOR.



6 comments:

  1. suka juga dengar lagu2 berentak gini..

    ReplyDelete
  2. Have this album and 1992's follow up Never Say Never (only released in 2009).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Never heard of Never Say Never before...tak follow langsung pasal dorang selepas album ni

      Delete
  3. From first album search on eBay. Then baru research info bila jumpa album ni. Buat koleksi album 90s saja. Dengar sekali lalu. Ada satu dua lagu worth to hear.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer faham… cd dalam koleksi aku pun majoritinya sama… just simpan untuk koleksi… ada la main sekali dua…. Tu pun bertahun yang lalu…hahaha…

      Delete