Monday, June 19, 2023

Last Action Hero

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 8hb Jun yang lalu... (runut bunyi bukan cerita wayangnya)..

Last Action Hero: Music from the Original Motion Picture (1993)

Dah pernah tulis dah pasal ni 12 tahun yang lalu. Tetapi secara kebetulan, terjumpa pula cdnya di jual di Shopee.

Apa yang saya boleh ingat filemnya tak lah menarik sangat. Saya menontonnya di panggung. Lupa dah samada Rex atau Lido Johor Bahru kerana panggungnya bersebelahan. (Lama dah pupus 2 panggung ni. Sekarang kat situ dah jadi Zenith / Hotel Suasana). 

Memang teruja nak tengok. Maklum lah pada ketika itu nama Arnold Schwarzenegger sememangnya tengah popular. Filem beliau yang sebelumnya Terminator 2: Judgment Day (1991), memang filem pecah panggung. Sayangnya Last Action Hero sekadar ok ok sahajalah.

Tetapi yang paling diingati tentangnya adalah album soundtracknya. Jarang nak jumpa satu album soundtrack yang hampir keseluruhannya adalah lagu rock. Mungkin juga penangan populariti You Could Be Mine (Guns N' Roses) dalam soundtrack Terminator 2 atau sememangnya genre rock adalah genre utama di dunia pada ketika itu. Mungkinlah...


Kalau nak pilih satu lagu pilihan dari album ini sudah semestinya "Angry Again" dari Megadeth. Best!


4 comments:

  1. penghujung 90an dulu aku rajin kumpul VCD filem-filem AS ni, tapi aku ingat-ingat lupa jalan cerita filem ni... aku lebih ingat jalan cerita The Running Man

    ReplyDelete
  2. Def Leppard; 2 Steps Behind (Acoustic). Dah tak jumpa 'electric' gitar version.

    ReplyDelete