Sunday, November 15, 2026

Transcendence

Ulang tahun ke 38

Crimson Glory - Transcendence (14/11/1988)

Ini adalah contoh band yang underrated. Walaupun album ini bolehlah dianggap sebagai antara album terbaik untuk genre progressif power metal tetapi mereka agak kurang dikenali. Mereka selayaknya mendapat liputan mainstream yang lebih meluas.

Friday, November 13, 2026

Rebirth

Ulang tahun ke 25


 Angra - Rebirth (13/11/2001)

Walaupun tanpa Andre Matos, gandingan twin gitar harmonies Kiko Loureiro dan Rafael Bittencourt sudah cukup untuk menjadi penyebab kenapa saya sukakan album ini.

Edu Falaschi pun boleh tahan.

Thursday, November 12, 2026

Gila format - Angel Rat

Ulang tahun ke 35

Voivod - Angel Rat (12/11/1991)

Ada yang kata ianya terlalu pop oriented, lebih rock berbanding metal. Tapi bagi saya ianya antara album kegemaran. 

Voivod sememangnya bukan sebuah band yang senang hadam tetapi bagi saya ini adalah yang paling mudah dan ianya sedap. 

Wednesday, November 11, 2026

Night of the Stormrider

Ulang tahun ke 35

Iced Earth - Night of the Stormrider (11/11/1991)

Saya agak terlambat untuk mendengar Iced Earth. Tiada rakan disekeliling yang memiliki albumnya.

Bagi saya mereka adalah antara band yang sekali dengar terus jatuh suka. Ini adalah salah satu album terbaik dari mereka.

Tuesday, November 10, 2026

Morbid Visions

Ulang tahun ke 40

Sepultura - Morbid Visions (10/11/1986)

Muzik aggressifnya memang mengujakan. Sayang produksi soundnya kurang memuaskan. Tetapi seiring dengan peningkatan usia mereka menjadi lebih bagus dengan album-album selepasnya.

Bukanlah kegemaran tetapi ianya mempengaruhi selera muzik saya pada ketika itu. 

Monday, November 9, 2026

Nightfall

Ulang tahun ke 39

Candlemass- Nightfall (09/11/1987)

Saya bukanlah peminat tegar genre doom metal, tetapi ada beberapa band daripada genre ini yang saya minati. Candlemass adalah salah satu daripadanya. Malah, saya mula mengenali perkataan doom metal itu sendiri melalui pembacaan sebuah artikel di Metal Hammer mengenai mereka. 

Walaupun saya lebih menyukai album pertama mereka, album yang ini juga tidak kurang hebatnya.


Sunday, November 8, 2026

Death or Glory

Ulang tahun ke 37

Running Wild - Death or Glory (08/11/1989)

Dengan “Death or Glory”, Running Wild telah mencapai kemuncak kebolehan mereka dengan menghasilkan album-album cemerlang secara berturut-turut. 

Bagi saya ini adalah antara yang terbaik, bukan sahaja untuk mereka tetapi untuk genre power metal secara amnya. Mereka menggabungkan tema lanun bersama muzik power metal dengan sangat cemerlang.