Showing posts with label Therion. Show all posts
Showing posts with label Therion. Show all posts

Wednesday, March 22, 2023

Leviathan II

Album pilihan 2022

Therion - Leviathan II (2022)

Lagi sebuah band yang lama dah ditinggalkan. Kali terakhir mendengar mereka secara betul adalah album Secret of the Runes (2001). Manakala kali terakhir membeli cd mereka adalah album kompilasi Atlantis Lucid Dreaming (2005).

Percubaan di spotify dan membaca ulasan di media sosial menyebabkan terjebak membeli. Sebenarnya ini adalah album trilogy. Ini adalah yang kedua. Yang pertama pada tahun 2021 manakala yang ketiga dijangkakan pada penghujung tahun ini.

Sebenarnya bukan sahaja Therion, tetapi boleh dikatakan hampir kesemua muzik bergenre symphonic metal ini agak lama saya tinggalkan. Mungkin itu salah satu penyebab kenapa kali ini agak mudah jatuh suka. Terlampau banyak menjadi tepu. Tetapi bila sesekali dengar rasa ketagih.

Lagipun memang susah untuk tidak sukakan Therion jika selera anda adalah genre yang sebegini. Mereka sememangnya sebuah band symphonic power metal yang cukup gah dari segi susunan muziknya. Memang "grand". Produksinya pun memang berkualiti. Mungkin ada sedikit elemen melankolik dan gelap tetapi ianya sangat melodic dan sedap. 

Tak pasti telinga orang lain. Tetapi bagi telinga saya yang jarang-jarang mendengar genre sebegini, Leviathan II  sememangnya menghiburkan. Nampaknya kenalah mencari Leviathan yang pertama pula selepas ini...


Thursday, May 31, 2018

Vovin

Yang menyambut ulang tahun ke 20 pada 4hb Mei yang lalu...


Therion - Vovin (1998)


Asalnya tak ambil tahu sangat perihal Therion. Ingatkan mereka band black metal. Maklumlah, saya agak kurang mendengar muzik Black Metal.

Lagu pertama mereka yang di dengar adalah lagu cover Loudness – Crazy Nights. Dari situ terus rasa nak ambil tahu. Tambahan pula vokalis undangannya adalah Ralf Scheepers. Minat vocal beliau sejak zaman Gamma Ray. Kemudiannya mula menjejaki album-album mereka yang lainnya.

Mereka asalnya adalah band death metal. Tetapi untuk Vovin, tiada lagi acuan death metal. Lagu-lagu mereka kini dipenuhi dengan bunyian orchestra dan vocal secara choir. Genre yang lebih dikenali sebagai symphonic metal. Tetapi rasanya banyak juga pengaruh gothic di dalamnya.


Muzik sebegini tak ramai yang boleh hadam. Ada ketikanya memang menarik. Sedap. Tetapi dalam masa yang lainnya, agak membosankan juga. Terutamanya pengaruh gothic yang menyebabkan ianya sedikit meleret.

Lagu-lagu sebegini bagi saya hanyalah untuk di dengar sekali sekala. "The Rise of Sodom and Gomorrah" memang sedap. Ada 2, 3 lagi lagu yang sedap. Tetapi lagu-lagu lainnya memang cepat membuatkan rasa bosan terutamanya kalau nak di dengar selalu.


*sedang cuba mendapatkan album2 zaman death metal mereka






Monday, September 7, 2015

Atlantis Lucid Dreaming

Yang 10 tahun semalam...


Therion - Atlantis Lucid Dreaming (2005)

Ketika era Y2K yang lalu, saya agak kemaruk dengan muzik power dan symphonic metal. Antara band yang berjaya menambat hati saya adalah band yang berasal dari Sweden, Therion. Mereka bermula dengan death metal tetapi kemudiannya berubah menjadi sebuah band berkonsepkan avantgarde symphony / orchestral / operatic metal. (definasi yang diberikan sendiri oleh pengasas dan tulang belakang Therion - Christofer Johnsson)

Berbelit bunyinya. Tetapi secara mudahnya muzik mereka adalah gabungan muzik metal yang diorkestrakan dengan suara-suara choir soprano, alto dan sebagainya. Mereka adalah antara pelopor muzik yang sebegini. Atlantis Lucid Dreaming sebenarnya adalah album kompilasi yang dikompilasikan.

Lagi sekali berbelit bunyinya. Senang cerita album ini sebenarnya mengandungi 2 album kompilasi Therion iaitu A'arab Zaraq Lucid Dreaming (1997) dan Crowning Of Atlantis (1999) yang digabungkan menjadi satu. Nak dikatakan benar-benar album kompilasi pun sebenarnya tidak tepat juga. Kedua-dua album ini sebenarnya mengandungi lagu-lagu unrealeased dan alternate track, cover dan live recording dari mereka.


Yang menjadi kenangan kepada saya adalah kaset Crowning of Atlantis. Kerana ianya adalah album Therion pertama saya. Selain lagu-lagu seperti The Crowning of Atlantis, Mark Of Cain dan Clavicula Nox yang memikat saya untuk mengenali mereka dengan lebih mendalam. Saya juga tertarik dengan lagu cover "Crazy Nights - Loudness" dan "Thor - Manowar" yang kedua-duanya dinyanyikan oleh Ralf Scheepers (Gamma Ray, Primal Fear). Tetapi yang paling menarik perhatian saya adalah lagu cover "Seawinds". Pada saya ianya jauh lebih bagus dari versi asal kumpulan Accept. Tambahan bila mereka mengunakan suara wanita sebagai vokal. Tiba-tiba saya jadi minat pada lagu ini walaupun asalnya tidak.


Manakala A'arab Zaraq Lucid Dreaming pula adalah kaset ke 2 saya. Kemudiannya baru saya megenali album-album sebenar mereka seperti Theli, Vovin dan Deggial. Sudah semestinya yang menarik minat saya adalah lagu cover "Children of the Damned - Iron Maiden". Sayangnya lagu ini tidak terdapat dalam cd Atlantis Lucid Dreaming. Beberapa lagu lain juga dipotong. Tak muat kot kalau nak letak semua lagu dalam single disc.

Tetapi "Fly To The Rainbow - Scorpions" (memang best Therion cover lagu ni. Ohsem!), "Under The Jolly Roger - Running Wild" (pun sebuah lagi cover yang cukup best) dan "Here Comes The Tears -Judas Priest" masih dikekalkan. Kalau lagu asal mereka pula saya pilih "In Remembrance". Ini memang klasik lagu mid tempo mereka.


Pada saya Christofer Johnsson memang sangat talented. Therion bolehlah dikatakan sebagai band projek beliau. Dari producer, composer, vocals, lead & rhythm guitars, keyboards, orchestral arrangements dan lain-lain lagi kesemuanya adalah hasil kerja beliau. Tanpa beliau tak ujud Therion.

Saya ada terbaca ada yang mengatakan beliau bersama-sama Ihsahn, Quorthon dan Mikael Ã…kerfeldt adalah antara indivudu yang cukup berbakat dalam dunia extreme metal. Saya setuju.