Showing posts with label Guns N Roses. Show all posts
Showing posts with label Guns N Roses. Show all posts

Monday, November 24, 2025

The Spaghetti Incident

Remembering my youth - 32nd anniversary

Guns N' Roses - The Spaghetti Incident (23/11/1993)

Kalau ikut tarikh yang saya tulis di kaset, ianya di beli pada hari ianya diterbitkan. Apa yang saya ingat masa beli tu dapat poster besar. Lama juga tertampal di bilik saya di kampung sehinggalah bilik itu berpindah milik kepada adik. 

Album ini banyak mengenalkan saya kepada band-band punk yang mereka cover. Menarik!

Harap suatu hari ianya akan dikeluarkan semula dalam bentuk piring.


Sunday, February 23, 2025

It's Five O'Clock Somewhere

Sempena ulangtahun yang ke 30 pada 14hb Februari yang lalu...

Slash's Snakepit - It's Five O'Clock Somewhere (1995)

Slash memilih bluesy hard rock / rock n roll untuk album solo beliau. Ianya berbeza dari muzik Guns N Roses yang kita kenali. Saya kurang berkenan dan tiada juga lagu yang melekat. 

Seorang gitaris yang hebat tak semestinya boleh juga menghasilkan lagu yang hebat. Saya tertarik dengan kata-kata seorang rakan yang Slash kalau di Malaysia umpama Kid dan Nordin Search. Tanpa band mereka tidak kemana.

Percubaan mendengarnya selepas 30 tahun pun masih tidak berjaya menangkap. Saya meletakkan album ini paling bawah diantara album-album solo band member GnR selepas album Duff McKagan - Believe in Me, Gilby Clarke - Pawnshop Guitars dan Izzy Stradlin and the Ju Ju Hounds.


Wednesday, May 31, 2023

44 hari di tahun 1991

Di awal 90an dulu pastinya kaset-kaset ini pernah kita beli, pinjam, dengar atau sekurang-kurangnya nampak di kedai. Yang menarik kesemuanya diterbitkan dalam tempoh 44 hari dari 12/08/1991 hingga 24/09/1991. Dan kesemuanya membawa pengaruh besar di dalam muzik era 90an.

Tetapi posting ini sebenarnya bukanlah nak cerita pasal tu sangat....tetapi ini hanyalah sekadar bertujuan untuk tujuan riak kasetwi...hahaha....😁


Metallica – Metallica, 12/08/1991

Pearl Jam – Ten, 27/08/1991

Guns N’ Roses – Use Your Illusion I, 17/09/1991

Guns N’ Roses – Use Your Illusion II, 17/09/1991 

Red Hot Chilli Peppers – Blood Sugar Sex Magik, 24/09/1991

Soundgarden – Badmotorfinger, 24/09/1991 

Nirvana – Nevermind, 24/09/1991 



Monday, December 20, 2021

Gila Format - Lies

 Lagi antara yang berjaya di "gila format"kan...

Guns N' Roses - Lies (1988)

Paling diingati tentang "Lies" adalah zaman selepas peperiksaan SPM. Ada seorang rakan sekelas yang tak pernah tau pun dia adalah peminat rock sebelumnya. Orangnya lebih "nerd" dari saya...haha.. Memang jenis budak baik, mat study, berkacamata tebal dan pandai orangnya. Berbaju kemas dan tidak berseluar fit dan tidak juga berkasut hi-cut. Tak pernah ponteng, melepak atau bercampur dengan rakan-rakan pergi jamming. Tetapi kalau tengok sekarang, dialah satu-satunya rakan yang masih berambut panjang dan berpakaian rugged...haha..

Berbalik kepada cerita penghujung tahun 1988 atau awal 1989 tersebut. Beliau dengan tidak semena-mena datang ke rumah saya dengan membawa kaset GnR - Lies dan Anthrax - State of Euphoria untuk di dengar bersama. Bermula dari situ kami mula agak rapat dalam hal pinjam meminjam kaset dan saya baru tahu yang dia adalah seorang peminat rock dan peminat tegar Iron Maiden. Tidak lama kemudian, beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke PPP-ITM (A levels) dan saya ke Segamat menyebabkan kami akhirnya terputus hubungan bertahun lamanya.

Tetapi pada ketika itu kami bersetuju yang kami berdua lebih menyukai G Side 1986 kerana lagu-lagunya lebih rocking berbanding R Side 1988 yang lebih kepada akustik. Saya tidak ingat samada pernah membeli kasetnya. Tetapi beberapa tahun lepas ketika mengemas rumah di kampung, saya menjumpai kaset ini dengan tandatangan saya di inlaynya. 

Versi cd pula di beli ketika saya bekerja di Kuala Lumpur di antara tahun 1996 hingga 1998. Beli dimana pun dah tak ingat. Tetapi pastinya antara Tower Records KL Plaza ataupun Salem Power Station Ampang Points. 2 tempat yang paling banyak duit gaji hangus di situ.

Versi piring hitam pula pada awal tahun ini. Kirim beli dengan kenalan FB di Jepun melalui Eddie Jamal. Memang jahanam lah duit gaji bila ada kenalan seperti ini...hahaha... Apa-apa pun terimakasih kepada Eddie yang membelikannya untuk saya.


Saturday, August 7, 2021

Gila Format - Use Your Illusion II

Sebuah lagi album yang berjaya di"gila format"kan...

Guns N' Roses - Use Your Illusion II (1991)

Album yang mengimbau kenangan zaman remaja. Mengikut catatan di kaset, ianya dibeli pada 26hh September, 1991. Iaitu 9 hari selepas ianya berada di pasaran (17hb September, 1991). Di beli di sebuah kedai kaset di Segamat (ketika itu sedang menuntut di ITM Segamat).

Agak berbelah bagi awalnya untuk membeli yang mana terlebih dahulu. Maklumlah ianya dikeluarkan serentak bersama Use Your Illusion I. Sebagai seorang yang berstatus pelajar memang rasa tak mampu untuk membeli kedua-duanya (walaupun harga kaset pada ketika itu hanyalah RM13.50. Akhirnya memilih UYI II terlebih dahulu kerana ada khabar-khabar angin di surat khabar yang mengatakan berkemungkinan ianya akan di haramkan di Malaysia kerana lirik menyumpah / lucah pada lagu "Get In The Ring".

*untuk rekod, kaset UYI I dibeli tak sampai 2 minggu selepas itu (7hb Oktober, 1991)


Versi cd pula dibeli pada 21hb December 1995. Zaman masih rajin mencatat tarikh beli. Tapi dah tak ingat beli di mana. Mungkin juga Tower Records kerana kalau tak silap pada ketika itu sedang bekerja di Kuala Lumpur.

Album ini ada beberapa lagu yang banyak kenangannya. "So Fine" adalah salah satunya darinya. Ianya pernah di abadikan di dalam salah satu entri di blog ini pada suatu ketika dahulu >SINI<

Dulu ketika membaca lirik lagu "Estranged", pada ayat "Old at heart but I'm only twenty eight", rasa jauh lagi nak sampai usia tersebut... tetapi rupa-rupanya tak perasan pun betapa cepatnya masa berlalu... umur 28 tu dah 22 tahun berlalu...😊


Sunday, February 21, 2021

Gila Format - Appetite for Destruction

 Lagi yang berjaya di gila formatkan.

Guns N' Roses - Appetite for Destruction (1987)

Pernah cerita pasal album ini suatu masa dahulu >SINI<

Kedua-dua versi kaset dan vinyl sebenarnya hanya baru dimiliki pada tahun yang lalu. Dulunya hanya sekadar kaset dubbing pinjam dari kawan.

Versi cd pula dah lupa dari mana dan bila ianya dibeli. 

Yang menarik atau mungkin agak "rare" untuk versi cd ini adalah covernya yang terbalik. Gambar tengkorak bersalib terletak di bahagian dalam cover. Ianya bukanlah cd made in Malaysia tetapi cd import. Mungkin juga versi ini adalah untuk pasaran negara-negara Islam atau negara yang sensitif dengan gambar tengkorak bersalib.

Macam biasalah, mana-mana album yang diminati ditambah pula yang banyak kenangan mengenainya memang akan cuba di gila formatkan… (hobi jahanam ni ...hahaha)

Akan datang yang akan menyusul… G N' R Lies dan Use Your Illusion 2.



Wednesday, July 15, 2020

Speedy's Coming

Bukan pasal Scorpions. Tapi nak cerita tentang kedai Speedy yang buat jualan diskaun sempena nak tutup. Bukanlah pelanggan tetap mereka. Dulu-dulu rajin la juga pergi. Tetapi sejak-sejak Speedy ni lebih banyak jual dvd berbanding cd, memang tak rajin dah. Tambah pula kebelakangan ni banyak cd cina dan korea jer pun dorang jual. Memang dah tak kumpul movie sejak pupusnya zaman vcd. Makanya memang jarang dah singgah Speedy.

Tapi diskaun punya pasal, singgah la juga Speedy di Mid Valley SouthKey. Yang kaki movie rasanya memang berbaloi. Ada yang 10 keping dvd = RM10, ada yang 7 = RM35. Yang cerita-cerita series memang hampir nak terbeli juga. Memang murah. Dah pegang-pegang Northern Exposure, tapi disebabkan tak ada S01 dan S02 tak jadi beli. Tapi bila balik rumah rasa nyesal pulak tak beli...hahaha...


Cd memang tak ada yang best. Tapi dari pulang dengan tangan kosong beli juga lah box set cd pirate made in china dengan harga promosi 2 keping = RM30.


Bon Jovi memang pasal tak ada lagi cd ini dalam simpanan manakala Guns N' Roses pula pasal semata-mata nampak cantik covernya.


Kotak cantik. Cdnya pun cantik ala-ala piring hitam. Tapi bab inlay memang memang hampeh. Ntah awek cina mana la dah masuk ganti Axl Rose dan Slash...kah kah kah...



Wednesday, December 19, 2018

Big Bad Wolf KL 2018 MIECC The Mines

Kebetulan berada di Kuala Lumpur minggu lepas. Sempat juga untuk berbig bad wolf.


Masa terhad. Memang terus menuju ke bahagian muzik. Sayangnya bahagian muzik kali ini agak kurang menarik. Adalah juga beberapa buah buku yang berkenan.


Jumlah kemusnahan = RM44.00. Yang masih bersampul plastik tu ntah bila agaknya nak bukak. Yang sedia ada dalam gerobok pun masih ada yang belum berbukak...kahhhhh...




Friday, July 21, 2017

Appetite for Destruction

Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada hari ini, 21hb Julai...


Guns N Roses - Appetite for Destruction (1987)

Siapa-siapa yang ikut blog ni dari awal pastinya tahu yang saya peminat Guns N Roses. Malah 2 daripada 4 entri awal (tahun 2008) adalah berkenaan Guns N Roses. Dan inilah album yang mengenalkan saya kepada mereka. Dan ianya juga adalah salah satu album kegemaran sepanjang zaman untuk saya. Tak sangka dah 30 tahun. Memang terasa tua dah...


Kenal secara tak sengaja. Tahun 1988, pinjam kaset rakan sekolah. Asalnya pinjam kaset Poison - Look What The Cat Dragged In untuk dubbing. Tapi beliau cadangkan juga yang ini. Sekali dengar terus berkenan. Ianya lebih berat dari band-band glam/hair metal yang banyak saya dengar dan ianya juga berbeza dengan band-band thrash metal yang baru saya kenal pada ketika itu. Muzik yang segar dan lain dari yang lain. Serta merta menjadi album kegemaran dan seterusnya adalah sejarah....


Paling menarik pada ketika itu nama GNR tidak dikenali pun. Seingat saya pada penghujung tahun 88 baru nama mereka meletup-letup. Hebat juga rakan saya tu. Dia lebih dulu kenal GNR sebelum mereka boom di US. Beliau jugalah orang yang mengenalkan saya kepada Metallica. Satu satunya yang berseluar bell bottom di sekolah.

Terjumpa beliau di Facebook beberapa tahun yang lepas. Beliau sudah berubah. Lama dah meninggalkan muzik dan metal. Hanya saya yang tak berubah. Tak tahu nak jadi apa...tapi rock/metal bukanlah suatu kerjaya...mana ada pencennya...hanya rock sampai tua....haha...



Tuesday, April 14, 2015

It's Five O'Clock Somewhere

Yang menyambut ulangtahun ke 20 pada 14hb Februari yang lalu...


Slash's Snakepit -   It's Five O'Clock Somewhere (1995)

Selepas Izzy Stradlin And The Ju Ju Hounds (1992)Duff McKagan - Believe in Me (1993) dan Gilby Clarke - Pawnshop Guitars (1994), kini seorang lagi bekas anggota Guns N Roses menghasilkan album solo.

Dengan reputasi Slash, saya sememangnya menaruh harapan yang tinggi. Sayangnya album ini sedikit mengecewakan. Mungkin pemuja Slash tidak akan bersetuju. Tetapi sebagai peminat Guns N Roses, secara jujurnya album ini membuktikan yang Slash cukup hebat sebagai seorang shredder dan gitar hero tetapi beliau bukanlah seorang komposer yang hebat.

Lagunya ok. Tetapi jenis lepas dengar tiada satu pun lagu yang betul-betul boleh melekat di kepala. Sememangnya dalam Guns N Roses, Izzy, Axl dan Duff adalah penyumbang utama dalam penciptaan lagu-lagu hits dan klasik GNR.


Slash memilih untuk konsep album berkumpulan bukannya album gitar solo. Makanya album ini bukanlah hanya kerana solo beliau semata-mata. Band members pun boleh tahan. Gilby Clarke, Matt Sorum dan Dizzy Reed dari Guns N Roses. Sementara bass adalah Mike Inez dari Alice In Chains. Cuma vokalisnya Eric Dover tidak dikenali tetapi suaranya memang boleh tahan bagus.

Hard rock dengan sedikit elemen blues dan funk. Hanya sesuai untuk peminat Slash dan mungkin juga Gun N Roses.






Tuesday, April 29, 2014

Pawnshop Guitars

Salah satu album kegemaran dari 20 tahun yang lalu...


Gilby Clarke - Pawnshop Guitars (1994)

Rasanya tak ramai yang kenal Gilby Clarke. Tetapi jangka masa beliau yang sekejap sebagai pengganti Izzy Stradlin dalam Guns N' Roses sudah cukup untuk beliau diberikan kepercayaan  untuk menghasilkan album solo.

Terus terang saya adalah fanboy Guns N' Roses. Saya peminat tegar Izzy Stradlin. Tetapi apa yang dihasilkan dalam album solo beliau ini pada saya lebih menarik dari Izzy Stradlin and the Ju Ju Hounds. Malah ianya adalah album solo bekas anggota GNR yang paling saya suka. Lebih best dari Believe in Me -Duf McKagan atau  It's Five O'Clock Somewhere dari Slash's Snakepit.

Nampaknya arah muzik beliau sama seperti Izzy. Kedua-dua mereka condong ke arah rock n roll ala Rolling Stones. Berbanding dengan Slash, ternyata beliau lebih berkebolehan dalam mencipta lagu-lagu yang sedap. Sayangnya tahun 1994 bukanlah tahun untuk irama "rock n roll supposed to be fun". Dunia mainstream ketika itu lebih kepada muzik depressed dan moody. Pawnshop Guitars gagal untuk mendapat perhatian.


Pada saya semua lagunya best. Semua lagu saya suka. Tetapi yang paling suka adalah "Johanna's Chopper", "Let's Get Lost" dan "Cure Me... Or Kill Me...". Lagu cover The Rolling Stones, "Dead Flowers" pun sedap.

Slash, Duff McKagan, Matt Sorum, Dizzy Reed malah Axl Rose sendiri pun terlibat dalam beberapa buah lagu. Rob Affuso (Skid Row) juga. Mungkin tak semua peminat tegar GNR akan suka. Tetapi jika anda sukakan melodic hard rock...atau rock n roll yang happy...Ini memang patut anda cuba...

Bak kata The Roling Stones dan Twisted Sister..It's only rock 'n roll...but i like it!.....





Thursday, November 28, 2013

Believe in Me

Ini khas untuk "kipas susah nak mati" GNR seperti saya. Album yang dah menyambut ulangtahun ke 20.


Duff McKagan - Believe in Me (1993)

Dalam GNR saya menyukai Izzy Stradlin. Tetapi jika hendak bercerita tentang album-album solo ahli GNR, Believe in Me dari Duff Mckagan adalah pilihan utama.

Believe in Me diterbitkan ketika beliau masih dalam GNR. Konsepnya lebih kepada punk rock. Maka dah boleh agaklah darimana datangnya pengaruh punk dalam GNR terutamanya dalam album "The Spaghetti Incident?". Beliau sememangnya berbakat. Boleh mencipta lagu, menulis lirik, menerbit, menyanyi malah bermain semua alat muzik. Bakat nyanyiannya dah boleh kita dengar dalam lagu "So Fine" dari "Use Your Illusion II". Lagu kegemaran saya dan dah pernah buat entri pun pasalnya dulu. >SINI<.


Antara yang mejadi penyumbang dalam ini adalah Slash. Solo untuk lagu  "Believe in Me" dan "Just Not There". Walaupun ada juga lagu-lagu lain yang band member GNR terlibat macam Gilby Clarke "10 Years", Matt Sorum "(F@*ked Up) Beyond Belief" dan Dizzy Reed "Could It Be You" tetapi tak berbunyi seperti GNR langsung. Tetapi yang Slash menyolo memang dah macam GNR dah. Mungkin pasal sound gitar Slash tu dah sinonim sangat dengan GNR.

Tapi solo yang paling saya suka adalah solo Jeff Beck dalam lagu "(F@*ked Up) Beyond Belief". Memang sedap. Dia pun turut meyumbang solo dalam lagu "Swamp Song". Lain-lain bintang yang terlibat adalah Lenny Kravitz vokal untuk lagu "The Majority" dan band member dari Skid RowSebastian Bach vokal untuk "Trouble" manakala Dave "The Snake" Sabo gitar untuk "Trouble" dan "Lonely Tonite". Rob Affuso pula drums untuk "Swamp Song" and "F@*k You".


Kalau anda sukakan lagu punk sempoi atau lagu2 ala "So Fine", album "Believe In Me" pasti memuaskan hati. Tak perlu jadi peminat GNR untuk suka kerana sememangnya ia tak sama seperti GNR. Best!




Friday, November 1, 2013

"The Spaghetti Incident?"

Yang dah 20 tahun...


Guns N' Roses - "The Spaghetti Incident?" (1993)

Guns N' Roses main punk? Itulah sebenarnya yang ada di dalam album "The Spaghetti Incident?". Majoriti lagu-lagunya adalah cover version dari band-band punk seperti The Damned, U.K. Subs, New York Dolls, The Stooges, Misfits, Sex Pistols dan lain-lain.

Bagi peminat rock/heavy metal yang tak berapa minat muzik punk macam saya, "The Spaghetti Incident?" bukanlah kegemaran walaupun saya sememangnya die hard GNR. Satu yang menariknya, "The Spaghetti Incident?" mengembalikan sound raw GNR ke era Appetite for Destruction.


Separuh dari lagu-lagunya dirakamkan bersama Izzy Stradlin semasa seisi rakaman album Use Your Illusion. Asalnya untuk dimuatkan ke dalam album tersebut. Tetapi bila mereka membuat keputusan untuk menerbitkan lagu-lagu ini dalam satu album khusus yang lain. Bahagian gitar Izzy telah digantikan dengan Gilby Clarke. Rasanya tak banyak perubahan kot. Stail Gilby memang tak lari jauh dari Izzy.

Dulu masa beli kaset dapat poster gambar ni dan tampal kat bilik masa kat kampung...tapi dah kena buang bila orang tua buat make-over bilik tu... 

Highlight pada saya adalah lagu-lagu rock 70an seperti "Hair of the Dog" dari Nazareth dan "Buick Makane" dari T-Rex. Ini lagu paling best disamping 2 lagu slow "Since I Don't Have You"  dan "Ain't It Fun" (featuring Michael Monroe) yang solo gitar Slash punyalah mendayu-dayu syahdunya tu. Kalau yang punk mungkin saya suka "Attitude" - Misfits sebab Misfits dan Ramones adalah antara 2 band punk yang senang saya nak masuk kepala.

"The Spaghetti Incident?" bukanlah untuk casual fan. Tetapi jika anda minat muzik punk mungkin anda boleh cuba dengar bagaimana lagu punk di GNR kan.



Monday, June 4, 2012

Izzy Stradlin And The Ju Ju Hounds

Kembali ke 20 tahun yang lalu...



Izzy Stradlin And The Ju Ju Hounds (1992)

Memang aku suka sangat la bila dapat tau Jeffrey "Izzy Stradlin" Isbell ada buat album solo....kira frust jugak la bila dia keluar GNR....so ni memang album yang aku tunggu2...tapi sayangnya masa 1st time aku dengo ni 20 tahun yang lalu...aku rasa sedikit kecewa...1st impression aku sama macm album solo Adrian Smith (ASAP - Silver and Gold)...album ni agak membosankan...

Mungkin aku terlalu mengharapkan lagu2 seperti Appetite For Destruction...maklum la Izzy adalah tulang belakang dalam penciptaan lagu2 GNR ketika itu...tapi album ni memang jauh berbeda dari GNR...ianya lebih kepada straight rock n roll dengan sedikit elemen blues....ala2 Rolling Stone ataupun mungkin Black Crowes...kalau korang pernah dengo lagu "Dust N' Bones"...lagu yang Izzy nyanyi dalam "Use Your Illusion 1"...mungkin korang akan dapat idea macam mana lebih kurang arah tuju album ni...

Tapi sejak2 peningkatan usia ni...sama kes seperti ASAP - Silver and Gold...ianya lama kelamaan dapat diterima oleh aku...suara Izzy sememangnya sesuai dengan lagu2 genre begini...untuk makluman gitaris yang meyolo dalam album ni adalah Rick Richards dari band Georgia Satellites (aku pernah buat cerita pasal band ni dulu)...dan antara artis jemputannya adalah Ron Wood (Rolling Stone) untuk lagu kaver Ron Wood sendiri  "Take A Look At The Guy"...so memang konpem la album ni memang condong ke arah Rolling Stone...



Cumanya aku selalu pikir..apa jadi agaknya kalau lagu2 dari album ni...terutamanya yang heavy macam "Pressure Drop" ataupun "Bucket o' Trouble"...diubah sedikit susunan lagunya....solo gitarnya dimainkan oleh Slash dan vokalnya pulak Axl Rose...konpem lagu2nya jadi sebijik macam Guns N Roses....dan sapa tau mungkin album ni akan meletup...

Tapi sayangnya selain lagu "Shuffle It All" dan "Pressure Drop" yang masuk carta...keengganan Izzy untuk mempromosi dan membuat road tour untuk album ni membuatkan hanya segelintir peminat terutamanya yang die hard je tau...sayang sungguh...



**Knockin on heaven's door yang GNR selalu buat versi raggae tu mungkin atas pengaruh Izzy kot...dengar lagu "Pressure Drop" menguatkan lagi kemungkinannya begitu...

Friday, April 13, 2012

Appetite for Destruction

Sempena Guns N' Roses masuk Rock And Roll Hall Of Fame esok.


Guns N' Roses - Appetite for Destruction (1987)

Tahun 1988...aku tingkatan 5...seorang kawan sekolah aku yang satu2nya berseluar bell botom ala2 Clif Burton kat sekolah bagi aku pinjam kaset ni..."ko try dengo ni...jauh lagi best dari ni"...merujuk kepada kaset "Look What the Cat Dragged In" yang aku pinjam untuk dubbing dari dia....masa tu lah pertama kali aku dengo nama Guns N' Roses....and the rest is history....

Iyer aku memang die hard GNR...terutama zaman Izzy Stradlin...aku selalu terbayangkan Izzy ni macam Adrian Smith....orang penting dalam diam....terimakasih la kat kawan aku "Jemek" (dah lost kontek dah mamat ni) kerana pengenalan kepada GNR (dia jugak yang kenalkan aku pada Metallica)...

1st time dengo jer aku dah rasa dasatnya gitarist kumpulan ni..time tu jugak ambik kaset kosong dan bawak gi rumah kawan aku yang ada radio kaset double deck untuk dubbing...(zaman tu sapa yang ada radio kaset double deck memang best...senang nak buat kaset cetak rompak...haha...)...kavernya siap aku photostat...walaupun album ni adalah salah satu all time favourite aku...tak pernah pulak aku beli kasetnya...kaset dubbing tu la yang aku usung kesana kemari hingga lunyai...sehinggalah munculnya zaman cd....dan dah tentu2 la...selain cd2 Iron Maiden dan Metallica...album ni lah antara yang pertama aku cari untuk di upgrade kan ke cd...


pic name

pic name

pic name

Bagi aku ini memang killer album...takder filler...zaman2 glam/hair metal sedang memuncak...thrash baru mula nak naik...tetiba muncul album yang lain dari yang lain ni...takder sapa sangka album ni akan meletup......walaupun selalu orang kategorikan dorang dalam glam metal movement...tapi aku rasa macam Tesla...dorang bukan glam...mana ada pakai spandex...mana ada eye shadow...lirik yang berbeza dari party sex,drug dan rock n roll...lirik lebih gelap...paranoian, prostitution, ketagihan heroin, alcoholism,jenayah dan poverty...sound muzik yang lebih kasar...bising...hasil rif2 dan guitar licks ala2 rock n roll dari Slash dan Izzy...album ni betul2 memberikan kejutan kepada dunia...

 Aku tak pasti dari mana kawan aku tu dapat kaset ni...dari takder sapa tau GNR...tup2 dalam bulan september 1988..."Sweet Child O' Mine" dapat no 1 kat carta Billboard USA....dan tetiba nama GNR jadi nama besar...jadi fenomena....aku rasa impaknya lebih kurang sama kat budak2 generasi 90an ketika album Nevermind tetiba meletup...satu yang jarang2 kita jumpa dalam sepanjang hidup kita...aku tak rasa pun Black album dari Metallica bagi kesan yang sama...zaman tu budak2 metal dah lama follow Metallica sejak Kill Em All...takder rasa tiba2 jer pun...mungkin budak2 yang baru kenal metal jer pun...tapi Appetite for Destruction ni memang lain...benda yang tak dijangka....bagi aku semua lagunya best....tapi mula2 dengar aku dah suka adalah lagu Paradise City dan My Michelle...senang cerita bagi aku ini adalah salah satu album rock terbaik sepanjang zaman...period!

Aku rasa nadi utama GNR ni adalah Axl,Slash dan Izzy...takder 3 orang ni takder la GNR...keunikan suara Axl...solo2 gitar Slash...dan kesedapan lagu2 ciptaan Izzy itulah GNR....memang rasa frust la Axl tak nak reunion...tambah berita terbaru pulak Axl tak nak datang pun majlis Rock and Roll Hall Of Fame tu...malah nama dia pun dia tak nak masuk....mungkin dia bengang pasal Rock and Roll Hall Of Fame tak nak iktiraf line up Chinese Democracy...Izzy pun kabonya tak datang...biasa la mamat ni...tak minat benda2 glamer ni...so memang takder can la line up Appetite for Destruction ni nak join satu stage walaupun takat ambik anugerah...



Mungkin betul macam Axl cakap...kena move on...fan pun kena terima hakikat...GNR sekarang adalah line up seperti album Chinese Democracy...itu lah line  up yang Axl mau...kalau nengok youtube pun dasat gak dorang ni main live...tak rasa pun ketiadaan Slash...teringin gak aku nak nengok line up baru ni kalau dorang turun Malaysia/Singapore...

Cumanya aku harap satu hari nanti Axl nak berkolaborasi balik ngan Izzy dan Duff...pasal ni 2 jer la original line up yang Axl tak gaduh...masih boleh main satu stage...dengan Slash....jangan harapla...


Monday, March 28, 2011

Use Your Illusion II

Dalam banyak2 album keluaran tahun 1991...ini adalah album paling favourite bagi aku...Use Your Illusion 2 dari Guns N Roses..



Cerita pasal album ni aku dah pernah cerita sikit masa entri aku pasal Use Your Illusion 1...Cekidot >SINI<...UYI 2 ni lagu2nya lebih slow banding ngan UYI1 ...macam yang aku cakap dulu...aku lebih suka UYI 2 ni dari 1...Walaupun aku minat Izzy Stradlin..dan UYI2 ni kurang sikit pengaruh Izzy...UYI2 lebih kepada perisa Axl Rose sebenonya...banyak lagu yang Izzy tak main pun...contohnya seperti "Civil War", "Shotgun Blues" dan "Locomotive"...tapi lagu "14 years" (cerita pasal dia ngan Axl) yang dia nyanyi tu memang aku suka...tambah pulak dalam UYI2 ni ada satu2nya lagu yang Izzy menyolo panjang...iaitu lagu "Estranged"...

Tidak dinafikan...ini adalah zaman terbaik GNR...walaupun UYI bukanlah straight hard rock atau heavy rock n roll macam album klasik "Appetite For Destruction"...kali ni lebih variety...tapi kesemua lagu2nya bagi aku memang menjadi...kecuali lagu "My World"...satu2nya lagu yang aku menyampah buat potong stim dalam UYI2...nasib lagu ni last dan pendek...senang nak skip...ni memang betul2 filler...apakejadahnya Axl letak lagu ni pun aku tak tau la...



Tapi lagu2 lainnya memang best...aku cukup suka dengar solo2 Slash dalam album ni...melodic dan mendayu2 jer bunyinya...lagu2 macam "Civil War", "Knockin' On Heaven's Door" dan "Estranged" sahaja dah cukup untuk menjadi penyebab kenapa album ni memang patut untuk dibeli....tambah pulak secara peribadinya aku suka lagu "So Fine"...dan aku suka alternate lirik lagu "Don't Cry"...maka album ni memang antara all time favourite aku...(err..awek lama aku time sekolah...suka lagu "Yesterday"...so ini album memang banyak memori la untuk aku..heheh..)

Disamping tu sapa lah yang boleh lupa adegan John Connor naik motor dalam Terminator 2 dengan "You Could Be Mine" jadi background muziknya...atau "Shotgun Blues"...ditujukan kepada Vince Neil (Motley Crue)..tu jam kan Axl pernah cabar Vince gaduh...atau pun sumpah seranah Axl pada wartawan2 rock dalam "Get In The Ring"...lagu yang jadi punca rumours album ni akan kena ban kat Malaysia (tu pasal aku beli album ni lebih dulu dari UYI1...takut2 nanti tak jual dah...tapi sampai hari ni masih ok jer jual album ni..ahli lembaga penapis minat GNR kot...heheh..)



Satu lagi yang aku suka pasal UYI ni kebolehan Axl bermain piano...contoh lagu "Estranged"...sedap...ini lah antara puncanya konsert2 GNR menjadi lebih dramatik...lebih theatrical...okestra semua...video clip pun hebat2...mega...tapi menjadi penyebab kenapa Izzy blah dari GNR...dia lebih suka yang simple2...

Lepas dah berjaya nengok Iron Maiden live...satu2nya impian aku nak nengok live yang belum kesampaian...hanyalah GNR...kena pulak kalau line-up "Appetite For Destruction"....perghhh!!!...impian buat reunion tu mungkin akan tercapai jugak kot...yang lain semua dah ngam balik...cuma problem antara Slash ngan Axl jer la..



Tapikan...nengok GNR baru live kat youtube...dasat gak...best...tak kisah la apa orang nak kata...tapi aku memang kipas susah nak mati GNR...heheh...

Tuesday, November 9, 2010

November Rain yang ke 14.. ke 2..dan yang pertama

Dah masuk novembar dah...hari ni pepagi dah kena november rain...biasa la hujung tahun..musim hujan...nasib lum banjir...tapi bukan nak cerita pasal november rain pun...tapi bulan november ada beberapa tarikh penting untuk aku...

Semalam 8hb...tarikh nikah aku...bukan pernah celebrate pun...tu pasal selalu lupa...si dia pun tak pernah ingat...lagi pulak aku...heheh...buat entry ni baru teringat...tahun ni dah masuk kali ke 14 dah...pergh!!!...bukan tua...cuma kawin muda (kaver line...hihi)

Dan november jugak bermakna dah 2 tahun aku "berteromber"...malas2 pun dah 2 tahun menulis blog duniawi ni...bak kata Bentara...tak kisah la kalau balik2 orang tu jer yang baca dan komen...ni bukan blog memasak atau bela kucing kan...apa ada hal...yang penting dapat kenal ngan kawan2 yang sekepala...walaupun tak ramai...tapi kita kuat...korang tau sapa korang...terimakasih beb!

Dan buat pertama kalinya...aku tergerak hati nak turun konsert omputeh...mungin pasal Iron Maiden ni aura livenya lain...tiket dah beli...yang paling cikai jer pun...duit tak berapa nak cukup...ntah apa nasib baik dapat berjiran lak ngan Ijau...(kalau ko turun JB dulu...kita gi saing arr..) sekarang cuma problem macamana nak pegi...nasib Singapore tu dekat...takper la ada 3 bulan masa untuk planning macamana nak pegi..worst comes to worst...aku frame jer tiket tu....atau pun jual markup 200%...hahaha..

Last...khas untuk si dia...tak kan nak tuju lagu Iron Maiden pulak kot...mungkin lagu ni...

14 years dari Guns N Roses?...



tapi lirik lari tajuk arr..tak kena...

tak pun lagu ni...



ada cerita pasal lagu ni...dulu masa aku kat ITM...dalam satu dorm tu majoriti semua mat rock (tolak mat2 nerd kaki study tu ler)...tapi ada sorang budak ni minat giler lagu2 cengini...radio kaset kat dorm tu memang kita orang conquer 24 jam...tapi ada masa2 time kita orang lepa...mamat tu akan bukak lagu2 jiwang Tommy Page ni...pasal dah selalu "ter"dengar...ngam cukup hujung semester...satu dorm yang thrash antu pun naik terhafal lagu ni...hahahaha...

aku tau si dia tu suka lagu ni...selalu nyanyi sesama dalam kereta...layan ooo dengar time sejuk2 musim hujan ni...heheh..

Friday, July 24, 2009

Use Your Illusion 1

Ok la..untuk memenuhi permintaan lagi..(ceh..korang ingat aku buat rancangan radio permintaan ker apa ni?...haha..ada sapa2 lagi nak request..macam la aku tokey kedai cd..huhu..tapi kalau kebetulan aku ada cdnya...apa salahnya kan...) kali ni permintaan En. Kotak Ajaib..dah lama dah dia request..kali ni je baru berpeluang untuk megulas album hebat ni Guns N Roses 'Use Your Illusion 1".




Aku dah cakap..aku suka yang biru..tapi dia seboleh2 suruh buat yang kuning (otak kuning betul la lu abang J...huhuhu)..kenapa aku suka yang biru (UYI 2)..kerana masa 2 album ni keluar..biasa la zaman student..duit loan pun dah nak abis..tak mampu nak beli dua2 sekali..so kongsi2 beli ngan roommate..dia ambik UYI 1 aku ambik UYI 2..pasal masa tu ada rumours2 cakap kemungkinan yg UYI 2 nak kena ban..pasal lirik2 lucah..so aku chop la dulu UYI 2..tu yang aku lebih kerap dengar UYI 2 berbanding UYI 1..tapi tak dinafikan...UYI 1 ni sebenarnya lebih heavy lagu2nya dibandingkan UYI 2.

Setelah kejayaan Appetite For Destruction..memang tak sabar tunggu follow up ni..sekali dia keluar 2 sekaligus..pergh..Kalau Appetite For Destruction lebih pada straight forward heavy hard rock dengan tak der lagu slow tapi kali ni GnR menghasilkan lagu yang pelbagai...ada heavy..ada slow, mid tempo, country dan juga blues..kira macam2 ada...mungkin ramai yang tau pasal November Rain dan Dont Cry ajer...tapi sebenarnya banyak lagi lagu2 yg bagus dalam ni cuma mungkin bukan untuk dunia mainstream kot..

Orang kata banyak lagu maka banyak filler (16 lagu tu)...aku rasa bab ni subjektif..bagi peminat tegar GnR tak der filler dalam album ni..bagi telinga aku mungkin lagu You Aint The First (satu2nya lagu Izzy Stradlin yang aku tak suka)atau Dont Damn Me ataupun Dead Horse...tapi lagu2 ni berjaya diselamatkan oleh gitar solo Slash yang membunuh tu..album ni memang tempat Slash tunjuk terer..rasanya album ni lah yang mengangkat status Guitar Hero untuk beliau.

UYI 1 lebih perisa Izzy Stradlin rasanya..bagi aku beliau memang tulang belakang GnR...rujuk entry aku dulu2 pasal ni..ada 8 lagu beliau dalam ni..influenced Rolling Stone memang terasa dalam lagu2 ciptaan beliau terutamanya Dust N Bones sebuah lagu mid tempo yang menarik..ni Izzy yang nyanyi sendiri..aku suka..manakala opening track Right Next Door To Hell adalah kesinambungan lagu2 dari Apetite For Destruction..pun aku suka jugak..lain2 lagu Izzy yang best dalam ni adalah Perfect Crime, Bad Obsession (Feat Michael Monroe), Double Talkin' Jive (Izzy nyanyi) dan Bad Apples.



Antara highlight untuk UYI 1 bagi aku adalah lagu Live And Let Die..sebuah lagu cover yang lebih best dari versi asal..sorry Paul McCartney...guitar work Slash dalam lagu ni memang terbaek..ngam betul ngan suara Axl...dah rasa macam betul2 ni lagu GnR bukan lagu cover..

Dan semestinya 2 lagu yang paling terkenal...November Rain dan Dont Cry (original)...November Rain tu memang klasik la...aku tak harap pun Axl akan dapat idea untuk buat lagu lain yang dapat menandingi lagu epik ni..dari piano Axl..ke vokalnya...ke orchestranya..hinggalah ke solo membunuh Slash...memang dasat lagu ni..ala2 opera gitu...videoclip dia pun aku suka...manakala Dont Cry (walaupun aku suka yg alternate version dlm UYI 2) adalah satu lagi lagu ballad yang best...ni pun videoclip dia aku suka..

Lain2 yang aku suka adalah The Garden (duet ngan Alice Cooper)dan jugak lagu2 heavy seperti Back Off B!tch dan Garden Of Eden manakala Coma adalah satu lagi lagu epik panjangnya 10.15 minit..lebih panjang dari November Rain..tapi kali ni ni lebih heavy..best lagu ni...dasat gitar solo Slash..

Kesimpulannya...rekomended..debuted no 1 tu kat US billborad chart...35 juta pembeli seluruh dunia tak akan salah..kalau anda mat rock...patut ada kedua2 album ni..kalau anda mat dangdut..tak kisah la beb...huhuhu...


*cd ni aku beli 2nd hand kat satu mamat spore..kalau korang klik besarkan gambo no 1..korang boleh baca sticker kat cd tu...lawak ahh..kat Malaysia takderkan sticker camtu..tak pernah jumpa pulak

**ikut tarikh yg tercatit kat gambo no2..kaset tu aku beli pada 07/10/1991..dah jadi anak dara sunti dah kaset tu..hehe

Thursday, January 29, 2009

So Fine...

Hari ni 29hb adalah hari yg aku tak boleh lupa...kalau lupa sangat bahaya...kenapa?..ini hari besday wife aku la...haha..

So..to my soul asylum...Happy Birthday Honey!..

lagu dibawah ni banyak kenangan...ini lagu zaman tackle menackle dulu..biasala main bagi2 lagu...(kepada yg belum kawin tu...boleh tiru cara ini...muahahaha..)

Specially to you dear...

SO FINE

How could she look so fine
How could it be she might be mine
How could she be so cool


I've been taken for a fool so many times
It's a story of a man
Who works as hard as he can
Just to be a man who stands on his own
But the book always burns
As the story takes it turn
An leaves a broken man


How could she be so cool
How could she be so fine


I owe a favor to a friend

My friends they always come through for me

Yeah It's a story of a man
Who works as hard as he can
Just to be a man who stands on his own
But the book always burns
As the story takes it turn
An leaves a broken man
If you could only live my life
You could see the difference you make to me
To me


I'd look right up at night
And all I'd see was darkness
Now I see the stars alright
I wanna reach right up and grab one for you
When the lights went down in your house
Yeah that made me happy
The sweat I make for you
Yeah...I think you know where that comes from

Well I'd look right up at night
And all I'd see was darkness
Now I see the stars alright
I wanna reach right up and grab one for you
When the lights went down in your house
Yeah that made me happy
The sweat I make for you
I think you know where that comes from

How could she look so good(So good)
How could she be so fine
How could she be so cool
How could it be she might be mine


(song/lyric : Duff Mckagan)

(taken from Use Your Illusion 2)



Versi asal Duff nyanyi...Live....Axl yg nyanyi

Saturday, November 29, 2008

RM39.90 with free T-shirt

Tadi...teman wife gi shoping di Jaya Jusco Tebrau City...singgah kedai Speedy...ternampak cd Chinese Democracy...belek2...wife aku tegur..."ada free t-shirt tu...."...dgn tak berlengah...aku gi kaunter dan bayar....





akhirnya terbeli jugak aku cd ni...hiss...aku ni kalau gi kedai cd memang bahaya...pantang...asik nak terbeli ajer...tapi...kan aku dah kata...aku peminat kipas susah nak mati GnR...hehe...





ok la kan...dgn harga camgitu...dapat free t-shirt...booklet dalam pun tebal...banyak gambar...kalau nak banding ngan Death Megnatic edisi Malaysia yg macam cd pirate tu...hehe..