Showing posts with label Children Of Bodom. Show all posts
Showing posts with label Children Of Bodom. Show all posts

Wednesday, August 14, 2019

Hexed

Gatal-gatal tangan klik dan beli secara online...


Children Of Bodom - Hexed (2019)

Jujurnya tak follow sangat COB. Cuma ada Something Wild dan Skeletons in the Closet dalam simpanan fizikal. Lainnya sekadar MP3. Tak minat sangat dengan evolusi muzik mereka. Mungkin itu penyebab tak beli yang lainnya.

Tak dapat dinafikan, Alexi Laiho memang bagus. Cumanya selepas Hate Crew Deathtroll, rasa kurang berminat pula untuk terus mengambil tahu pasal mereka.


Hexed bukanlah album yang kembali kepada asal. Walupun ada yang kata begitu. Semua band yang berevolusi tak akan kembali ke asal. Tidak dinafikan, COB masih tetap konsisten dengan muzik beratnya. Tetapi yang menariknya kali ini mereka menjadi lebih melodic.

Ada lagu yang senang hadam, Under Grass And Clover contohnya. Ada yang mengambil masa. Senang cerita, ianya tidaklah mengecewakan terutamanya untuk peminat COB yang lama.

Yang penting...taklah rasa rugi beli cdnya.





Sunday, July 7, 2019

CD 2019 - Bahagian 7


Setengah tahun dah... Diam tak diam banyak juga cd-cd terbitan 2019 yang ada dalam simpan an.


Avantasia - Moonglow dan Children of Bodom - Hexed adalah antara yang terkini. Kedua-duanya berlainan genre. Tapi kalau dulu zaman 80an semua pun orang panggil rock ajer... Haha...

Seperti biasa kalau rajin... Ada lah cerita tentang Kedua-duanya...



Tuesday, April 10, 2012

Skeletons in the Closet

Ni cd yang aku beli secara tidak sengaja...



Children of Bodom - Skeletons in the Closet (2009)

Dah janji ngan En Ijau nak belikan dia cd Children Of Bodom - Blooddrunk yang aku nampak kat Speedy Video dengan rega cuma RM9.90 beberapa minggu yang lalu...tapi mungkin bukan rezeki dia...minggu lepas aku gi kedai yang sama dah takder dah...sorry la En Ijau...buzy ngan hal2 duniawi buat aku tak sempat nak gi kedai tu secepat yang mungkin...;)

Tapi mungkin rezeki aku pulak...terjumpa pulak cd Skeletons in the Closet dengan harga jugak RM9.90...mulanya macam nak offer cd ni kat Ijau...tapi bila teringat Ijau ada buat entri pasal cd ni...maknanya dia dah ada...baik aku jer la yang simpan...tambah pulak bila nengok listing lagu2 yang COB cover ni...memang best...ni memang lagu2 zaman aku membesar...lagu2 yang menjadi sebahagian dari soundtrack hidup aku...tolak yang Britney Spears tu la...heheh...



memang menarik lagu2 yang Alexi Laiho pilih...lain dari yang lain...lagu2 yang jarang terpikir orang akan kaver.....contohnya "Don't Stop At The Top"...bukannya lagu2 Scorpion era sebelum tu...tambah pulak "Talk Dirty to Me - Poison"...auwww...mana ada band metal ngaku dengo Poison kan?...heheh..."Bed of Nails - Alice Cooper"...satu lagi yang tak terpikir band metal akan kaver.... lain2 klasik 80's macam "Aces High", "Hellion", "Rebel Yell"...dan lagu2 thrash standed budak2 80an tapi jarang orang nak kaver..."Silent Scream", "Mass Hypnosis", "Antisocial" dan "War Inside My Head"...

tak kisah la sedap ker tak versi COB ni...tapi pilihan lagu2nya memang unik dan aku suka...


***tak sangka jugak masa menyelongkar rak cd tu terjumpa cd Slash rega RM9.90...pernah try bid ebay tapi tak berjaya...mungkin rezeki aku terjumpa yang murah...dan yang lebih bestnya...ianya bukan cd Malaysia edition...mungkin jugak aku patut buat cerita pasal cd/kaset album2 solo member2 GNR...dorang pun dah dapat join Rock and Roll Hall of Fame kan...harap sangat dorang berlima dapat buat reunion masa majlis Rock and Roll Hall of Fame tu...tapi macam takder can je kan....