Mengimbau kenangan 40 tahun....
Tommy Bolin - Private Eyes (1976)
Bila mula terjebak dalam hobi membeli piring hitam, ini adalah antara album yang menjadi "wish list" saya. Sebelum ini hanya sekadar mempunyai versi "sedut". Pernah bercerita bagaimana asalnya saya mengetahui tentangnya 6 tahun yang lalu. Sila baca di >SINI<
Soundnya memang lemak berkrim. Sound analog 70an seperti ini sememangnya lebih syahdu bila didengar mengunakan piring hitam. Produksinya memang tip-top. Bunyi bass nya memang berdentum. Vokal lunak Tommy dan solo gitarnya yang berjiwa membuatkannya bertambah mantap. Memang syahdu!
Sedikit info untuk yang tak tahu, Tommy Bolin adalah penganti Richie Blackmore dalam Deep Purple ketika era MK4 (1975-1976). Yang menariknya beliau seoarang gitaris yang sangat versatile. Pernah bermain pelbagai genre di dalam beberapa band yang pernah dianggotainya, Psychodelic-blues dalam Zephyr, Rock n Roll dalam James Gang, Jazz dalam Alphonse Mouzun, Fusion ketika bersama Jan Hammer dan Billy Cobham dan sudah semestinya hard rock ketika bersama Deep Purple.
Album solo keduanya ini membuktikan betapa versatile nya dia. Bukan setakat solo-solo gitar yang bagus tetapi beliau juga mempunyai vokal yang sangat bagus. Lagu lagu seperti Bustin' Out for Rosey, Sweet Burgundy, Post Toastee, Shake the Devil dan Hello,Again memang enak didengar terutamanya jika anda sukakan rock 70an yang funky dan penuh jiwa.
Sayangnya inilah hasil kerja beliau yang terakhir. Beliau meninggal dunia 3 bulan selepas album ini diedarkan. Ketika itu beliau hanya berusia 25 tahun. Pastinya akan banyak lagi karya-karya beliau yang bagus jika beliau masih hidup.
Tapi nak buat macamana, dadah punya pasal...maka selamanyalah beliau akan hanya terus diingati sebagai penganti Richie Blackmore dalam Deep Purple....bukannya sebagai seorang lagenda gitar...
Showing posts with label Tommy Bolin. Show all posts
Showing posts with label Tommy Bolin. Show all posts
Sunday, November 27, 2016
Sunday, October 11, 2015
Come Taste the Band
Yang menyambut ulangtahun ke 40 semalam, 10hb Oktober...
Deep Purple - Come Taste the Band (1975)
Ramai berpendapat yang Deep Purple Mk IV bukanlah Deep Purple yang sebenar. Ia hanya sekadar projek band bagi David Coverdale, Glenn Hughes, Tommy Bolin yang dibantu oleh Jon Lord dan Ian Paice.
Mungkin ada kebenarannya. Kerana Come Taste the Band sememangnya berbeza dengan album-album sebelumnya. Kalau anda mengharapkan Machine Head atau In Rock pasti anda akan kecewa. Memang tak akan ada rif-rif macam lagu "Highway Star", "Space Trucking", "Burn" ataupun "Stormbringer" sekalipun.
Tommy Bolin bukanlah seorang gitaris yang berlatarbelakangkan hard rock. Dia langsung tak sama dengan Ritchie Blackmore. Malah memang dia tak mahu sama pun. Dia tetap dengan cara dia yang lebih blues,funk dan fusion. Maka memanglah album ini berbeza, malah agak berbeza juga dengan album sebelum ini, Stormbringer yang agak funky.
Makanya adakah album ini tak best? Tak juga. Berbeza tak semestinya tak bagus kan. Bergantung juga kepada selera masing-masing. Tetapi yang jadi masalahnya , Come Taste the Band adalah Deep Purple yang telah berevolusi hingga hampir hilang identitinya. Nak buat macamana, tanpa Ritchie Blackmore, makanya David Coverdale, Glenn Hughes dan Tommy Bolin lah yang menerajui hala tuju Deep Purple. Mereka bukanlah anggota yang asal. Maka ada logik juga bila ada yang berpendapat yang ini adalah band projek mereka bertiga.
Sebenarnya kalau anda sukakan rock 70an dengan rif yang lebih blues, funk dan grovy, mungkin anda akan sukakan ini. Ada beberapa lagu contohnya "Dealer", "I need Love", "Drifter" dan "Love Child" yang mengingatkan saya kepada Whitesnake di era awal kemunculan mereka. Memang itulah hala tuju David Coverdale pun.
Antara hightlightnya pada saya adalah Glenn Hughes juga menyanyikan 2 lagu. Salah satu darinya, "Gettin' Tighter" berbunyi sangat funky. Sesuatu yang cukup berbeza dengan Deep Purple yang biasa. "This time Around" juga menarik. Membuktikan kehebatan vokal beliau, tambah menarik bahagian kedua lagu ini mengandungi instrumental Owed to "G" yang membuktikan pula kehebatan Tommy Bolin.
Saya memang sukakan Tommy Bolin. Abum solo beliau Private Eyes memang best. Sayangnya beliau mati muda. Gaya hidup rockstar telah membunuh beliau. Kalau tak mungkin juga Deep Purple MK IV ni boleh pergi lebih jauh lagi...

![]() |
| Lp versi lanun yang dibeli dengan harga RM18 |

Labels:
1975,
cd,
Deep Purple,
LP,
rock omputeh,
Steamrock Fever 70's,
Tommy Bolin
Saturday, March 6, 2010
Tommy Bolin - Private Eyes

Kesinambungan dari entry lepas...aku masih kemaruk mendengar lagu2 rock 70's..terutama waktu2 meredah jam masa balik kerja...kali ni layan "Private Eyes" dari Tommy Bolin...siapa Tommy Bolin?..mungkin peminat tegar Deep Purple kenal kot...yang lain2 tu boleh check kat wiki la..
Macamana aku boleh dengar Tommy Bolin???...ni semua bermula masa penghujung 70an dulu la...macam aku cakap kat entry lepas...Pak Alang aku masa zaman remajanya memang kaki rock omputeh...tak main la Latif Ibrahim,Uji Rashid,Hail Amir atau Sharifah Aini....memang tak jumpa la kaset2 melayu kat koleksi dia...(sekarang dah tua2 ni tak tergamak pulak aku nak tanya...adakah dia masih layan rock2 camgini...hihi)
Salah satu kaset dia yang setiap kali aku balik kampung di Parit Bunga, Muar...mesti aku rajin belek2 adalah ni...

semuanya adalah kerana cover dia...payung kertas tu...paham2 je la payung jenis tu dulu2 tujuannya untuk apa...Arwah atuk aku dulu adalah bilal Masjid Kg Parit Bunga...so kalau ada kematian...memang tugas dia la memandikan jenazah...kat area kampung aku...payung jenis ni la yang biasanya digunakan untuk memayung jenazah dan di letakkan di atas kubur...biasanya pihak keluarga si mati mesti akan menghadiah kan payung tu dan lebihan kain kapan kepada atuk aku...so memang banyak la koleksi payung ni dulu2 kat belakang rumah atuk aku...so setiap kali aku tegok cover ni...mesti aku teringat payung arwah atuk aku...bila teringat tu...seram sejuk la pulak rasanya...kena dulu Kampung aku bilik air kat luar...so kalau malam2 nak terkucil...lalu pulak kat deretan payung2 ni kat belakang rumah...nampak pulak lebihan kain kapan yang tersidai....adoi...memang tak jadi nak gi bilik air la...untuk pengetahuan...yg jadi lebih thrill nya...rumah atuk aku tu selang sebuah rumah je dengan kubur...so paham2 je la...hehe
agak2 ada lagi tak jual payung jenis macamgini?...lama dah tak nampak...
alamak lari tajuk sudah...hehe...berbalik pasal kaset tadi...dulunya aku belek2 jer..tak pernah dengar dan tak kenal sapa Tommy Bolin ni pun...sehingga la aku kenal sapa2 dalam Deep Purple masa penghujung tahun2 80an...baru aku tau...dan zaman tu jugak baru berpeluang dengar...tapi biasalah...time tu aku giler lagu berdentam dentum...so tak berapa nak masuk dengar album terbitan tahun 1976 yang tak metal ni...memang aku abaikan la...sehingga la zaman2 makin tua ni (huhu)...rasa syok pulak dengar lagu2 camgini..
Private Eyes adalah album solo ke 2 Tommy Bolin...album 1st dia "Teaser" pun best jugak...lebih hard rock...tapi album yang ni lebih pada funk/rock/jazz/fusion/blues...ini adalah album studio terakhir beliau sebelum beliau mati overdose dadah...mati muda beb...baru 25...nama baru nak top...dadah punya penangan...

Deep Purple Mk4 (1975-1976)
Belakang: David Coverdale, Jon Lord, Tommy Bolin
Depan: Ian Paice, Glenn Hughes
album ni dirakamkan selepas Deep Purple Mk4 dibubarkan...benar2 membuktikan dia seorang gutaris yang versatile...bukan hard rock ajer dia terer...antara sebab peminat tegar Deep Purple terutama die hard Ritchie Blackmore tak suka dia...pasal sound Deep Purple di tangan Tommy iaitu album Come Taste The Band jauh berbeza...Pada aku yang menariknya dia tak nak tiru Ritchie Blackmore...di buat lagu cara dia...tapi tu la...ramai yang cakap ini bukan lagi Deep Purple...tambah pulak dgn masalah dadah dia dengan Glen Hughes...time main live waktu dia tengah high..memang selalu hancus...David Coverdale pulak buat Whitesnake...akhirnya Deep Purple MK4 ni dapat bertahan 2 tahun ajer (1975-1976).
Ada beberapa lagu yang aku suka dari album Private Eyes ni..solo2 gitarnya pun best...kata orang ada jiwa...soul...antara lagu yang best..Bustin' Out for Rosey...layan ahh lagu ni...terutama sound bass dan solo Tommy kat last tu...kena pulak dengan suara dia...lemak berkrim la...Sweet Burgundy...sebuah lagu slow jiwa kacau yang felling abis...Post Toastee...lagu skit rancak yang Tommy menyolo panjang...Shake the Devil...aku suka solo dia...dan Hello,Again...adoi...lagu akustik ni feel abis...suara dia pun sedap la...
satu lagi yang aku perasan...production album ni memang tip top...terutama sound bass dia...tak sangka ini album terbitan 1976...memang sedap didengar...kalau la umur dia panjang...mesti dia dah jadi seorang gitaris lagenda dah ni...
Tapi kalau korang masih pekat jiwa metal...die die die...kill kill kill...abaikan ajer la album ni...nanti pening lak korang...huhuhu
Labels:
Deep Purple,
rock omputeh,
Steamrock Fever 70's,
Tommy Bolin,
unmetal
Subscribe to:
Posts (Atom)