Showing posts with label Queensrÿche. Show all posts
Showing posts with label Queensrÿche. Show all posts

Monday, February 27, 2023

Digital Noise Alliance

 Album pilihan 2022

Queensrÿche - Digital Noise Alliance (2022)

Tahun ini banyak betul band-band zaman remaja yang dah lama saya tinggalkan tetapi rasa teruja untuk mendengarnya semula. Ini semua adalah gara-gara ulasan positif di media sosial tentang album baru mereka. Queensrÿche adalah salah satu darinya. Kali terakhir medengar mereka secara betul adalah album Promised Land (1994).

Lebih tahu tentang perebutan nama diantara mereka berbanding lagu-lagunya. Tak tahu pun yang ini adalah album ke 4 bersama vokalis baru, Todd La Torre. Ternyata beliau adalah pilihan yang tepat. Vokal beliau sememangnya sama taraf dengan Geoff Tate. Saya tidak pernah mendengar vokal beliau bersama Queensrÿche, tetapi album solo beliau (Rejoice in the Suffering - 2021) banyak kali juga saya dengar melalui spotify.

Kalau ikut selera saya, album ini jauh lebih bagus dari zaman pertengahan 90an mereka. Tetapi disebabkan saya tidak benar-benra mengikuti muzik mereka pada ketika itu, berkemungkinan juga saya silap. Tetapi secara jujurnya bagi saya album ini lebih "metal" berbanding zaman Empire. Mungkin tidak sebagus album-album awal, tetapi ianya hampir kearah itu.

Yang utamanya bagi saya bukan setakat mereka berjaya mencari penganti Geoff Tate, tetapi Queensrÿche versi baru ini telah membuktikan kemampuan Michael Wilton sebagai penulis lagu dan gitaris. Beliau selama ini sering dibayangi oleh Chris DeGarmo. Tanpa DeGarmo beliau berjaya membuktikan yang Queensrÿche masih berada di tahap teratas.

Sebenarnya saya tak sangka yang saya akan sukakan album ini. Nampaknya kena lah mencari 3 album Todd La Torre bersama mereka yang sebelumnya.


Tuesday, April 12, 2022

Empire

 Percubaan mendengar semula...

Queensrÿche - Empire (1990)

Saya agak kurang berminat dengan Queensrÿche selepas muzik mereka berubah. Selera saya yang lebih sukakan lagu-lagu straight forward heavy metal atau yang lebih keras menyebabkan saya merasakan yang Empire agak susah untuk dihadam. 

Saya juga tidak mengambil tahu tentangnya sehinggalah menonton persembahan live mereka di rancangan anugerah MTV Video Music Awards 1991 yang ditayangkan di tv Singapura. Tujuan utamanya adalah untuk menonton persembahan Metallica - Enter Sandman. Maklumlah pada ketika bukan mudah untuk Metallica masuk tv. Tetapi sebaliknya saya juga tertarik dengan persembahan Queensrÿche yang membawakan lagu "Silent Lucidity"

Sejak dari itu "Silent Lucidity" menjadi kegemaran. Tetapi ianya bukanlah sebab yang cukup kuat untuk saya membeli kasetnya. Tak pernah memiliki fizikal albumnya sehinggalah seorang kenalan di zaman forum internet menjualkannya. Tetapi ianya agak jarang (mungkin sekadar 2 atau 3 kali) di mainkan. Tetapi apabila ditugaskan untuk bekerja dari rumah, inilah peluang untuk cuba mendengarnya secara betul.

Hasilnya tetap sama, saya masih gagal untuk merasa "seronok" ketika mendengarnya. Mereka telah berubah menjadi sebuah band yang lebih kepada progressif hard rock berbanding metal. Ada kalanya mengingatkan saya kepada Rush. Bukan tak bagus. Tetapi ianya lebih kepada saya yang agak susah nak masuk dengan muzik progessif seperti ini. Satu-satunya lagu yang paling mudah melekat selain dari "Silent Lucidity" adalah "Another Rainy Night (without you)".


*Untuk rekod, selain mereka dan Metallica, Van Halen (Poundcake), Guns N' Roses (Live and Let Die) dan Poison (Unskinny Bop) turut sama membuat persembahan dalam anugerah tersebut. Sempat saya rakam kesemuanya dalam tape VHS. Ketika itu ulang-ulang tengok tak rasa jemu...


Monday, May 28, 2018

Operation: Mindcrime

Album yang sering dikatakan sebagai penanda aras untuk menghasilkan konsep album dan genre progressif rock/metal ini telah pun 30 tahun usianya pada 2hb Mei yang lalu...


Queensrÿche - Operation: Mindcrime (1988)

Terus terang saya katakan yang saya mengambil masa yang agak lama untuk hadam dan menyukai album ini. Zaman muda yang seleranya lebih kepada straight forward heavy metal, album yang berbentuk progressif seperti ini sememangnya agak kurang memberikan kesan.

Progressif rock/metal bukanlah selera utama saya. Sebab itu saya agak kurang gemar dengan Dream Theater. Mendengar Operation: Mindcrime sememangnya mengingatkan saya kepada Dream Theater. Pada saya, Queensrÿche adalah band yang agak underated. Tetapi album mereka, Operation : Mindcrime tidak. Carilah dimana-mana pun artikel tentang concept album rock/metal terbaik pastinya nama Operation : Mindcrime antara nama yang selalu disebut-sebut.

Tidak boleh dinafikan ini sememangnya sebuah konsep album yang terbaik. Jika anda jenis yang suka mendalami lirik dengan jalan cerita yang menarik. Kisah Nikki, Mary, Dr. X dan Father Williams dalam Operation : Mindcrime pastinya akan menarik minat anda.


Jika tidak pun, mungkin muziknya. Terutamanya jika anda pengemar genre progressif rock/metal. Tetapi untuk saya, sebab utamaya adalah kerana kerja gitar Chris DeGarmo. Dengarkan lagu seperti "Speak" dan "Spreading the Disease". Solo-solo beliau dan gandingannya bersama Michael Wilton memang secukup rasa. Memang lazat.

Jika itu pun tidak untuk anda. Mungkin bahagian chorus lagu-lagunya yang agak catchy dan melodic dapat memikat hati. Di tambah pula dengan vokal Geoff Tate yang sememangnya diakui antara vokalis terbaik dalam genre sebegini.

Tetapi jika tak boleh juga nak hadam. Tak dapat nak tolong dah....20 kali dengar tak masuk-masuk...sila cari genre lain...😀







Monday, May 26, 2014

Promised Land

Album yang dah 20 tahun...


Queensrÿche - Promised Land (1994)

Sebuah lagi band dari zaman 80an yang tak terkesan dengan apa yang popular di zaman 90an. Sayangnya band seperti ini sudah pastinya tidak akan mendapat perhatian.

4 tahun selepas kejayaan album Empire (album paling komersil mereka), Queensrÿche kembali lagi dengan sebuah album dengan formula yang hampir sama dengan Empire. Sayangnya mereka berubah menjadi mellow. Mereka terlupa untuk rock n roll.

Mereka kini seolah-olah cuba untuk menjadi Pink Floyd. Tak salah rasanya jika mereka cuba untuk memberikan sound yang lebih dewasa. Tetapi bila hampir tiada lagu-lagu yang rancak, ianya menjadi sedikit hambar. Sekurang-kurangnya itulah yang saya rasakan.


Rasanya cuma 2 lagu track awal yang sedikit berat, "I Am I" dan "Damaged" . Yang lainnya agak mellow. Malah siap ada saxaphone. Bukannya tak sedap. Suara Geoff Tate tetap sedap. Kerja gitar Chris DeGarmo tetap hebat. "Bridge" adalah lagu perlahan yang pada saya lebih sedap dari "Silent Lucidity". Sayangnya...secara keseluruhan, ianya terlampau mellow untuk selera muzik saya.

Rasanya Promised land sesuai bagi yang mahukan Pink Floyd versi hard rock.









Friday, April 22, 2011

Last Action Hero

Baru2 ni tertengok pulak cerita Last Action Hero kat Astro...apa yang aku ingat dulu (tahun 1993)...selepas Terminator 2...ini lah filem Arnold Schwarzenegger yang ditunggu2...(serius susah betul nak eja nama mamat ni...siap kena google..heheh..)

Tapi bila filem ni main kat panggung...rasa nyesal lak nengok...memang hampeh...tapi ada satu benda yang aku suka pasal Last Action Hero...soundtrack dia...giler best..



Yang paling aku suka dalam soundtrack ni ialah Angry Again dari Megadeth...Satu lagu ni pun aku rasa dah cukup berbaloi untuk aku beli kaset ni...dan lagu ni memang takder kat mana2 album studio Megadeth kecuali Hidden Treasures dan album kompilasi...Angry Again bagi aku anytime je boleh beat mana2 lagu dari Countdown to Extinction...period!

Lagu lain yang best...Big Gun - ACDC...walaupun aku bukannya fan ACDC...banyak lagu dia susah aku nak hadam....tapi ini antara lagu pop dorang yang aku boleh layan...mungkin pasal terlampau kerap sangat ternengok video klip dia kat MTV tv singapore dulu...

What The Hell Have I - Alice In Chains...ni pun meletup gak kat MTV time tu...tapi aku kurang masuk la...ntah la...lemas aku lagu2 yang jenis moody gini...satu2nya lagu Alice In Chains yang masuk kat benak aku cuma "Would?"..(ni pun dari soundtrack jugak kan...)

Dream On - Aerosmith...aku memang tak jemu ngan lagu ni...dulu2 puas aku cari dari album mana la lagu ni...iskh..zaman2 takder internet la kan...soundtrack ni jer la yang dapat aku layan lagu ni...beli cd Big Ones pun frust takder lagu ni...

Two Steps Behind - Def Leppard...ni wife aku suka lagu ni...lepas More Than Words - Extreme meletup...semua pun nak buat stail unplugged camgini...1st time nengok kemunculan Vivian Campbell...ingatkan lepas ni Def Leppard semakin best...sekali.....aduh...pesal la dorang tak ambik John Sykes jer???..

Poison My Eyes - Anthrax...kira ok la...layan jugak..bunyi macam lagu2 dari Sound of White Noise...

Real World - Queensrÿche...lagu ballad ni pun sedap...ciptaan bersama Michael Kamen...tak kenal Michael Kamen??..klik >SINI<....dulu mula2 ambik masa gak nak hadam...



lagu2 lain tu aku tak berapa ambik pot sangat...walaupun aku suka Tesla...tapi lagu dia kat soundtrack ni tak berapa menarik pada aku...complete track listing adalah seperti berikut

1."Big Gun" - (AC/DC)
2."What the Hell Have I" - (Alice in Chains)
3."Angry Again" - (Megadeth)
4."Real World" - (Michael Kamen and Queensrÿche)
5."Two Steps Behind" - (Def Leppard)
6."Poison My Eyes" - (Anthrax)
7."Dream On" - (Aerosmith)
8."A Little Bitter" - (Alice in Chains)
9."Cock the Hammer" - (Cypress Hill)
10."Swim" - (Fishbone)
11."Last Action Hero" - (Tesla)
12."Jack and the Ripper" - (Michael Kamen & Buckethead)


Kesimpulan...filemnya sucks...tapi soundtracknya ROCKS!!!