Showing posts with label 1976. Show all posts
Showing posts with label 1976. Show all posts

Tuesday, March 24, 2026

Sad Wings of Destiny

Remembering my youth - 50th anniversary

Judas Priest - Sad Wings of Destiny (23/03/1976)

Antara album yang banyak memberi pengaruh dalam pembentukan muzik heavy metal. Walaupun saya hanya mula mengenali muzik mereka pada era 80-an, album ini terus menjadi antara kegemaran sejak kali pertama mendengarnya.


Monday, August 30, 2021

Jailbreak

 Lagi layanan rawak bekerja dari rumah...

Thin Lizzy - Jailbreak (1976)

Selepas mendengar Bad Reputation beberapa tahun yang lalu, saya sememangnya cuba untuk mencari Jailbreak pula. Maklumlah ini adalah album Thin Lizzy yang paling popular dan mengandungi lagu mereka yang paling dikenali ramai. Siapalah yang tak pernah dengar lagu klasik "The Boys Are Back In Town" kan?

Di telinga saya, ternyata ianya melebihi jangkaan dan reputasinya. Saya sememangnya kalah dengan band-band yang mempunyai dual gitar solo. Mungkin Phil Lynott adalah bintang utama untuk album ini, tetapi untuk saya solo-solo dan kerja gitar Scott Gorham dan Brian Robertson sememangnya sangat memikat hati. Untuk itu sahaja pun pada saya album ini sudah sepatutnya mendapat markah penuh.

Selain "The Boys Are Back In Town", lagu-lagu seperti "Jailbreak", "Cowboy Song" dan "Emerald" yang sarat dengan pengaruh celtic sememangnya patut diberikan perhatian. Sesungguhnya ini adalah salah satu album terbaik untuk genre hard rock atau kalau boleh dikatakan sebagai heavy metal di era 70an.

Saya bukanlah peminat besar rock 70an, tetapi ada beberpa album termasuk "Jailbreak" yang patut saya berikan pengecualian. Rekomended!.

 

Wednesday, January 4, 2017

Dirty Deeds Done Dirt Cheap

Seperti kebiasannya...ada beberapa entri dari tahun lepas yang tersangkut dalam draf...Ini salah satu darinya....

Yang dan 40 tahun pada 17hb Disember yang lalu ...


AC/DC - Dirty Deeds Done Dirt Cheap (1976)

Saya adalah peminat AC/DC generasi baru. Baru bukan bermakna "muda". Tetapi baru kerana hanya baru-baru ini mula terjebak minat dengan muzik mereka.

Dirty Deeds adalah antara album klasik era Bon Scott. Asalnya dulu agak sukar juga untuk saya membezakan antara vokal Bon Scott dan Brian Johnson. Tetapi yang saya perasan Bon Scott mempunyai suara yang lebih sedikit tinggi (higher register) berbanding Brian Johnson. Namun begitu kedua-duanya ada keistemewaan masing masing.


Dirty Deed Done Dirt Cheap adalah apa yang anda jangka dari ACDC. Hard rockin rock n roll. Inilah trademark mereka. Dari dulu hingga sekarang. Lagu yang menjadi tajuk album, Dirty Deed Dond Dirt Cheap adalah highlight utamanya. Antara lagu mereka yang kerap saya dengar di radio sebelum saya mula terjebak meminati mereka.

Pada saya mendengar ACDC adalah mudah. Rock n roll supposed to be fun. Dirty Deeds Done Dirt Cheap sememangnya membawa keceriaan itu.





Friday, December 16, 2016

Run With The Pack

Lagi yang dah 40 tahun,,,


Bad Company - Run With The Pack (1976)

Album ini sangat tinggi nilai nostalgianya kepada saya. Ini adalah album yang mengenalkan saya apa itu muzik secara fizikal. Seingat saya ketika kanak-kanak dahulu, ada beberapa keping kaset kepunyaan bapa saudara yang beliau tinggalkan di rumah.

Sayangnya saya dah tak boleh nak ingat apa-apa tajuk kasetnya. Yang saya tahu semuanya berbahasa inggeris. Tetapi yang cukup melekat di memori saya adalah gambar cover serigala menyusukan anak. Gambarnya yang unik menarik perhatian hinggakan imejnya melekat dalam kepala. Tetapi saya tak tau apa tajuk dan siapa penyanyinya.


Ketika itu dalam usia saya 6 atau 7 tahun (penghujung 70an) saya masih belum berminat dalam muzik. Tak pernah dengar pun kaset-kasetnya. Makanya kaset-kaset tersebut saya jadikan barang mainan. Konon-konongnya ia sebuah kereta mainan (seperti di gambar). Maklumlah keluarga bukannya golongam berada. Mana mampu nak beli mainan. Terpaksa lah menjadi kreatif bila bermain.

Bila semakin meningkat dewasa dan gila muzik, imej cover album ini sememangnya tak pernah saya lupa. Cuba juga cari tetapi gagal sehinggalah tibanya zaman internet. Ketika itu barulah tau tajuk dan nama penyanyinya. Tetapi tak pernah jumpa pula kaset atau cdnya sehinggalah kenal e-bay dan memiliki piring hitamnya beberapa bulan yang lepas. Dah 40 tahun...baru ni berpeluang nak  dengar. haha..


Walaupun album ini tidak sepopular dan mempunyai lagu hits seperti album-album sebelumnya, tetapi banyak juga lagu-lagunya yang sedap. Sesuai untuk mereka yang sukakan muzik "simple straight forward hard rock 70an". Lagu lagu baladanya pula memang sesuai untuk diputarkan dalam mana-mana radio yang berkonsepkan "classic rock".

Mungkin satu hari nanti saya perlu tunjukkan piring hitam ini kepada bapa saudara saya. Saya tak pasti adakah beliau masih rock n roll seperti dulu...




Wednesday, December 14, 2016

Hotel California

Yang menyambut ulang tahun ke 40  pada 8hb yang lalu...


Eagles - Hotel California (1976)

Antara album bukan metal yang menjadi kegemaran. Asalnya dibeli kerana mahukan lagu "Hotel California". Suka betul dengan twin gitar solo antara Don Felder dan Joe Walsh pada penghujung lagu tersebut. Antara solo gitar terbaik dalam sejarah.

Selain itu "New Kid in Town" dan "Life in the Fast Lane" adalah antara lagu hits yang sering boleh kita dengar di radio. Selain 3 lagu ini yang disusun berturut-turut. Lagu track ke 4, "Wasted Time" juga bagus. Tetapi lagu-lagu lainnya selepas itu agak kurang menarik untuk saya. Kena dengar banyak kali baru rasa menangkap.


Saya mempunyai bekas rakan sekerja yang gemarkan lagu-lagu Eagles. Melalui beliaulah saya banyak tahu tentang lagu-lagu mereka. Sekiranya anda sukakan lagu rock 70an dengan pengaruh country dan blues. Ini memang patut anda miliki. Produksi soundnya pun sedap. Menarik juga sekiranya album ini dapat dimiliki dalam bentuk lp. Sound analog 70an begini memang lebih syiok jika dilayan mengunakan piring hitam.

Klasik!






Saturday, December 10, 2016

A Day at the Races

Yang menyambut ulang tahun ke 40 pada hari ini, 10hb Disember...


Queen - A Day at the Races (1976)

Tajuknya pun dah menarik perhatian. Ianya di ambil dari tajuk sebuah filem klasik tahun 30an sama seperti album sebelumnya, A Night At The Opera. Album ini sememangnya ada kena mengena dengan A Night At The Opera. Ianya ditulis pada waktu yang sama. Sebenarnya Queen mahukan ianya dikeluarkan serentak. Double album. Tetapi tidak dipersetujui oleh syarikat rakaman. Akhirnya ianya dirakamkan setahun selepas itu.

Namun begitu secara muzikalnya, A Day At The Races berbeza dengan kembarnya A Night At The Opera. Kali ini muziknya lebih lembut. Banyak lagu yang menggunakan keyboards/piano. Hanya "Tie Your Mother Down" dan "White Man" sahaja yang boleh dikatakan sebagai hard rock. Yang lainnya menjurus kepada balada.


Namun begitu Queen sememangnya jarang mengecewakan. Walaupun sentiasa dibayangi oleh album kembarnya, A Day at the Races memang mempunyai melodi lagu yang sangat kuat. Lagu seperti "Somebody To Love" dan "You Take My Breath Away" sememangnya lagu balada cintan yang sangat syahdu melodinya. Lazat!

Tetapi seperti album Queen yang lainnya, satu faktor yang menyebabkan saya suka kepada mereka terutamanya album album era 70an mereka selain melodi lagu yang sedap adalah kerja gitar Brian May. Sekali lagi rif dan solo beliau tidak pernah mengecewakan. Best betul tone gitar beliau walaupun ianya berbeza beza antara satu lagu dengan yang lainnya.

Kalau anda sukakan A Night At The Opera, susah semestinya A Day at The Races juga perlu untuk anda miliki. Memang sedap!





Sunday, November 27, 2016

Private Eyes

Mengimbau kenangan 40 tahun....


Tommy Bolin - Private Eyes (1976)

Bila mula terjebak dalam hobi membeli piring hitam, ini adalah antara album yang menjadi "wish list" saya. Sebelum ini hanya sekadar mempunyai versi "sedut". Pernah bercerita bagaimana asalnya saya mengetahui tentangnya  6 tahun yang lalu. Sila baca di >SINI<

Soundnya memang lemak berkrim. Sound analog 70an seperti ini sememangnya lebih syahdu bila didengar mengunakan piring hitam. Produksinya memang tip-top. Bunyi bass nya memang berdentum. Vokal lunak Tommy dan solo gitarnya yang berjiwa membuatkannya bertambah mantap. Memang syahdu!


Sedikit info untuk yang tak tahu, Tommy Bolin adalah penganti Richie Blackmore dalam Deep Purple ketika era MK4 (1975-1976). Yang menariknya beliau seoarang gitaris yang sangat versatile. Pernah bermain pelbagai genre di dalam beberapa band yang pernah dianggotainya, Psychodelic-blues dalam Zephyr, Rock n Roll dalam James Gang, Jazz dalam Alphonse Mouzun, Fusion ketika bersama Jan Hammer dan Billy Cobham dan sudah semestinya hard rock ketika bersama Deep Purple.


Album solo keduanya ini membuktikan betapa versatile nya dia. Bukan setakat solo-solo gitar yang bagus tetapi beliau juga mempunyai vokal yang sangat bagus. Lagu lagu seperti Bustin' Out for Rosey, Sweet Burgundy, Post Toastee, Shake the Devil dan Hello,Again memang enak didengar terutamanya jika anda sukakan rock 70an yang funky dan penuh jiwa.

Sayangnya inilah hasil kerja beliau yang terakhir. Beliau meninggal dunia 3 bulan selepas album ini diedarkan. Ketika itu beliau hanya berusia 25 tahun. Pastinya akan banyak lagi karya-karya beliau yang bagus jika beliau masih hidup.

Tapi nak buat macamana, dadah punya pasal...maka selamanyalah beliau akan hanya terus diingati sebagai penganti Richie Blackmore dalam Deep Purple....bukannya sebagai seorang lagenda gitar...






Wednesday, November 16, 2016

Rock And Roll Over

Yang menyambut ulangtahun ke 40 pada 11hb Nov yang lalu...


KISS - Rock And Roll Over (1976)

Zaman 70an dulu kebanyakan artis merakamkan album dalam tempoh masa yang singkat diantara satu album dengan album yang berikutnya. KISS - Rock and Roll Over adalah salah satu contohnya. Ianya diedarkan 8 bulan selepas Destroyer.

Yang menariknya Rock And Roll Over tidak mengikut formula Destroyer. Mereka tidak lagi menggunakan Bob Ezrin sebagai penerbit walaupun beliau membawa Destroyer sebagai album terlaris yang mengenalkan mereka ke mata dunia.

Sebaliknya mereka memilih Eddie Kramer. Seorang lagi penerbit lagenda. Hasilnya Rock And Roll Over menjadi sebuah album yang lebih "straight forward". Lebih "simple". Back to basic. Catchy rock and roll yang bertenaga.


Satu-satunya formula yang hampir sama adalah sekali lagi Peter Criss dibenarkan menyanyi. Kali ini 2 lagu. Lagu balada "Hard Luck Women" walaupun tidak mencapai kedudukan seperti "Beth" tetapi tetap juga memasuki carta. Sedap juga lagunya. Asalnya mahu diberikan kepada Rod Steward. Tetapi Gene mahukan Peter. Hasilnya memang berbunyi seperti lagu-lagu 70an nyanyian Rod Steward.

Bagi saya pula hanya "Hard Luck Women" dan "Calling Dr. Love" yang pernah saya dengar sebelum memiliki cd ini. Kedua-dua lagu tersebut ada dalam kompilasi Greatest KISS. Saya sukakan sound kasar album ini tetapi lagu-lagunya agak kurang melekat. Selain 2 lagu yang sebutkan tadi, lagu "I Want You" berjaya memikat hati saya. Yang lainnya...dengar...ok...lupa...








Monday, November 7, 2016

Boston

Yang 40 tahun pada 25hb Ogos yang lalu...



Boston - Boston (1976)

Konon nak tulis pasal album ni...rupa-rupanya baru perasan dah pernah tulis pasalnya 4 tahun yang lalu....makanya untuk disenangkan cerita...kalau berminat nak baca, sila klik >SINI<

(senang tak payah nak perah idea untuk menulis...hahaha...)


Apa-apa pun sampai sekarang...sekali sekala dengar kat radio mesti singalong...takpun...bila lama tak dengar...bukak youtube...layan "More Than A Feeling"...ini memang betul-betul timeless classic rock punya lagu...masterpiece!!!



Sunday, October 16, 2016

2112

Yang dah 40 tahun...


Rush - 2112 (1976)

Secara kebetulan, tengah nak buat entri ni boleh pula tertengok movie I Love You, Man (2009) lakonan Paul Rudd (Ant-Man) dan Jason Segel (How I Met Your Mother) di Astro. Kedua-dua kerektor dalam filem ini adalah peminat Rush. Terpampang besar poster album cover 2112 di dinding garage tempat lepak mereka. Rush sendiri ada membuat penampilan istimewa dengan lagu Limelight. Filemnya biasa biasa sahaja tetapi yang membuatkan saya menontonnya sampai habis pun disebabkan faktor Rush.

Disebabkan itu, hilang dah idea untuk menulis pasal albumnya...hahaha...

Ok la...tak ada la apa sangat kenangan dengan album ni. Dengar Rush secara serius pun baru beberapa tahun yang lalu. 2112 adalah album mereka yang kedua saya dengar selepas Moving Pictures. Tetapi yang pastinya ia membuatkan saya lebih berminat untuk mendengar album-album yang mereka yang lainnya.


Tak pasti siapa yang memulakan idea untuk konsep album. Tetapi 2112 adalah salah satu konsep album yang memberikan banyak pengaruh besar kepada band-band rock/metal lain yang untuk mengikutinya.

Jika anda tidak boleh menerima lagu progressif rock yang berdurasi 20 minit panjang maka ini bukannya album untuk anda. Namun begitu lagunya sedap-sedap belaka. Geddy Lee, Alex Lifeson dan Neil Peart sememangnya pemuzik yang hebat. Memang power trio!!

Secara peribadinya, dalam kategori progressif rock 70an, Rush berada dikedudukan teratas bagi saya. Mungkin kerana muzik mereka lebih mirip kepada hard rock berbanding band lain seperti Pink Floyd contohnya.

Mungkin itu penyebab utama kenapa muzik mereka lebih mudah untuk saya hadam






Monday, October 10, 2016

Virgin Killer

Semalam, 9hb Oktober adalah ulangtahun ke 40 untuk album klasik ini...

Scorpions - Virgin Killer (1976)


Pernah menulis pasalnya beberapa tahun yang lalu >SINI<

Salah satu album kegemaran dari zaman Uli Jon Roth. Scorpions memang berbeza tanpa beliau. Mereka seperti band yang berlainan tanpanya. Walaupun saya bermula dan membesar dengan zaman Mathias Jabs tetapi era 70an mereka ini juga sangat memikat hati. Banyak lagu yang sedap tetapi kalau kena pilih saya pilih In Your Park untuk lagu perlahan dan Hell Cat untuk lagu rancak.

Walaubagaimanapun saya masih gagal untuk mendapatkan versi piring hitam manisnya. Terutamanya versi cover asal yang kontroversi. Memang parah bila orang yang tak berapa nak ada duit ni bercita-cita nak berhobi macam orang kaya...haha...konsert 50 tahun mereka di Sepang hujung bulan ni pun rasa-rasanya tak mampu nak pergi...dah pokai dah ni..huhu...

Tua dah album ni...tapi masih sedap!










Saturday, September 3, 2016

Destroyer

Yang 40 tahun pada 15hb Mac yang lalu...


KISS - Destroyer (1976)

Kalau anda mahukan hanya satu album KISS dalam simpanan anda selain album kompilasi terbaik, ini adalah albumnya. Sekurang-kurangnya itulah pendapat saya. Lain orang mungkin lain pilihannya. Walaupun saya bukanlah seorang KISSARMY, tetapi banyak lagu mereka yang saya suka. Dan Destroyer mengandungi banyak lagu terbaik mereka. Detroit Rock City, God of Thunder, Shout It Loud, Do You love Me? dan lagu balada syahdu kegemaran saya, Beth.

Destroyer agak berbeza dengan 3 album awal mereka. Soundnya lebih bersih dan lebih komersial. Ianya adalah album "breakthrough" mereka. Awalnya ia kurang berjaya sehinggalah secara tiba-tiba lagu side B dari single Detroit Rock City, Beth yang dinyanyikan oleh pemain drum mereka, Peter Criss meletup. Beth adalah lagu pertama mereka yang berjaya menembusi carta Top 10 di Amerika.


Semuanya tidak akan terjadi kalau tidak kerana penerbit mereka, Bob Ezrin. Beliau lah yang bertanggungjawap dalam mengumpul, mengubah, memilih, menyusun idea dari anggota KISS sehingga menjadi muzik dan lagu yang bagus. Malah khabarnya solo gitar didalam album ini pun semuanya hasil dari idea beliau. Beliau menjadikan KISS dari sebuah band yang biasa biasa kepada band yang terkenal di seluruh dunia.

Dengan Destroyer, KISS membuktikan mereka bukanlah sekadar band gimmick dengan make-up semata mata. Suka atau tidak, anda perlu mengakui yang lagu-lagu mereka kebanyakannya memang sedap.




Monday, July 25, 2016

Agents Of Fortune

Lama dah tak cerita perihal album 70an...sempena ulang tahunnya yang ke 40 pada Mei yang lalu...


Blue Oyster Cult - Agents Of Fortune (1976)

2 perkara buat saya kenal Blue Oyster Cult. Gitaris Donald "Buck Dharma" Roeser yang terlibat dalam projek Stars dan lagu "(Dont Fear) The Reaper". Kedua-duanya adalah penyebab untuk saya membeli cd ini.

Blue Oyster Cult adalah sebuah band hard rock 70an. Ada juga yang mengelarkan mereka sebagai sebuah band awal terhasilnya heavy metal. Mungkin benar juga walaupun sound mereka bukanlah seberat Black Sabbath ataupun Deep Purple. Tetapi mereka semestinya sebuah band yang ibu bapa di tahun 70an tak mahu anaknya dengar.

Saya dicadangkan untuk membeli album ini untuk mula mengenali mereka. Ternyata ianya pilihan yang tepat. Bukan sahaja kerana di dalamnya ada lagu mereka yang paling dikenali di dunia, "(Dont Fear) The Reaper", tetapi lagu-lagu lainnya juga bagus.

Sayangnya seperti kebiasaan kalau sesuatu album itu ada lagu yang super hits, lagu-lagu lainnya menjadi agak tenggelam. Macam susah juga bila semua lagu dibandingkan dengan "(Dont Fear) The Reaper". Saya mengambil masa juga untuk hadam lagu lagu yang lainnya. Tetapi lagu-lagu seperti "E.T.I (Extra Terrestial Intelligence)", "Sinful Love, Revenge Of Vera Gemini", "Morning Final" juga boleh tahan. Tambah pula kerja gitar yang baik dari Buck Dharma.

Jika anda gemarkan sound rock 70an, rasanya tak susah untuk anda menyukai album ini.

**entah mengapa, sejak kisah "more cowbell" macam rasa terngiang-ngiang pula bunyi cowbell dalam (Dont Fear) The Reaper. Dulu macam takder bunyi tu pun...haha...






Tuesday, May 31, 2016

Rising

Yang dah 40 tahun usianya pada 17hb Mei yang lalu...


Rainbow - Rising (1976)

Ramai yang kata disinilah bermulanya genre power metal. Kalau berdasarkan susunan muziknya yang agak complex, epic serta lirik-liriknya, mungkin ada benarnya. Ketika itu bukan sahaja power metal, malah istilah heavy metal pun belum wujud. Mungkin Ritchie Blackmoore dan Ronnie James Dio pun tak pernah terpikir pun ke arah itu.


Mungkin tak keterlaluan kalau saya katakan inilah album yang mula menyerlahkan kehebatan Mendiang Cozy Powell. Ketukan drums beliau dalam lagu Stargazer menjadi bukti. Pada saya ini adalah line-up terbaik Rainbow. Klasik!!  Tony Carey sebagai pemain keyboard pun sangat menyerlah. Intro lagu Tarot Woman memang best.


Tarot Woman dan 2 lagu yang panjangnya lebih 8 minit, Stargazer dan A Light In The Black adalah 3 lagu yang paling menyerlah. Tetapi bintang utama Rising sudah semestinya petikan gitar Ritchie Blackmoore dan vokal power Ronnie James Dio. Ini dua orang memang genius dalam bidang masing-masing.

Makin lama dengar makin sedap. 40 tahun pun tetap Power!!!




Tuesday, June 4, 2013

High Voltage

Selain Motorhead, ACDC adalah sebuah nama besar rock yang saya tidak berapa ambil tahu semasa zaman saya budak-budak dahulu. Hanya kebelakangan inilah baru saya cuba untuk mendengar mereka terutamanya ACDC dengan lebih serius. Kali ini saya mencuba album pertama mereka.



AC/DC - High Voltage (1976)

High Voltage bukanlah sebenar-benarnya album pertama mereka tapi ianya merupakan album pertama yang diriliskan di pasaran antarabangsa. Walaubagaimanapun ianya mengandungi lagu-lagu dari 2 album awal mereka yang hanya diriliskan di Australia, High Voltage dan T.N.T.

Saya tak berapa pasti perihal sejarah muzik tapi bagi saya High Voltage telah mengubah sejarah rock n roll selamanya. Kemampuan AC/DC dalam membuat lagu2 catchy blues based hard rock telah menjadi satu trademark yang kemudian menjadi ikutan di seluruh dunia.



Lagu2 seperti It's A Long Way to the Top, Rock n Roll Singer, The Jack, T.N.T., Can I Sit Next To You Girl, She's Got Balls memang cukup catchy. Satu benda yang saya kagum, mereka hanya menggunakan riff-riff yang simple dan mudah tapi yang dasyatnya boleh pula menghasilkan pelbagai lagu yang sedap-sedap.

Bagi saya peranan Malcolm Young dalam High Voltage dan AC/DC secara keseluruhannya memang patut diiktirafkan. Mungkin ada yang tak bersetuju kalau saya katakan beliau adalah the most under-rated rythm guitarist. Tetapi begitulah nasibnya jika mempunyai adik bernama Angus Young, peranannya seolah2 dinafikan sedangkan hampir semua lagu2 dan riff2 AC/DC adalah dari idea beliau. Bukankah sepatutnya dia berhak mendapat pengiktirafan yang lebih?

Kalaulah dari dulu lagi saya telah didedahkan dengan High Voltage, mungkin dah lama saya menjadi peminat mereka.



Friday, September 14, 2012

Boston s/t

Terjangkit entry Krenmaut kat >SINI<


Boston - Boston (1976)

Sebenarnya dah lama nak buat entri ni...terutama masa aku tengah semangat buat entri album2 70an dulu...tapi bila Dr Ben dah buat...tak leh jadi ni...heheh..

Kalau sebut Tom Scholz atau Brad Delp atau mungkin Boston...rasanya ramai yang tak tau...tapi kalau lagu "More Than A Feeling" atau mungkin "Amanda"...rasanya ramai yang sekurang2nya pun pernah dengar dan tau...

Begitulah nasib Boston...lebih dikenali sebagai band one hit wonder berbanding dari yang sepatutnya...pernah di war war kan akan menjadi lagenda seperti Led Zeppelin berdasarkan album pertama ni...tapi perbalahan antara Tom Scholz dan syarikat rakaman menyebabkan dorang terperap bertahun tak mengeluarkan album...

Boston adalah 50% nya Tom...kehebatannya dalam mencipta lagu, rif2 dan solo gitar, sound dan produksi album memang boleh masuk kategori genius...tapi 50% nya lagi adalah kepunyaan mendiang Brad...suara high pitch lunaknya tu memang jenis2 satu dalam sejuta...



Ini adalah debut album terlaris dalam sejarah (Gold dalam tempoh 2 bulan dan mencecah platinum selepas 3 bulan) sehinggalah di potong oleh Guns N' Roses - Appetite For Destruction kemudiannya....lagu2nya memang melodic dan sedap2...hard rock 70an dengan sedikit elemem progresif ala2 Uriah Heep....lagu "More Than A Feeling" tu dah memang2 la timeless classic...antara lagu yang pertama yang aku akan teringat  kalau aku kena buat list best of classic rock songs....

Walaupun Boston bukanlah pencipta genre yang digelar sebagai AOR atau pun Arena Rock...tapi mereka lah yang membuka jalan untuk band2 seperti Journey,Styx,Foreigner,REO Speedwagon dll...kalau anda peminat rock 70an...Boston self titled ni memang REKOMENDED!!!



Friday, March 26, 2010

Scorpions - Virgin Killer

Tak abis lagi nak cerita pasal Scorpions ni…sementara nunggu bila la nak beli album baru dorang..kali ni sekali lagi ke era 70an…sekali lagi ke zaman Uli Roth…kali ini album terbitan tahun 1976 Virgin Killer



Sama jugak macam Taken By Force…cd aku ni bukan 1st press…versi asal sama jugak macam beberapa album Scorpions yang lain…cover ori kena banned…dorang ni memang suka letak cover yang kontroversi…google sendiri la kalau nak tengok cover ori Virgin Killer ni macamana…tak sesuai nak tampal kat sini...dan seperti biasa..harga untuk versi asal ni melambung2 kat ebay…

Virgin Killer ni satu lagi album zaman Roth yang aku minat…dan aku pernah terbaca kat satu interview yang Roth cakap album ni lah yang paling dia suka masa zaman dia dengan Scorpions dulu…kalau tak kerana The Sails Of Charon dalam Taken By Force aku memang setuju sesangat…memang enjoy dengar album ni dari mula sampai abis..tak yah skip2 tak yah forward2…all killer no filler…

Zaman ni lagu2 Scorpions terbahagi dua…satu yang Schenker/Meine buat dan satu lagi yang Roth buat…tapi bila tiga2 bergabung…lahirlah lagu klasik ni Pictured Life…memang terbaik..dan macam biasa solo2 dan permainan Roth memang dekat benar dengan Jimi Hendrix…terutama macam lagu Polar Nights tu..tapi tak kisah la…yang penting memang best…(tapi cuba dengar Polar Nights versi live dalam Tokyo Tapes..lagi bset ooo)...bagu aku highlight untuk album ni memang la pasal guitar work Roth..



Dalam album ni jugak ada 2 lagu yang Roth nyanyi…Hell Cat dan Polar Nights…tapi bab suara dia tu…memang aku kurang berkenan la..macam sumbang pun ada...how I wish Klaus Meine yang nyanyi dua2 lagu tu…tapi disebabkan sound,melodi dan gitar work/solo sedap…tak berapa kisah pun bab vocal tu…so kira boleh maaf la…

Dulu2 sebelum tahu pasal Roth…aku macam tak percaya Hell Cat tu lagu Scorpions…dengan ada ala2 rap skit (tahun 70an tu...advance sungguh..)…vocal ala2 Hendrix…tak sangka itu Scorpions…rupanya aku ada terbaca yang Rudolf Schenker tak main pun dalam lagu tu…padanlah takder bunyi Scorpions… dengan dia nyanyi sendiri…dah macam Roth solo pulak…no wonder la ini album favourite dia...dan bagi aku Hell Cat dan The Sails Of Charon tu macam ada sangkut paut pulak...macam ada persamaan...


Yang boringnya cd2 lama...packaging tak menarik langsung...untuk cd ni..lirik pun takder...hampeh.

Asik puji Roth je kan…jangan lupa jugak sumbangan R. Schenker dan Klaus Meine…bukan pasal rythm gitar dan suara dorang ajer...kombinasi dorang dalam menghasilkan lagu2 sedap memang tak dapat dinafikan dari dulu hingga sekarang…dengar aje la…In Your Park (fav ballad aku dari zaman 70an), Backstage Quen, Crying Days dan Catch Your Train…sedap2 belaka…kalau tak silap dalam video World Wide Live..R.Schenker pernah cakap...dia tak minat nak jadi gitar hero...tapi dia lebih berminat untuk dikenali sebagai komposer...tu pasal dia takder menyolo agaknya..

Senang cerita memang tak rugi beli album ni...lagu heavy macam Virgin Killer ada, lagu slow macam Yellow Raven pun...ahh semua pun best..

Tak jumpa pulak aku video clip ker live show ker lagu2 dari album ni kat youtube...layan versi audio jer la...