Showing posts with label 2012. Show all posts
Showing posts with label 2012. Show all posts

Thursday, January 14, 2021

Unisonic

 

Unisonic - Unisonic (2012)

Ketika album ini diterbitkan pada tahun 2012 dulu, memang ramai peminat Helloween yang teruja dan tak sabar nak dengar termasuk lah "yours truly" yang menulis ini 😀.

Maklumlah selepas Helloween, Michael Kiske pernah kata yang dia tak berminat lagi untuk menyanyi dalam genre metal. Bila dapat tahu yang Unisonic akan disertai juga oleh Kai Hansen. Peminat klasik Helloween era Seven Keys mana lah yang tak akan teruja kan...

Tapi rasanya ramai yang kecewa. Ini bukanlah power metal ala Helloween mahupun Gamma Ray. Ianya lebih kepada selera Michael Kiske yang terarah kepada melodic hard rock dengan pengaruh power metal yang dibawa oleh Kai Hansen. 

Bukanlah tak sedap. Kai Hansen dengan lagu-lagunya jarang mengecewakan. Selagi anda tidak mengharapkan ini adalah Seven Keys Pt 3, ianya memang sedap pun. Lagu-lagunya memang catchy. Vokal Michael Kiske masih seperti zaman Helloween.

Rekomended untuk yang gemarkan melodic hard rock atau metal yang lebih santai.



Saturday, May 31, 2014

Mama Cake



Mama Cake (2012)

Seperti yang pernah saya katakan dalam entri filem North Country dan Hot Tube Time Machine, mana-mana filem yang ada t-shirt Iron Maiden didalamnya, tak kira lah watak yang memakainya cuma watak sampingan yang tak berapa senonoh, sudah pasti ianya ada tempat di dalam blog merapu ini....hahaha...

Iyer...ini filem Indonesia. Mengetahui pasalnya secara tidak sengaja. Terbaca dalam satu review dari blog filem yang saya pun dah terlupa. Konsep visualnya yang dikatakan seakan-akan filem Scott Pilgrim vs. The World (2010) membuatkan saya tertarik untuk mencuba.

Ternyata filem ala-ala road trip dari Jakarta ke Bandung untuk membeli kek ini berjaya menarik minat saya. Cerita yang mudah tetapi mempunyai kritikan moral dan mesej dakwah yang bagus. Rupa-rupanya baru saya tau yang pengarahnya adalah seorang mat metal. Padanlah ada mat rock dan Iron Maiden. Pengarahnya iaitu Anggy Umbara atau lebih dikenali sebagai DJ Djakal adalah angota band Death/Nu Metal bernama Purgatory. Band ini lebih berkonsepkan islamik death metal. Maka tak hairanlah filem ini juga mempunyai banyak mesej dakwahnya.

Pada saya ianya lebih bagus dari Scott Pilgrim vs. The World dan mana-mana filem komedi remaja dari Malaysia. Tak perlu lawak bodoh yang tak bertempat. Walaupun ceritanya sedikit meleweh kerana agak panjang durasinya. Tetapi secara keseluruhannya kira boleh tahan lah. Nampaknya filem kita bukan sahaja ketinggalan dari genre aksi...

Sedang cuba mencari Comic 8, sebuah lagi filem arahan dari Anggy Umbara...

http://www.youtube.com/watch?v=5VfBzMF6AEY



Monday, April 28, 2014

The Best of Bloodshed Ensaiklopedia




Bloodsheed - Ensaiklopedia The Best of (2012)

Ada beberapa album rock melayu tahun 80an yang saya teringin nak ada dalam bentuk cd. Paling dikehendaki adalah 2 album kumpulan Belantara, Belantara (1987) dan Srikandi Disisi (1988),selain Sofea(SYJ) - Kembali (1987), Gersang - Gersang (1988) dan Bloodsheed - Ilusi Sebuah Mimpi (1987). Sayangnya sampai sekarang album-album ini tidak pernah diterbitkan dalam bentuk cd.

Bila pertama kali terbaca kisah album kompilasi dari Bloodsheed ini diterbitkan 2 tahun yang lalu. Jenuh juga mencarinya sehinggalah saya terjumpa cd ini di Muar pada tahun lalu.


Kompilasi ini menarik. Sayangnya saya sedikit kecewa kerana hanya ada 5 lagu dari album Ilusi Sebuah Mimpi. Tak kisah sangat tiadanya lagu "Nostalgia Rindu" dan "Manusia Dan Janji". Kedua-dua lagu ini ada dalam cd Battle of The Band. Tapi bila lagu "Ilusi Sebuah Mimpi", "Restu" dan slow rock kegemaran saya "Memori Biru" tiada...memang sedikit mengecewakan.

Mungkin yang minat album Samarkand akan gembira. Semua lagu ada. Saya tak kisah sangat pasal saya dah ada cdnya. Tetapi bila sampai 9 lagu dari album zaman mereka bertukar nama menjadi Blacksheed memanglah sangat hampeh. Minta maaf. Saya tidak berminat dengan album Villa Misteri dan kurang gemar dengan suara vokalisnya.

Masih menyimpan kaset versi Jack Sparrow ni. Dah 27 tahun dah usianya...kulitnya pun dah nak terbarai... 

Satu lagi yang agak mengecewakan hanya gambar dari Ilusi Sebuah Mimpi yang ada di inlay. Standard biasa bagi  rilisan cd best of di Malaysia. Sekurang-kurangnya pun letak la gambar-gambar kaver album. Nak harap info lain memang jangan haraplah...

Tapi tak kisahlah...sekurangnya ada juga lagu "Peristiwa" dan "Pertumpahan Darah". Tak perlulah lagi saya mendengar versi MP3 yang soundnya tenggelam timbul dan sebu. Maklumlah di"convert" dari kaset.




Friday, September 6, 2013

Masquerade

Kadang-kadang kita terjumpa filem yang bagus dengan tidak di sengajakan


Masquerade (2012)

Menonton astro secara random menemukan saya dengan filem Gwanghae: The Man Who Became King atau nama lainnya Masquerade. Ia adalah sebuah filem Korea yang ditayangkan di astro box office channel 952.

Sesungguh saya tidak pernah tahu keujudan filem ini. Hasil pen'google'an baru lah saya tahu yang rupa-rupanya filem ini adalah filem ke 4 yang mendapat kutipan box office tertinggi dalam sejarah filem Korea Selatan. Memenangi banyak anugerah filem di Korea Selatan termasuklah filem, pengarah, pelakon dan lakon layar terbaik. Memang tak boleh di nafikan kerana sememangnya filem ini bagus.

Filem fiksyen yang berlatarbelakangkan sejarah sebenar Korea Selatan di zaman Raja Gwanghae (1574-1641) ini asalnya nampak seperti sebuah filem serius yang membosankan. Tetapi selepas beberapa minit saya mula menyukainya. Tambah menarik bila ianya diadunkan dengan elemen komedi yang tidak berlebihan. Kekuatan utamanya jelas pada lakonan terbaik dari Lee Byung-hun. Saya tidak berapa mengenali pelakon ini. Maklumlah saya bukannya peminat K-Pop (heheh...). Tapi saya pernah melihat lakonannya dalam Joint Security Area (2000), A Bittersweet Life (2005) dan The Good, the Bad, the Weird (2008). Ternyata dia bukan calang-calang pelakon malah pernah memegang watak Storm Shadow dalam filem Hollywood, G.I. Joe: The Rise of Cobra, dan sekuelnya G.I. Joe: Retaliation.

Secara ringkasnya cerita ini berkisarkan seorang rakyat biasa yang mukanya seiras raja di upah untuk menggantikan raja yang sakit secara rahsia. Dalam tempah 15 hari "pemerintahannya" beliau mengunakan kuasanya untuk membela rakyat dan mula disukai oleh pekerja istana termasuk memikat semula hati permaisuri. Cerita seterusnya sila tonton sendiri. Ada yang kata idea ceritanya seakan filem "The Prince & The Pauper". Tetapi saya tidak pernah menonton filem Mark Twain ini. Maka tak boleh lah nak buat perbandingannya.

Kepada sesiapa pelanggan Astro Super Pack atau yang ada melanggan Astro Box Office masih boleh menontonnya disepanjang bulan September ini. Selamat berK-Pop!




Monday, June 3, 2013

Jason Becker: Not Dead Yet



Jason Becker: Not Dead Yet (2012)

A documentary film about the extraordinary life of a famous, musical prodigy who has been battling against Lou Gehrig's Disease for 22 years. A paralyzing, terminal illness with no real treatment or cure, it has trapped Jason inside of his body for over 15 years; unable to move, unable to speak, and unable to play the instrument which propelled him to international stardom at just 19 years of age. Using an eye communication system invented by his father, Jason is able to escape the confines of his own body and release the music that is trapped inside of his mind"


Lama dah tunggu dokumentari ni sejak-sejak tau ianya akan diriliskan. Akhirnya berjaya juga dengan versi sedut.

Untuk yang tidak mengenali siapa beliau, Jason Becker adalah salah seorang gitar hero di zaman-zaman penghujung 80an. Pemilik Shrapnel Records, Mike Varney yang banyak mencungkil bakat2 baru gitar seperti Yngwie Malmsteen, Paul Gilbert, David T. Chastain, Vinnie Moore, Tony MacAlpine, Greg Howe, Richie Kotzen dan berderet-deret lagi gitar shredder hebat adalah orang yang bertanggungjawap mengenalkan Jason Kepada Marty Friedman. Bersama-sama Marty, Jason menubuhkan Cacophony yang sempat menghasilkan 2 album Speed Metal Symphony(1987) dan Go Off! (1988) yang berkonsepkan neo-classical metal.


Jason dan Marty dalam Cacophony

Selepas masing-masing menghasilkan album solo, Marty dengan Dragon's Kiss (1988) manakala Jason dengan Perpetual Burn (1988), Bintang mereka berdua memang sangat cerah. Marty dilamar Megadeth manakala Jason pula dipelawa untuk bersama David Lee Roth. Bukan calang-calang orang nak dapat main dengan David Lee Roth. 2 orang gitarist sebelum beliau, Eddie Van Halen dan Steve Vai menjadi nama besar. Sudah semestinya dalam usia beliau yang baru sahaja mencapai 19 tahun, beliau juga akan menjadi "the next big thing".

Sayangnya nasib tidak menyebelahi beliau. Ketika rakannya Marty menjadi seorang bintang terkenal bersama Megadeth, beliau pula disahkan mengidap Lou Gehrig's Disease (ALS). Penyakit yang membuatnya menjadi lumpuh. Walaupun dalam kepayahan, beliau sempat juga menghasilkan album A Little Ain't Enough (1991) bersama David Lee Roth. Sayangnya beliau tidak sempat untuk mengikut road tour kerana penyakitnya menjadi semakin serius.

Memang sedih menonton dokumentari ni. Bayangkan dari seorang yang aktif, beliau kini tidak mampu lagi mengerakkan apa-apa anggota badannya kecuali kelopak mata. Dokumentari ini, seperti tajuknya di buat (sebahagian besarnya dibiaya oleh peminatnya melalui derma secara on-line) adalah untuk mengingatkan dunia yang beliau masih bernyawa. Masih bersemangat untuk terus hidup dan terus berkarya dalam muzik.

Jason...sekarang

Tetapi yang lebih menyentuh perasaan rasanya adalah pengorbanan kedua ibubapa beliau. Semangat mereka memang sangat mengagumkan. Contohnya bapanya sendiri yang berjaya mencipta alat komunikasi yang mengunakan kelopak mata. Ibunya, bekas tunangnya yang sentiasa disisi. Rasanya tak ramai yang sanggup bersusah payah begini.

ALS adalah sejenis penyakit yang masih belum ada penawarnya. Dokumentari ini bukan sahaja mengenai Jason Becker, tetapi menyedarkan kita bahawa tidak semua manusia ini mempunyai nasib yang baik. Kejayaan yang hampir didepan mata pun belum tentu terjadi jika tidak dengan izin Nya....bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

Wajib tonton bukan hanya kepada peminat Jason atau gitar shredder (ada Steve Vai...ada Joe Satriani) tetapi atas nilai-nilai kemanusiannya.


REKOMENDED!






Tuesday, May 21, 2013

Mission To Lars



Mission to Lars (2012)

Selain dari "Jason Becker Not Dead Yet", ini adalah antara movie documentary yang saya tertunggu-tunggu untuk menontonnya. Akhirnya dapat juga versi sedutnya. (Jason Becker Not Dead Yet akan di buat entrinya kemudian).

Ianya adalah sebuah dokumentari ala2 road trip mengisahkan 2 beradik yang cuba merealisasikan impian seorang lagi adik beradik mereka yang mempunyai Fragile X Syndrome (sejenis autism) untuk bertemu dengan idolanya Lars Ulrich dari Metallica.

Si kakak, Kate Spicer (journalist) dan si adik, Will Spicer (filmmaker) bukanlah peminat metal dan Metallica, tetapi Tom Spicer ya. Ini adalah misi mereka berdua untuk membawa Tom dari England ke 3 lokasi konsert Metallica di US untuk menemukan Tom denga Lars. Dan sudah semestinya Lars bersetuju. (giler apa kalau dia tak setuju....heheh)

Yang menariknya ianya bukan sahaja dokumentari yang berkisar pasal muzik, tetapi lebih daripada itu. Kisah ketabahan adik beradik Spicer dalam lebih memahami penyakit Fragile X Syndrome dan keberanian Tom sendiri untuk mengatasi ketakutan penyakitnya demi minatnya kepada Metallica. Ada sedih ada suka dan pemandangan yang menarik sepanjang road trip dan keadaan di belakang back stage pasti membuatkan anda terhibur.

Tak perlu minat Metallica untuk menontonnya. Kate Spicer tak minat Metallica pun...tapi selepas menyaksikan live mereka sebanyak 7 kali, ini komen beliau "Maybe I'm just over-excited by the sight of fire. But I think I would have preferred them when they were proper thrash, to be honest with you."...heheh


*antara adegan yang saya suka bila dorang terserempak ngan Kerry King kat backstage...dan kat akhir tu ada satu mamat autism pakai baju Maiden cakap kalau dia mesti Mission To Iron Maiden...






Friday, March 15, 2013

Django Unchained

Misi menjejaki filem2 yang tercalon sebagai filem terbaik untuk Anugerah Academy Awards 2013.
Yang dah tengok :  Silver Linings Playbook, Argo, Life of Pi, Beasts of the Southern Wild, Amour, Lincoln, Zero Dark ThirtyLes Misérables



Django Unchained (2012)

Ini adalah filem yang terakhir dalam misi saya untuk menonton kesemua filem-filem yang tercalon untuk anugerah academy untuk tahun ini. Semua sudah maklum pemenangnya adalah Argo tetapi bagi saya secara peribadinya Django Unchained lah yang paling terbaik.

Semenjak saya mengenali filem-filem Quentin Tarantino bermula dari Pulp Fiction, jarang betul beliau mengecewakan saya. Kalau anda faham bagaiman cara Quentin Tarantino, dah jadi trademark dia dah, plot yang asalnya mudah tetapi menjadi lain, pelik dan tak di jangka, begitulah juga dengan Django Unchained.

Kali ini temanya adalah penghambaan orang kulit hitam di USA. Agak ganas juga cerita ni sebenarnya. Banyak pertumpahan darah dan tembak menembak. Tetapi yang paling menarik adalah barisan pelakon-pelakonnya kelas 'A' nya, Jamie Foxx, Christoph Waltz, Leonardo DiCaprio, Samuel L. Jackson yang memang tak mengecewakan.

Saya cukup tertarik dengan lakonan Christoph Waltz dan Leonardo DiCaprio. Tak peliklah kalau Christoph Waltz boleh menang anugerah pelakon pembantu terbaik. Tapi kalau watak Django tu di berikan kepada Will Smith tentu lagi best.

Cerita menarik, pengarah legend, pelakon hebat...ini memang wajib tonton. Rekomended!



***buat pertama kalinya berjaya tonton semua filem yang tercalon...tahniah untuk diri sendiri...heheh...






Tuesday, March 12, 2013

Les Misérables


Misi menjejaki filem2 yang tercalon sebagai filem terbaik untuk Anugerah Academy Awards 2013.
Yang dah tengok :  Silver Linings Playbook, Argo, Life of Pi, Beasts of the Southern Wild, Amour, Lincoln, Zero Dark Thirty


Les Misérables (2012)

Saya sememangnya mempunyai masalah untuk menonton filem-filem yang bergenre muzikal. Filem-filem begini pasti akan membosankan saya. Satu-satunya filem muzikal yang berjaya saya tonton sampai habis hanyalah Rock Of Ages. Itupun kerana lagu-lagunya adalah lagu rock 80an kegemaran saya.Kalau tak kerana misi ini, memang pasti saya tak akan menontonnya.

Tetapi perlu saya akui. filem ini sememangnya hebat. Lihat sahajalah deretan pelakon-pelakon kelas A yang membintanginya. Hugh Jackman, Russell Crowe, Anne Hathaway. Dan sudah semestinya kalau suara tak sedap memang payah la nak berlakon filem muzikal. Dahsyat juga Hugh Jackman dan Russell Crowe menyanyi, walaupun hampir majoriti lagu-lagunya tak saya dengar pun, maklum kes fast forward untuk elak mengantuk...heheh...

Tetapi lakonan Hugh Jackman memang patut di puji. Mungkin kalau tak kerana lakonan cemerlang Daniel Day-Lewis dalam Lincoln, dia berpeluang kot untuk menang anugerah pelakon terbaik. Walaubagaimanapun tahniah untuk Anne Hathaway, walaupun kemunculan beliau sebenarnya hanya untuk beberapa babak sahaja tetapi sudah cukup untuk beliau memenangi kategori pelakon pembantu wanita terbaik. Nyanyian dan lakonannya memang yang paling terbaik.

Tonton...jika anda boleh melayan filem muzikal.




Wednesday, March 6, 2013

Zero Dark Thirty


Misi menjejaki filem2 yang tercalon sebagai filem terbaik untuk Anugerah Academy Awards 2013.
Yang dah tengok : Silver Linings Playbook, Argo, Life of Pi, Beasts of the Southern Wild, Amour, Lincoln,


Zero Dark Thirty (2012)

Seperti Argo, cerita ini juga mengundang kontroversi. Sedikit sebanyak ianya memberikan gambaran buruk tentang Islam dan orang Arab.

Ceritanya mengisahkan tentang sekumpulan agen CIA yang yang di tugaskan untuk memburu Osama bin Laden dari mula berlakunya peristiwa 9/11 sehinggalah akhirnya ia terbunuh di kediaman rahsianya,di Abbottabat, Pakistan pada 1hb Mei 2011.

Tak pasti pula adakah ini kisah yang sebenarnya berlaku ataupun hanyalah satu lagi propaganda. Watak utamanya Maya, seorang agen wanita yang boleh dikatakan secara berseorangan menyelesaikan kes dimana Osama bersembunyi pun tak dapat dipastikan kesahihan kewujudannya. Adakah watak tersebut hanya untuk jadi penyedap cerita? Sedangkan kewujudan Osama sendiri pun masih banyak menimbulkan misteri.

Filem ini sendiri mendapat bantahan di USA kerana adanya adegan menyeksa tahanan antaranya teknik interrogation yang dipanggil "waterboarding". Dan ada juga sedikit adegan lagu metal dimainkan kepada tahanan. (tak pasti lagu apa...kejap sangat dan malas pula saya nak rewind)

Nampaknya Kathryn Bigelow memang gemar membuat filem-filem drama berunsur ketenteraan selepas berjaya memenangi academy awards dengan The Hurt Locker (2008). Satu lagi filem yang saya masih gagal untuk menontonnya sampai habis kerana tertidur...heheheh...

Sebenarnya kalau diketepikan hal-hal kontroversinya, filem ni bolehlah dikategorikan sebagai OK, cuma ianya agak sedikit meleret dipertengahan ceritanya. Biasalah kalau cerita jenis-jenis panjang melebihi 2 jam setengah ni. Dan jangan tak percaya, nama Malaysia pun ada disebut di dalam filem ini.


**Zero Dark Thirty tu maksudnya 00:30 atau pun 12.30 malam bahasa tentera...tak pasti pulak kalau 2 minutes to midnight nak sebut macamana....

Friday, February 22, 2013

Lincoln

Misi menjejaki filem2 yang tercalon sebagai filem terbaik untuk Anugerah Academy Awards 2013.
Yang dah tengok : Silver Linings Playbook, Argo, Life of Pi, Beasts of the Southern WildAmour



Lincoln (2012)

Ini adalah antara filem yang favourite untuk menang filem terbaik. Saya jangkakan ianya adalah kisah hidup Presiden Lincoln tetapi sebaliknya ianya hanyalah menumpukan kepada apa yang berlaku dalam lebih kurang 4 bulan terakhir sebelum kematiannya. Ianya berkisarkan usaha Lincoln supaya The 13th Amendment diluluskan dalam parlimen US. Iaitu undang-undang tentang penghapusan hamba abdi.

Menontonnya di waktu larut malam memang agak mencabar. Maklumlah cerita yang durasinya hampir sepanjang 2 jam setengah ini adalah jenis heavy drama, banyak cakap. Memang mengantuk di buatnya. Tidak dinafikan ceritanya menarik tetapi disebabkan pergerakan ceritanya yang agak perlahan (heavy drama la katakan) ianya memerlukan kesabaran.

Walaupun begitu saya cukup tertarik dengan lakonan Daniel Day-Lewis. Walaupun saya tak pernah tahu bagaimana watak Lincoln yang sebenarnya tetapi lakonan beliau sangat menyakinkan. Dan saya berani mengatakan yang beliaulah yang akan memenangi gelaran aktor terbaik di academy nanti. Kalau beliau menang bermakna ini adalah rekod, kerana belum pernah ada aktor yang memenanginya sebanyak 3 kali. Sebelum ini beliau pernah menang untuk filem My Left Foot (1989) dan There Will Be Blood (2007).










Thursday, February 21, 2013

Amour


Misi menjejaki filem2 yang tercalon sebagai filem terbaik untuk Anugerah Academy Awards 2013.
Yang dah tengok : Silver Linings Playbook, Argo, Life of Pi, Beasts of the Southern Wild


Amour (2012)

Untuk Adi dan Rafi, yang ini baru foreign film. Filem dari Austria. Dialognya pula menggunakan bahasa Perancis. (err...orang Austria memang guna bahasa perancis eh?..) Memang untuk menontonnya terpaksa bergantung sepenuhnya kepada sarikata.

Sebuah lagi filem drama berat dan art. Filem kategori begini memang senang nak tercalon jadi filem terbaik. Seperti Beasts of the Southern Wild , filem ini juga bukannya untuk tontonan semua orang. Ianya jenis filem banyak bercakap, yang tak minat konpem akan tertidur. Walaubagaimanapun, mata saya masih gagah menontonnya hingga akhir (ok...ada la sikit-sikit fast forward bab-bab yang takder dialog tu).

Ceritanya berkenaan pasangan suami isteri yang sudah berumur. Isterinya mengalami stroke dan lumpuh sebelah badan. Si suami mengambil tugas menjaga isterinya. Ada anak tetapi duduk berjauhan. Jalan cerita memang nampak simple. Kisah ketabahan si suami menjaga isterinya tetapi memang ada kejutan.

Apa yang saya cukup tertarik adalah lakonan 2 pelakon utamanya tertutama yang menjadi isteri (Emmanuelle Riva). Tak hairanlah dalam usia beliau yang dah mencapai 85 tahun tu boleh menang BAFTA Awards. Memang real lakonannya. Saya tak terkejut jika beliau juga memenangi best actress di academy awards nanti.

Cerita ini buat saya terpikir bagaimanakah keadaan kita di hari tua nanti. Kisah begini mengkin sahaja akan terjadi pada kita semua. Sebuah filem yang menarik tetapi untuk menontonnya sampai habis anda seharusnya mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Tetapi jika anda peminat filem heavy drama/art, Amour bukanlah satu masalah untuk anda.



Saturday, February 16, 2013

Beasts of the Southern Wild


Misi menjejaki filem2 yang tercalon sebagai filem terbaik untuk Anugerah Academy Awards 2013.
Yang dah tengok : Silver Linings Playbook, ArgoLife of Pi



Beasts of the Southern Wild (2012)

Ini filem drama berat. Rasanya tak ramai yang boleh bertahan untuk menonton filem sebegini. Yang suka aksi, komedi dan cintan, ini bukan filem untuk anda. Saya sendiri cuma mampu bertahan selama 15 minit pertama sebelum mata mula rasa mengantuk. Kerana nak tau juga bagaimana jalan ceritanya, saya terpaksa menggunakan teknik mengelakkan ngantuk (fast forward ler...tu pun hampir2 tertidur juga...heheh..)

Ceritanya berkisarkan hubungan seorang anak perempuan dengan bapanya yang pemarah. Memang boleh tahan lakonan Quvenzhané Wallis. Tak hairan lah beliau terpilih untuk tercalon sebagai actress terbaik walaupun umur beliau cuma 10 tahun.

Filem begini bukan untuk saya dan saya tak pasti samaada ianya boleh menang filem terbaik.


**Tapi tajuk filemnya tu boleh buat tajuk album metal ek?



Friday, February 15, 2013

Life of Pi


Misi menjejaki filem2 yang tercalon sebagai filem terbaik untuk Anugerah Academy Awards 2013.
Yang dah tengok : Silver Linings Playbook, Argo


Life of Pi (2012)

Dah lama tau pasal Life of Pi, bukunya bukan filemnya. Pasal saya memang selalu menyemak carta buku-buku best seller. Lama juga buku ni menduduki carta no 1. Pernah juga membacanya secara curi-curi lalu di kedai buku. Pernah terniat nak membeli tetapi disebabkan saya lebih mengemari buku-buku biography, hajat tersebut tertangguh sehinggalah kini.

Lama juga menantikan versi sedut ni, tanyata penantian itu memang berbaloi. Jalan cerita dah memang bagus bila ditambah dengan kesan khas visual CGI dan sinematografi yang dasyat hebat, memang bertambah-tambah bagus lah jadinya. Tak rasa bosan walaupun ianya jenis drama berat. Rasanya kalau tengok 3D lagi best kot.

Mungkin ceritanya terlampau luar biasa dan macam tak masuk akal (ini mengingatkan saya kepada gaya penceritaan filem Big Fish ) tetapi macam di pengakhiran ceritanya. Terpulanglah kepada kita untuk memilih cerita mana yang hendak kita percaya.

Nak review yang lengkap, sila ke blog En Adi Herman.




Wednesday, February 13, 2013

Argo

Misi menjejaki filem2 yang tercalon sebagai filem terbaik untuk Anugerah Academy Awards 2013.
Yang dah tengok : Silver Linings Playbook



Argo (2012)

Cerita ini berdasarkan kisah benar tetapi apa-apa yang asalnya dari Hollywood memang susah nak dipastikan apakah sememangnya semuanya benar. Dan saya ada terbaca memang ada adegan yang di tokok tambah untuk menyedapkan jalan ceritanya.

Untuk menikmati filem yang menang filem dan arahan terbaik Golden Globe Awards ni, kita kena lupakan seketika samada ianya sebuah propaganda atau tidak. Nampaknya Ben Affleck pasca J Lo ni semakin bagus dalam filem-filem arahan beliau. Kesilapan filem seperti Gigli telah berjaya beliau tebus dengan filem-filem seperti Gone Baby Gone dan  The Town. Dan Argo membuktikan beliau sememangnya pengarah yang bagus. Dari segi lakonan beliau, pada saya biasa-biasa sahaja.

Saya cukup tertarik dengan suasana akhir 70an yang beliau gambarkan. Keadaan, pakaian dan semuanya memang menyakinkan. Mungkin beliau ada menokok tambah untuk menjadikan filem ini lebih saspen. Saya tak rasa pun adegan akhir di airport adalah kejadian yang sebenar. Tapi kalau kita abaikan hal-hal kontroversi yang terlibat, filem ini sememangnya boleh tahan.




Sunday, February 3, 2013

Hit and Run

Hit and Run (2012)


Ada 2 sebab kenapa saya meng'dowload" dan menonton filem ini. Pertama, kerana posternya yang menarik dan keduanya Bradley Cooper (kes baru lepas menonton 'Silver Linings Playbook')

Ternyata ianya sebuah filem komedi aksi yang tak mengecewakan saya. Nak kata best sangat pun tak juga tetapi mana-mana filem yang ada  bab pasal aksi berkereta dan mengunakan pula muscle car (dalam filem ini hot-rod 1967 Lincoln Continental) memang mengujakan saya.

Hero filem ini bukanlah Bradley Cooper. Tapi semenjak meletup dengan The Hangover, memang jarang nak jumpa dia berlakon sebagai pelakon pembantu dan berwatak jahat. Tetapi hero filem ini adalah Dax Shepherd. Filem ini ditulis dan diarahkan bersama oleh beliau. Perlu diakui beliau sememangnya seorang pelakon yang bagus, sayangnya beliau masih belum mendapat sebuah filem yang betul-betul boleh melonjakkan namanya. (untuk makluman kereta Lincoln yang di gunakan dalam filem ini pun adalah milik beliau)

Keserasian beliau bersama heroinnya Kristen Bell memang tak dapat di nafikan. Maklum lah mereka memang pasangan kekasih di luar filem. Tetapi yang benar-benar mencuit hati saya adalah watak lakonan Tom Arnold. Memang melucukan.

Kesimpulannya....Sebuah filem komedi aksi yang OK la.




Thursday, January 31, 2013

The Hunger Games

Sambungan misi menjejaki filem-filem Jennifer Lawrence kerana >INI<


The Hunger Games (2012)

Dah lama tau pasal The Hunger Games, bukan filemnya tetapi bukunya. Anak saya adalah salah seorang peminat novel remaja tulisan Suzanne Collins ni. Meng"download" filemnya pun atas permintaan beliau. Kalau tak kerana hendak menjejaki filem-filem Jennifer Lawrence, pasti saya tak akan menontonnya.

Amaran dari anak saya, novelnya lebih bagus dari filem. Tetapi disebabkan saya tak pernah membaca novelnya, tak boleh lah saya nak bandingkan. Seperti Harry Potter dan Twillight, cerita adaptasi novel fantasi remaja begini sudah pasti sasarannya adalah untuk golongan remaja. Tetapi saya agak terkejut juga kerana ceritanya ada unsur keganasan iaitu bunuh membunuh. Tak pasti adakah ianya sesuai untuk remaja?

Ceritanya pada saya biasa-biasa sahaja. Ianya mengingatkan saya kepada filem The Running Man. Selian dari scene yang gambarnya bergoyang-goyang memeningkan kepala, sesuatu yang menarik dari filem ini pada saya adalah lakonan Jennifer Lawrence. Tidak syak lagi beliau pastinya akan menjadi bintang kelas A di masa hadapan.






Thursday, January 24, 2013

House at the End of the Street

Menjejaki filem Jennifer Lawrence kerana >NI<


House at the End of the Street (2012)

Twist ending adalah elemen paling penting dalam filem2 horror zaman sekarang. House at the End of the Street juga tidak terkecuali. Selain hal lakonan, dengan plot dan jalan cerita sama yang dah berulang-ulang kali kita tonton, kekuatan twist endinglah yang membezakan sesuatu filem horror tersebut.

Selepas 10,15 minit awal lagi saya sudah tercari2 apakah twist yang akan berlaku kerana jalan ceritanya agak straight forward dan awal2 lagi telah ditunjukkan yang pembunuh yang membunuh di awal ceritanya masih hidup. Ini bermakna sudah pasti bukan beliau yang membunuh. Takkanlah filem ini semudah itu.

Ternyata tekaan saya benar. Walaupun twistnya agak menarik (saya hampir menekanya dengan tepat) tetapi filem ini agak kurang elemen seramnya. Mungkin pasal ianya lebih kepada filem thriller berbading horror.

Kesimpulannya ok ok ajer la...tak tengok pun anda tak rugi apa...kecuali kalau nak tengok Jennifer Lawrence macam saya :P





Friday, January 18, 2013

Silver Linings Playbook





"Silver Linings Playbook is my pick for the #Oscar in all eight categories! Any film that mentions Megadeth is a winner in my book!" - Dave Mustaine

Haha...Kalau Abang Mus dah approved...Ni memang wajib tengok.

Seriusnya, cerita ni memang bagus. Kalau tak, takkan lah ianya tercalon untuk 8 anugerah penting Academy termasuklah Best Picture, Best Actor, Best Actress, Best Supporting Actor, Best Supporting Actress dan Best Director.

Jarang nak jumpa cerita bergenre romantik komedi tercalon. Maklumlah cerita genre begini biasanya penyudahnya agak predictable, jenis-jenis happy ending la kan. Tetapi bagi saya permulaan hingga 3 suku perjalanan filem ini lah yang membuatnya menarik, agak sukar dijangka. 

Dari segi lakonan memang tip top. Bradley Cooper membuktikan bahawa dia bukan sahaja "Sexiest Man Alive", gelaran yang di berikan oleh majalah People tetapi lakonannya sememangnya melayakkan dia menjadi pelakon kelas A. Dan filem ini juga mengembalikan Robert De Niro untuk pencalonan Best Supporting Actor yang pernah dimenanginya dengan filem The Godfather Part II pada tahun 1974.

Tapi saya cukup tertarik dengan lakonan Jennifer Lawrence. Sangat Kiut. Saya harap dia menang best actress. Tiba-tiba macam terasa nak cari balik filem-filem lakonan beliau.



*nak kena cari ni cerita2 yang tercalon jadi best picture, dari 9 tu cuma yang ni je dah tengok





Tuesday, December 18, 2012

Upside Down


Upside Down (2012)

Sebuah lagi filem yang ditunggu2. Pertamanya kerana selalu benar terlihat gazetnya di depan opis dan keduanya kerana Kirsten Dunst.

Filem ini kalau tak silap masih belum ditayangkan di US. Versi sedut yang ada di internet adalah versi bahasa Russia. Tak berapa pasti samada versi US nanti adalah sama dengan versi ini. Kat Malaysia kalau tak silap tayanganya 27hb ini.

Saya mengharapkan ianya sebuah cerita pengembaraan sains fiksyen berdasarkan gezetnya. Rupanya ia adalah sekadar kisah cinta. Cerita begini memang tak tercapai dek akal kalau nak memikirkan logiknya. Dunia yang terbahagi dua yang tiada langit kerana ada dunia lain diatasnya yang terbalik.

Kisah cinta terhalang antara pemuda dunia bawah dengan gadis dunia atas ni tidak lah menarik sangat pun. Setakat biasa2 sahaja tetapi kalau dari segi teknik kecanggihan kesan khas CGI nya memang boleh buat ternganga. Memang cantik. Terpaku nengok.

Kesimpulannya Upside Down = CGI > Kirsten Dunst

heheh...


Tuesday, December 11, 2012

Istanbul Aku Datang

Cerita melayu. Jarang saya nak berkongsi cerita pasal filem melayu.


Istanbul Aku Datang (2012)

Kalau ada yang minta cadangan filem romantik komedi apa yang patut ditonton semasa Valentine Day tahun depan, Saya tidak akan teragak2 mencadangkan filem ini.

Saya rasa cerita ini memang setanding dengan cerita2 romantik kemedi Hollywood. Sangat menghiburkan. Tidak perlu lawak-lawak bodoh untuk ketawa. Lakonan Lisa Surihani memang kiut. Beto Kusyairy nampak sempoi. Tomok pula....errr...arrr....arghhh...ok la..kali ni saya maafkan dia...heheh...

Lokasi cantik di Istanbul betul2 digunakan dengan sebaik2nya. Thumbs Up untuk pengarahnya. Istanbul Aku Datang dan Pisau Cukur membuktikan Bernard Chauly memang sangat bagus untuk filem-filem bergenre begini.

Kalau nak komplen pun mungkin lakonan Aizat. Kayu! Tapi yang mamat Turki tu bagus.

Hmmm...nampaknya ada juga filem melayu yang boleh masuk kepala saya tahun ni.


XOXO D  publish....