Showing posts with label Damn Yankees. Show all posts
Showing posts with label Damn Yankees. Show all posts

Tuesday, May 27, 2025

Night Ranger

Sempena ulang tahunnya yang ke 36

Night Ranger - Greatest Hits (26/05/1989)

Kebelakangan ini banyak pula membeli cd band-band AOR 80an yang mengembalikan kenangan awal remaja. Night Ranger adalah satu darinya. 

"Sister Christian" adalah sebuah yang lagu cukup melekat di kepala walaupun agak takut juga dengan perkataan "Christian" di tajuk lagunya. Kemudiannya bila lagu "Goodbye" dari album berikutnya pula menjadi hit, Night Ranger mula menjadi salah satu band yang diminati.

Ketika itu tak tahu pun apa itu genre “AOR”, tapi yang penting, ia sedap. Kemudiannya baru tahu tentang Jack Blades yang kemudiannya menyertai Damn Yankees, dan juga Brad Gillis yang menggantikan Randy Rhoads dalam album live Ozzy, Speak of the Devil.

Mereka sememangnya sebuah band yang hebat. Tapi cukuplah sekadar dengan album "Greatest Hits". Tak larat dah kalau nak beli kesemuanya...


Friday, August 6, 2010

Damn Yankees

Satu lagi album dari tahun 1990 (tak abis2 lagi ni...nak buat entry lain idea asik jam ajer...bab cerita2 cd ni jer yang idea laju bergerak... :P)



Membesar di tahun2 80an...bukan saja aku didedahkan oleh lagu2 pop new wave dan heavy metal...tapi aku suka juga mendengar lagu2 hard rock dan AOR dari artis/band2 macam Journey,Rick Springfield,Foreigner,Styx,Night Ranger,REO Speedwagon,Survivor,John Waite dll...dan pada tahun 1990 tu munculnya satu album supergroup dari band2 era tersebut...album tersebut adalah Damn Yankees...

Anggota band Damn Yankess ni memang hebat2 belaka....2 orang penting AOR tahun2 80an...Styx guitarist-vocalist-songwriter Tommy Shaw dan Night Ranger bassist-vocalist-songwriter Jack Blades...ditambah pulak dengan 70s hard rock guitarist-vocalist Ted Nugent....pergh!!...ini memang gempak beb...cuma drummer dia Michael Cartellone je yang tak berapa dikenali...



Ini memang betul2 supergroup...tak banyak album2 supergroup macam ni berjaya...tapi Damn Yankees telah membuktikannya...chemistry dorang memang menjadi...album ni cecah tahap platinum...tapi memang tak disangka2 la Ted Nugent boleh join band ni...yang menariknya takder sapa2 jadi leader...semua share sama rata...terutamanya dalam bab penciptaan lagu...majoriti solo2 gitar dalam ni semuanya oleh Ted Nugent...walaupun aku berharap Tommy Shaw pun turut menyolo...best jugak kan solo2 dia dalam Styx...tapi untuk Damn Yankees dia lebih menumpukan untuk menyanyi...sama rata ngan Jack Blades...cuma hanya satu lagu "Piledriver" yang dinyanyikan oleh Ted Nugent..aku takder la follow sangat Ted Nugent ni...tapi memang best solo2 menganas dia dalam album ni...

Rasanya sapa2 yang merasa hidup di tahun 90an sure pernah dengar lagu top dorang "High Enough" kan...tapi selain tu..ada satu lagu lagi yang mana disamping sapa2 dia anggotanya...ianya menjadi penyebab utama aku untuk aku membeli cd ni...lagu tersebut adalah "Come Again"...memang sedap lagu ni...1st time dengar kat rancagan MTV di TV Singapura...terus aku suka...dengan unsur2 dramatik...mula slow pastu heavy...melodi sedap...catchy...solo menganas Ted...suara lunak Tommy...aku memang suka la lagu ni...best!



Secara keseluruhannya....memang tak rasa rugi la beli cd ni...banyak lagu2 hard rock/AOR yang best2 didalamnya...terutamanya kalau korang pernah dengar Night Ranger la kan...bagi aku album ni lebih mirip Night Ranger campur gitar solo macam album2 Ted Nugent..tak berapa bunyi Styx (mungkin Styx punya pengaruh Dennis Deyoung yang kuat kot..

sayangnya dorang cuma ada 2 album sahaja...pasal selepas tu memasing buat reunion ngan band asal memasing dan Ted Nugent kembali buat album solo manakala drummernya join Lynyrd Skynyrd...so pada sapa2 yang into hard rock...AOR...ini album korang patut cari...rekomended!

****adoi...video clip "Come Again" ada copyright controlled la pulak...tak leh nak tampal sini...aku suka vc ni...cekidout la...
http://www.youtube.com/watch?v=1KNdU4lb3Xk

ni versi live...nak tengok power tak power otai2 ni semua kan...nah...