Remembering my youth - 42nd anniversary
Metallica - Ride the Lightning (27/07/1984)
It's my favourite album from them. Period!
Remembering my youth - 42nd anniversary
Metallica - Ride the Lightning (27/07/1984)
It's my favourite album from them. Period!
Remembering my youth - 40th anniversary.
Metallica - Master of Puppets (03/03/1986)
Ini adalah salah satu album yang membawa banyak kenangan di zaman remaja. Walaupun ia bukan pilihan no 1(Metallica pilihan saya adalah Ride The Lightning), tetapi ia memberi pengaruh besar dalam membentuk selera muzik saya sehingga sekarang.
Album wajib dengar!
Album terbitan 2023...
Metallica - 72 Seasons (2023)
Jujurnya saya tidak lagi mempunyai perasan teruja dengan Metallica. Nak kata pembelian ini untuk sekadar melengkapkan koleksi pun tidak juga. Ada beberapa album terkini dari mereka yang tidak saya miliki.
Punca utama pembelian ini rasanya lebih kepada warna kulit albumnya. Warna kuningnya agak menarik perhatian (striking). Mungkin ada yang tak suka dengan cover sebegini tetapi inilah penyebab mengapa saya membelinya...haha...
![]() |
| Matching la warnanya dengan warna kereta saya π |
Dari segi lagu-lagunya tak adalah saya nak kata tak sedap atau tak bagus. Ianya sememangnya kena dengan konsep Metallica sekarang. Yang tak boleh "move on" dengan 4 album terawal tetap tak akan ada rasa terkesan.
Di awal 90an dulu pastinya kaset-kaset ini pernah kita beli, pinjam, dengar atau sekurang-kurangnya nampak di kedai. Yang menarik kesemuanya diterbitkan dalam tempoh 44 hari dari 12/08/1991 hingga 24/09/1991. Dan kesemuanya membawa pengaruh besar di dalam muzik era 90an.
Tetapi posting ini sebenarnya bukanlah nak cerita pasal tu sangat....tetapi ini hanyalah sekadar bertujuan untuk tujuan riak kasetwi...hahaha....π
Metallica – Metallica, 12/08/1991
Pearl Jam – Ten, 27/08/1991
Guns N’ Roses – Use Your Illusion I, 17/09/1991
Guns N’ Roses – Use Your Illusion II, 17/09/1991
Red Hot Chilli Peppers – Blood Sugar Sex Magik, 24/09/1991
Soundgarden – Badmotorfinger, 24/09/1991
Nirvana – Nevermind, 24/09/1991
Bersempena ulang tahun yang ke 39 dan yang terkini berjaya di"gila format"kan...
Metallica - Kill 'Em All (1983)
Semua kenangan lama tentang album ini dah pun ditulis 9 tahun yang lalu. Kalau ada yang berminat nak baca, sila tekan >SINI<
Ini adalah antara album thrash kegemaran dan banyak kenangan. Kali pertama dengar rasa terkejut. Tak sangka ada lagu yang laju dan berat sebegini. Maklumlah pada ketika itu paling berat pun setakat Iron Maiden. Banyak lagu sedap yang dah menjadi klasik. Seek And Destroy adalah lagu pertama Metallica yang saya belajar dan di bawa pergi jamming.
Cumanya baru-baru ini sahaja ianya berjaya di"gila format"kan. Versi kaset dibeli di bandar Segamat. Zaman belajar di ITMCJ berbekalkan duit pinjaman Yayasan Pelajaran Johor. π
Ianya di beli pada tahun 1990. Sebelum itu memang tak pernah nampak kasetnya dijual di kedai. Mungkin saya yang tak tahu dan ketinggalan atau berkemungkinan juga ianya tidak pernah sampai ke kedai-kedai kaset yang sering saya kunjungi. Kaset pertama Metallica yang saya nampak di kedai adalah The $5.98 EP : Garage Days Re-Revisited. Hanya pada tahun 1990 barulah Polygram Malaysia mengeluarkan semula kesemua 3 album awal mereka selepas muzik thrash mula menjadi kegemaran ramai pada ketika itu.
Versi cd saya tak ingat beli di mana. Berdasarkan sticker Polygram Malaysia di kotak cd, pastinya ia dibeli secara fizikal. Mungkin juga di Tower Records, KL Plaza. Semestinya ia adalah antara yang terawal dicari ketika zaman cd mula dijual secara meluas. Zaman tersebut memang kemaruk untuk "upgrade" versi kaset menjadi cd. Kaset memang dah tak pandang dah. Nasib juga masih ada yang terselamat. Ada tu yang selamat juga... tapi selamat ke ke tong sampah lah bila mak mengemas rumah....haha...
Jujurnya piring hitam ini belum pun diputarkan walaupun sekali. Jangan tanya bagaimana soundnya. Ianya sekadar buka plastik. Pasang outer sleeve dan anti static inner sleeve lepas tu simpan di rak.
Biasalah…piring hitam untuk saya bukanlah untuk didengar. Leceh kan nak tukar-tukar sebelah. Ianya lebih kepada masa-masa santai. Waktu lainnya adalah lebih mudah dengan menggunakan cd ataupun spotify. Bagi saya membeli piring hitam adalah lebih kepada apa yang saya nak simpan, belek dan tayang…. Mainkan tu adalah sekali sekala...hahaha...
Pendegaran rawak WFH...
Metallica - St. Anger (2003)
Hasil perbincangan dengan rakan-rakan whatsapp group blogger beberapa hari yang...saya cuba untuk kembali mendengar St. Anger (Maaf saya tidak mempunya apa-apa versi asli untuk album ini. Saya pun dah lupa dari mana saya dapat versi "Jack Sparrow" seperti gambar di atas)
Saya berhenti selepas hampir 3 suku album ini di dengar. Tak boleh hadam. Lagu-lagunya seperti tajuk album memang marah-marah. Bob Rock mentang-mentanglah dia yang bermain bass bunyi bass memang meletup. Bunyi drum Lars memang sangat "annoying". Tong drum mana la dia ketuk. Hampeh betul...
Saya rasa album ini gagal kerana tiadanya lagu pop untuk generasi Black album suka. Dan ianya juga gagal untuk menarik minat orang tua lama kerana lagu-lagunya dah berbumyi seperti Nu Metal atau Alternative Metal yang sememangnya golongan lama ini tak akan suka.
Antara album yang tak akan masuk dalam koleksi...
P/S - Yang paling untung dalam album ini sudah semestinya Kirk Hammett. Senang kerja dia makan gaji buta tak payah pikir pasal solo...ktang ktang ktang...err silap...kah kah kah...