Terjangkit entry Krenmaut kat >
SINI<
Boston - Boston (1976)
Sebenarnya dah lama nak buat entri ni...terutama masa aku tengah semangat buat entri album2 70an dulu...tapi bila Dr Ben dah buat...tak leh jadi ni...heheh..
Kalau sebut Tom Scholz atau Brad Delp atau mungkin Boston...rasanya ramai yang tak tau...tapi kalau lagu "More Than A Feeling" atau mungkin "Amanda"...rasanya ramai yang sekurang2nya pun pernah dengar dan tau...
Begitulah nasib Boston...lebih dikenali sebagai band one hit wonder berbanding dari yang sepatutnya...pernah di war war kan akan menjadi lagenda seperti Led Zeppelin berdasarkan album pertama ni...tapi perbalahan antara Tom Scholz dan syarikat rakaman menyebabkan dorang terperap bertahun tak mengeluarkan album...
Boston adalah 50% nya Tom...kehebatannya dalam mencipta lagu, rif2 dan solo gitar, sound dan produksi album memang boleh masuk kategori genius...tapi 50% nya lagi adalah kepunyaan mendiang Brad...suara high pitch lunaknya tu memang jenis2 satu dalam sejuta...
Ini adalah debut album terlaris dalam sejarah (Gold dalam tempoh 2 bulan dan mencecah platinum selepas 3 bulan) sehinggalah di potong oleh Guns N' Roses - Appetite For Destruction kemudiannya....lagu2nya memang melodic dan sedap2...hard rock 70an dengan sedikit elemem progresif ala2 Uriah Heep....lagu "More Than A Feeling" tu dah memang2 la timeless classic...antara lagu yang pertama yang aku akan teringat kalau aku kena buat list best of classic rock songs....
Walaupun Boston bukanlah pencipta genre yang digelar sebagai AOR atau pun Arena Rock...tapi mereka lah yang membuka jalan untuk band2 seperti Journey,Styx,Foreigner,REO Speedwagon dll...kalau anda peminat rock 70an...Boston self titled ni memang REKOMENDED!!!