Showing posts with label David Bowie. Show all posts
Showing posts with label David Bowie. Show all posts

Tuesday, January 12, 2016

David Bowie



Masih terngiang-ngiang lagi mendengar lagu "Starman" dalam movie "The Martian" beberapa minggu yang lalu. Semalam dapat berita yang penyanyinya David Bowie telah pun meninggal dunia.

Saya bukanlah peminat besar beliau. Hanya mula mengetahui tentang beliau ketika di zaman new wave di awal tahun 80an. Lagu "Let Dance" menjadi satu lagu yang agak popular juga ketika itu. Tetapi saya tidak mengambil tahu sangat sehinggalah saya terdengar lagu "Space Oddity". Ketika itu barulah saya tahu yang beliau bukanlah hanya sekadar penyanyi pop new wave.

Dari situ saya mula mengambil tahu tentang Ziggy Stardust dan The Spiders from Mars. Tidak boleh dinafikan beliau melalui karektor alter egonya, Ziggy Stardust adalah antara pencetus awal genre glam rock di awal tahun 70an. Fesyen rambut, gaya dan pakaiannya menjadi ikutan sehingga kini. Saya tak rasa apa yang pelik Lady Gaga buat sekarang belum lagi di buat oleh oleh David Bowie. Malah apa yang David Bowie buat jauh lagi hebat lagi.

Terimakasih David Bowie kerana memberikan saya "Space Oddity", "The Man Who Sold the World", "Changes", "Starman", "Ziggy Stardust”, "Rebel, Rebel", "Heroes", "Fame", "Under Pressure - Queen", "All the Young Dudes - Mott the Hoople" dan banyak lagi....


Thanks for the music...Goodbye Major Tom....

David Robert Jones (8 January 1947 – 10 January 2016)