Showing posts with label Ironbird. Show all posts
Showing posts with label Ironbird. Show all posts

Monday, July 9, 2018

cd 2018 - versi tempatan

2018 ni dah kurang dah keluarnya album-album reissue rock melayu. Tak pasti kenapa. Mungkin dah tiada apa yang boleh di keluarkan semula. Atau mungkin juga ianya tidak menguntungkan pihak penerbit. Banyak lagi agaknya tak terjual. Pembeli pun semakin selektif. Nak yang berkualiti. Atau mungkin juga kuasa membeli semakin berkurangan. Harga cd/lp pun semakin mahal. Masih tak nampak lagi shoping RM50 boleh penuh satu troli...kah..kah..kah...

Makanya banyak pula membeli cd-cd tempatan yang berbahasa orang putih. Ini adalah yang terkini dalam sebulan dua yang lalu...

Ironbird - Into The Evil / Aircraft - Maximum Destruktion / Cryptic Malediction - Embedded in Blood ...Feudal Delirium / Punisher - Dehumanized / Succubus - Nocturnal / Farasu -Sulalatus Salatin

Harapnya ada la kerajinan untuk menulis tentangnya satu persatu. (untuk rekod, Ironbird dan Punisher dah buat dah)



Sunday, June 10, 2018

Into The Evil



Ironbird - Into The Evil (EP 2018)

Terimakasih kepada D'arsil yang mengenalkan saya kepada kepada band ini. Sekali sekala tanpa di sangka, kita akan terjumpa sesuatu yang kena dengan jiwa.

Jarang nak ambil tahu tentang band-band baru. Hati dan jiwa masih tersangkut di zaman 80an. Tetapi bila ada band baru yang mengembalikan nostalgia tersebut, sudah tentu ianya sesuatu yang sangat mengujakan. Tambahan pula mereka adalah band tempatan.

Ironbird sememangnya berlainan dari kumpulan-kumpulan metal berbahasa orang putih tempatan yang lainnya. Kalau yang lain lebih kepada death, thrash atau black metal. Tetapi muzik Ironbird lebih cenderung kepada heavy ataupun speed metal 80an.


Muzik begini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dimainkan terutamanya bahagian melodi gitar dan vokal high pitchnya. Tetapi Ironbird berjaya melakukannya dengan cemerlang. Lagu - lagunya sangat catchy. Solo-solo gitar melodic. Vokal yang power. Ianya benar-benar mengembalikan nostalgia saya ke zaman pertengahan 80an. Zaman NWOBHM pun ya jugak. Memang sedap. 5 lagu memang rasa tak puas.

Lama dah tak dengar muzik sebegini dimainkan oleh generasi yang baru. Harapnya mereka tidak akan berhenti setakat ini. Kerana orang orang seperti saya masih mengharapkan muzik sebegini.

Rekomended jika anda mahukan muzik heavy metal yang sebenar. Terbaik!


Pro printed cd, 8 mukasurat berserta lirik dengan harga RM20. Sila whatsapp no ini (012 6415165) jika anda berminat. Sokong Metal tempatan!