Showing posts with label Faster Pussycat. Show all posts
Showing posts with label Faster Pussycat. Show all posts

Saturday, March 7, 2026

Hati gembira poket menangis 3


Europe - Out of This World dan Judas Priest - Painkiller adalah hasil dari sabar menanti diskaun 22% dari Shopee. Slayer - Reign in Blood pula dengan diskaun 20%. 

W.A.S.P. - Inside the Electric Circus adalah hasil jualan murah Rarewaves. Mungkin harga jatuh kerana album ini akan direissue sekali lagi tetapi di dalam versi Record Store Day pada bulan April nanti.

Faster Pussycat - Wake Me When It's Over pula tak ada diskaun. Ianya reissue terkini dari Music on Vinyl. Tapi yang paling teruja sekali sudah semestinya Megadeth - Super Collider. Tak sangka pula ianya back in stock di Juno. Memang "please take my money"... 

(Kemaskini terkini, tinggal lagi 3 nak complete discography album studio Megadeth. Haraplah ianya akan ada versi reissue satu hari nanti...)

Monday, December 15, 2025

Hati gembira poket menangis


2 yang di atas di beli pada pada 3 minggu yang lepas di JB Collector Market. 

Manakala 2 yang di bawah di beli pada beberapa bulan yang lepas tetapi sampai sekarang plastiknya pun masih tak berbukak. Hobi membeli muzik secara fizikal  adalah satu penyakit 😁

#Hatigembirapoketmenangis

Tuesday, September 6, 2022

Wake Me When It's Over

 Ulang tahun yang ke 33 pada hari ini....


Faster Pussycat - Wake Me When It's Over (1989)

Kebelakangan ini sedikit kemaruk untuk mendengar kembali album-album akhir 80an dan awal 90an yang dikategorikan sebagai hair ataupun glam metal. Ada masanya tak perlulah kita terlalu serius. Dan album-album dalam kategori ini kebanyakannya tidak memerlukan kita untuk menjadi serius. Ianya adalah untuk berhibur. Tambahan pula mereka selalunya mempunyai shredder yang bagus.

Faster Pussycat adalah salah satu kumpulan yang tidak saya endahkan pada ketika itu. Maklumlah lebih sibuk dengan muzik yang lebih ekstrim dan takut digelar poser…hahaha…. Satu-satunya lagu mereka yang saya tahu hanyalah lagu balada "House of Pain". Dan ia sememangnya sedap.

Mula mendengar muzik mereka adalah ketika zaman trade/beli cd MP3 ketika awal tahun 2000an. Tetapi tidak pernah pula terjumpa cd mereka ketika zaman kemaruk ebay pos percuma dari E-stock sehinggalah Dr. Rizal menghadiahkannya kepada saya 3 tahun yang lalu.


Mereka adalah seperti kebanyakan band hair/glam metal yang wujud pada penghujung 80an dulu. Tiada apa yang baru. Rock and roll dengan pengaruh blues. Tetapi ada sesuatu dari mereka yang membuatkan saya tertarik. Mungkin melodinya yang "catchy". Atau mungkin juga kerana selera muzik saya sejak kebelakangan ini agak terarah kesitu. 

Wake Me When It's Over tidak memerlukan analisa yang serius. Bukan juga sesuatu yang diluar jangkaan. Ianya adalah sebuah muzik yang kita perlukan setelah seharian penat bekerja…baring di sofa…tekan "play" dan nikmati suasananya….


*Album-album sebegini kalau direissue semula dalam bentuk lp… memang agak goyanglah untuk menahan diri dari tidak membeli…haha...


Monday, April 15, 2019

Record Store Day 2019

Tak pergi pun walaupun Johor Bahru ada buat. Ada hal duniawi lain yang lebih utama. Tapi pagi sabtu tu ada lah juga lepak-lepak mamak dengan geng-geng blogger/whatsapp group bersama Hikayat Nemut Nemut, JDU393 dan Tokan Cd dan Gigi


Hasilnya selain dari roti tampal goyang dah teh tarik free, dapatlah juga 2 cd ini secara percuma. Untunglah kan tak ber"RSD" pun dapat cd. heheh....

Thanks Doc Rizal. Semoga bertambah murah rezeki.