Bosan-bosan sempana MCO...
Acid Reign - The Age of Entitlement (2019)
Sebuah lagi album "comeback". Kali terakhir Acid Reign muncul dengan album penuh adalah pada tahun 1990. Mereka adalah generasi awal thrash metal dari UK sezaman dengan Xentrix, Onslaught, Sabbat, Re-Animator, Sacrilege, Slammer dan lain-lain. Mereka bagus tetapi agak sukar untuk menandingi Bay Area Thrash mahupun Teutonic Thrash yang lebih awal dan lebih di kenali.
Anggota asal yang tinggal hanyalah Howard "H" Smith (vokal). Sebab itulah beliau lebih gemar menggunakan perkataan "reboot" untuk kemunculan semula ini. Walaupun ahli baru, tetap muzik mereka tetap kedengarn seperti Acid Reign yang lama. Pengaruh Anthrax masih jelas kedengaran.
Sesuatu yang tidak di duga adalah penampilan istimewa Suzzane Vega (walaupun sedikit di awal lagu). Lagu asal Blood Makes Noise dari Suzzane Vega ini berjaya di"Acid Reign"kan menjadi sebuah lagu punky thrash yang menarik. Ianya mengingatkan saya ke era Persistence Of Time - Anthrax. Dah cakap kan. Pengaruh Anthrax dari dulu lagi memang ada pada mereka.
Kalau tolak "sentimental value" yang ada pada album-album lama mereka, The Age of Entitlement mungkin adalah album pilihan saya dari mereka. Penulisan lagu, kualiti produksi, kemahiran pemuziknya adalah di tahap terbaik. Tak dapat dinafikan. Ini adalah antara album British Thrash yang terbaik untuk era ini.
Tak jemu dengar...
Showing posts with label Acid Reign. Show all posts

Saturday, March 21, 2020
Tuesday, February 11, 2020
Cd 2019 - Bahagian 17
Lagi cd-cd keluaran tahun lepas yang tak sempat nak tayang...
Acid Reign adalah antara band thrash dari UK yang menjadi kegemaran. Terus jadi minat sejak kali pertama mendengar lagu mereka pada tahun 90an. Ini adalah album "comeback" mereka setelah kali terakhirnya pada tahun 1990.
Opeth pula membawa kenangan ke zaman trade dan sedut MP3 awal-awal Y2K dulu. Suka album-album awal mereka tetapi tak pernah beli pun cdnya. Ini adalah yang pertama...
![]() |
| Acid Reign - The Age of Entitlement |
![]() |
| Opeth - In Cauda Venenum |
Acid Reign adalah antara band thrash dari UK yang menjadi kegemaran. Terus jadi minat sejak kali pertama mendengar lagu mereka pada tahun 90an. Ini adalah album "comeback" mereka setelah kali terakhirnya pada tahun 1990.
Opeth pula membawa kenangan ke zaman trade dan sedut MP3 awal-awal Y2K dulu. Suka album-album awal mereka tetapi tak pernah beli pun cdnya. Ini adalah yang pertama...
Monday, April 29, 2019
The Fear
Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 20 hb Februari yang lalu..
Acid Reign - The Fear (1989)
2 bulan juga tersangkut dalam draf...Masa dan idea untuk menulis asyik tersangkut.
Kali pertama tahu tentang Acid Reign adalah melalui majalah Metal Hammer seperti gambar di bawah. (Bertarikh 20hb Feb, 1989) Tertarik dengan gambar cover dan ratingnya yang tinggi. Tapi zaman sebelum internet memang tak ada tempat untuk cuba dengar. Tak jumpa juga di kedai kaset. Memang tak pernah kot album (kaset) ini masuk pasaran Malaysia.
Ketika itu memang sedang kemaruk dengan thrash. Apa sahaja band yang berkonsepkan thrash memang teruja nak dengar. Tapi seperti biasalah. Selain kekangan kewangan seorang pelajar, banyak juga kaset-kaset band sebegini yang tak ada dalam pasaran Malaysia. Jadinya banyaklah band yang sekadar tahu nama, ada yang jumpa tshirtnya...tapi memang tak pernah dengar pun bagaimana bentuk muziknya. Memanglah poser...haha...
Sehinggalah pada satu hari, 7 atau 8 tahun kemudiannya, ketika sedang berdating, terjumpa kaset kompilasi The Worst Of Acid Reign di sebuah kedai kaset di Holiday Plaza, JB. Itulah kali pertama dapat dengar muzik thrash British acuan mereka. Menarik juga. Dan ianya menjadi wish list sehinggalah kenal e-bay dan berjaya di beli.
Cadang nak ulas. Tetapi kemalasan untuk menulis semakin menjadi-jadi. Makanya baca sahaja lah ulasan asal tahun 1989 dari majalah Metal Hammer seperti di atas.
*Khabarnya mereka pun dah buat comeback. Album baru mereka dalam proses rakaman.

Labels:
1989,
Acid Reign,
buku majalah fanzine,
cd,
rock omputeh,
Youth Gone Wild 80's
Wednesday, June 28, 2017
Monday, June 5, 2017
Thrash : UK vs Germany
Lagi cd baru beli....semua kerana nilai nostalgianya...
Band dari UK, Acid Reign - The Fear (1989) tu upgrade dari kaset. Manakala Xentrix - Dilute To Taste (1991) pasal ada lagu "Ghostbusters". Tak kisah la walaupun ianya versi live. Susah nak cari singles "Ghostbusters" tu. Shattered Existence pressing Russia sahaja kot yang ada bonus track lagu tu.
Yang dari German pulak kedua-duanya, Angel Dust - To Dust You Will Decay (1988) dan Deathrow - Deception Ignored (1988) sebelum ini sekadar hanya ada versi sedut MP3. Dulu-dulu sekadar mampu membaca review dari majalah Metal Hammer. Dah nak 30 tahun baru merasa pegang cdnya...
Labels:
Acid Reign,
Angel Dust,
cd,
Deathrow,
rock omputeh,
Xentrix,
Youth Gone Wild 80's
Tuesday, October 11, 2011
The Worst Of Acid Reign
Lagi ke album dari tahun 1991...kali ni yang heavy skit la...

Acid Reign - The Worst Of Acid Reign
Zaman2 thrash dulu banyak jugak band2 dari UK yang aku suka...sayangnya disebabkan muzik thrash ni lebih di pelopori oleh band2 US...kebanyakan yang keluar dari UK lebih di anggap sebagai copycat...mereka jugak agak ketinggalan kalau nak dibandingkan dengan band2 thrash dari Jerman...tak tau dimanakah silapnya...sedangkan di tahun2 70an band2 UK la yang menguasai dunia...
Dalam banyak2 band2 thrash UK yang aku follow di antaranya seperti Sabbat,Xentrix,Onslaught,Slammer,Deathwish,DAM dll...ntah kenapa aku paling suka ngan Acid Reign...

1st time tau bila baca review Metal Hammer pasal album "The Fear"...rating tinggi menyebabkan bila aku jumpa kaset Ep "Moshkinstein" dorang terjual kat pasaran tempatan terus aku sambar...ternyata dorang memang best pun...
Sayangnya dorang bukannya berasal dari Bay Area maupun New York...tu yang susah nak naik tu...walaupun majoriti band2 dari sana pun seakan2 sama jer bunyinya...dah namanya pun thrash...mestilah tak jauh bunyinya...dorang sering di anggap clone Anthrax...memang betul...muzik dorang memang ada iras2 Anthrax...tapi bagi aku itu tak menjadi hal...muzik yang sedap tetap akan sedap tak kira ko clone ker ori...
Album kompilasi ni mengandungi lagu2 demo,B sides dan rakaman live mereka serta 2 unreleased tracks...tu sebab di panggil "The Worst Of" kot bukannya "The Best Of"...yang berbaloinya lagu2 ni tak jumpa atau versi yang berlainan dari album2 mereka...so kalau takat ada album2 mereka (Moshkinstein,The Fear dan Obnoxious) pun masih di kira tak lengkap kalau takder album yang ni...

Di sebabkan ni bukanlah rakaman lagu2 baru...aku lebih tertarik nak dengar lagu2 cover version dorang...(buat yang tak pernah dengor...boleh try lagu2 dorang macam "Bully Boy/Lucifer's Hammer","Motherly Love" dan "R.F.Y.S.")...selain cover Black Sabbath...aku cukup suka dengan cover dari Bad News yang bertajuk "Warriors of Genghis Khan!"...
Tapi highlight untuk cd ni bagi aku adalah cover dari Blondie "Hanging on the Telephone"...aku dah dengar Def Leppard dan band Alexi Laiho Sinergy buat...malah Roxette pun pernah buat...tapi yang Acid Reign ni buat yang paling terbaik...sangat best...
kalau nak try thrash metal dari UK....aku rekomen korang try album2 Acid Reign seperti The Fear ataupun Obnoxious...memang 2 ni jer pun album yang dorang ada...lepas kompilasi ni dorang kena drop ngan syarikat rakaman dan terus berpecah...sayang sungguh...

1991,
Acid Reign,
cd,
kaset,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's
Subscribe to:
Posts (Atom)