Showing posts with label Beatles. Show all posts
Showing posts with label Beatles. Show all posts

Thursday, May 30, 2024

Sudah Sampai Sini - Beatles @ Liverpool

Sebagai peminat muzik, kalau dah sampai ke Liverpool. Tak sah kalau tak menjejaki sejarah peninggalan The Beatles. Ianya adalah salah satu tarikan utama selain bolasepak bila berada di Liverpool.

Antara tempat wajib untuk dikunjungi adalah The Beatles Story di Royal Albert Dock dan Beatles Museum di Matthew Street.

Beatles Statue di Royal Albert Dock - tempat wajib bagi peminat Beatles untuk bergambar

Jarak antara keduanya masih dalam lingkungan boleh berjalan kaki. Pergi time musim sejuk memang tak ada masalah untuk berjalan kaki. Langsung tak berpeluh. (Untuk rekod jarak berjalan kaki sehari di sana adalah 22K steps = 17 KM… haha..hebatkan..beginilah percutian DIY…selain bas dan keretapi…memang kena fit untuk berjalan kaki)


Matthew Street. Di sepanjang lorong ini semua bangunan dan persekitarannya bertemakan Beatles. Kalaulah di sana ada lorong yang bertemakan Iron Maiden atau Black Sabbath, Judas Priest atau sekurang-kurangnya Duran Duran… perghhhh…


Beatles Museum. Tak masuk pun. Saya bukanlah peminat tegar Beatles. Cukuplah sekadar bergambar kenangan. Cuba kalau ini ini muzium Iron Maiden…hahaha…


The Cavern Club di 10 Mathew Street. Tempat yang melahirkan Beatles. Satu lagi tempat wajib untuk pengemar Beatles. Mengikut carian google, ia masih beroperasi dengan persembahan live band.


Ini pula kedai cenderamata Beatles. Satu ni jer la yang masuk ke dalam. Manalah tau kot kot ada benda yang berkenan. 


Bermacam memorabilia tentang Beatles ada di jual. Tetapi memandangkan semuanya RM kali 6. Yang berani dibelek hanyalah fridge magnet dan key chain…hahaha..


Nahh...Tu pun cari yang paling murah 😁



Ada banyak statue yang betemakan lagu-lagu Beatles. Eleonar Rigby adalah salah satu darinya.


Ini pula adalah The Beatles Story Museum di Royal Albert Dock. Masa sampai tu dah lepas pukul 5 petang. Dah tutup dah. Tapi kalau masih bukak pun bukannya nak masuk…haha…




Wednesday, December 19, 2018

Big Bad Wolf KL 2018 MIECC The Mines

Kebetulan berada di Kuala Lumpur minggu lepas. Sempat juga untuk berbig bad wolf.


Masa terhad. Memang terus menuju ke bahagian muzik. Sayangnya bahagian muzik kali ini agak kurang menarik. Adalah juga beberapa buah buku yang berkenan.


Jumlah kemusnahan = RM44.00. Yang masih bersampul plastik tu ntah bila agaknya nak bukak. Yang sedia ada dalam gerobok pun masih ada yang belum berbukak...kahhhhh...




Monday, May 29, 2017

Sgt. Pepper's Lonely Hearts Club Band

Ulang tahun yang ke 50 pada 26hb Mei yang lalu...


The Beatles - Sgt. Pepper's Lonely Hearts Club Band (1967)

Rasanya ramai yang sedang membaca ini tak lahir pun lagi ketika album ini diterbitkan. Saya pun. Maklumlah muda remaja lagi la kan...hahaha...

Saya sendiri hanya betul-betul cuba mendengar The Beatles pada awal tahun 90an. Sudah semestinya album ini antara yang awal dicari. Pertamanya kerana baru sedar yang The Beatles bukan hanya berkenaan dengan pop yeh yeh. Tambahan pula album ini boleh dikatakan sentiasa ada di tangga teratas dalam senarai album terbaik sepanjang zaman dari pakar-pakar muzik seperti majalah Rolling Stones contohnya.


Oleh kerana itu, album ini memang patut ada jika anda seorang pengemar muzik. Ini adalah zamannya The Beatles bereksperimen dalam muzik mereka. Tiada lagi imej pop teen idols. Muzik mereka lebih matang. Tak pandai nak ulas. Bukan pakar dalam muzik sebegini. Kalau majoriti mengatakan ianya antara album terpenting dalam sejarah. Siapalah saya untuk menafikannya. "With a Little Help from My Friends" "Lucy in the Sky with Diamonds" dan "A Day in the Life" adalah antara yang menarik minat saya.

Cd saya adalah terbitan tahun 1987. Diterbitkan bersempena ulang tahun ke 20. Apa yang menarik tentang cd ini adalah kerana ianya pertama kali album ini diterbitkan dalam bentuk cd. Sudah semestinya berbeza dengan versi vinyl asal dalam bentuk mono. Sesuai dengan peredaran masa ianya diterbitkan semula dalam bentuk stereo. Tetapi saya tak pernah mendengar versi mono, makanya tak bolehlah nak buat perbandingan.


Untuk sesiapa yang berminat, boleh cuba untuk mendapatkan boxset cd versi 50 tahun. Ianya melalui proses mixing semula oleh Giles Martin. Anak kepada penerbit asal, George Martin. Di dalamnya ada 6 disc termasuk 5.1 surround dvd dan blu-ray. Memang dasyat. Terutamanya jika anda pengemar Sgt. Pepper's Lonely Hearts Club Band.

Untuk saya...cukuplah versi yang ini...tapi kalau dapat vinyl pun best jugak...teringin nak dengar versi mono dalam vinyl...




Friday, January 2, 2015

Help!

Yang pertama untuk 2015…50 tahun...memang dah tahap atuk nenek ni…


The Beatles - Help! (1965)

Saya tak banyak koleksi album-album dari tahun 60an. Atau mungkin memang tiada pun kecuali album-album dari The Beatles. Sejujurnya saya tidak pernah didedahkan secara "direct" kepada muzik mereka. Hanya sesekali mendengar di radio. Maklumlah saya pun hanya dilahirkan ke dunia pada awal 70an.

Ketika dunia di kejutkan dengan kematian John Lenon (semasa itu saya di sekolah rendah), barulah saya tahu apa itu The Beatles. Itu pun sekadar membaca di akhbar tetapi tetap tidak mengambil tahu perihal muzik mereka.

Mula mendengar muzik mereka hanya pada awal 90an. Itupun lebih kepada album-album dari zaman "Sgt. Pepper's Lonely Hearts Club Band" ke atas angkara  kaset "1967–1970 (The Blue Album)". Saya lebih mengemari lagu-lagu dari zaman "hippies" mereka berbanding zaman "pop yeh yeh". Cuma baru kebelakangani ini saya mula mencuba untuk mengumpul album-album awal mereka termasuk yang ini.


Tak sangka pula Help! juga bagus. Sebelum ini kalau melihat dari senarai lagu, yang saya tahu hanyalah "Help!" dan "Yesterday". Membaca dari pelbagai ulasan, saya difahamkan Help! adalah antara titik perubahan The Beatles dari sebuah band pop remaja menjadi sebuah band yang lebih dewasa. Ada pengaruh Bob Dylan dalam mereka. Itu saya setuju terutamnaya bila mendengar lagu "You've Got to Hide Your Love Away".

Walaupun masih ada beberapa lagu berbunyi pop yeh yeh tetapi lagu-lagunya memang melodic dan lazat. Pada saya jika anda peminat brit pop, sudah semestinya album seperti Help! ini wajib untuk anda. Tidak syak lagi inilah asalnya darimana brit pop itu mendapat pengaruh.

Tahun baru saya disambut bersama-sama dengan Help!. Memang terbaik!!


Sunday, July 21, 2013

Sgt Pepper's Lonely Hearts Club Band



Sgt. Pepper's Lonely Hearts Club Band (1978)

Ini bukan The Beatles. Tapi filem muzikal yang diterbitkan pada tahun 1978 lakonan Peter Frampton dan adik beradik The Bee Gees (Barry, Robin dan Maurice Gibb). Filemnya teruk kena kritik (boleh cari kat youtube, rating 3.5 jer kat IMDB) walaupun barisan pelakonnya bintang-bintang belaka. Aerosmith, Alice Cooper dan Earth Wind And Fire pun ada. Malah boleh juga tengok Steve Martin ketika muda dan menyanyi pulak tu. Memang filem ini menggunakan lagu-lagu Beatles walaupun tidak ada seorang pun anggota Beatles yang terlibat. Cuma George Martin, producer mereka sahaja yang menjadi producer untuk soundtracknya.

Dah tersebut pasal soundtrack. Entri ini sememangnya bukan nak cerita pasal filemnya. Tapi LP ni...



kondisi kavernya agak teruk...tapi isi perutnya masih ok


Sayangnya LP made ini Malaysia ni (dulu harganya cuma RM6.90) cuma ada satu disc. Soundtrack yang sebenarnya ada 2 disc. Walaupun begitu lagu-lagu penting tetap ada. Menarik juga bila mendengar Peter Frampton, Bee Gees featuring Peter Frampton on guitar, Aerosmith, Alice Cooper malah Earth Wind & Fire membawakan lagu-lagu Beatles. Maklumlah ketika itu zaman disco. Tak kisah lah kalau filemnya flop, tapi siapalah yang tak suka lagu-lagu Beatles kan. Memang best!

Merujuk kepada entri >INI<.  Ianya juga di tujukan kepada mereka-mereka yang deman vinyl dan the Beatles, bolehlah layan album ini semoga demam anda semakin kebah.

heheh...






Friday, November 4, 2011

Nowhere Boy

Lagi filem yang aku nengok dari Astro HD...kali ni filem biography drama pasal John Lennon...


Nowhere Boy (2009)

Aku memang suka jenis2 coming of age punya movie...kena pulak ini pasal John Lennon...dah tentu2 la lagi seronok nak tengok...cerita ni berdasarkan buku karangan adik tiri John...Julia Baird..."Imagine This: Growing Up With My Brother John Lennon"...mengisahkan kehidupan John semasa kecil dan remajanya dari tahun 1944 hingga ke 1960...

Tapi ni bukan la pasal Beatles...adalah la jugak dia tunjuk macamana asalnya dia berjumpa ngan Paul McCartney dan George Harrison...macamana dia terjebak minat muzik...belajo gitar, pasal band pertama dia The Quarrymen dan tertubuhnya Beatles...tapi keseluruhan cerita ni berkisar pasal hubungan beliau dengan mak dia Julia dan mak cik dia Mimi yang jugak adalah mak angkatnya...sadis jugak kisahnya...

Tak perlu minat Beatles untuk menghayati cerita ni...apatah lagi kalau yang minat...memang kena tengok.

REKOMENDED!


***baru tau lagu "Maggie Mae" dari album Let It Be tu rupanya lagu tradisional rakyat bagi penduduk Liverpool zaman dulu...

Sunday, June 26, 2011

With a Little Help from My Friends / The Wonder Years

Semasa penghujung 80an...awal 90an...ada sebuah siri tv yang cukup aku suka...siri tersebut adalah The Wonder Years...citer jenis coming of age macamgini memang aku suka betul...jatuh cinta aku pada watak "Winnie" tu...aku memang mudah cair kat awek yang jenis rambut lurus panjang mengurai ni...heheh...

Tapi ni bukan aku nak cerita pasal The Wonder Years...mungkin lain kali aku buat entri pasal cerita2 tv yang aku suka...banyak ahh...dari zaman late 70's macam Combat...Battlestar Galactica...Baa Baa Black Sheep...Six Million Dollar Man hingga ke 80's macam 21 Jump Street...A-Team...Fall Guy...Family Ties...Greatest American Hero...MacGyver...Knight Rider...Growing Pain..Moonlightning...Wiseguy....atau yang 90's macam Full House...Friends...Seinfield...Northern Exposure...X Files....dan banyak lagi yang kepala otak aku tak leh nak recall sekarang...

Tapi entri ni nak cerita pasal lagu...lagu yang jadi tema cerita The Wonder Years...suka betul aku tengok opening dia ni...terutama lagu background dia tu...



aku tau lagu tu tajuk dia "With A Little Help From My Friends"...lagu Beatles yang Ringo Star nyanyi tu...tapi aku pelik kenapa versi ni lain...bunyi gitar dia pun heavy semacam jer...lama jugak la mencari info sapa yang nyanyi dalam versi The Wonder Years ni...kalau zaman sekarang tak sampai seminit pun dah dapat...tanya jer Encik Google...tapi ni 20 yang dulu...mana nak cari...

Akhirnya secara kebetulan aku terdengar kat radio...DJ tu cakap penyanyinya Joe Cocker dan info tambahan yang aku dapat gitarist yang main kat lagu tu adalah Jimmy Page....padanlah best sound gitarnya....

Hasil bantuan Cik Wiki...info yang 20 tahun dulu menjajau aku nak cari...sekarang depan mata ialah lagu ni dirakamkan pada tahun 1968...dan Joe Cocker pernah performed lagu ni kat Woodstock pada 1969 tu...dan hasil dari teknologi sekarang...jom layan persembahan tu sekarang...



ni pulak kalau nak dengar full version (audio sahaja) yang Jimmy Page main...



akhir sekali...untuk portdy yang giler Beatles...ni versi yang ori...ntah la kekadang rasa versi ni lagi best pasal dia laju sikit...tapi kekadang pulak rasa versi Joe Cocker pulak lagi best...tengok mood la...




****btw..dah tercerita pasal Winnie..beberapa tahun lepas tertengok pulak Winnie yang dah dewasa (nama betulnya Danica McKellar..sila la google...heheh...) satu episode cerita "How I Met Your Mother"...siri tv yang paling aku suka masa sekarang...ada sorang awek tu lebih kurang muka macam dia...rupa2nya memang betul dia...heheh...suka aku...dulu masa budak2...dia...Phoebe Cates dan Jennifer Connelly memang selalu datang dalam mimpi2 aku...hahaha..