Showing posts with label 1972. Show all posts
Showing posts with label 1972. Show all posts

Sunday, September 25, 2022

Vol. 4

Bersempena ulangtahunnya yang ke 50 pada hari ini, 25hb September... 


Black Sabbath - Vol. 4 (1972)

Teringat kata-kata Malmsteen, muzik heavy rock ketika beliau membesar di Sweden di tahun-tahun 70an adalah Deep Purple. Black Sabbath bagi beliau adalah zaman Dio. Saya rasa pengalaman beliau di Sweden tak jauh beza dengan pengalaman saya ketika membesar di Johor Bahru. Muzik rock ketika saya kanak-kanak di penghujung 70an adalah Deep Purple. Memang tak jumpa sesiapa yang dengar atau memiliki apa-apa rilisan Black Sabbath sehiggalah zaman Dio (Heaven and Hell - 1980).


Disebabkan itu, saya sememangnya kurang pendedahan terhadap album-album Black Sabbath di zaman Ozzy. Mula mendengar kesemuanya hanyalah ketika zaman MP3 (penghujung 90an). Vol. 4 adalah antara yang saya dengar tetapi tidak meninggalkan kesan. Untuk penulisan kali ini, saya cuba untuk mendengarnya sekali lagi.

Ternyata ianya sekali lagi tidak memberikan kesan untuk saya. Tidak pada penghujung 90an dulu dan tidak juga pada masa sekarang. Jangan salah anggap. Bukan nak kata yang ianya tak bagus. Tetapi ianya adalah sesuatu yang tak kena dengar selera. Saya sememangnya agak susah nak masuk dengan muzik yang berentak doom. Majoriti lagu-lagunya walaupun sound gitar Iommi agak berat tetapi ianya agak meleweh. Paling tak boleh tahan adalah lagu "Changes". Teringat ketika mendengar lagu ini di dalam kereta bersama isteri. Ianya memberi pandangan pertama kepada beliau yang begitulah muzik Black Sabbath....Nampak ganas tapi meleweh...hahaha...



Secara keseluruhannya ia bukanlah sebuah album akan selalu saya dengar. Cdnya pasti akan kembali terperuk dalam rak. Namun begitu kerja gitar Tony Iommi di dalam album ini adalah sesuatu yang patut dipuji. Power!


Monday, April 22, 2013

Demons and Wizards

Lama dah cari...tak sangka akhirnya terjumpa..dah 41 tahun dah umurnya ni...


Uriah Heep - Demons and Wizards (1972)

Kalau sebut band-band rock 70an, Uriah Heep adalah salah satu yang paling aku suka. Pernah cerita pun pasal ni 3 tahun yang lalu. Cekidot >SINI<

Lama dah mencari album ini. Kat e-bay pun selalu kalah bid. Tapi tak sangka pula akhirnya terjumpa depan mata dengan harga yang sangat murah. Terimakasih kepada En. Portdy kerana memaklumkan aku Popular Plaza Pelangi ada buat sales cd bulan lepas. Walaupun aku datang 2 hari terakhir sales, cd-cd yang kau sebut tu pun banyak yang dah takder. Tapi aku terjumpa hidden treasure ni.


Mungkin bukan hidden treasure pun bagi orang lain...kalau tak...tak kan lah masuk kategori sales RM9.90 kan...tapi bagi aku Demons And Wizards memang best. Memang aku rekomended bagi sesapa yang into rock 70's. Pada aku selain Deep Purple, ini lah band yang patut anda dengar kalau anda meminati Hammond Organ. Ken Hensley memang best. Dia bersama Jon Lord memang takder siapa boleh lawan...

Lagu-lagu seperti The Wiazard, Traveller In Time, Easy Livin' memang menjadi favourite aku kalau sebut pasal lagu rock 70's. Memang klasik...sayangnya kalau sebut Uriah Heep..ramai yang cuma tau Lady In Black...


Yang menariknya cd ni cd Malaysia Edition tapi ini pertama kali aku jumpa cd Malaysia Edition yang bukan jenis kaver sekeping. Booklet tebal cuma kalernya lah kelam sikit. Nak jimat kos printing agaknya. Tapi dengan harganya tu, aku kira ianya sangat berbaloi. Ianya adalah versi remastered. Bermakna mungkin ada lagi album-album lain Uriah Heep Malaysia Edition yang di jual. Sayangnya kat sini cuma ini lah sahaja yang ada.

Mana tau satu hari nanti terjumpa album-album lain...harap sangat dapat Salisbury, Look at Yourself atau  The Magician's Birthday...

REKOMENDED!





Monday, July 9, 2012

Lonesome Crow

Memori 40 tahun....



Scorpions - Lonesome Crow (1972)

Jika mendengar lagu2 dari album ni tanpa melihat coverya....konpem tak akan percaya ini Scorpions...memang ianya sangat berbeza terutamanya jika anda hanya mengenali Scorpions era Still Loving You maupun Wind Of Change...

Ini adalah album pertama mereka...seperti kata Klaus Meine...album yang mereka masih tercari2 hala tuju muzik mereka...maka terhasil sebuah album bercirikan psychedelic rock dengan elemen2 jazz yang biasa boleh kita dengar dalam album2 Pink Floyd....mungkin ala2 Uriah Heep pun iyer juga...dan sedikit Black Sabbath mungkin....



Ini adalah line-up asal Scorpions...kumpulan yang ditubuhkan oleh adik beradik Schenker bersama Klaus Meine...dan dibantu oleh Lothar Heimberg (bass) dan Wolfgang Dziony (drums)...apa yang menariknya pada aku ketika rakaman album ni dibuat Michael Schenker baru jer berumur 16 tahun...tapi permainannya memang dasat...tak hairanlah selepas dari ni dia ditawarkan bermain ngan UFO...

Aku mendengar keseluruhan album di zaman penghujung 80an...biasa la...time tu susah nak cari...mana ada ebay...kat mana nak download...tapi ada diantara lagu2nya memang aku dah biasa dengar...terutamanya lagu slow "In Search of the Peace of Mind"...dulu masa awal 80an abang aku ada beli kaset pirate Best of Scorpions...dalamnya ada lagu ni...time tu pun aku dah dapat rasakan lagu ni berlainan...memang kuat feel 70annya...

Selain tu lagu yang jadi kegemaran aku dari album ni adalah "I'm Goin' Mad"...lagu yang 1st time aku dengar aku ingatkan iyernya lagu Uriah Heep...memang sebijik macam Uriah Heep...dan banyak lagi lagu2 yang macam Uriah Heep cuma yang berbezanya Uriah Heep guna keyboards....

ini adalah zaman bermisai tu rock....heheh


so...kalau nak dengar Scorpions yang agak berbeza...walaupun zaman Uli Jon Roth sekalipun...ataupun kalau anda pengemar muzik rock 70an...(PC Kokak tentu suka..) album ni memang rekomended!






Thursday, March 15, 2012

Made In Japan

Yang 20 tahun dah...yang 30 tahun pun dah...ni yang 40 tahun pulak



Deep Purple - Made in Japan (1972)

Sebenonya album pilihan tahun 1972 aku adalah Machine Head...tapi disebabkan aku dah pernah buat entri pasal Machine Head...jom layan cerita adik beradik Machine Head...kenapa aku cakap adik beradik?...pasal album live ni dirakamkan semasa tour Machine Head...

Dulu aku pernah cakap ada 5 album live yang aku suka... Iron Maiden - Live After Death, Scorpions - Tokyo Tape, Slayer - Decade Of Aggression, Judas Priest - Priest…Live! dan Tesla – Five Man Acoustical Jam...tapi atas cadangan kartunis lagend En Gayour...aku try dengar Made In Japan...dulunya bukan aku tak pernah dengar...tapi disebabkan aku tak ada kasetnya...so just dengar gitu2 ajer...cuma baru2 ni bila aku berjaya beli cdnya...dengar semula...memang betul apa kata En Gayour....album live ni memang patut masuk list album favourite live aku...



Seperti tajuknya....ianya dirakam di Osaka dan Budokan Jepun...tak sure adakah Deep Purple adalah yang pertama rilis album live Jepun ni...pasal lepas dari ni berderet2 semua band pun nak rilis album live kat Jepun...rasanya penangan dari album ni la kot...

Bagi aku ini adalah era terbaik Deep Purple...era Mark II...lineup yang paling lejen dan paling aku suka...semua lagu2 lejen dari 3 album klasik  Mark II..."In Rock", "Fireball" dan "Machine Head"...berjaya dirakamkan secara live dengan sempurna...album ni takder touch up touch up...apa yang kita dengar itulah yang berlaku kat Jepun pada malam tu...banyak lagu yang pada aku Ritchie Blackmore & the gang improvise jadi bertambah sedap dari versi studio...cekidot solo gitar kat Child in Time dan Smoke on the Water....memang power...tapi paling aku suka part Ian Gillan dan Riche Blackmore perang mulut vs gitar kat lagu Strange Kind Of Woman tu...best betul...



dorangnya performance memang tip top...Blackmore dan Gillan tak yah cerita la...Roger Glover, Jon Lord dan Ian Paice semua pun tahap terbaik time ni....walaupun kalau pikir2...ni zaman tahun 72...zaman2 guna drug tu perkara biasa..takder pulak dorang main terkucil ker apa kan...giller best dengar Hammond organ Jon Lord dalam ni...

 Kualiti rakaman pun sedap...Martin Birch la kan...tapi banyak orang cakap dengar versi LP album ni lagi best sound dia.... lagi bagus dari cd...so...patut ker aku terjebak dalam arena piring hitam manis ni?...heheh...cukup la cd jer...ni pun dah buat aku tak cukup makan...hahaha...


Friday, October 15, 2010

Machine Head [25th Anniversary Edition]

Di zaman aku bebudak dulu (akhir 70an..awal 80an..) aku telah didedahkan dengan muzik Deep Purple oleh abang aku dan rakan2 sekampung yang lebih tua...lagu2 seperti Smoke On The Water dan Highway Star memang menjadi siulan bebudak kampung dan sering berkumandang kat band2 orang kawin masa aku kecik2 dulu...



Bila aku besar...baru aku tau...lagu2 tersebut adalah dari album Machine Head terbitan tahun 1972...sejak dari itu aku memang teringin nak beli album Machine Head ni...tapi tak pernah kesampaian....sehingga la sekarang...

Walaupun aku mendengar keseluruhan album ni bukanlah pada tahun ia diliriskan...kalau tak silap masa penghujung 80an...tapi album ni memang bernostalgia kepada aku...kerana aku mula kenal apa itu "ROCK" adalah dari lagu2 dari album ni...1st rif yang aku belajo main gitar jugak dari album ni...tak reti lagi pegang kod...terus belajo rif Smoke On The Water...ni antara rif yang simple tapi paling best pernah dihasilkan dalam sejarah kan....

Pada tahun 1997...sempena 25 tahun ulangtahun Machine Head...dorang ada rilis special 2 disc edition...tu jam aku baca jer kat majalah...tapi tak berpeluang nak beli...bukan pasal mahal...tapi masa tu aku baru jer berkahwin...kononnya nak pencen beli cd...tapi azam yang beberapa tahun selepas tu gagal dipertahankan...hahaha...

Sejak dari tu banyak kali jugak aku usha2 kat kedai2 cd dan ebay...tahun lepas jumpa Stormbringer punya edition kat Ct Square...tapi stormbringer aku dah ada ori version...mahal lak tu...tak larat...tapi mungkin aku bernasib baik...awal tahun tu hari aku terjumpa cd ni kat ebay...dan aku menang bid dengan harga + pos tak sampai RM20 pun...bayangkan 2 disc version...rega RM18++...walaupun dah bukan 25...tapi 38 tahun...masih sangat berbaloikan...



Apa yang menarik edisi ni...selain gambo2 dan cerita2 disebalik lagu dan rakaman album ni (ditulis oleh Roger Glover)...Disc 1 adalah remaster version...plus 3 lagu bonus...manakala untuk disc 2...Roger Glover telah me"remix" semula kesemua lagu2 dari album ni berdasarkan master tape yang asal...mungkin ini la sound Machine Head jika Roger Glover yang produce album ni masa tahun 1972 dulu tu...siap letak alternate solo kat lagu Maybe I'm a Leo dan Smoke on the Water...dan jugak original drum intro untuk Pictures Of Home...ni memang khas untuk die hard la.


alternate cover album yang tak digunakan...satu lagi yang menarik cd ni terdapat 2 versi lagu When The Blind Man Cries (versi B-side dan versi remix)..lagu hit yang tak pernah terdapat kat mana2 album Deep Purple...asalnya dari B-side single lagu Never Before...tapi kat album2 best of banyak la ada lagu ni...


the classic Mark 2...the best ever?? at least pada aku la..


kebakaran semasa menyaksikan konsert Frank Zappa di The Casino,Montreux,Switzerland...tempat yang sepatutnya dorang rakam album Machine Head ni...tagedi ini lah yang mencetuskan idea untuk lirik Smoke On The Water...dorang nampak asap kat tasik berdekatan...so lirik lagu ni memang kisah benar..lagu yang Roger Glover cakap pada dorang just another song...dorang target Never Before jadi hit...tapi sapa sangka lagu ni jadi salah satu lagu lagenda mereka..


suka betul tengok gambo2 klasik 70an camgini...


En Ritchie Blackmore dan En Ian Gillan


En Ian paice dan En. Jon Lord


Orang yang bertanggungjawap merealisasikan 25th anniversary cd ni...Pakcik Roger Glover

Kepada sesapa yang baru nak belajo dengar Deep Purple terutama era Ian Gillian...Machine Head sememangnya adalah sangat recommended...period!

"Innocence doesnt always die...sometimes it lives forever.." - Roger Glover,May 97