Showing posts with label 2007. Show all posts
Showing posts with label 2007. Show all posts

Thursday, October 21, 2021

Humanity - Hour I

Lagi pendengaran rawak bekerja dari rumah... 

Scorpions - Humanity - Hour I (2007)

Antara cd yang baru dimiliki. Lama dah mencari. Ianya melengkapkan discography album studio mereka dalam koleksi. Dulu rasa-rasanya macam pernah ada kaset. Tapi bila dicari tak ada. Mungkin juga memang tak pernah ada. 

Walaupun begitu, saya pernah ada versi MP3. Bermakna saya pernah mendengar keseluruhan albumnya sebelum ini. Tapi memang dah lupa. Pendengaran kali ini adalah untuk menyegarkan kembali ingatan.

Khabarnya ini adalah konsep album tentang peperangan antara manusia dan robot. Malangnya saya gagal untuk memahami jalan ceritanya kerana cd ini tidak menyediakan lirik. Dari apa yang dibaca, ianya adalah ilham dari Desmond Child yang juga bertindak sebagai penerbit. Maka tak hairanlah hampir keseluruhan lagu-lagunya adalah ciptaan bersama Desmond Child.

Kalau anda kenal Desmond Child, pastinya anda tahu yang beliau memang hebat dalam menghasilkan lagu-lagu pop rock. Bon Jovi, Aerosmith dan Alice Cooper adalah antara yang pernah menggunakan khidmat beliau dan berjaya. Makanya memang tak peliklah kalau Humanity - Hour I memang berkonsepkan pop rock. Majoriti lagu-lagunya memang lagu-lagu yang berentak perlahan dan sederhana.

Kalau mahukan lagu-lagu yang berat memang hampir-hampir tak ada. Tapi jika mahukan lagu-lagu yang sedap dan melodic memang banyak. Ianya adalah Scorpions yang lebih moden. Jangan bimbang, ianya masih berbunyi Scorpions , cuma ada beberapa lagu yang susunan muziknya terikut-ikut dengan trend alternatif rock pada zaman tersebut. Tetapi solo-solo Mathias Jabs memang thumbs up!


Friday, December 4, 2020

From Conception: Live 1981

 Antara cd terkini dalam simpanan... 

Dokken - From Conception: Live 1981 (2007)

Tak pasti rakaman ini dari tahun bila dan di mana sebenarnya. Don Dokken dalam nota di inlay cd pun mengaku yang dia pun dah lupa. Master tape nya pun dia jumpa secara tak sengaja. Tetapi menurut Jeff Pilson, ianya diambil dari satu rancangan radio pada tahun 1983. Mungkin ini jawapannya mengapa mutu rakaman langsung ini sangat bagus. 

Cuma yang menjadi tanda tanyanya, kenapa tahun 1981 yang menjadi tajuknya. Sedangkan pada tahun tersebut, pemain bass mereka bukanlah Jeff Pilson, tetapi masih lagi Juan Croucier (yang kemudiannya menyertai Ratt). Tapi tak kisah yang pentingnya ini adalah sebuah rakaman live yang bagus. Walaupun soundnya agak kasar (maklumlah tahun 1983) tetapi cukup bersih. Malah ianya lebih baik di telinga saya berbanding album live "Beast From The East - 1988".


Perlu diingat, rakaman ini adalah sebelum mereka menjadi popular. Tetapi permainan mereka memang kemas. Memang tip-top terutamanya di bahagain vokal Don Dokken dan kerja gitar George Lynch. Ianya mengandungi lagu-lagu dari album pertama mereka, Breaking The Chains (1981) berserta 3 lagu yang sedap terutamanya "Going Down" yang mereka tak pernah rakamkan untuk mana-mana album sekalipun.

Kalau anda peminat Dokken, album ini memang wajib ada.


Sunday, November 26, 2017

Tankard

Yang dah 10 tahu...

 Tankard - Best Case Scenario : 25 Years In Beers (2007)

Sepatutnya mereka bermain di Sierra Perdana, Masai malam semalam. Tetapi apakan daya ianya telah dibatalkan. Tak tahu lah salah siapa tetapi mengikut FB rasmi Tankard, ianya salah penganjur yang gagal untuk menyediakan tiket penerbangan. Kesian juga kepada mereka-mereka yang telah membeli awal. Banyak kali dah berlaku. Dan mungkin ini bukan kali yang terakhir. Masalahnya kat Malaysia bukan terhad kepada band metal orang putih sahaja, konsert Search dan Wings pun pernah batal walaupun tiket dah jual...memang rasa tak konfiden la nak beli tiket awal...

Apa-apun layan cd jer la. Nak tengok live depan mata tak dapat. Buat yang tahu Tankard adalah sebuah lagenda thrash dari Jerman. Mungkin mereka yang paling kurang dikenali di antara The Big 4 of German Teutonic Thrash selain Kreator, Sodom dan Destruction. Kasetnya dulu pun tak pernah nampak pula ada masuk Malaysia. Mungkin juga kerana imej Beer Metal mereka.


Monday, May 15, 2017

United Abominations

Demam Megadeth belum kebah. Yang menyambut ulangtahun ke 10 pada hari ini, 15hb Mei.


Megadeth - United Abominations (2007)

Ini adalah album yang mengembalikan kepercayaan saya kepada Dave Mustaine. Lagu-lagunya lebih menarik, sedap dan lebih konsisten berbanding album sebelumnya, The System Has Failed (2004). Mungkin ramai juga yang bersetuju dengan saya kalau tak, takkanlah album ini berjaya menduduki tangga ke 8 dalam carta Billboard 200.


Lineup serba baru. Saya suka bila Abang Mus mengambil ahli baru yang sebenar bukan lagi sekadar pemuzik jemputan. Glen Drover adalah pilihan yang bijak. Sesiapa yang pernah bermain dengan King Diamond pastinya mempunyai solo solo shred yang hebat.

Paling menarik dan agak kurang percaya bila James LoMenzo menyertai Megadeth. Saya adalah pengemar White Lion. Memang rasa janggal awalnya kerana perbezaan genre yang agak ketara. Tetapi beliau sememangnya pemain bass yang hebat. Bahkan dalam buku biography Mustaine, beliau menyatakan kalau bukan kerana Junior yang beriya-iya nak kembali. James LoMenzo pastinya akan kekal dalam Megadeth.


Antara lagu yang menjadi pilihan sudah semestinya 'Sleepwalker' dan 'Washington Is Next!'. Tetapi yang menjadi perhatian sudah semestinya rakaman semula 'A Tout Le Monde'. Mungkin juga kerana nak dengar suara Cristina Scabbia (Lacuna Coil) atau sahaja untuk perbandingan kerja gitar antara Glen Drover dan versi asal Marty Friedman.

Best!










Saturday, April 15, 2017

Metal

Yang menyambut ulangtahun ke 10 pada hari esok, 16hb April...


Annihilator - Metal (2007)

Saya pengemar Annihilator. Tetapi agak ketinggalan dengan album-album mereka di penghujung 90an dan awal millennium. Zaman thrash tidak lagi trendy, albumnya pun tak masuk pasaran Malaysia. Maka memang susah lah nak dapat.

"Metal" adalah percubaan pertama saya untuk mencari semula Annihilator. Dan ianya tidak mengecewakan. Di zaman nu-metal sedang berleluasa. Annihilator terus menerus menghidupkan obor thrash metal cara lama. Saya pernah terbaca yang Dave Mustaine pernah mengatakan yang "Muzik metal masih selamat" apabila mendengar anak beliau memainkan album ini di dalam kereta. Kalau Abang Mus sendiri dah "approved". Siapa lah saya untuk menidakkannya.

Yang menarik tentang "metal" ianya menghimpunkan ramai artis metal terutamanya yang berasal dari Kanada sebagai jemputan. Steve "Lips" Kudlow (Anvil) , Alexi Laiho (Children Of Bodom), Jeff Loomis (Nevermore), Jesper Strömblad (In Flames), Angela Gossow (Arch Enemy), Michael Amott (Arch Enemy), Corey Beaulieu (Trivium), Willie Adler (Lamb of God) dan lain-lain lagi.


Ada beberapa lagu yang membawa ke arah 3 album pertama. Teknikal thrash dengan solo bergulung adalah makanan asasi Jeff Waters. "Clown Parade" dan "Army of One" adalah antara lagu yang memikat hati.

Yang menariknya, agak sukar untuk Jeff Waters mengekalkan ahli yang sama. Tetapi line-up ini adalah antara yang terlama. Berjaya kekal untuk 3 album. Seperti yang diketahui umum, drummer mereka, Mike Mangini menyertai Dream Theaters kemudiannya.

Mungkin secara keseluruhannya album ini agak tidak konsisten. Tetapi muzik sebegini di tahun 2007 adalah satu kenikmatan buat saya.

Best!