Lagi album dari tahun lepas...
Cirith Ungol - Dark Parade (2023)
Semakin tua semakin aktif. Ini adalah album kedua dalam tempoh 3 tahun. Kali terakhirnya sebelum aktif kembali adalah pada tahun 1991 (Paradise Lost).
Lagi album dari tahun lepas...
Cirith Ungol - Dark Parade (2023)
Semakin tua semakin aktif. Ini adalah album kedua dalam tempoh 3 tahun. Kali terakhirnya sebelum aktif kembali adalah pada tahun 1991 (Paradise Lost).
Lagi antara album yang terkini di pasaran. (abaikan nama bandnya yang kalau tersalah sebut jadi lain bunyinya...hahaha...)
Cirith Ungol - Forever Black (2020)
Sebuah lagi band orang tua lama yang membuat comeback. Kali terakhir mereka keluar dengan album studio adalah pada tahun 1991. Seperti album comeback dari Satan, Tokyo Blade dan Possessed, Cirith Ungol juga tidak mengecewakan. Mungkin atas faktor usia yang mana mereka tidak lagi tertekan untuk mengejar kemasyhuran atau terikat dengan muzik popular semasa. Mereka hanya perlu menghasilkan muzik yang ada DNA dengan nama band mereka. Tak perlu bereksperimentasi. Tak perlu berevolusi. Memang itulah muzik yang kita mahukan dari mereka. Kalau ada yang berbeza pun hanyalah kerana teknologi studio rakaman. Sound yang lebih terkini dan moden sesuai dengan keadaan semasa.
![]() |
| Antara cd mereka yang berjaya dimiliki |
![]() |
| Chastain - Mystery Of Illusion (1985) |
![]() |
| Cirith Ungol - One Foot In Hell (1986) |
![]() |
| Living Death - Vengeance Of Hell (1984) |