Showing posts with label Lost Souls. Show all posts
Showing posts with label Lost Souls. Show all posts

Wednesday, March 8, 2017

Chronicles Of Kings

Lagi dari draf tahun lepas...Yang dah 20 21 tahun...


Lost Souls - Chronicles Of Kings (1996)

Pernah buat entri pasal album pertama mereka setahun yang lalu >SINI<

Berdasarkan album pertama mereka, saya tidak teragak-agak untuk membeli kaset kedua ini. Pada saya mereka adalah antara band rock 90an terbaik yang pernah muncul dalam persada muzik tanah air. Kalau di barat mungkin nama mereka dah setanding dengan Collective Souls atau Soul Asylum contohnya.

Tetapi nak buat macamana. Pasaran untuk lagu berbahasa inggeris dari artis tempatan agak terbatas. Tak pasti apa terjadi kepada mereka sekarang. Mungkin juga masih aktif tetapi ini adalah album terakhir dari mereka.


Mereka meneruskan formula "Everything I Own", dengan merakamkan sebuah lagi lagu popular dari tahun 70an. Kali ini lagu "Sister Golden Hair" dari America menjadi pilihan. Memang terbaik sususan lagunya. Sekali lagi mereka tidak mengecewakan. Kalau tak tengok visual memang ingat ini lagu band orang putih.

Chronicles of Kings tidak jauh beza dari album pertama. Ada sedikit elemen funk dalam lagu "Puppets Of Straw" dan grunge dalam lagu "Fish". Secara keseluruhannya memang menarik. Produksinya pun bagus. Lagu pilihan saya adalah "Genie, Genie".

Sayang...band sebegini tak dapat pergi jauh...





Thursday, February 2, 2017

The Gathering

Yang dah 21 tahun....


The Gathering - VSP Ultimate Underground Collections (1996)

Antara cd yang terlupa ada dalam simpanan. Baru perasan tarikh diterbitkan adalah tahun 1996. Terlepas untuk buat entrinya pada tahun lepas.

Cd ini di beli pada penghujung 90an. Di sebuah kedai kaset di Plaza Tesek, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor. Muzik Valley kalau tak silap. Lama dah tutup kedai ni. Memang dah tak ada rasanya kedai kaset kat situ. Plaza Tasek pun rasanya dah bertahun tak saya kunjungi. Kedai tersebut walaupun banyak lagu cina, tetapi mereka banyak juga menjual cd-cd band underground tempatan terutama terbitan VSP. Ada beberapa tajuk juga yang sempat saya beli.


Jujurnya pada ketika itu saya agak ketinggalan dengan scene underground tempatan.Kemaruk bercintan pada pertengahan tahun 90an adalah salah satu dari sebabnya..haha..Cd kompilasi ini merupakan tempat saya untuk mula kembali mendengar apa yang saya tertinggal di pertengahan tahun 90an.

Dalam banyak-banyak band dalam kompilasi ini, hanya yang tak metal macam Carburator Dung dan Lost Souls sahaja yang saya ada album penuhnya. Yang metal pula cuma D'Cromok. Tersangat la "poser"nya saya ini...hahaha...


Dengar lagu "Boo Hoo Clapping Song", mengingatkan saya kepada kaset "Song For Friends". Ianya sekarang telah pun selamat menjadi milik Tuan Adi Herman pemilik blog Molotov Cocktailz. Dengar ceritanya harga kaset tersebut sekarang agak "keras" juga di pasaran....






Wednesday, March 2, 2016

Believe In Yourself

Lagi yang tertinggal dari tahun lepas...banyak juga sebenarnya entri terbengkalai dari tahun lepas..

Yang menyambut ulang tahun ke 20 21


Lost Souls - Believe In Yourself (1995)

Tak pasti berapa ramai yang tahu dan ingat kumpulan ini.  Mereka antara band-band indie rock  berbahasa Inggeris yang muncul dipertengahan tahun 90an dahulu.

Asalnya tak tahu pun mereka band dari Malaysia. Mendengar lagu cover "Everything I Own" dari Bread di radio saya sangkakan mereka band orang putih. Selepas membeli kasetnya baru saya tau mereka band 1Malaysia (Ridzuan-vokal,Raymond-gitar,Teoh See Seen-gitar,D. Arul Sarath-drums, Syed Ahmad-bass – susah nak jumpa band berbilang bangsa sekarang kan? )

Pembelian yang berbaloi. Mereka sangat bagus dan berbakat. Kalau tak…takanlah pihak pengurusan Bon Jovi setuju ntuk mengambil mereka sebagai “opening act” semasa konsert Bon Jovi di Stadium Shah Alam pada tahun 1995 dulu.

Mereka menamakan Led Zeppelin,  Deep Purple, U2, Whitesnake, Jimi Hendrix dan Carlos Santana sebagai pengaruh besar mereka. Pengaruh tersebut memang jelas dalam lagu-lagu mereka. Banyak lagu yang sedap tetapi saya cukup sukakan lagu “rollercoaster”. Kerja gitar yang sangat bagus. Malah boleh dikatakan semua lagu-lagunya mempunyai kerja gitar yang hebat. Susunan muzik bagus. Produksi tip-top. Kalau mendengarnya tanpa melihat rupa mereka sudah pastinya anda akan menyangka yang mereka adalah band dari Amerika.


Sayangnya mereka hanya sempat merakamkan 2 album sebelum hilang tanpa khabar berita. Mungkin pasaran lagu-lagu berbahasa inggeris terutamanya jika dinyanyikan oleh orang tempatan sediri agak terhad. Memang susah nak cari makan. Apa-apa pun saya harapkan suatu hari nanti ada pihak-pihak yang berkenaan sudi untuk mengeluarkan semula album ini dalam bentuk cd.

Pada saya “Everything I Own” versi mereka adalah yang paling best dalam banyak-banyak versi yang dirakamkan di dunia. Tabik!