Showing posts with label Freak Of Nature. Show all posts
Showing posts with label Freak Of Nature. Show all posts

Tuesday, December 13, 2022

Gila Format - Freak of Nature

Ayu Azhari punya laki punya band selepas White Lion....

Freak of Nature - Freak of Nature (1993)

Ini adalah band Mike Tramp selepas White Lion. 

Tahun 90an banyak menenggelamkan band-band hard rock dan yang ada kaitan dengan glam/hair metal. Freak of Nature adalah salah satu darinya. Mereka hanya sempat mengecap sedikit populariti di Eropah tetapi gagal menembusi pasaran di US.

Sebenarnya muzik sebegini bukanlah tidak bagus tetapi ianya lebih kepada keadaan semasa pada ketika itu. Fenomena "Nirvana" dan "Grunge" serta media mainstream yang tidak lagi mempromosikan band-band seperti ini menjadikan generasi 90an menganggap mereka tidak lagi "cool" dan ketinggalan zaman.

Freak Of Nature sedikit berbeza dari White Lion. Soundnya lebih kasar bersesuaian dengan era rock moden pada ketika itu. Lagu-lagunya sedap. Mike Tramp membuktikan yang tanpa Vito Bratta, beliau masih mampu menghasilkan lagu-lagu yang baik. 

Walaupun saya adalah peminat besar Vito Bratta, tetapi perlu saya akui yang kerja gitar dari 2 gitaris yang bermain untuk Freak Of Nature ini sangat bagus dan tidak boleh dipertikaikan. Tanpa "signature sound" dari Vito, Mike Tramp berjaya melarikan diri dari imej White Lion. Sayangnya cap mohor "hair metal" telah sebati dengan nama beliau....

Kaset dibeli pada tahun ianya diterbitkan. Cd ketika zaman pandai e-bay di tahun-tahun 2000an. Manakala lp adalah versi reissue dari tahun 2021 yang baru berjaya dibeli pada beberapa minggu yang lalu.


Friday, December 6, 2013

Freak Of Nature

Album kegemaran peribadi yang dah 20 tahun


Freak Of Nature - Freak Of Nature (1993)

Mungkin tak ramai yang tau pasal Freak Of Nature. Mungkin peminat setia White Lion seperti saya sahaja. Freak Of Nature adalah sebuah band yang ditubuhkan oleh Mike Tramp sejurus selepas berakhirnya White Lion. Sekurang-kurangnya ia adalah pengubat luka kepada pengemar White Lion seperti saya.

Tiada lagi imej spandex dan rambut besar ala glam. Mike Tramp kini seolah-olah seperti pemuzik grunge dengan gaya jean lusuh dan kemeja kotak-kotak. Tetapi muzik mereka masih seperti bunyian LA bukannya Seattle. Muziknya tak lari jauh dari White Lion. Cumanya soundnya sedikit gelap. Tapi yang pasti di rindui adalah rif-rif dan shredding solo dari Vito Bratta.


Kali ini Mike Tramp mengambil pemuzik-pemuzik yang tidak dikenali. Bezanya dengan White Lion, Freak Of Nature mengunakan 2 gitaris. Mungkin untuk menutup jika ada kekurangan maklumlah mencari pengganti  gitaris sehebat Vito adalah sesuatu yang sukar dan mungkin juga untuk sedikit perbezaan jika ianya dibandingkan dengan White Lion.

Dari segi penciptaan lagunya, walaupun tanpa Vito, Mike Tramp masih hebat. Lagu-lagunya memang sedap dan melodic. Secara jujurnya saya katakan ada karyanya lebih bagus dari zaman beliau bersama White Lion. Malah mutu suaranya pun adalah lebih baik dari zaman tersebut. Lagu-lagu seperti "Rescue Me","Possessed", "92" sememangnya seperti White Lion malah lagu perlahannya "Love Was Here" memang sesedap "When The Children Cry".


Sayangnya album ini kurang diberi perhatian. Walau sedap macamanapun, apa yang ada kaitan dengan 80an...tambah pula yang berkaitan dengan hair metal 80an tidak lagi "cool" di tahun-tahun 90an.

Wajib ada bagi pengemar White Lion ataupun Mike Tramp. Kalaulah Vito yang bermain..mesti lagi best...