Showing posts with label FTG. Show all posts
Showing posts with label FTG. Show all posts

Thursday, August 31, 2023

Made In Malaysia

Sempena hari Merdeka...

F.T.G - Made In Malaysia (1999)

Apa yang menarik bagi saya adalah pilihan lagu-lagunya. Walaupun F.T.G adalah sebuah band thrash, tetapi lagu-lagu yang mereka pilih tidak satu pun dari band thrash. Malah mereka tidak mengubah pun lagu-lagu tersebut menjadi thrash. Kecuali bahagian vokal yang ada sedikit growl, muzik masih seperti yang asal.

Majoritinya adalah lagu-lagu rock dan heavy metal yang popular di kalangan Mat Rock Malaysia yang membesar di zaman 80an. Menarik juga bila tiada lagu Iron Maiden dan Scorpions. 2 band yang paling besar pengaruhnya di Malaysia pada tahun 80an.

3 lagu yang vokalnya dari Ronnie James Dio ("Children Of The Sea", "Heaven And Hell" dan "Holy Diver") adalah bukti yang pengaruh Ronnie James Dio adalah sangat besar pada ketika itu. Dan tambah menarik apabila mereka memilih "Perfect Strangers" berbanding "Smoke On The Water" atau lain-lain lagu Deep Purple era 70an. Seingat saya "Perfect Strangers" sememangnya antara lagu popular yang sering kedengaran di mainkan oleh band-band kerja kahwin pada ketika itu. 

Tetapi pilihan saya adalah "Metal Health", "Red Hot" dan "We're Not Gonna Take It". Membesar di tahun 80an dan tak tahu lagu ini sememangnya anda adalah poser…hahaha…

Selamat hari Merdeka yang ke 666!



Thursday, February 2, 2017

The Gathering

Yang dah 21 tahun....


The Gathering - VSP Ultimate Underground Collections (1996)

Antara cd yang terlupa ada dalam simpanan. Baru perasan tarikh diterbitkan adalah tahun 1996. Terlepas untuk buat entrinya pada tahun lepas.

Cd ini di beli pada penghujung 90an. Di sebuah kedai kaset di Plaza Tesek, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor. Muzik Valley kalau tak silap. Lama dah tutup kedai ni. Memang dah tak ada rasanya kedai kaset kat situ. Plaza Tasek pun rasanya dah bertahun tak saya kunjungi. Kedai tersebut walaupun banyak lagu cina, tetapi mereka banyak juga menjual cd-cd band underground tempatan terutama terbitan VSP. Ada beberapa tajuk juga yang sempat saya beli.


Jujurnya pada ketika itu saya agak ketinggalan dengan scene underground tempatan.Kemaruk bercintan pada pertengahan tahun 90an adalah salah satu dari sebabnya..haha..Cd kompilasi ini merupakan tempat saya untuk mula kembali mendengar apa yang saya tertinggal di pertengahan tahun 90an.

Dalam banyak-banyak band dalam kompilasi ini, hanya yang tak metal macam Carburator Dung dan Lost Souls sahaja yang saya ada album penuhnya. Yang metal pula cuma D'Cromok. Tersangat la "poser"nya saya ini...hahaha...


Dengar lagu "Boo Hoo Clapping Song", mengingatkan saya kepada kaset "Song For Friends". Ianya sekarang telah pun selamat menjadi milik Tuan Adi Herman pemilik blog Molotov Cocktailz. Dengar ceritanya harga kaset tersebut sekarang agak "keras" juga di pasaran....






Friday, October 7, 2016

Freedom That's Gone




FTG - Freedom That's Gone (1991)

Ini bukan official cd. Syarikat rakamannya dah lama bungkus. Tak pasti siapa pemegang hakciptanya. Selagi itu, memang tak ada peluanglah untuk ianya dikeluarkan semula.

Saya tak promosi cetak rompak. Saya ada kasetnya yang asal. Cdr ini hanya sekadar untuk simpanan peribadi. Terimakasih kepada rakan yang menghasilkannya. Dan alang alang buat tu biarlah puas hati. Dan saya sememangnya sangat berpuashati dengan penghasilan cdr ini. Baik dari segi cover, inlaynya malah kualiti bunyinya juga. Memang puashati.


Harapnya satu hari nanti akan ada juga official release untuk cd ini.




Wednesday, September 21, 2016

Dah 20 tahun





dua-dua ni dah 20 tahun dah...inlay dan kotak pun dah hilang...tinggal togel...sound pun dah kriak kriuk dan tenggelam...lama dah tak dengar...harap-harap ada cd reissuenya satu hari nanti....




Thursday, April 2, 2015

Spirit To Rebel

Ok..yang ni terlepas pandang. Mengemas bilik baru terperasan. Sepatutnya cerita ini dibuat pada tahun lepas. Dah 21 tahun dah umurnya...


FTG - Spirit To Rebel (1994)

Sejujurnya saya tak follow sangat FTG. Selain dari kaset EP pertama mereka yang bertajuk "Freedom That's Gone" (pernah buat entrinya dulu di >SINI<), memang langsung tak pernah beli album-album lain mereka kecuali "Made in Malaysia", ceritanya di >SINI<.

Mungkin juga kerana terpengaruh dengan kawan-kawan aktivis underground yang true pada ketika itu yang menganggap FTG ini band mainstream. Tak layan. Sama kes dengan Cromok ataupun Saxo. Kalau tak silap kaset ini kepunyaan adik. Benda-benda duniawi macam ni bukan hobi dia. Makanya ini kira tolong simpankan. Hahaha...

Dah lupa bagaimana lagu-lagunya tapi kalau tak silap lagu yang bertajuk "Spirit To Rebel" tu kuat betul pengaruh Megadeth.








Monday, August 30, 2010

Made In Malaysia

Sempena hari merdeka tahun ni...kita layan cd yang lagu2nya ciptaan dan penyanyi asalnya omputeh...tapi dinyanyikan semula sebagai tribute oleh anak2 Malaysia...cd tersebut adalah Made In Malaysia dari FTG...



Seperti yang cakap dalam entry pasal FTG aku dulu tu...aku memang tak follow pun FTG selepas EP Freedom That's Gone...tapi cd ni kes lain...aku beli semata2 kerana lagu2 yang ditribute FTG...tengok senarai lagu2nya...pergh!!!...ni memang lagu2 kegemaran aku dari zaman 80an...sebab teringin nak dengar macamana bunyinya bila di cover oleh FTG...aku tak banyak cerita terus jer beli cd ni dulunya...

senarai lagu...

01 - Metal Health (Quiet Riot)
02 - Paranoid (Black Sabbath)
03 - Red Hot (Motley Crue)
04 - I Shot The Sheriff (Bob Marley)
05 - Children Of The Sea (Black Sabbath)
06 - In Wish You Were Here (Pink Floyd)
07 - Perfect Strangers (Deep Purple)
08 - Hey You (Pink Floyd)
09 - Heaven & Hell (Black Sabbath)
10 - Black Night (Deep Purple)
11 - Holy Diver (Dio)
12 - We`re Not Gonna Take It (Twisted Sister)

komen aku...ok la...lagu2 majoritinya lagu rock/metal...so tak susah nak cover...kebanyakannya sound guitar lebih berat dari versi asal...dan ada part2 yang drum double pedal dan suara growl...ni kira tak nak lari dari identiti FTG la kot...lagu I Shot The Sheriff pun dimetalkan...menarik la jugak...cuma aku rasa tak sesuai semua lagu vocal clean ni di"growl"kan ni...contoh...lagu Perfect Stranger...muzik sedap...masuk part suara...agak sakit sikit telinga aku mendengarnya...bunyi macam tak bermaya jer...nasib growl Tajul ni jenis yang masih paham bunyi butir...kalau growl jenis black metal tu...rasa macam nak aku campak je cd ni...hahahaha...Nasib lagu2 favourite aku macam Holly Diver,We`re Not Gonna Take It,Heaven & Hell tak guna suara growl...tambah best lagu Hey You...sedap jugak suara Tajul ni kan...

Tapi ada jugak growl Tajul ni yang kena...contoh Metal Health,Paranoid dan Red Hot...syok jugak....err...tapi aku agak pelik dengan lagu Red Hot...jarang ada orang pilih lagu ni kalau nak cover Motley Crue...strange choice...tapi bagus...kalau tak pernah dengar mesti tak tau yang lagu asalnya guna suara kecik Vince Neil...aku suka dorang cover lagu ni...



Dari segi muziknya...memang baik...kemas...aku suka bunyi bass Mie...drum pun power cuma part gitar solo jer la aku kureng skit...mungkin kalau Jac tiru sebijik2 pun best jugak kot...ntah la mungkin aku dah terbiasa ngan solo2 asal...tu yang kalau solo lain rasa macam janggal pulak...Apa2 pun ni percubaan yang baik....giler oii...ni semua lagu2 tahap legend...macam mana bagus pun korang cover memang susah nak celen yang ori la kan...

kesimpulannya...album ni jauh lebih baik dari kompilasi Made In Malaysia yang ada Ali XPDC nyanyi lagu Heavy Chain tu...apa ker tajuk kompilasi tu...Made In Malaysia jugak kot...yang tu sorang2 nyanyi omputeh slang melayu abis....kalah Niihara dengan Lock and Loll nya...hahahaha...


"Selamat hari Merdeka!"

Thursday, August 12, 2010

Freedom That's Gone

Seingat aku sebelum tahun 1991...memang tak pernah dengar pun nama band FTG dalam underground scene tempatan...walaupun aku bukanlah sesaorang yang terlibat secara langsung....aku hanyalah orang luar yang mendengar demo dan membaca fanzine2 tempatan...memang tak pernah dengar pun FTG ni...tetiba jer muncul kaset EP ni...



Boleh dikatakan mereka ni la band thrash pertama di Malaysia yang muncul dengan kaset yang diedarkan secara mainstream...mungkin ada yang kata Saxo dulu...tapi Saxo bukan 100% thrash pun...manakala Cromok pulak bukan dari Malaysia...Image Of Purity tu demo dorang masa kat Australia...so sememangnya EP Freedom That's Gone dari FTG ni la yang pertama bagi kategori muzik extreme ni..

FTG ni kononnya bermaksud "F**k The Government"...setidak2nya itulah yang aku baca dari interview dorang dulu2...tapi tak kan la nak letak tajuk camgitu kan...ni mainstream punya rilisan...so dorang ubah jadi Freedom That's Gone...yang mungkin maksudnya kebebasan berkarya yang disekat terutamanya untuk muzik extreme la kot..



Seingat aku dulu budak2 underground zaman tu mengangap FTG ni sebagai orang luar..sama kes macam Cromok la...standard la tu...dari dulu sampai sekarang...muzik keras yang kononnya tak der rules ni pun ada kronisme...hahaha...

Masa tu apa yang aku tau Mie bassist dia tu adalah bekas ahli band rock 80an Wizards (ada keluar satu album...aku lupa dah tajuk dia...kalau tak silap Ajin Black Rose pun asal band ni...)...yang lain2 tu memang tak pernah tau...dengar ceritanya dorang ni sessionist...tu ajer la info yang aku tau pasal dorang time tu...

Ep ni ni ada 4 lagu ajer...semua pun buat sendiri...tapi ntah la...aku sering teringat2 riff2 album DRI Thrash Zone bila dengar Ep ni...sayangnya productionnya bukan lah pada tahap yang terbaik...kalau la Ep ni di remaster semula dan dikeluarkan dalam bentuk cd...alangkah bagusnya...cuma ada 2 lagu dari album ni yang boleh didengar dalam cd Best Of FTG...lagu Freedom That's Gone dan Kill The Evil...katanya versi live...tapi aku tak rasa itu versi live pun...bunyi sebijik jer macam EP ni...tampal jer bunyi crowd...lawak pulak bunyinya...naper la tak bubuh semua lagu kan...



Kalau korang nak tau jugak...2 lagu dorang...Kill The Evil dan Behind This Wall siap masuk muzik2 TV3 lagi...jangan main2...thrash lagu orang putih pun boleh masuk tv ooo...dulu aku siap ada rakam kedua2nya...sayang aku tak sure kemana ntah perginya tape video aku tu...masih teringat2 video clip Behind This Wall kat lorong gelap siap ada tong berapi tu kan dan Kill The Evil pengacara Muzik2 zaman tu Ferry Anugerah Makmur perkenalkan sebagai lagu Nak Bunuh Setan....hehehe...iskh...TV3 patut keluarkan balik la rakaman Muzik2 lama2 ni...

Apa2 pun terimakasih la pada sorang hamba Allah yang dengan rajinnya mengupload lagu2 dari EP ni ke youtube...lagu favourite aku dah semestinya Behind This Wall...kira Fade To Black acuan Malaysia la ni....so layan jer la...









Sebenarnya selepas dari EP ni..aku agak kurang mengikuti album2 seterusnya dari FTG...kerana aku agak kurang berminat dengan arah muzik mereka selepas dari EP ni....apa2 pun Al-fatihah buat saudara Bard bekas vocalist FTG untuk EP ni...


****satu yang aku tak leh lupa pasal EP ni ialah masa aku kat ITM dulu...tulisan logo Freedom That's Gone ni lah yang aku gunakan sebagai poster dalam kempen2 pilihanraya untuk pemilihan ketua pelajar yang mana kawan aku bertanding...aku ditugaskan buat poster....so mana boleh lari dari imej thrash la kan...hahaha...memang tak leh lupa setiap malam tampal poster dan lawatan bilik ker bilik semasa tempoh berkempen...nasib bilik siswi tak leh masuk...huhu...dan kita orang menang besar piliharaya tu...jangan ingat thrasher tak pandai berkempen tau...hahaha.