Saturday, February 28, 2009

Riak Maidenwi

aku tak der apa2 rare items Iron Maiden pun yang nak ditunjuk...aku bukanlah kolektor tegar..teringin..tapi tak berduit...haha..tapi baru2 ni baru aku perasan dulu aku ada beli kaset single ni..

khas untuk sedara Ibrisam...nah!!...hehe..







Track Listing

1-"Be Quick or Be Dead" (Bruce Dickinson, Janick Gers) – 3:25
2-"Nodding Donkey Blues" (Iron Maiden) – 3:18
3-"Space Station #5" (Ronnie Montrose; Montrose cover) – 3:47



Patutkah aku jual?... :D

Friday, February 27, 2009

White Lion Concert Anthology




2 minggu lepas aku terjumpa dvd ni kat Popular City Square...aku tak sure adakah dvd ini ori...siap ada logo KHEDN..tapi daripada cover dan inlaynya tu sangat mencurigakan...rasanya dvd ini adik beradik macam cd keluaran asialink tu..tapi tak kisah la...bukan senang nak jumpa White Lion live...


gambar cover ori dvd ni yg aku cut & paste dari internet..tapi yang aku beli macam gambar yg kat atas sekali tu...sah memang bukan ori...tu gambar album baru White Lion tu...apara!!!


yang lawaknya lagi...kat inlay tu gambar Jamez Lomenzo pakai tshirt Megadeth...dgn stail rambut tu nampak sangat ni gambar zaman sekarang...zaman dia ngan Megadeth...kot ye pun cari la gambar lama...lagi sekali...apara!! hahaha..

Track Listing

1. Hungry
2. Dont Give Up
3. Lonely Nights
4. Sweet Little Lovin
5. Broken Heart
6. Fight to Survive
7. Tell Me
8. All Join Our Hands
9. Wait
10. When the Children Cry
11. All You need Is Rock N Roll
12. All The Fallen Men

Aku beli dvd ni semata2 pasal Vito Brata...dari segi track list...ada banyak lagu best tak der...paling boring lagu Lady Of The Valley takder...his!!!..nasib vito brata punya pasal...lagu 1-6 adalah konsert kat New York...yang lebih tu kat Tokyo...tak tau lah tahun bila...tapi dua2 kualiti gambar tak best...rasa macam tengok konsert guna tape VHS zaman dedulu ajer...his!!!...diulangi...nasib Vito Brata punya pasal...

Aku tak tau la samada dvd ni official ker tak...tapi selain konsert...ada bonus video clip lagu Broken Heart dan 3 lagu live kat Jepun Freak Of Nature (Band Mike Tramp lepas White Lion pecah)...yang best sikit ada interview...tapi pendek sangat...

Kesimpulannya...hanya untuk die hard la...kalau korang tak pernah dengar White Lion...tak payah la...kecualilah kalau nak tengok kehebatan Vito Brata...macam aku kata...semata2 Vito Brata punya pasal...

Tuesday, February 24, 2009

Layang layang terputus talinya


Ahad lepas 22hb...setelah bertahun tak tengok acara tahunan festival layang2 antarabangsa kat Pasir Gudang dengan alasan traffic jam kat anak aku (hehe)...akhirnya kali ni terpegi jugak..

Cadangnya nak pergi hari sabtu...hari pembukaan...lebih meriah...tapi terkenangkan susahnya nak cari parking macam yg aku kena beberapa tahun lalu...tambah pulak aku kena pergi opis paginya dan anak aku ada tusyen disebelah petangnya..akhirnya aku pergi di hari penutup iaitu ahad.

Sampai di Pasir Gudang dalam pukul 12.30 tengahari...parking tak susah sangat nak cari walaupun kereta dah berderet2 sepanjang jalan..cuaca panas..angin boleh tahan kuat...anak2 aku pun dah tak sabo2 sangat nak tengok layang2 walaupun cuaca panas terik...


masa aku sampai hanya ada satu ni je layang2 besar yg dah sedia nak dinaikkan...layang2 kecik ada la jugak dalam 3,4...waktu lunch kot...dorang tgh makan...nak sedapkan hati anak2 aku...hehe





tunggu punya tunggu...sampai pukul 1 lebih hanya ada layang2kecik yg terbang...cuaca makin mendung...angin tak der...sedang anak2 aku nak makan nasi ayam stail berkelah beralaskan surat kabar...hujan renyai2 turun....pulak dah...hisss




akhirnya...setelah beberapa kali percubaan menaikan layang2 besar tak berjaya...angin makin takder...hujan pulak turun mencurah2...aku tengok dorang dah start lipat dan simpan layang2 bersaiz besar...abis la...memang tak der rezeki ler anak2 aku ni..



di sebabkan tak berjaya nak ambik gambo layang2 besar...layang2 tergantung kat gerai pun jadi lah...antara jenis layang2 yg dijual kat gerai2 kat situ...dasat design layang2 zaman moden ni...aku dedulu buat layang2 pakai kertas surat kabar,lidi penyapu dan benang jahit mak aku ajer...lagi kreatif kot..hehe


ni bukan nak tunjuk layang2 sebenarnya...tapi nak tunjuk bendalah belah kanan bawah layang2 tu...logo team bola terhebat di dunia...hahahaha...

Akhirnya..dalam pukul 2 lebih...dalam hujan lebat dan frust tak dapat tengok layang2 (anak2 aku je la berjaya mengopakkan duit makbapak dia dengan membeli mainan...layang2 tak beli..buat sampah je kat rumah...wife aku cakap..hehe)..kita orang terus balik...cis!!.. tau pegi Kotaraya layan Mus May lagi bagus :D

Monday, February 23, 2009

Up The Irons!!!

Iron Maiden tonight pulled off a stunning victory by a reported landslide at the UK's prestigious Brit Awards when they were voted 'Best British Live Act' by the public and their fans ahead of Coldplay, Elbow, The Verve and Scouting For Girls.

Maiden are one of Britain's biggest International acts ever, selling over 70 million albums and breaking ticket records around the globe with their enormous live following. Last summer they staged a spectacular British show at Twickenham Stadium, one of 90 shows in 38 countries on the current "Somewhere Back in Time" tour, playing to almost two million fans.

Bruce Dickinson says, "We are delighted to receive the Brit Award for Best British Live Act, especially as this is a testament to our fans. I've often said Iron Maiden's secret weapon is our fans and they've proved us right all along. Anyone who's been to one of our shows knows that they're the most passionate and devoted fans on the planet, making the atmosphere at our shows incredible. So this Award is for them as much as it is for us. It is they who voted in huge numbers. It's a shame they can't all get a Brit statue!"

Manager Rod Smallwood adds, "This has to be good for Metal, I don't think many Brit Awards have been given to Metal so it's about time it was recognised for the creative force it is. Metal and Maiden have long thrived outside the mainstream media and radio so l am sure our fans will be very pleased about this and, let's face it, they are the ones who voted in droves and the ones we have to thank. The black sheep finally invades your lounge!!"

Iron Maiden's legion of fans will be getting the chance to see the band in full close-up on and off stage sooner than they think. Maiden's very first feature film 'FLIGHT 666' will hit digital screen cinemas on Tuesday 21st April for a global one-day spectacular MAIDEN DAY event, where fans will be able to experience the adventures of the first leg of the band's sensational Somewhere Back In Time World Tour -- and all this in High Definition, big screen with full 5.1 surround sound.






long overdue..akhirnya..grammy award is next!!!..UP THE IRONS!!!! \m/

Friday, February 20, 2009

Samarkand




Cd ini adalah album kedua dari Bloodshed...sebuah band yang berasal dari zaman Battle Of The Band...diterbitkan pada penghujung tahun 1987...ingat lagi dapat free poster kalender thn 88 masa beli kaset ni dulu...bertahun jugak la poster kalender tu tertampal kat bilik aku kat kampung sehingga la bilik tu bertukar tangan jadi bilik adik aku...




masih tersimpan elok kaset ni...dah dekat 22 tahun dah usia kaset ni...kalau anak dara dah boleh masuk meminang...haha..

Walaupun aku lebih suka 1st album Ilusi Sebuah Mimpi...lebih raw..dan gitaristnya Hamdan yang trademarknya gitar warlock ala Blackie Lawless dan yg main ala2 George Lynch tu...aku memang respek ar mamat ni..sayangnya Ilusi Sebuah Mimpi tak keluar dalam bentuk cd...aku hanya ada kaset je...tu pun pirate...



Aku tak ingat bila aku beli cd ni...thn 97 kot...di keluarkan dalam bentuk cd pun kalau tak silap aku pasal ada wartawan dalam Harian Metro komplen susah nak cari album ni..aku tak ingat sapa wartawan tu..tapi dia list kan album Samarkand ni sebagai album no 1 dari senarai 10 album rock melayu terbaik sepanjang zaman..kiranya nasib aku la terjumpa cd ni..

Tracklist:
01. Samarkand (Hamdan/Man Boron)
02. Srikandi Cintaku (M.Nasir/Nasir Jani)
03. Carilah Wajahmu (M.Nasir/Siso)
04. Tangisan Salju Di Khatulistiwa (Hamdan/Man Boron)
05. Tanah, Air Dan Angin (M.Nasir/Usop)
06. Marilah Berjuang (Bloodshed)
07. Kota Itu Illusi (M.Nasir/Usop)
08. Satria Mega (Hamdan/Man Boron)
09. Dibendong Kasih (Bloodshed/Man Boron)
10. Panah Arjuna (M.Nasir.Usop)



Sound Samarkand agak berlainan dari Ilusi Sebuah Mimpi...lebih clean..penerbit pun M.Nasir kan..banyak pengaruh M.Nasir dalam ni...contohnya lagu Tanah, Air, Api dan Angin..dengar melodi pun dah agak tu M.Nasir punya lagu...separuh dari lagu2 dalam cd ni pun M.Nasir yang cipta...kombinasi lagu Hamdan/Man Boron (nama Man Boron ni kvlt sungguh zaman sekolah aku dulu...naper?..tu citer lain..nanti2 la citer...hehe...) masih ada..dan terhasil lagu yang bagus macam Samarkand dan Satria Mega...dan pengganti Hamdan di posisi gitar pun hebat jugak...gitarist tangan kidal dari Kumpulan Scandal (Juara Juara Rock)...Opie..boleh tahan jugak mamat ni...ntah mana pegi la sekarang ek..

Album ni jugak adalah album last vocalistnya Rosdan bersama Bloodshed...kerana lepas daripada itu beliau dah menjadi mat thrash bersama Punisher...sungguh trendy beliau ketika itu...kerana sama macam aku...lepas dari tahun 87,88...semua dah jadi mat thrash...hahaha..



hanya satu lagu aku tak suka dari cd ni..Tangisan Salju Di Khatulistiwa...ngantuk...yang lain2 ok...boleh layan la..macam Samarkand, Marilah Berjuang, Satria Mega tapi tak leh lawan lagu2 heavy Ilusi Sebuah Mimpi macam Pertumpahan Darah dan Peristiwa..

sayangnya selepas Samarkand..Bloodshed terpaksa tukar nama kepada Blackshed...dah akhirnya hilang tah kemana...(dengar citer dorang dah kembali buat reunion)...begitu jugak dengan nasib Rosdan dan Punishernya...setelah begitu digembar gemburkan akan menjadi opening act Metallica akhirnya tak jadi dan juga terus lenyap begitu sahaja...kempunan aku nak dengar thrash melayu zaman tu...hehe..

err..ada member di forum metal terus nak beli cd ni...tapi aku tak nak jual..sekali sekala aku nak riak cdwi...hahaha...

Wednesday, February 18, 2009

Maiden Hotel?

Jalan-jalan...terjumpa link ni

For half a century rock’n’roll and hotels have been uneasy bedfellows. Stars have thrown televisions from windows or ridden motorbikes up the corridors. The hard-pressed staff have been left to clean up and stick it on the bill.

Not any more. The management of one of the hardest rocking groups has decided to go into the hotel business and open Britain’s first luxury inn dedicated to musicians.

The desk clerk will be dressed in black, the mini-bars will be hidden inside giant loud-speaker stacks and the cinema in the basement will screen films such as Notorious, about the life and death of Biggie Smalls, the American rapper.

The bar will serve cocktails 24 hours a day and the open-air hot tub on the rooftop terrace should give London’s skyline some of its biggest thrills since the Beatles played Get Back live above their Apple headquarters 40 years ago.

The £6.5m project, to be opened in April, has been devised by the management of Iron Maiden, the heavy metal band, and Mark Fuller, the nightclub owner, as a retreat for the group and other musicians playing in the capital.

Protocol will demand that they are well behaved. Today’s pop stars are a less hedonistic bunch than their predecessors. “Does wrecking a hotel room make you look cool?” said Nicola Roberts of Girls Aloud in an interview. “No, it doesn’t. It makes you look like a weirdo. It’s just sad.”

The 30-room boutique hotel, to be known as Sanctum Soho, will have heavy security to keep out the paparazzi and fans. A stay will cost from £150 for a “crash room” to £260 for rooms with names such as Purple Haze and Naked Baroque to £500 for suites called Naked Luxe.

They have art deco-styled interiors with wallpaper costing £600 a roll.

“It’s not a hotel for throwing televisions out of the window. It’s going to be a sexy hotel,” Ben Groom, the hotel’s publicist, insisted.

Iron Maiden will agree. Despite a name taken from a medieval torture device and a penchant for horror stage shows featuring Eddie, its monster mascot, its members are a fairly sober bunch.

Bruce Dickinson, the singer, is an avid fencing fan who moonlights as a commercial airline pilot and is so sensible that he makes his own sandwiches on tour.

Nicko McBrain, the drummer, is a golf fanatic who tried to help Nick Faldo motivate his team to victory over the Americans in last year’s Ryder Cup. Dave Murray, the band’s guitarist for 33 years, once balked at a hotel in Hungary which played Black Sabbath music in the lifts.

Some of the band’s platinum and gold discs could decorate the lobby alongside London scenes by the artist Xavier Pick.

Andy Taylor, who co-manages the group, said: “The hotel will be rock’n’roll at its best. The desk clerk will definitely be dressed in black just as in Elvis’s Heartbreak Hotel.

“It will be a fairly elite environment. The bar will be open for 24 hours to cater for bands who come off stage at venues such as the O2 at 11pm or midnight.

“At the moment they get back to their hotel and find the bar is closed. Now they will be able to come and drink. ”

The BBC has filmed a three-part documentary series called Rock’n’Roll Hotel tracing the development of the hotel from an office building previously owned by Paul Raymond, the late Soho porn king.

It is not the first time rock has branched out into the hotel business. Sam Phillips, who first recorded Elvis Presley at Sun Records in Memphis, invested the money he made into a local hotel business which grew into the Holiday Inn chain.

Chris Rouse, the London hotels expert at CB Richard Ellis, the world’s largest commercial property adviser, said: “What is important to success is a brand. Iron Maiden is a strong brand. Whether their room would be left in the state you would wish to find it, I can’t say.”


pergh...memang dasat arr brand maiden ni...hotel pulak dah...tapi pasal pulak nama bilik Purple Haze dan Naked Baroque...tak Maiden langsung...pastu bukak filem Notorius mat rapper pulak...kurang2 pun patutnya The Spinal tap ker...ni mesti kes guna brand Iron Maiden je ni...band members just sign approved ajer...dasat management dia cari duit...dah tentu2 fans Maiden yang serata dunia tu gi London pasni mesti nak tido hotel ni kan..dah ada nama...senang betul nak buat duit...

his...bila la Maiden nak sampai Malaysia...

Tuesday, February 17, 2009

EXORA

Proton has announced the name for the new Proton MPV - the Proton Exora! The Exora is based on the name of the Ixora flower, with the tagline “Keriangan Keluarga”. The name was picked by the Name The Proton MPV competition grand prize winner Norsholihan Bt Abdul Eanich, who will get to drive the 7-seater vehicle she named once it is launched sometime in this year

refer sini

ceh?...dalam rules kata tak leh nama bunga/binatang...apala proton ni...cakap tak serupa bikin...grrrrrrr...

Exora?...ish...macam nama pompuan ahh...

cis...susah payah gua pikir nama yang x der kena mengena bunga/binatang...patutnya proton berteromber menang...haha...

arghhhhh...x der rezeki ahh nak dapat mpv free...hehe..

Sunday, February 15, 2009

The man to beat

"I noticed this skinny kid zipping past defenders. He went right through the team and had a fantastic shot on goal. I thought: ‘Wow, that was sensational!’" - Sir Bobby Charlton.



10 premier league titles

2 champions leagues

2 league Cups

4 FA cups

satu2nya player yg menjaringkan gol dalam kesemua 17 seasons semenjak English Premier League wujud

satu2nya player yg menjaringkan gol dalam 11 champion league season berturut2

rekod penampilan terbanyak United sebanyak 758 kali..and counting..



dan banyak lagi la yang aku malas naik taip....

apa lagi yg aku nak dikatakan tentang mamat yang baru sambung kontrak lagi setahun di Manchester United ni....

Ryan Giggs.....lu hebat..lu memang lagenda!!!

HAIL GIGGSY!!!!!!!!

Wednesday, February 11, 2009

Act 111



Kalau aku diberi peluang untuk buat satu dokumentari tentang thrash metal...lagu tema dokumentari tersebut sudah semestinya Seemingly Endless Time dari Death Angel.

kenapa?....
jawapannya...beli/download/pinjam cd Act 111...dengar sendiri...anda bukan mat thrash la kalau tak tau lagu ni...hahaha..





Act 111 di terbitkan pada tahun 1990 adalah album ke3 dari Death Angel... kump yang berasal dari Bay Area San Francisco yg cukup terkenal dengan thrash movementnya...tetapi Death Angel agak berlainan dgn band2 bay area yg lain ...ada 2 sebab...pertama bad membernya yang berdarah filipina dan muda2 belaka pulak tu...hanya belasan tahun pada ketika itu...keduanya..element2 rojak metal,punk,funk,fusion dan klasikal dlm muzik mereka membuat meraka agak berlainan...terutamanya album Act 111 ni...mungkin kah mereka ni pioneer funk metal...aku pun tak pasti ahh...tapi cuba dengarkan lagu2 macam Stagnate dan Discontinued (lagu yg agak pelik tapi sedap) sememangnya bercirikan funk metal..

Aku tau ramai yang cakap dorang sold-out...jadi lembik dgn album ni..Ultra-Violence lagi berat...tapi pandangan peribadi aku tak begitu...mereka hanya melebarkan skop muzik mereka...mungkin Act 111 bukan thrash ikut buku...tapi lagu2 macam Seemingly Endless Time,Stop,Disturbing The Peace dan The Organization tetap thrash...

Satu lagi yang menariknya tak sangka band thrash cam dorang boleh menghasilkan lagu ballad yg feeling abis...A Room With A View dan Veil Of Deception...tak kisah la korang cakap aku poser ker apa ...tapi aku memang suka arr 2 lagu ni...acoustic gitar dia memang layan...



Sayangnya selepas album ni dorang menyepi...kemalangan drummer mereka Andy Galeon sebelum sempat mereka menyertai siri konsert thrash terbesar Clash Of The Titans dan timbulnya Nirvana dan grunge akhirnya menyebabkan mereka berpecah.Walaupun mereka muncul kembali dengan The Art Of Dying pada tahun 2004 tetapi tidak dapat menyamai zaman2 Act 111 mereka...sayang sungguh...

Friday, February 6, 2009

Desaru


Sempena cuti raya cina yang panjang ari tu...sempat jugak bawak anak2 pergi bercuti..disebabkan takut tersangkut dlm traffic jam (macam aku kena raya cina tahun lepas)...kali ini bercuti dalam Johor ajer...ikut family wife aku sewa chalet bermalam sehari di Desaru.

Buat sesapa yg tak tau...Desaru adalah lebih kurang 1 jam perjalanan kalau dari JB (kalau jalan Kota Tinggi tak jam la...kalau jam...mau sejam lebih...highway baru dalam pembinaan..kalau siap nanti lebih mudah la nak gi Desaru ni).Desaru ni terletak dalam mukim Kota Tinggi..jalan nak pergi Pengerang..iskh...kalau korang tak tau...baca signboard je la...sure sampai...malas aku nak citer Desaru tu kat mana...hahaha...

Last aku pergi Desaru adalah dalam 10 tahun yang lepas...ternyata tak banyak perbezaan...menyewa di chalet yg sama...yang lainnya dulu chalet tu baru...sekarang dah buruk skit la...haha..tiang tangga pun dah ada yg patah...iskh..iskh..


inilah rupanya chalet tersebut...aircond..2 bilik tidur..1 bilik air..1 ruang tamu...1 dapur dan TV hanya 3 chanel(tv3,Singapore Ch 5 dan nasib baik ada ESPN...dapat aku tengok pagi tu FA Cup Manchester United menang 2-1 ngan Spurs...haha)

Sememangnya bulan januari bukanlah bulan yang sesuai untuk mandi manda di pantai belah timur Johor...kerana angin kuat...ombak pun kuat..memang aku tak berani nak bagi anak2 aku mandi laut..kerana ombak yg kuat tu...nampak jugak lah beberapa orang mengusung papan surfing...tapi tak surfing2 pun...penat aku tunggu ajer..ceh!


bendera merah...tanda tak boleh bermandi manda..tapi ramai jugak yg degil..


ombak kuat...mencecahkan kaki kat dalam air pun dah terasa begitu kuat kaki di tarik ke arah laut..memang bahaya untuk budak2..


anak bongsu aku yg excited 1st time cecah kaki kat laut...tapi lepas tu menangis takut...tak macho macam bapak dia ah...hehe..






pemandangan dari chalet


Disebabkan ombak kuat...akhirnya mandi manda kat swimming pool ajer la...ok la tu..kat laut jugak ...hehe..


sebelah malamnya...macam biasa lar...ritual darah kambing..muahahaha..


tak lupa jugak...mensumbangkan suara sampai pagi...tension jer ah beng2 chalet sebelah tersiksa mendengar suara2 kitaorang yg merdu...haha...

sekian sahaja lapuran ke Desaru..:p

Wednesday, February 4, 2009

"A night to remember"


Scorpions Live At Wacken Open Air 2006 A Night To Remember A Journey Through Time

Dah lama rasanya DVD ni berada di pasaran...cuma aku je yang baru dapat dvd ni..pernah download lama dah..tapi tak pernah tengok2 hingga la sekarang.

Siapa yang tak kenal Scorpions kan...dgn special guestnya Uli Jon Roth...Michael Schenker..Herman Rarebell...pergh...reunion ni...kalau korang die-hard Scorpions tapi tak der dan tak pernah tengok dvd ni memang buat malu je ah...haha..

Terdapat 26 lagu semuanya...dari zaman 70an hingga ke 90an yang dipilih oleh peminat mereka sendiri (mengikut nota di booklet..lagu2 dipilih oleh peminat mereka dari senarai 50 lagu dari homepage mereka).

So...jika anda baru nak belajar dengar Scorpions atau nak tau lagu2 lama Scorpions...dvd inilah jawapannya..bukan senang oi nak tengok Scorpions sekarang bawak lagu2 zaman Uli Jon Roth..





Track List

1.Coming Home
2.Bad Boys Running Wild
3.The Zoo
4.Loving You Sunday Morning
5.Make It Real
6.Pictured Life
7.Speedy's Coming
8.We'll Burn The Sky
9.Love 'em or Leave 'em
10.Don't Believe Her
11.Tease Me Please Me
12.Coast To Coast
13.Holiday
14.Love drive
15.Another Piece Of Meat
16.Kottak Attack
17.Blackout
18.No One Like You
19.Six String Sting
20.Big City Nights
21.Can't Get Enough
22.Still Loving You
23.In Trance
24.Bolero
25.Ready To Sting (Appearance of the Scorpion)
26.Rock You Like A Hurricane



Aku memang tak sabar nak tengok Uli Jon Roth beraksi kembali bersama Scorpions..dulu zaman Tokyo Tapes tak der video..tapi sayangnya lagu favourite aku zaman Jon Roth "The Sails Of Charon" tak der...rugi ahh...tapi walaucamnerpun...Jon Roth dengan Sky Guitarnya memang tak menghampakan...lagu2 macam Pictured Life,Speedy's Coming dan We'll Burn The Sky buat aku rewind 2,3 kali...Begitu jugak bila turn Micheal Schenker...lagu Coast To Coast,Holiday,Love drive dan Another Piece Of Meat..ulang2 2,3 kali lagi...iyer la...lagu2 zaman Mathias Jab dah banyak kali tengok live kan...





satu yang best Scorpions ni...vocal si Klaus Meine la...dah tua2 pun power...tapi sepatah haram aku tak paham dia cakap apa dlm dvd ni...dah dia ngomong jowo...eh jerman..mana la aku nak paham...haha...

satu lagi yang aku tertarik dengan identiti 2 gitarisnya...dari dulu sampai sekarang...Rudolf dengan V nya...Mathias ngan Explorernya (Jamez Hetfield pun dah tak pakai dah...)memang tak berubah2...aku memang suka gitar cabang2 ni...baru rock..hehe..dan Mathias dan Rudolf memang energetic bila live...tak main arr berdiri macam tiang bendera...

Dan yang best jugak...masa lagu Balero...semua join atas stage together...termasuk sekali anak Michael Schenker iaitu Tyson Schenker (penyambung generasi Schenker ni..pun guna V..) dan tak lupa aksi stunt Rudolf dengan headstandnya...pergh...org tua ni...dah tua2 pun bertenaga (banyak minum air tongkat ali agaknya....hahaha)



Kesimpulannya...a must have la pada die hard fan...kalau aku ada kat Wacken masa tu...memang la a night to remember...

Tuesday, February 3, 2009

Ada Berani?...



Audition AF7...amacam?...ada berani?

sila simpan top up anda dari sekarang untuk vote gua nanti...

kenapa?...tak percaya...muahahahahaha...