Showing posts with label Winger. Show all posts
Showing posts with label Winger. Show all posts

Sunday, January 18, 2026

Winger

Pembelian pertama 2026





Thursday, October 12, 2023

Seven

 Antara album pilihan untuk 2023...

Winger - Seven (2023)

Saya dah lama tak mengikuti Winger. Yang betul-betul dengar hanyalah album pertama (1989). Ianya adalah sebuah album glam/hair metal yang saya suka. Mempunyai seorang shredder seperti Reb Beach sememangnya banyak membantu. Kerja beliau adalah antara penyebab saya jatuh suka.

Berita tentang album terbaru ini menarik perhatian saya untuk mendengar mereka semula. Ternyata banyak album mereka yang bagus. Pull (1993) adalah diantaranya. Ianya menjadi penanda aras untuk album-album mereka yang lainnya. .

"Seven" seperti namanya adalah album mereka yang ketujuh. Ianya adalah sebuah album hard rock yang cukup “solid”. Makin lama dengar makin sedap. Sesuai dengan usia, lagu-lagu mereka lebih dewasa. Tak ada yang tak sedap untuk telinga saya. Melodi, vocal, solo gitar, produksi sound semuanya secukup rasa. Senang cerita kalau “Pull” adalah penanda aras, "Seven" telah lulus dengan cemerlang!

Ramai yang hanya ingat Winger adalah Kip Winger dan Reb Beach. Memang tak boleh dinafikan mereka berdua memang hebat. Kip Winger di usia 62 tahun pun masih mempunyai kekuatan vokal orang muda. Tetapi sedar atau tidak, anggota yang lainnya telah bersama mereka sejak dari album pertama. Mungkin mereka adalah satu-satunya band yang bertahan selama 35 tahun dan 7 album dengan anggota yang sama.

Pastinya ini adalah salah satu album terbaik untuk 2023!




Friday, May 13, 2022

In the Heart of the Young

 Lagi layanan ketika bekerja dari rumah...


Winger - In the Heart of the Young (1990)

Album pertama mereka (Self titled 1988) adalah antara album glam/hair metal kegemaran. Semuanya adalah kerana kerja gitar cemerlang dari Reb Beach. Tetapi menjelang awal 90an, oleh kerana selera yang berubah dan kekangan kewangan seorang pelajar, makanya album-album sebegini tidak lagi menjadi keutamaan.

Satu-satunya lagu yang diketahui dari album ini adalah lagu balada, "Miles Away". Itu pun kerana lagunya sering diputarkan di radio dan banyak terdapat dalam kaset-kaset kompilasi lagu-lagu slow rock. Lainnya memang tak tahu. Hanya baru-baru ini ketika bekerja dari rumah baru berpeluang untuk mendengarnya secara betul.

Kesannya agak kurang berbanding album pertama. Mungkin kerana mendengarnya bukan pada tahun ianya diterbitkan. Tetapi kemungkinan yang utama adalah kerana lagu-lagunya lebih perlahan temponya berbanding album pertama. Banyak lagu perlahan dan mid tempo yang menyebabkan kerja gitar Reb Beach agak kurang menyerlah pada sesetengah lagu. Namun untuk beberapa lagu yang lain ianya memang hebat. 

Jujurnya saya lebih menyukai album pertama. Mungkin kerana faktor nostalgia. Namun begitu album ini pun bagus. Banyak lagu sedap. Sesuai untuk yang sukakan genre hard rock.


Wednesday, November 9, 2011

Winger S/T

Tambah sikit lagi aku nak cerita pasal gitarist yang ada kena mengena ngan Whitesnake...Vandenberg dah...Aldrich dah...kali ni Reb Beach..jom sembang pasal debut album dari Winger..



WINGER - WINGER (1988)

Winger ni kalau tak silap abang aku yang kenalkan...1st time dengar aku dah dapat rasa satu perasaan yang sama macam masa 1st time aku dengar Dokken atau White Lion...iaitu bab gitarnya...solo2 dasat dan rhythm/time changes nya yang menarik...

Ambik contoh cuba korang dengar lagu Seventeen...ok...bab lirik tu memang cheesy la...majoriti lirik dalam album ni memang hampeh pun...korang buat2 tak paham jer la lirik dia tu...heheh...tapi dari segi muziknya...susunan lagunya memang best...tak caya try dengar guitar work dan solo Reb Beach dalam lagu Seventeen tu...pergh...laju...memang awesome la..

Winger ni memang bukan calang2 musician...Kip Winger (vokal/bass/pengasas) pernah main bass ngan Alice Cooper masa album Constrictor (1986) dan Raise Your Fist and Yell (1987) sama jugak ngan Paul Taylor (keyboard)...drumer dia Rod Morgenstein tu pulak mengajar percussion kat Berklee College of Music...manakala Reb Beach tu pulak bekas pelajar Berklee College of Music...so tak heran la kalau dari segi muzik dorang memang dasat...

Satu yang orang selalu terlepas pandang pada band2 yang kena cop glam hair metal ni adalah permainan muziknya...selalu bila sebut band2 camgini orang ingat akan imej make-up nya...lirik2 cheesynya...tapi band2 macamgini sebenonya banyak melahirkan gitarist2 yang bagus2...zaman tu memang zaman gitar hero...ini antara sebab kenapa aku suka band2 glam ni...mungkin lagunya bukanlah jenis nampak macho macam death,thrash atau black metal...tapi kebanyakan band2 glam ni dia punya solo2 gitar dia memang power2...



Secara keseluruhannya aku memang suka ngan album ni...production album ni pun bagus...maklum la penerbit dia Beau Hill...ok...lagi sekali...lirik dia hampeh...lirik budak2 buat album janji boleh dapat awek la kan...tapi kalau korang peminat gitar...winger self title album ni memang aku rekomen...pasal album ni la aku start minat Reb Beach...aku rasa tanpa dia...mungkin Winger ni mungkin biasa2 ajer...lagu2 macam "Seventeen", "State Of Emergency", "Madalaine","Poison Angel", "Hangin' On" dan lagu slow "Headed For A Heartbreak" tu memang syok dengar Reb Beach punya penangan...cekidot album comeback Winger "Karma"...boleh tahan gak...

Sayangnya bagi aku dalam Whitesnake Reb Beach lebih dibayangi oleh Doug Aldrich...kebolehan dia tidak digunakan sepenuhnya...maklum la segala urusan penciptaan dan penerbitan lagu dibuat Coverdale dan Aldrich...Whitesnake baru ni adalah Coverdale/Aldrich...macam 1987 (Coverdale/Sykes), Slip Of The Tongue (Coverdale/Vandenberg...walaupun Steve Vai yang main...tu yang sound lari tu..Vandenberg pernah komplen pasal tu)...Reb Beach cuma terlibat dalam hal menyolo sahaja tu pun takat 2,3 lagu ajer...harap2 dalam album2 Whitesnake akan datang dia diberi lebih peluang untuk menunjukan kehebatan dia yang sebenar...

Berbalik pasal Winger...banyak orang cakap Winger jatuh pasal Beavis & Butthead...(sila google kalau tak tau cerita pasal ni..) tapi baru2 ni dalam satu interview sempena Beavis & Butthead ditayangkan semula kat tv...aku baca Kip Winger cakap dia ok ajer...sekurang2nya generasi sekarang dapat exposure pasal Winger...tapi aku rasa bengang dia ngan Lars Ulrich kes video "Nothing Else Matters" tu still tak settle kot...aku suka baca komen dia pasal kes tu...

"Our band was known to musicians, and a lot of musicians showed up to see me play — watching trying to figure out how I'm playing — we were like the 'hair band' [version of] Dream Theater ... That is why it's the great irony that we ended up on that geeky guy's shirt on Beavis & Butt-head, because Metallica couldn't play what we play, they couldn't do it, they literally — technically couldn't do it. And I'll fucking challenge those chumps to that any day of the week, but we could play their music with our hands tied behind our back. And so, I was a little t'd off about that, but in the end, none of that shit matters..."

kalau pikir2...betul jugak dia cakap kan?...dari segi skill musicianshipnya...
Winger > Metallica....heheh...



abis kot cerita pasal gitaris yg ada kena mengena ngan Whitesnake...macam rasa nak cerita pasal Vivian Campbell...tapi mungkin lebih menarik cerita pasal John Sykes kot...nanti lah..