Lagi berkongsi pembelian terkini...
Showing posts with label Dio. Show all posts

Tuesday, May 19, 2026
Thursday, May 7, 2026
Tuesday, August 22, 2023
Diamonds – The Best of Dio
Hasil mengembur rak...
Dio - Diamonds – The Best of Dio (1992)
Saya hanya mula membeli cd pada sekitar tahun 1995. Mengikut apa yang saya conteng di inlay, cd ini dibeli pada 28 Oct, 1995. Ini bermakna ianya adalah salah satu cd terawal yang dibeli. Malangnya saya dah tak boleh nak ingat dimana. Berkemungkinan besar ianya di Plaza Kotaraya, Johor Bahru.
Pada waktu itu penjualan cd masih terhad terutamanya jika anda tinggal di Johor Bahru (zaman peralihan kedai kaset menjadi kedai cd). Di tambah pula dengan duit yang tak berapa nak ada, makanya jika diberi pilihan sama ada untuk membeli album penuh ataupun kompilasi terbaik, saya akan memilih kompilasi terbaik.
Tambahan pula cd ini mengimbau kenangan kaset pertama Dio saya. Ianya juga adalah salah satu kaset terawal yang saya beli (1987). Yang berbezanya, kaset adalah kompilasi lagu-lagu sehingga album Dream Evil (1987) manakala cd ini pula adalah sehingga album Lock Up the Wolves (1990).
Kalau di suruh pilih, pastinya pilihan saya adalah versi kaset kerana lagu-lagunya lebih dekat di hati. Saya agak kurang terdedah dengan album Lock Up the Wolves kerana pada ketika ianya di terbitkan, saya dah mula terjebak dengan muzik metal yang lebih ekstrim.
Labels:
1992,
cd,
Dio,
kaset,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's
Tuesday, May 19, 2020
Hiburan WFH - Strange Highways
Lagi hiburan sambil kerja...
Dio - Strange Highways (1993)
Jujurnya hanya dapat bertahan ke track no 4. Letih nak menghabiskan cd ni... zzzzzzzzzzz
Ingatkan selepas 20++ tahun, semakin berusia, mungkin selera akan sedikit berbeza dan mungkin juga akan boleh terima. Nampaknya saya silap. Muzik sebegini memang selama-lamanya tak akan masuk kepala.
Untuk yang tak pernah dengar Strange Highway, ianya bukanlah seperti Holy Diver atau The Last in Line atau mana-mana album-album Dio era 80an. Strange Highway muziknya lebih perlahan. Meleweh. Tiada yang laju atau up tempo. Ianya lebih gelap, berat, low key dan doomy.
Dekad 90an adalah suatu penyiksaan bagi peminat heavy metal seperti saya. Majoriti band-band kegemaran dari era 80an telah berubah mengikut peredaran zaman. Majoriti mereka menjadi alternative metal, groove dan mungkin juga grunge. Dio juga tidak terkecuali.
Memang tak boleh tahan dengan muzik sebegini. Bosan, boring dan mengantuk. Nampaknya terpaksa cari cd yang lebih laju dan lebih melodic untuk menyegarkan mata dan minda. Simpan semula dalam rak dan tak pasti bila lagi agaknya akan di pasang semula. Mungkin tak akan sampai bila-bila. 😄
Tetapi bagi yang suka doom Black Sabbath terutama era Dehumanizer. Atau yang suka muzik meleweh alternative metal, groove atau grunge 90an mungkin ianya untuk anda.
*Cd ini disimpan semata-mata kerana ianya adalah hasil kerja Ronne James Dio dan bassist kegemaran, Jeff Pilson (Dokken).

1993,
cd,
Dio,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's
Thursday, July 25, 2019
Kaset lagi... Dio
Ntah macamana la boleh terbeli lagi. Tak ada niat pun nak kumpul. Tapi bila ada yang jual... rasa terpanggil pula nak beli.
Dulu-dulu tak pernah pun beli kaset Dio ni. Tak jumpa di kedai. Satu-satunya kaset Dio yang ada hanyalah versi Apache. Ini adalah antara kaset terawal yang dibeli hasil mengumpul duit belanja sekolah. Yang lainnya sekadar pinjam kawan. Mula mengumpul album Dio pun bila tiba zaman cd.
Pembelian sebegini sememangnya untuk kenangan zaman silam. Untung betul siapa yang meniaga kenangan ni....
Labels:
Dio,
kaset,
Piece Of Mind,
rock omputeh,
Youth Gone Wild 80's
Tuesday, June 25, 2019
Kaset
Dah tercerita pasal kaset pada entri lepas... sambung sikit la...antara kaset terbaru yang di beli...
Tak ada lah niat nak kumpul kaset. Ini semua penyakit… hahaha…
Tapi tu lah… bila ada yang up jual ni kat FB… teracun juga lah… Benda-benda kenangan ni memang senang nak jual…
*untuk makluman…ini semua bukannya asli. Nak cari yang asli memang susah dan harga yahudi. Terimakasih kepada d'Atok Akeem yang menghasilkan produk yang berkualiti. Sound memang mantap!

Def Leppard,
Dio,
Judas Priest,
kaset,
Mercyful Fate,
Piece Of Mind,
Youth Gone Wild 80's
Monday, July 24, 2017
Dream Evil
Yang sama tarikh lahir dengan Gn'R Appetite For Destruction...21hb Julai 1987
Dio - Dream Evil (1987)
Vivian Campbell adalah hero bagi budak-budak rock melayu pada ketika itu. Bila beliau keluar dari Dio, maka ramai yang rasa kecewa. Saya adalah salah seorang darinya. Ini membuatkan album ini agak kurang menarik perhatian. Besar pengaruh seorang gitar hero pada zaman tersebut. Rasanya bukan setakat mat rock melayu, tetapi satu dunia. Perkara yang dah tak berlaku lagi pada zaman sekarang. Gitar hero dah mati.
Mendengarnya semula selepas 30 tahun, rasanya saya tidak berlaku adil kepada Craig Goldy. Maaflah...ketika itu darah muda. Sebenarnya beliau adalah seorang gitaris yang bagus. Bukan senang nak menggantikan tempat Encik Campbell yang dah sebati dengan peminat Dio. Tapi bagi saya (waktu sekarang la) beliau lulus dengan jayanya. Boleh tahan juga kerja gitarnya.
Dream Evil tak jauh beza dari album sebelumnya, Sacred Heart. Terutama dalam penggunaan keyboards. Lagu seperti "I Could Have Been A Dreamer" adalah sangat ketara. Agak melodic juga. Nak kata pengaruh dari zaman Rainbow pun ada juga. Tetapi yang tak bestnya banyak juga lagu-lagu yang hanya sekadar pelengkap. 5 lagu awal memang best. Mungkin kalau anda suka lagu rock yang agak pop, anda akan suka juga lagu "I Could Have Been A Dreamer". Tapi yang lainnya hanya sekadar "filler".
Walaubagaimanapun...jika anda suka vokal Dio atau suka hard rock 80an, album ni tetap kena ada. Tambah-tambah pula lagu seperti "Sunset Superman", "All The Fools Sailed Away" dan yang menjadi tajuk album "Dream Evil" memang lagu-lagu yang bagus.

1987,
cd,
Dio,
rock omputeh,
Youth Gone Wild 80's
Thursday, March 2, 2017
Angry Machines
Lagi yang tertinggal dari tahun lepas... Yang 20 tahun pada 4hb Oktober 1996 yang lalu...
Dio - Angry Machines (1996)
Jujurnya saya berhenti mengikuti perkembangan Dio selepas album Lock Up The Wolves. Ntah kenapa saya hilang minat. Mungkin selera untuk mendengar metal yang lebih ekstrem menjadi punca. 20 tahun dulu nampak juga Angry Machines di kedai kaset. Tertarik dengan gambar covernya tetapi tidak pernah pula terlintas untuk membeli.
Beberapa tahun kebelakangan ini saya cuba untuk mendengar kembali apa yang tertinggal. Terutamanya album-album yang terbit dipertangahan tahun 90an. Zaman suram Heavy Metal. Hero zaman sekolah saya ini juga tidak terkecuali. Muzik beliau juga berubah. Walaupun beliau tidak menjadi grunge, tetapi tempiasnya ada. Malah tema liriknya pun tidak lagi seperti dulu.
Barisan pemuziknya hebat belaka. Kecuali gitarist, Tracy G yang kurang dikenali. Vinnie Appice dan Jeff Pilson (Dokken) adalah lejen. Majoritinya lagu adalah moody, perlahan dan mid tempo. Perkara biasa untuk 90an. Ada yang kearah sludge Black Sabbath dan ada juga mengingatkan saya kepada Soundgarden. 3 lagu awal agak menarik (terutama "Dont Tell The Kids") tetapi lagu lagu yang berikutnya agak membosankan. Tiada lagu yang betul betul memberi kesan kecuali mungkin lagu terakhir, "This Is Your Life". Lagu balada yang agak ganjil untuk Dio. Ianya bukan sebuah lagu metal. Hanya suara Dio yang diiringi alunan piano. Tetapi ntah kenapa lagu inilah yang paling mudah untuk melekat di kepala.
Rasanya tak rugi pun tak dengarnya dulu. Cd ini sekadar pelengkap koleksi. Malah Wendy Dio pun pernah mengatakan ini album terburuk Dio. Tapi biasalah selera manusia berbeza. Mungkin bagi yang telinganya tersangkut di era 80an seperti saya tidak suka. Tapi orang lain suka.

1996,
cd,
Dio,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's
Friday, June 10, 2016
Stars
Sempena ulangtahun yang ke 30...
Kalau Xyrus Zone dah buat entri berkenaan single nya, kali ini kita kongsi pula bagaimana rupa album penuhnya.
Hear 'n Aid adalah versi rock bagi album pop bantuan kemanusian di Afrika "Band Aid - Do They Know It's Christmas?" Dan "USA For Africa - We Are The World". Barisan artis yang terlibat sememangnya nama-nama besar dalam genre rock dan metal pada ketika itu.
Masih ingat dulu dalam majalah URTV siap ada satu mukasurat penuh gambar cover ini yang tunjukkan dari kiri ke kanan atas ke bawah siapa-siapa dia yang ada dalamnya.
Perbezaan antara single dan album penuh ianya mengandungi 8 buah lagu lain. Majoriti lagu lagunya adalah versi live.
Nak lebih feel dengan lagu "Stars" ni bila kita dengar sambil tengok lirik. Boleh la tahu siapa yang menyanyi bahagian itu dan siapa yang menyolo di bahagian ini. Gitaris semua shredder hebat-hebat belaka.
Sayangnya album yang asalnya dari idea Jimmy Bain dan Vivian Campbell ini agak kurang kesannya berbanding Band Aid dan USA for Africa. Mungkin faktor tidak dapat diedarkan setahun lebih awal kerana masalah perlepasan pelbagai artis dari pelbagai syarikat rakaman menyebabkan demam album bantuan kemanusian sebegini dah menjadi suam suam kuku.
Walaupun begitu tabik kepada Ronnie James Dio atas usahanya menghasilkan album sebegini.
Nak lebih best cari video clip nya di youtube...memang best tengok ramai star dalam satu masa. Siapa kata Mat Rock tidak prihatin kepada hal ehwal semasa.
Tabiik!!

Thursday, November 5, 2015
Ritchie Blackmore's Rainbow
Yang menyambut ulangtahun ke 40 pada bulan Ogos yang lalu...
Ritchie Blackmore's Rainbow (1975)
Dah pernah buat cerita pasal album ni dahulu. >SINI<
Secara ringkasnya, ini adalah album yang mengenalkan saya kepada Rainbow atau untuk lebih tepat lagu dari album ini (Temple of the King) lah yang mengenalkan saya pada Rainbow. Zaman budak-budak sekolah rendah dulu agak kabur dan konpius dengan status Ritchie Blackmore. Dia ni Rainbow atau Deep Purple. Zaman tiada internet dan tinggal di ceruk kampung. Berita artis barat ni biasanya hanya dapat dari mulut ke mulut. Itu yang kadang-kadang itu ceritanya agak mengarut. Dah lah kita budak-budak, orang tipu pun kita percaya.
Malah pada ketika itu saya tidak tahu pun yang menyanyi adalah Ronnie James Dio. Lama selepas itu baru tahu. Temple of the King adalah salah satu lagu wajib bagi budak-budak zaman itu ketika hendak belajar bermain gitar. Saya pernah pandai memainkannya. Tetapi sekarang rasanya memang dah lupa dah...
Banyak lagu best...banyak lagu kenangan ketika zaman kanak-kanak ribena...jika anda sukakan hard rock 70an...atau sukakan petikan gitar Ritchie Blackmore...atau sukakan suara Ronnie James Dio...ni memang patut ada dalam koleksi anda.
Best!

1975,
cd,
Dio,
Rainbow,
rock omputeh,
Steamrock Fever 70's
Monday, August 17, 2015
Sacred Heart
Diam tak diam...15hb Julai yang lalu...genap 30 dah tahun album klasik heavy metal ini.
Dio - Sacred Heart (1985)
Kalau anda sezaman dengan saya. Terjebak pula dengan heavy metal. Pastinya Sacred Heart bukanlah sesuatu yang asing bagi anda.
Pernah menulis pasalnya 4 tahun yang lalu >SINI< Rasanya tak perlulah saya mengulasnya sekali lagi. Cuma kali ini izinkan saya untuk beriak LPwi...
Nasib tiada kaset...kalau tak dah boleh masuk kategori Gila Format dah ni...hahaha..

1985,
cd,
Dio,
LP,
rock omputeh,
Youth Gone Wild 80's
Sunday, July 13, 2014
The Last in Line
Hari ini dalam sejarah,..
13hb Julai, 30 tahun yang lalu...album ini dilahirkan.
Dio - The Last in Line (1984)
Sebuah lagi album yang mempunyai nilai sentimental yang tinggi pada saya. Antara album yang menjadikan apa saya sekarang. Memang besar pengaruhnya kepada budak-budak melayu sebaya yang terjebak dengan muzik rock.
Walaupun pengaruhnya tidak sekuat album Holy Diver, tetapi lagu-lagu seperti "We Rock", "The Last in Line", "Breathless" dan "Evil Eyes" menjadi antara anthem rakan-rakan sekelas saya pada ketika itu. Selain itu, nama Vivian Campbell adalah antara yang selalu disebut-sebut bagi mereka yang berangan-angan hendak menjadi gitar hero. Rif dan solo gitarnya sememangnya menjadi idola bagi generasi sebaya saya.
Walaupun secara keseluruhannya nampak seperti The Last In Line adalah klon kepada Holy Diver. Dengan line-up yang sama, (Dio, Campbell, Bain, Appice). Tetapi dengan adanya tambahan keyboard dari Claude Schnell, menjadikan album sedikit pop bunyinya. Masih best tetapi pada saya agak kurang sedikit jika hendak dibandingkan dengan Holy Diver.
Antara lagu yang kebelakangan ini rasa seronok di dengar berbanding zaman budak-budak dahulu adalah "Mystery" dan "Egypt (The Chains Are On)" terutamanya "Egypt (The Chains Are On)" la. Lagu epik yang ala-ala zaman Dio bersama Rainbow.
Sebenarnya saya tidak pernah mempunyai album ini dalam bentuk kaset. Saya cuma ada kompilasi "best of" versi apache dan versi rakam dari kawan-kawan. Maklumlah dengan duit sekolah sebanyak 50 sen sehari berapa banyak kaset lah yang saya boleh beli. Dah lah tu...banyak pula kaset-kaset yang best.
Tapi bagus juga tiada kasetnya. Gambar kaver album-album Dio pada ketika itu memang rasa macam setan betul. Kalau orang tua nampak...mampus!!!...
13hb Julai, 30 tahun yang lalu...album ini dilahirkan.
Dio - The Last in Line (1984)
Sebuah lagi album yang mempunyai nilai sentimental yang tinggi pada saya. Antara album yang menjadikan apa saya sekarang. Memang besar pengaruhnya kepada budak-budak melayu sebaya yang terjebak dengan muzik rock.
Walaupun pengaruhnya tidak sekuat album Holy Diver, tetapi lagu-lagu seperti "We Rock", "The Last in Line", "Breathless" dan "Evil Eyes" menjadi antara anthem rakan-rakan sekelas saya pada ketika itu. Selain itu, nama Vivian Campbell adalah antara yang selalu disebut-sebut bagi mereka yang berangan-angan hendak menjadi gitar hero. Rif dan solo gitarnya sememangnya menjadi idola bagi generasi sebaya saya.
Walaupun secara keseluruhannya nampak seperti The Last In Line adalah klon kepada Holy Diver. Dengan line-up yang sama, (Dio, Campbell, Bain, Appice). Tetapi dengan adanya tambahan keyboard dari Claude Schnell, menjadikan album sedikit pop bunyinya. Masih best tetapi pada saya agak kurang sedikit jika hendak dibandingkan dengan Holy Diver.
Antara lagu yang kebelakangan ini rasa seronok di dengar berbanding zaman budak-budak dahulu adalah "Mystery" dan "Egypt (The Chains Are On)" terutamanya "Egypt (The Chains Are On)" la. Lagu epik yang ala-ala zaman Dio bersama Rainbow.
Tapi bagus juga tiada kasetnya. Gambar kaver album-album Dio pada ketika itu memang rasa macam setan betul. Kalau orang tua nampak...mampus!!!...
Labels:
1984,
cd,
Dio,
rock omputeh,
Youth Gone Wild 80's
Wednesday, July 2, 2014
Wordless Wednesday : 30 years ago - July 1984
*kalau anda lahir pada Julai 1984, anda menyambut ulangtahun pada bulan dan tahun yang sama dengan mereka...
Labels:
1984,
cd,
Dio,
Metallica,
Quiet Riot,
rock omputeh,
Stryper,
Youth Gone Wild 80's
Tuesday, February 18, 2014
Hear 'n Aid - Classic Rock Magazine
Kebetulan Rafi Xyrus Zone dan Deaf dah tercerita pasal Dio minggu lepas....ni aku nak kasi nasi tambah sikit...
Artikel pasal Dio dan projek Hear 'n Aid...ni aku ambik dari Classic Rock isu Feb 2014...
Nak kasi jelas...sila click to enlarge....
Aku pernah buat entri pasal ni dulu >SINI<...Aku rasa artikel ni menarik...tu yang terasa nak share tu...banyak cerita belakang tabir...aku tak pernah tau pun yang Jon Bon Jovi pun pernah kena jemput untuk join projek ni...
Apa-apa pun aku masih menungu-nunggu bila la Wendy Dio nak riliskan balik Hear 'n Aid ni....

Friday, January 24, 2014
Holy Diver - Live
Lama dah cari cd ni....
Dulu masa buat entri sempena 30 tahun >SINI< pun ada cerita pasal ni...tak sangka pula terjumpa dengan harga yang tak masuk akal RM18++....(e-stock rules!!!!)
Ni bukan nak review pun...tapi Holy Diver ni banyak kenangannya...mungkin bukan yang terbaik dari Dio...tapi dia punya influence tu sampai ramai budak-budak melayu zaman 80an jadi mat rock...termasuklah yang menulis ni...
Walaupun yang main ni bukanlah klasik line-up Vivian Campbell, Jimmy Bain dan Vinny Appice tapi ada antara lagu-lagunya Doug Aldrich, Rudy Sarzo dan Simon Wright pukul abis dari yang ori...
Rudy Sarzo dan Simon Wright tu memang dah lejen la kan...tapi yang paling menarik Doug Aldrich la...dia cuma penganti ajer....main pun sebab Craig Goldy injured...tapi dia punya solo memang anytime boleh beat Vivian Campbell dan Craig Goldy...hebat!
Best la dorang main lagu Rainbow dan Black Sabbath....Gates of Babylon dan Sign of the Southern Cross yang jarang-jarang tu kan...tapi pada aku kalau dia main satu dua lagu-lagu dari “Sacred Heart” dan “Dream Evil” lagi best...dan nasib ada "We Rock"...yang pada aku lagi best gitarnya dari yang ori...
Doug Aldrich > Vivian Campbell (tambah-tambah pulak sejak dia main pop dengan Def Leppard...hahaha..)

Thursday, April 18, 2013
Holy Diver
Album klasik yang dah 30 tahun
Dio - Holy Diver (1983)
3 tahun dulu dah buat dah cerita pasal album ni (cekidot >SINI<)..tetapi memandangkan ini ulangtahun yang ke 30...takper la kot kalau bercerita sekali lagi.
Sebenarnya kalau nak genap betul-betul 30 tahun...kena post entri ni pada 25hb May dan bulan depan juga kebetulan 3 tahun dah Ronnie meninggalkan kita. Cepat betul masa berlalu.
Rasanya tak perlu lah saya ulas pasal albumnya, entri dulu dah ada. Cumanya apa yang nak saya katakan inilah antara album yang mempengaruhi saya untuk jatuh cinta dengan heavy metal. Kalau tak pasal kaset apache Dio ni dulu... mungkin selamanya saya jadi Mat Diskang....heheh...
Nampaknya sehingga kini macam tak ada berita untuk rilis 30th anniversary punya special edition, maklum lah kalau tak silap baru tahun lepas jer kan rilis deluxe edition. Tapi saya masih belum berjaya membelinya dan mungkin tak akan membelinya kerana saya lebih tertarik untuk memiliki Holy Diver - Live (2006) tak kiralah dalam bentuk cd maupun dvd. Ini wish list saya yang belum tertunai. Bukan senang nak tengok album Holy Diver dimainkan keseluruhannya secara live. Walaupun ianya bukan Vivian Campbell, Jimmy Bain dan Vinny Appice yang main tapi gandingan Doug Aldrich, Rudy Sarzo dan Simon Wright memang tak kalah la...macam lagi hebat pulak.
Apa-apa pun, Holy Diver memang banyak nostalgianya. "Stand Up and Shout", "Holy Diver","Don't Talk to Strangers" dan "Rainbow in the Dark" akan sentiasa menjadi anthem untuk budak-budak tua macam saya...heheh...

1983,
cd,
Dio,
rekomended,
rock omputeh,
Youth Gone Wild 80's
Monday, July 16, 2012
Diamonds: Best Of Dio
lagi memori koleksi best of yang dah 20 tahun usianya
Dio - Diamonds: Best Of Dio (1992)
Dio ni tak yah diperkenalkan lagi la...kalau tak kenal konpem anda sesat dan terbaca blog yang salah....
Cd ni adalah cd Dio pertama aku...beli di Tower Records KL Plaza sekitar tahun 1997 kot kalau aku tak silap...walaupun aku peminat Dio...masa tu memang jenuh nak cari cd setiap album2nya...susah nak jumpa...kat Tower Records pun takder...jumpa yang best of pun kira dah suka sangat dah...
tapi pada aku senarai lagu2nya tetap tak leh celen versi best of apache ni...terutamanya pasal adanya lagu macam King Of Rock N Roll, Sacred Heart dan Hungry For Heaven....macam aku cakap kat entri Twisted Sister yang lalu...orang yang di belakang kaset apache ni memang rock!!!
Tak yah tulis panjang2 la...sapa yang kata dia rock konpem dah tau pasal lagu2 mendiang Dio...tambah pulak lagu2 zaman kegemilangan dia bersama Vivian Campbell...cumanya Dio ni ada beberapa keluaran cd best of....pada aku yang menarikya Diamonds ni pasal adanya lagu "Hide In The Rainbow"...lagu soundtrack filem Iron Eagle...filemya memang tak best...tapi lagu ni memang sangat best...rasanya tak jumpa kat mana2 rilisan Dio yang lain...cd "The Very Beast Of Dio" pun takder lagu ni....tak tau la kot lepas dia mati ni ada kompilasi2 lain yang ada lagu ni...aku dah tak follow dah kalau ada cd2 best of yang lain...
Kalau pendengar casual Dio...atau yang baru nak kenal muzik Dio...mungkin patut beli "The Very Beast Of Dio"....pasal ada banyak lagu....tapi kalau untuk die hard...cd ni wajib ada semata2 pasal "Hide In The Rainbow"...

Friday, May 18, 2012
Dehumanizer
20 tahun yang lalu...Black Sabbath meriliskan album ni....dan sebagai tribute bulan ni genapnya 2 tahun pemergian hero rock aku ni...jom cerita pasal album ni..
Black Sabbath - Dehumanizer (1992)
Terus terang aku bukannya pengemar Black Sabbath...rock ker metal ker yang mula2 aku kenal adalah Deep Purple....Black Sabbath ni mula aku ikut pasal Ronnie James Dio...pasal kecik2 dulu dengo Rainbow....tapi semasa album ni diriliskan...aku pun dah tak berapa nak follow Dio....pasal aku tak minat pun album "Lock up the Wolves"...mungkin pasal ketika itu selera muzik aku pun dah beralih ke arah muzik yang lebih keras...
Beli album ni dulunya pun pasal ini reunion Iommi, Dio,Butler dan Appice...dan dah tentu2 harapannya nak dengo album yang ala2 "Heaven & Hell" atau mungkin lebih tepat "The Mob Rules" ...tapi seperti kebiasaannya...harapan meleset....rasanya fan Black Sabbath samaada akan suka giler atau benci abis kat album ni...tapi bagi aku yang casual fan ni...aku berada di tengah2....terus terang aku mengambil masa yang agak lama untuk hadam album ni...dengo berulang2 kali baru la dapat tangkap sikit2...
Dari segi arah tuju muziknya memang agak berbeza dari "Heaven & Hell"...aku tak pandai nak bandingkan Black Sabbath era Tony Martin...pasal aku tak berapa follow zaman tu...pada aku album ni agak gelap dan berat....lebih berat dari mana2 album Black Sabbath yang pernah aku follow termasuk lah era Ozzy...sentuhan riff2 Iommi memang masih berhantu...masih mengekal ciri2 doom metalnya...suara Dio pulak tak perlu lah aku cerita..konpem aku akan bias...hahaha....tapi bab lirik tu...tak sangka pulak Dio boleh lari dari tema fantasi dungean and dragon dia sejak dari zaman Rainbow...lirik2 kali ni lebih bertemakan futuristik...
Antara lagu yang senang aku masuk adalah "Computer God" dan "TV Crimes"...ni dua memang heavy dan berat soundnya...lain2 tu memang aku ambik masa....terutamanya lagu2 Side B masa zaman kaset dulu...bagi aku la...kalau korang suka Dio "Strange Highway"...rasanya mungkin korang akan suka Dehumanizer ni...
Not my favourite....but it's not bad either...kira boleh la....

Black Sabbath,
cd,
Dio,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's
Thursday, November 3, 2011
Doug Aldrich dan Killing The Dragon
Semenjak konsert whitesnake ni...banyak pulak aku terbaca pasal Doug Aldrich...aku pun nak menyibuk cerita pasal mamat ni..lagi pun dah lama tak buat cerita pasal gitar hero..

aku 1st time tau pasal dia bila ada terbaca rumour pasal Dio nak ambik dia lepas Craig Goldy injured tangan (tahun 88 kalau tak silap)...tapi tu jam band dia "Lion" tengah baru nak naik...dia tolak...sapa pernah tengok Transformer The Movie (yang kartun punya) tahun 1986...lagu tema dia tu "Lion" la yang main...tapi sayangnya kumpulan ni tak top...dan dia jugak main dengan House Of Lords untuk album "Sahara" (aku suka album ni...best) tapi nama dia tak masuk list pun pasal dia cuma gitarist jemputan untuk album tu...tapi dengan Hurricane (satu lagi band 80an yang kurang menjadi...dia memang join dan main untuk album "Slave to the Thrill"...sayangnya ngan Hurricane pun tak lama pasal dia nak join House Of Lords...tapi Gregg Giuffria tak ambik dia full time pun untuk House Of Lords...

Akhirnya masa zaman grunge meletup dia ngan vokalis "Lion" tubuhkan Bad Moon Rising...tapi aku tak ambik tau pun...pasal aku ingat ni band alternative macam Blind Melon atau Collective Soul tu...dan aku tak tau pun dia dalam band tu...tapi bila Dio rilis Killing The Dragon (2002) tetiba nama dia naik balik...padahal tu jam Dio dah ngam dah dengan Craig Goldy masa album Magica...album yang pada aku menaikkan balik nama Dio kat pentas metal selepas beberapa album tenggelam sejak Dream Evil...
Dalam satu interview ngan Craig Goldy yang aku baca sepatutnya memang dia yang main untuk Killing The Dragon...malah dia main dan cipta 3 lagu... “Throw Away Children,” “Push” dan “Rock and Roll”...tapi kebetulan masa tu wife dia kat Denmark mengandung...so pada dia keluarga lebih penting...dan mungkin memang rezeki Doug Aldrich...Dio panggil Doug untuk habiskan recording Killing The Dragon dan rakam semula 3 lagu Craig Goldy tu...
(btw...Craig Goldy memang gitarist fav. Dio...minggu2 sebelum kematiannya pun dia bersama2 ngan Craig cipta lagu untuk album baru yang ada iras2 Magica...dengar cerita wife Dio, Wendy dah bagi kebenaran untuk Craig dan Rudy Sarzo riliskan lagu2 ni satu hari nanti...dengo2 ceritanya mungkin Ripper Owens yang nyanyi....ok ni cerita lain....mungkin aku patut buat entri pasal Craig Goldy jugak la...)

Apa2 pun Killing The Dragon memang best...ramai yang kata album ni mengembalikan Dio ke era 8an...zaman2 Holy Diver, Last In Line...tambah2 pulak Jimmy Bain pun main dan menyumbangkan lagu...tapi pada aku tak kisah la apa orang kata...kalau Magica menaikkan semula nama Dio...Killing The Dragon pulak benar2 menaikkan semula nama Doug Aldrich...riff2 dan solo2 dia dalam ni memang dasat...kekadang megingatkan aku kepada Dio zaman Vivian Campbell...memang tak salah peminat mengaitkan album ni dengan album2 era 80an Dio...production album ni pun tip top...clear....
Walabagaimanapun...aku lebih suka lagu2 dari side A (kalau dengar guna kaset la...) terutama lagu "Killing the Dragon" dan "Along Comes A Spider"...riff dan solo2 Aldrich dalam lagu2 ni memang dasat...selain tu "Scream","Rock And Roll" dan "Throw Away The Children" pun best..."Push" tu walaupun bunyi pop rock sikit...tapi ok la...
Cuma side B ada sedikit filler...lagu2 macam "Cold Feet", "Guilty" dan "Before The Fall" ni ler yang buat aku rasa album ni jadi kureng sikit...lain2 memang aku takder masalah...tapi macam aku cakap awal tadi la...Craig Goldy adalah gitarist kegemaran Dio....so Doug Aldrich cuma merasa main satu album ni ajer la...pasal album selepas tu Master of the Moon...sekali lagi Craig Goldy yang main (iskh...aku memang patut buat entri pasal Craig Goldy ahhh...)

aku 1st time tau pasal dia bila ada terbaca rumour pasal Dio nak ambik dia lepas Craig Goldy injured tangan (tahun 88 kalau tak silap)...tapi tu jam band dia "Lion" tengah baru nak naik...dia tolak...sapa pernah tengok Transformer The Movie (yang kartun punya) tahun 1986...lagu tema dia tu "Lion" la yang main...tapi sayangnya kumpulan ni tak top...dan dia jugak main dengan House Of Lords untuk album "Sahara" (aku suka album ni...best) tapi nama dia tak masuk list pun pasal dia cuma gitarist jemputan untuk album tu...tapi dengan Hurricane (satu lagi band 80an yang kurang menjadi...dia memang join dan main untuk album "Slave to the Thrill"...sayangnya ngan Hurricane pun tak lama pasal dia nak join House Of Lords...tapi Gregg Giuffria tak ambik dia full time pun untuk House Of Lords...

Metal Edge Jun 1989

Metal Edge April 1994
Dalam satu interview ngan Craig Goldy yang aku baca sepatutnya memang dia yang main untuk Killing The Dragon...malah dia main dan cipta 3 lagu... “Throw Away Children,” “Push” dan “Rock and Roll”...tapi kebetulan masa tu wife dia kat Denmark mengandung...so pada dia keluarga lebih penting...dan mungkin memang rezeki Doug Aldrich...Dio panggil Doug untuk habiskan recording Killing The Dragon dan rakam semula 3 lagu Craig Goldy tu...
(btw...Craig Goldy memang gitarist fav. Dio...minggu2 sebelum kematiannya pun dia bersama2 ngan Craig cipta lagu untuk album baru yang ada iras2 Magica...dengar cerita wife Dio, Wendy dah bagi kebenaran untuk Craig dan Rudy Sarzo riliskan lagu2 ni satu hari nanti...dengo2 ceritanya mungkin Ripper Owens yang nyanyi....ok ni cerita lain....mungkin aku patut buat entri pasal Craig Goldy jugak la...)

Apa2 pun Killing The Dragon memang best...ramai yang kata album ni mengembalikan Dio ke era 8an...zaman2 Holy Diver, Last In Line...tambah2 pulak Jimmy Bain pun main dan menyumbangkan lagu...tapi pada aku tak kisah la apa orang kata...kalau Magica menaikkan semula nama Dio...Killing The Dragon pulak benar2 menaikkan semula nama Doug Aldrich...riff2 dan solo2 dia dalam ni memang dasat...kekadang megingatkan aku kepada Dio zaman Vivian Campbell...memang tak salah peminat mengaitkan album ni dengan album2 era 80an Dio...production album ni pun tip top...clear....
Walabagaimanapun...aku lebih suka lagu2 dari side A (kalau dengar guna kaset la...) terutama lagu "Killing the Dragon" dan "Along Comes A Spider"...riff dan solo2 Aldrich dalam lagu2 ni memang dasat...selain tu "Scream","Rock And Roll" dan "Throw Away The Children" pun best..."Push" tu walaupun bunyi pop rock sikit...tapi ok la...
Cuma side B ada sedikit filler...lagu2 macam "Cold Feet", "Guilty" dan "Before The Fall" ni ler yang buat aku rasa album ni jadi kureng sikit...lain2 memang aku takder masalah...tapi macam aku cakap awal tadi la...Craig Goldy adalah gitarist kegemaran Dio....so Doug Aldrich cuma merasa main satu album ni ajer la...pasal album selepas tu Master of the Moon...sekali lagi Craig Goldy yang main (iskh...aku memang patut buat entri pasal Craig Goldy ahhh...)
Labels:
2002,
Craig Goldy,
Dio,
Doug Aldrich,
gitar hero,
kaset,
rock omputeh
Monday, May 16, 2011
Sacred Heart
Diam tak diam...hari ni 16hb Mei...dah setahun dah Dio meninggalkan kita...hari ni aku nak buat tribute to Ronnie James Dio...jom cerita pasal album ke 3 beliau Sacred Heart.

Album terbitan tahun 1985 ni merupakan jugak album terakhir Dio yang menampilkan Vivian Campbell...secara kebetulan atau tak (time ni Dio dah gaduh ngan Vivian)..album ni menampilkan banyak bunyi2 keyboard yang kadang2 menengelamkan bunyi gitar Vivian...perkara ni menjadi salah satu faktor ramai fan tak suka album ni...termasuk la aku masa bebudak dulu...tambah pulak album ni lebih komersil...lebih pop berbanding Holy Diver dan The Last in Line...rif2 dan gitar solo Vivian jugak tidaklah sehebat dulu...sekurang2nya itu la pendapat aku 20++ tahun yang dulu...tapi sekarang kalau nak banding hasil kerja dia dalam Def Leppard lagi la hampeh yer tak....
Tak tau samada korang setuju atau tak...bagi aku selepas dari album ni adalah zaman kejatuhan Dio...Ok Dream Evil boleh tahan...ada beberapa lagu best...tapi lepas tu sejak Lock Up The Wolves...aku dah kurang berminat nak follow Dio...the best Dio bagi aku selain zaman Rainbow dan Black Sabbath adalah zaman klasik line-up 3 album solo awal ni...
Sacred Heart bukanlah yang terbaik tadi ada momentnya...mungkin jugak ini jawapan Dio terhadap kebangkitan Glam/pop metal zaman tu...lagu seperti "Hungry For Heaven" dan "Shoot,Shoot" memang kuat bunyi pop metalnya...tapi kalau nak cerita lagu terbest dari album ni ikut selera aku adalah "Rock n Roll Children"...melodinya..vocal power Dio...solo gitar Vivian...atau mungkin pasal tajuk lagunya menjadikan lagu ni salah satu anthem Dio aku zaman2 sekolah dulu....best!
Dio - Rock N' Roll Children by hairmetal
Selain tu...lagu yang jadi tajuk album..."Sacred Heart"...lagu lirik epik dungeons and dragons ni memang sedap...selain tu "Another Lie"...solo shredding dari Vivian mengingatkan kepada 2 album terawal Dio...atau mungkin lagu "King of Rock n Roll"...lagu ala "We Rock" untuk album ni walaupun tak la sehebat "We Rock"...tapi masih ok la....tapi kalau tak nak pening2 kepala layan jer la "Hungry For Heaven"...lagu paling pop ngan melodi yang paling mudah nak hadam...
Apa2 pun setiap kali dengar Sacred Heart...ianya akan mengingatkan aku kepada seorang opis mate aku yang konon2nya dia lah yang paling rock zaman muda2 dulu...setiap kali tercerita bab muzik...rock terutamanya...dia akan cerita dulu dia ada beg sekolah logo Dio Sacred Heart pakcik dia lukiskan...tapi sekarang dia dah tobat....Sacred Heart tu nama gereja katanya....setiap kali aku dengar dia cakap camtu...aku senyum dan ketawa dalam hati...satu2nya lagu Dio yang dia tau cuma Holy Diver...membesar di Perak tapi tak tau SYJ...dan like Anuar Zain di Facebook...perlukah aku berdebat pasal Scared Heart kat mamat ni????? i rest my case...heheh...
btw...thanks Ronnie James Dio.

Subscribe to:
Posts (Atom)