Friday, May 31, 2013

Beth

Susah untuk tak suka lagu Beth ni kan...tak kira macamana hati sekeras rock hantu sekalipun....mesti feel layan lagu ni...

Kebetulan terjumpa pulak video ni kat Facebook....Macam real jer kan...hahaha...memang aku suka...tak caya layan sendiri....



BETH from anonymous content on Vimeo.



tak jumpa pulak lagu2 lain....mungkin dorang patut buat video camni untuk lagu2 death metal....baru la paham apa bunyi butir yang dorang nyanyikan tu...ye tak?....heheheh...







Wednesday, May 29, 2013

Insanity & Genius

Yang dah 20 tahun...


Gamma Ray - Insanity & Genius (1993)

Tak dapat tidak, Gamma Ray akan tetap dikaitkan dengan Helloween. Terutamanya beberapa album terawal mereka. Perbadingan siapa yang lebih "helloween" di antara  Helloween versi Michael Weikath dan Helloween versi Kai Hansen (Gamma Ray) akan tetap berlaku.

Selepas Sigh No More (1991) saya menjangkakan Kai Hansen akan melarikan diri dari imej Helloween. Tambahan pula Helloween sendiri pun sudah tidak berimejkan "Keeper Of The Seven Keys" melalui Pink Bubbles Go Ape (1991). Tapi jangkaan saya salah.


Insanity & Genius telah mengembalikan Kai Hansen kepada muzik Helloween. Track pertama "Tribute to the Past" benar-benar mengembalikan ingatan saya ke zaman Keeper Of The Seven Keys Pt 2. Lagu ini sebenarnya memang lebih Helloween berbanding Helloween yang ada pada ketika itu. Sayangnya lagu-lagu dari album ini tidak konsisten. Ada yang sekadar filler di telinga saya terutamanya beberapa lagu di track-track terakhir. Sayang...sangat mengujakan di permulaannya tetapi sedikit hampa di penghujungnya.

Ini juga merupakan album terakhir Ralf Scheepers. Mungkin ada yang tidak suka akan vokalnya. Perbandingan antara dia dan Michael Kiske memang tidak dapat dielakkan. Pada saya masing-masing ada kelebihannya. Sememangnya Ralf adalah klon Rob Halford. Kalau anda ada cd re-release terbitan tahun 2002 macam saya. Dengarkan kaver Judas Priest "Exciter". Memang saling tak tumpah macam Rob. Dan dia meninggalkan Gamma Ray pun pada asalnya kerana ingin menyertai Judas Priest. Sayangnya, impiannya tak kesampaian.


Walaupun begitu ada beberapa lagu yang saya suka dari album ini. Antaranya Last Before the Storm, Tribute to the Past, Gamma Ray dan No Return. Yang lain-lain tu bukanlah tak best, cumanya lagu-lagunya agak susah nak melekat. Jenis bila dengar ok...tapi lepas dari tu lupa dah....jenis sekali lalu....tapi kerja gitar Kai Hansen tetap terbaik. Riff-riff dan solo-solonya tetap hebat.

Mungkin bukanlah yang terbaik dari Gamma Ray maupun Ralf Scheepers. Kira ok ok ajer la...paling best dari zaman Ralf Scheepers bagi saya tetap album pertama mereka Heading for Tomorrow.
Senang cerita, ianya sesuai untuk peminat Kai Hansen dan sesiapa yang teringinkan Helloween lama walaupun tidaklah semuanya kearah itu.






Tuesday, May 28, 2013

Big Bad Wolf



Penangan Big Bad Wolf Book Sale...total semuanya jangan tak percaya...hanya RM56....ada yang hard cover tu...memang berbaloi..baloi...sayangnya aku tak sempat nak mengemburkan kesemua section...pasal dah nak maghrib...kat biography pun dah sangkut banyak ni...tak tau apa jadi kalau sempat ke semua bahagian...tu tak campur yang anak2 aku punya lagi...buat ulat buku memang rambang mata dibuatnya....ni ntah bila la aku nak khatam semuanya...yang dah ada pun berderet2 nak tunggu turn baca....

Untuk warga JB...masih sempat lagi nak serang Danga City Mall...Big Bad Wolf ni ada sampai 2hb Jun...untuk peringatan...sila ambik kotak2 yang di sediakan kat luar tu...kalau ko tak nak terkial2 nak mengangkat buku...






Sunday, May 26, 2013

Vs Pahang

Separuh Akhir 1 Piala FA
25hb May 2013
Johor Darul Takzim 1  Pahang 0
(Leonel Nunez 21')

Kali ni tak sempat nak cerita panjang...balik kampung...ada jemputan kawin dan lain2 urusan duniawi...layan gambo ajer la...cumanya sikit yang aku nak kongsi...



1- Takder gambo tiket...pasal mamat jaga pintu tu koyak abis tiket aku...susah betul bila yang jaga pintu pun tak nak ikut undang2...patut mana boleh camtu...keratan penonton kena pulangkan...ini bukti jika ada2 apa berlaku...nak sound pun orang dah bersesak2 dah...hampeh betul...

Boy Of Straits
2- Masaalah kesesakan kat pintu masuk...aku dengar ada pompuan dan budak kecik yang sesak napas...setakat ni memang takder langkah keselamatan yang di ambil kat pintu masuk...dah lah orang bersesak2 tanpa barisan...pihak stadium patut kena pantau masaalah ni...kesian la kat orang2 macam aku yang bawak anak2...belum masuk stadium pun baju dah basah lencun berpeluh...kalah pemain...sesak giler...aku terpaksa dukung anak aku sepanjang nak masuk...kesian takut dia tersepit...bayangkanlah macamana seksanya nak masuk...apa salahnya kalau pintu stadium bukak awal...lantaklah pukul 3 pun kalau dah ada org nak berpiknik dalam stadium....ni bukak 6 lebih...pintu dah la tak banyak...bayangkan beribu orang sekaligus nak masuk...giler la...takpun buatlah lane untuk orang beratur...baru sistematik sikit...

Hujan resit.....

3- Masaalahnya semua orang nak masuk awal pasal nak dapat tempat duduk...masuk pkl 7 pun silap2 dah takder tempat duduk....aku tak paham macamana dorang jual tiket...adakah memang jual lebih dari kapasiti...atau ada jer orang yang masuk free tanpa tiket...ni ada dengar desas desus ada orang jual tiket palsu...nampak sangat jumlah penonton memang melebihi dari yang sepatutnya...sememangnya boleh mengundang bahaya...tu pun masa balik aku ada dengar bunyi ambulan...dengarnya ada orang jatuh dari tingkat atas stadium...dengarnya kat ICU sekarang...langkah keselamatan memang teruk la...dah tiba masanya Johor buat stadium besar....

when then smoke...is going down....ok..ok...memang takder kena mengena ...heheh..

4- lain2 macam biasa...takyah lah aku detail cerita...hujan resit dan pesta flair tetap macam biasa...penyokong Pahang antara yang terbest...kalah pun tetap menyanyi sampai abis...takder pun nak gaduh2...respek!...polis pun taklah seramai game lawan Kelantan tu...


ole..ole..ole..ole...ole...ole..ole...

5- Kali ni keadaan stadium lebih meriah...pasal Astro Arena ada buat rakaman penonton guna kamera helikopter remote kontrol tu...so boleh bayang la macamana penonton punya sorakan time kemera tu terbang atas kepala...memang havoc...dengarnya tahun ni penonton JDT dapat anugerah penonton terbaik kot....



6 - Last pasal game...JDT takat menang tipis...harap2 kat Kuantan nanti seri pun jadi lah...1st half main ok...masuk 2nd half...macam dah pancit...hampeh...


Ok...tu ajer la...aku nak cepat....jumpa lagi di game yang lain...btw....kali ke2 stadium main lagu Metallica...tapi still aku takleh recall apa tajuknya...heheh..



"LUASKAN KUASAMU!!!"




Friday, May 24, 2013

Frontiers

Album rock klasik yang dah 30 tahun...


Journey - Frontiers (1983)

Dulu saya ada kasetnya. Cetak rompak milik abang. Inilah albumnya yang mengenalkan saya kepada mereka. Sehingga sekarang...kalau di sebut genre AOR...pasti secara otomatiknya saya terbayangkan mereka.

Di zaman kegelapan genre progressif rock di penghujung 70an dan kejayaan band-band yang dipanggil "corporate rock" seperti Foreigner contohnya, banyak band-band progressif berubah arah. Journey salah satu darinya. Seperti juga Yes dan Styx, Journey juga menempa kejayaan dengan perubahaan tersebut.

Bermula dengan kejayaan Escape (1981), Journey mula dikenali sebagai band "corporate rock" atau sekarang lebih dikenali sebagai AOR. Frontiers adalah kesinambungan kepada Escape. Kalau Escape mempopularkan mereka dengan  lagu-lagu seperti "Don't Stop Believin'" dan "Open Arms", Frontier pula dikenali kerana "Separate Ways (Worlds Apart)", "Send Her My Love" dan "Faithfully".



Intro lagu "Separate Ways (Worlds Apart)" adalah antara intro keyboards yang paling saya suka selepas intro "The Final Countdown". Video muziknya agak janggal dan lawak...tetapi lagu ini lah yang mula membuatkan saya meminati Journey. Tambahan pula lagu balada yang menarik  "Send Her My Love" dan lagu balada yang menjadi antara all time favourite saya (dan isteri saya juga)  "Faithfully" menjadikan album ini tak kalah. Kalau diikutkan, Escape lebih menarik...tetapi atas dasar nostalgianya, saya memilih Frontiers sebagai favourite.

Sebenarnya album ini sepatutnya lebih bagus jika lagu "Only the Young" dan "Ask the Lonely" di masukan sekali. Lagu yang dimuatkan untuk soundtrack filem yang diriliskan lebih kurang sama masanya dengan Frontiers. Saya bernasib baik kerana cd remastered saya ini mengandungi kedua2 lagu tersebut.

Album yang menarik jika anda mahu mendengar AOR.




Thursday, May 23, 2013

Vs Kelantan


Liga Super 22hb May 2013

Johor Darul Takzim 2  Kelantan 0
(Norshahrul Idlan Talaha 66', Nurul Azwan Roya 69')


Seperti biasa...bla bla bla pasal game semalam...kena cepat2 ni...tengahari nak ambik anak kat asrama...

1 - Aku downgrade untuk kali ni...duduk tempat terbuka...sumber yang biasa payung aku untuk tiket tak berjaya dapatkan aku tiket grandstand...tak tau kenapa...katanya banyak tiket grandstand dan kena reserve...siapa yang reserve...waallahualam...

view dari gerai biras aku pkl 6 di Gate C....sesak...tu hari masa vs PKNS...lengang..

2 - Biasa masuk pintu grandstand...tak yah beratur panjang...ni tempat terbuka nasib ler...dah la pintu Gate C tu bukak lambat...6 lebih baru bukak...giler sesak orang beratur nak masuk....yang bawak anak macam aku memang seksa la nak berhimpit2....lum apa2 dah berpeluh dah...

3 - Belum pun pukul 7.30...stadium dah pack dah...kat area bawah tempat laluan kat pagar tu pun orang dan duduk dah...mak aii...tiket dengarnya sejak petang dah sold out...aku rasa ni yang paling ramai...mau lebih dari 30k ni..

wajah baru Larkin...trek balapan dah takder dah...semua jadi biru....

4 - Dalam banyak2 game...aku rasa majoriti orang Johor memang tak sabar nak nengok game ni...tu yang sesak tu...tambahan pulak bukan saja pasal Kelantan ni juara tahun lepas...tapi sejarah antara kedua negeri ni...kalau bola dari dulu2 pun dah panas dah...apatah lagi yang pernah duk asrama...tentu korang paham apa maksud aku kan...

4 - Apa yang aku perasan...masuk2 stadium aku nampak kat tempat penyokong Kelantan tu...kat tengah2 tu ada geng2 JMF dan IJF dah ambik port kat situ....so penyokong Kelantan dah terpisah dua bahagian dah...Sorakan dia orang ni buat suara2 penyokong Kelantan tenggelam....dorang nyanyi...satu stadium follow...aktiviti meriah sebelum game...aku tengok ok jer so far....takder problem apa2...pasal polis keliling jaga kat area situ...malam ni bukan sahaja penonton ramai...tapi polis ngan FRU pun ramai...rekod ni...game lain takde la polis sebanyak ni...Hanya bila lawan Kelantan..heheh...

sendat giler...laluan kat tepi  pagar pun penuh...
5 - Beberapa minit sebelum nak start...tetiba jadi kecoh....mungkin ini sesiapa yang duk nengok live tv kat rumah tak tau apa berlaku...dan  tertanya2 apa kes game tangguh kan....so gini ceritanya...ikut apa yg aku nampak la..Polis dan pegawai permainan suh geng2 JMF dan IJF tu pindah tempat....dorang tak nak....siap nyanyi lagu "Lu sapa...Larkin ini kita punya"....start tu dah ada sikit kecoh dah....ada dah kes orang baling resit roll kat penyokong Kelantan...dan dorang pun balas balik...aku dah start alamak...orang datang nak enjoy nengok bola...bukan nak cari gaduh....

6 - Setelah beberapa minit...akhirnya geng2 JMF an IJF setuju nak pindah tempat...proses penempatan semula tu la yang buat game tertangguh...apa yang korang nampak kat tv...geng2 baju hitam kat atas padang tu lah dorang...bila dorang semua dah turun bawah....nak tunggu geng2 kelantan pulak naik atas...ada jer yg degil...tu yang bertambah2 lambat tu...adohai...esok nak kerja la oi...anak aku nak sekolah....

Ni lah puncanya...perhatikan yang tengah2 biru hitam tu la geng2 JMF dan IJF..
7 - Akhirnya selepas lebih kurang 45 minit tertangguh...baru lah game mula...aku rasa masaalah ni patutnya dari awal polis dan pegawai perlawanan dah ambik tindakan...kenapa masa dorang mula2 masuk dan duduk situ tak suruh jer dorang pindah...tutup terus area tu....cuma penyokong Kelantan jer yang di benarkan masuk...ni tak...siap polis jaga dorang lagi...seolah2 memang takde salah pun dorang duk situ awalnya...ni game dah nak start baru nak sibuk...

8 - Penyokong Kelantan boleh tahan ramai...maklum lah...orang Kelantan yang kerja kat Johor ni memang ramai...tapi dari segi sorakan dan semangat...aku lebih puji ATM dan Selangor...dorang ni lebih meriah...Kelantan mulanya meriah pasal gendangnya...memang bingit...dorang pakai gendang besar...kuat betul bunyinya....tapi bila pegawai perlawanan tak bagi dorang pukul gendang...menganggu game...wisel pengadil pun tak dengar...(ni sama kes macam orang guna air-hon tu la....bising ajer)....semangat dorang pun macam mati...bersorak sikit...satu stadium bergegar lawan balik...akhirnya dorang lebih banyak diam....tambah2 pulak bila kalah...nampak sangat semangat dorang ni tak kuat jugak sebenarnya...

Hujan resit roll di Larkin....
9 - Ikut pandangan aku yang lum pernah miss satu game pun Larkin ni...penonton agak slow sebenarnya malam ni...tak tau la mungkin penat game mula lambat sangat kot...ko boleh dengar jelas lagu yang B.O.S nyanyi kat seberang sana...padahal biasanya mana boleh dengar...bising....tapi lepas gol...baru meriah balik...satu stadium gegar nyanyi sama2...

10 - Ok...pasal game pulak...Fandi nampaknya macam dah dapat taktikal dan 1st eleven yang betul...takder dah tukar player awal lagi...game pun nampak best...dah tambah menarik yang golkan tu kedua2nya bekas player Kelantan...Mat Yo bersorak riang...tapi Awe tak celebrate....mungkin menghormati bekas team dia kot...tapi penonton...jangan cerita la...memang gegar...heheh...



11- Paling seronok...kalau tengok bola kat Larkin ni...ada 2 benda yang susah kot nak jumpa kat stadium lain....sebelum mula game...hujan resit roll dan selepas game...pesta mercun dan flare....bab ni memang memang ramai yang tunggu....jangan buat masa game dah lah yer....kang tertangguh lagi...

smoke on the water...fire in the sky....ok...aku tau...tak kena megena pun...heheh...
12 - Oh ya...masa break 1st half...1st time main lagu....ada pulak dorang main lagu Metallica...aku tak sure lagu apa...tau lagunya...tapi tak tau tajuk...oku bab Metallica selepas era Black abum ni memang aku poser...fail...heheh...

13 - Overall game ok...penyokong pun ok...cumanya masa aku keluar stadium ada satu mamat Kelantan dah terbaring kena penumbuk...aku tak sure apa kes...padahal masa kat pintu pagar keluar semua ok...fan Kelantan siap lambai2 sambil ucap tahniah....tiba luar...kes lain la pulak...problemnya bukan apa..Fan negeri lain kalau datang pakai bas...satu kelompok...tak campur2 ngan fan tuan rumah...tapi orang Kelantan banyak duk sini...so balik saing2...semua pun nak balik awal...ni hari nak kerja...ada jer yang tak pandai jaga adab...buat provokasi...memang nak cari nahas....kata orang masuk kandang rimau mengaum...so pandai2 la kan...

GOLLLLLL!!!!!!!!...
14 - Ok..panjang dah aku bebel...sorry kalau aku ada tertinggal apa2...komen jer kat ruangan komen...ni sekali jalan punya entri....kepada geng2 Kelantan...aku pun banyak kawan orang sana....terimakasih datang...jangan serik datang lagi....kepada geng2 Johor....Ayuh Johor....Ayuh Johor....Hari ini kita sudah menang....Yeah!!!

Jumpa vs Pahang pula nanti...


"LUASKAN KUASAMU!!!"








Tuesday, May 21, 2013

Mission To Lars



Mission to Lars (2012)

Selain dari "Jason Becker Not Dead Yet", ini adalah antara movie documentary yang saya tertunggu-tunggu untuk menontonnya. Akhirnya dapat juga versi sedutnya. (Jason Becker Not Dead Yet akan di buat entrinya kemudian).

Ianya adalah sebuah dokumentari ala2 road trip mengisahkan 2 beradik yang cuba merealisasikan impian seorang lagi adik beradik mereka yang mempunyai Fragile X Syndrome (sejenis autism) untuk bertemu dengan idolanya Lars Ulrich dari Metallica.

Si kakak, Kate Spicer (journalist) dan si adik, Will Spicer (filmmaker) bukanlah peminat metal dan Metallica, tetapi Tom Spicer ya. Ini adalah misi mereka berdua untuk membawa Tom dari England ke 3 lokasi konsert Metallica di US untuk menemukan Tom denga Lars. Dan sudah semestinya Lars bersetuju. (giler apa kalau dia tak setuju....heheh)

Yang menariknya ianya bukan sahaja dokumentari yang berkisar pasal muzik, tetapi lebih daripada itu. Kisah ketabahan adik beradik Spicer dalam lebih memahami penyakit Fragile X Syndrome dan keberanian Tom sendiri untuk mengatasi ketakutan penyakitnya demi minatnya kepada Metallica. Ada sedih ada suka dan pemandangan yang menarik sepanjang road trip dan keadaan di belakang back stage pasti membuatkan anda terhibur.

Tak perlu minat Metallica untuk menontonnya. Kate Spicer tak minat Metallica pun...tapi selepas menyaksikan live mereka sebanyak 7 kali, ini komen beliau "Maybe I'm just over-excited by the sight of fire. But I think I would have preferred them when they were proper thrash, to be honest with you."...heheh


*antara adegan yang saya suka bila dorang terserempak ngan Kerry King kat backstage...dan kat akhir tu ada satu mamat autism pakai baju Maiden cakap kalau dia mesti Mission To Iron Maiden...






Monday, May 20, 2013

@ Hoki MSSJ





Aktivi hujung minggu ini adalah menyaksikan anak no 2 aku mewakili daerah Mersing untuk pertandingan hoki Majlis Sukan Sekolah2 Johor (MSSJ) di Stadium Hoki Taman Daya, JB...




Bapaknya dulu nak wakil sekolah pun tak berapa nak ada...apa lagi daerah...hahaha...walaupun dia takat reserve...kira boleh la...tambahan pulak umur dia baru 14...dan terpilih untuk wakil bawah 18...kira dah ok la tu...


Tapi nasib dia tak baik...team dia kalah kat pusingan awal....aku pun tak sure daerah mana yang menang...dah kalah...balik la,,,,hahaha... (anak aku no 14...Chicarito?..)


tak per la...tahun depan cuba lagi...kali ni konpem bawa satu rombongan cik kiah untuk bagi sokongan...



kalah pun kalah la....makan pizza tetap makan....heheh...




Thursday, May 16, 2013

90125

Rock klasik yang dah cecah 30 tahun...


YES - 90125 (1983)

Di tahun 80an dulu ketika kali pertama mendengar lagu "Owner of a Lonely Heart", saya sangkakan YES hanyalah sebuah band pop biasa. Tetapi kawan sekolah saya yang mempunyai kepala tapi pinggang (buckle) berlogo YES mengatakan YES adalah kumpulan rock. Sayangnya saya tidak pernah berpeluang mendengar lagu-lagu progressif rock di zaman 70an mereka walaupun saya mula mengenali siapa Steve Howe sehinggalah tibanya zaman internet.

90125 adalah album penuh YES saya yang pertama dan sudah tentunya atas rasa nostalgia, ianya juga menjadi album kegemaran YES saya. Tetapi bagi kebanyakan pengemar YES di zaman 70an, mereka menganggap YES telah sellout dengan 90125 kerana berubah menjadi poppy. Bila fikir-fikirkan balik, begitulah juga yang berlaku dengan Metallica di tahun 90an. Pengemar Metallica era Black album adalah sama seperti saya yang menjadi pengemar 90125 di tahun 80an. Masa terus berulang....

Tetapi yang nyatanya perubahan ketara YES ini adalah kerana Trevor Rabin. Album ini sebenarnya adalah untuk kumpulan Cinema. Band yang ditubuhkan oleh Trevor Rabin bersama-sama bekas anggota YES. Ketika itu YES telah berpecah. Steve Howe pun dah menubuhkan Asia. Tetapi bila penyanyi asal YES (Jon Anderson) menyertai Cinema, mereka mengubah album ini sebagai comeback album untuk YES. Walaupun asalnya Trevor Rabin menentang kerana tidak mahu dikenali sebagai penganti Steve Howe, tetapi memandang dari segi marketing, memasarkan YES lebih mudah dari Cinema...beliau akhirnya mengalah.

cd lama jenis inlay sekeping...gambar band pun takder...

Bermula era 80an adalah tahun-tahun gelap untuk genre progressif rock. Banyak juga band yang bertukar konsep menjadi AOR atau pop rock (Genesis contohnya). Walaupun ada yang tidak berjaya tetapi percaturan YES menjadi. 90125 adalah album terlaris mereka dan lagu "Owner of a Lonely Heart" menjadi lagu hits pertama mereka yang menduduki carta no 1 malahan lagu instrumental mereka "Cinema" juga memenangi anugerah Grammy.

Sebenarnya album ini masih juga mengekalkan sedikit unsur-unsur progressif mereka. Cumanya lagu2 mereka menjadi lebih pendek dari kebiasannya. Tambahan pula elemen pop dengan melodi yang catchy menjadikan ianya lebih mudah hadam. Trevor Rabin tidaklah sehebat Steve Howe dari segi petikan gitarnya, tetapi lagu-lagu ciptaannya memang sedap-sedap belaka.

Antara lagu2 yang menarik pada saya selain "Owner of a Lonely Heart", adalah "It Can Happen", "Changes", dan "Leave It". Intro "Changes" mengingatkan saya kepada Dream Theater. Sekarang anda tahu darimana Dream Theater mendapatkan Ispirasi mereka.


*sedikit trivia...90125 adalah diambil dari no siri album mereka....siapa tahu siapakah artis Malaysia yang pernah buat benda yang sama?...








Tuesday, May 14, 2013

Mama

Antara movie baru yang sempat dilayan...


Mama  (2013)

Asalnya ingin menulis dengan lebih panjang tetapi memandangkan rakan bloger seperti Dr Ben dan Adi Herman dah pun menulis review mereka di >SINI< dan >SINI<. Dan saya juga amat bersetuju dengan ulasan mereka. Maka saya akan cuba meringkaskannya sahaja.

Sebenarnya ini adalah antara movie yang saya tertunggu-tunggu terutamanya setelah trailernya berkali-kali saya tonton hampir setiap hari ketika melalui ciniplex di hadapan opis saya. Tetapi setelah menontonnya saya sedikit hampa.

Ianya adalah jenis cerita yang awalnya sungguh mengujakan, konsep dan idea cerita hantu yang agak berlainan, agak asli, penggunaan teknik CGI pun menarik tetapi penghujung ceritanya sedikit mengecewakan. Bak kata Dr Ben ending macam fairytales...tambahan pula teknik CGI watak mama di babak akhir tersebut pun agak terlampau kartun...hilang dah rasa seramnya seolah-olah anda sememangnya melihat babak cerita kartun.

Jika anda mengharapkan cerita hantu yang ada twist, ini memang lah bukan movienya. Tapi untuk kelainan jalan cerita, ianya menarik juga untuk ditonton.






Monday, May 13, 2013

Vs Selangor PKNS

Liga Super 11hb May 2013

Johor Darul Takzim 3  Selangor PKNS 1
(P Gunalan 29' (GS), Norshahrul Idlan Talaha 42', Nurul Azwan Roya 85')



Seperti biasa...cumanya kali ni aku tampal gambo2 yang lain sikit dari biasa...

1- Kali ni aku sampai awal...takut sesak macam tu hari...dalam 5.20 dah sampai dah...lagi pun saja2 nak lepak2 kat gerai biras aku...iyer biras aku ada meniaga jersey kat situ...betul2 depan Gate C kat jalanraya... gerai paling tepi sekali mengadap Gate C...promosi sikit...heheh...kat bazar karat pun ada...tapi kalau nak cari jersey...tak kira johor ker BPL..La Liga...Serie A...cari ngan aku pun boleh...cara on-line...takder hal...rega kawan2...heheh..

5.30 pm...lengang?
2- Parking kat tempat biasa...belakang Shell sebelah SAJ...tapi dah rasa pelik dah...lengang ajer...biasa pukul 5 dah berduyun2 orang jalan kaki reramai menghala ke stadium...sampai stadium aku tengok parking kat area stadium pun masih banyak yang kosong...pelik ni...tapi dalam hati nyesal gak...kalau tau parking kat situ...dekat sikit.

6.00 pm...di depan gerai...biasanya time camni nak berjalan pun susah...berhimpit2...sesak...kali ni memang lengang!!!
3- Sampai gerai...biras aku aku cakap orang tak ramai...tiket grandstand pun sampai tengah hari masih ada...biasa pepagi buta dah sold out...pelik ni...andaian aku...mungkin game kali ni lawannya tak berapa gah...cuma pasukan kelab....tapi tu hari masa lawan T-Team...pasukan kelab juga...tapi still sesak...kemungkinan besar penonton tak datang pasal JDT dah kalah 2 game berturut2 sebelum ni...biasalah...bukan semua penonton tu jenis gila bola...yang ada tu trendy ajer...nak buat camner kan...

Pelangi sebelum waktu maghrib di Larkin...tetiba buat aku teringat lagu2 Dio...
4- Dalam stadium memang betul tak penuh...seat bahagian bawah kat dua2 belah belakang gol memang kosong...kalau ikut pengamatan aku...kemungkinannya ini adalah game yang paling sikit sekali jumlah penontonnya...game yang pertama dulu pun lebih sesak dari ni...kecewa gak bila nengok stadium tak penuh...tapi dalam masa yang sama rasa bagus jugak...selesa la sikit...takder lah nak bersesak-sesak...mungkin inilah sahaja golongan yang betul2 die-hard nengok bola...yang lain2 tu poser...heheh...

5- Oleh kerana dah beberapa kali duk grandstand, duduk pun kat tempat yang lebih kurang sama...ada muka2 yang dah jadi kenal dah...anak aku siap dah dapat kawan dah...padahal sebelum ni langsung tak kenal pun...rasa macam dah satu family pulak....agaknya kalau nanti seat ada nombor...beli pas bermusim...ginilah kot suasananya...semua muka orang di sekeliling kita adalah muka2 yang sama...konpem boleh jadi rapat....teringat pulak aku muka famili singh kat Old Trafford tu...tiap2 game pun muka dorang ada kat tempat yang sama kat belakang reserve player tu kan...

anak aku dan kawan2 barunya...
6- Walaupun tak full house...penonton tetap bersamangat...terutamanya bila melihat B.O.S tetap meriah...ada ketikanya tu memang bergegar bila satu stadium menyanyi lagu Luasakan Kuasa mu....yang kurangnya kali ni mexican wave cuma sekali jer buat...dan aku perasan yang PKNS ni datang tak bawak penyokong...rasanya ni la satu2nya team yang datang Larkin takder penyokong...

7- Satu yang aku sedih sikit...ramai yang masuk sebelum maghrib...tapi buat tak tau jer bila dah maghrib...padahal kalau duduk grandstand paling mudah kalau nak solat...surau ada kat bawah jer...tak yah keluar...surau kat belah kanan pintu utama tu (pintu kaca)...ada signboard pun....oh..yer...aku terserempak dengan Shauki Kahar (pengulas Astro Arena) dalam surau...

pic name

pic name
8- Pasal game aku tak yah ulas la...semua dah nengok sendiri kan...ada live kat Arena...cumanya kali ni pada aku taktikal Fandi ok sikit...terutama masa 1st half...takder la main long ball yang ntah kemana2...Nunez masih pancit...tak boleh nak lari sangat...Mat Yo maintan bagus...tapi paling cemerlang pada aku Awe la...satu assist dan 1 gol...memang sesuai dapat Man Of The Match...pemain paling rajin...lari pun ribut dia punya laju...

9- Apa2 hal pun...JDT kembali menang...tu yang pentingnya...bukan senang nak nengok 3 gol...asik menang tipis jer kan...tak sure dengan kemenangan ini penonton akan kembali penuhkan stadium....tambah2 pulak next game kat Larkin lawan Kelantan....tapi aku pasti...next game ni konpem sesak...

Cukup la aku merapu...ni pun curi2 masa menaip sambil kerja...lambat dah ni...tak sempat nak semak pun...terus post...kan tak berkat kan gaji aku...heheh...

ni ada video aku upload kat youtube...suasana masa lagu Negaraku dan hujan resit....sila tonton...

http://www.youtube.com/watch?v=fYZJTOnCzYQ

Sampai jumpa lagi...


"LUASKAN KUASAMU!!!"









Friday, May 10, 2013

Sound of White Noise

Lagi yang dah 20 tahun


Anthrax - Sound of White Noise (1993)

Majoriti band metal 80an berubah bila memasuki era 90an. Anthrax juga tidak terkecuali. Malah yang lebih memeranjatkan mereka bukan setakat berubah style muzik, mereka juga berubah vokalist. Sesuatu yang agak ganjil kerana di waktu itu mereka sedang berada di puncak.

Walabagaimanapu penganti Joey Belladona bukanlah calang2 orang. John Bush juga adalah seorang vokalist yang baik...kalau tak...tak kan lah Metallica pernah melamar beliau. Suara dan cara nyanyiannya juga agak berbeza dengan Joey. Masing-masing ada keistimewaan tersendiri. Nampaknya Anthrax benar-benar mahukan perubahan.



Walaupun Sound of White Noise tidak lah sepopular Black Album atau sehebat Countdown to Extinction...tetapi untuk telinga saya ianya lebih baik dari Divine Intervention. Mungkin ada yang tidak bersetuju. Itu terpulanglah selera masing-masing.

Pada saya ianya jenis "grower"...makin lama dengar...makin sedap. Asalnya dulu agak kurang berminat juga terutamanya adanya sound grunge dalam muzik mereka. Dengarkan "Black Lodge"...kan dah macam Alice In Chain jer bunyinya (producer pun sama). Tapi lagu-lagu seperti "Only" (sudah semestinya) dan lain-lain lagu dari side A zaman kaset terutamanya seperti  "Potters Field" , "Room for One More", "Packaged Rebellion", "Hy Pro Glo" menjadikan saya melekat kepadanya.



Kekuatan album ni pada saya terletak pada lagu-lagunya yang catchy selain suara John Bush sendiri. Sememangnya perbezaan SOWN dengan album-album awal Anthrax adalah suara John Bush. Saya rasakan  suara beliau agak kurang sesuai kalau menyanyikan lagu high pitch thrash ala Joey. Perubahan ketara Anthrax ni memang sebenarnya mengikut kesesuaian suara beliau. Dan pada saya ianya berjaya.

Walaupun saya lebih mengemari Anthrax yang lama...zaman Joey...zaman thrash...tetapi saya tak boleh menafikan SOWN sememangnya yang terbaik untuk Anthrax era John.




Thursday, May 9, 2013

Bersara...

Minggu ni minggu pasal bersara kot...2 orang tokoh yang aku kagumi dan hormati telah pun mengumumkan persaraan mereka...

Walaupun mereka berlainan bidang...tetapi ketokohan mereka berdua memang susah untuk di cari ganti...







Terimakasih...



Tuesday, May 7, 2013

Selepas PRU 13...

Last cerita pasal PRU...pas ni kita rockin balik....

Sedikit analisa dari aku yang tak berapa nak pandai ni...
Aku cerita pasal Johor la...tempat lain aku tak tau...

kali pertama kawasan aku perang poster besar-besaran...dulu semua dacing ajer

1- PR dapat menembusi kubu kuat BN di Johor...DUN dari 6 jadi 18...PAS dari 2 meningkat jadi 4...

2- Yang nyatanya undi kaum cina sememangnya memihak pada PR. Tempat yang mana majoriti penduduk cina memang majoritinya jatuh ke tangan PR.

3- Kaum cina dah tak takut nak undi PAS. Walaupun media cina (didukung MCA) menakut2kan mereka pasal hudud. Tapi majoriti kaum melayu masih memihak kepada UMNO dan BN.

4- Contohnya...kawasan aku DUN Puteri Wangsa yang Melayu 40% dan Cina 47%, calon PAS Ustaz Abdullah Husin menang manakala di DUN Nusa Jaya Melayu 48% dan  Cina 38%, calon PAS Salehudin Ayub kalah.

5- Maknanya kata2 yang kononya org PAS jer undi DAP tapi cina tak undi PAS adalah tak benar. Sila semak fakta anda.

6 - Tempat yang DAP menang sememangnya kawasan majoriti kaum Cina dan majoritinya bertanding lawan MCA...kecuali Parlimen Gelang Patah...tu pun dulunya kawasan tu kawasan MCA.

7- Di FB ramai yang menyalahkan perpecahan orang melayu sedangkan cina bersatu bersama DAP. Tapi cuba renung2kan....Cina bersatu menentang kerajaan korupsi dengan sama2 mengundi DAP bukan MCA/Gerakan tetapi kenapa tidak orang melayu menentang kerajaan korupsi dengan sama2 mengundi PAS....bukankah PAS juga melayu???

8- Kempen perkauman memang hebat...dengan melayu ditakut2kan kononnya DAP akan memerintah...dan cina ditakut2kan kononya PAS nak buat hudud...tapi nampaknya kaum cina lebih cerdik dan matang...tak termakan dengan kempen racist sebegini...

9- Aku lebih respek dengan penyokong BN seperti Duktur Bentara yang memberikan fakta berbading lebih cenderung memainkan politik perkauman.

10- Apa?...aku melayu tak sedar diri....sebelum Lim Kiat Siang menang di Gelang Patah pun...mana pergi tanah2 di Nusa Jaya...mana pergi tanah2 di sepanjang selat tebrau?...dia ker yang jual?....sekali lagi...sila semak fakta anda...

11- Cina pun rakyat Malaysia juga beb....bukan pilihan mereka nak lahir jadi cina...cuma kita ni lebih bernasib baik dilahirkan muslim...sepatutnya tugas kita buat dakwah pada mereka...bukannya menakut2kan mereka....budak2 cina opis aku cakap...."kita tak kisah pun siapa perintah Malaysia...kita tau apa dia perlembagaan Malaysia...apa yang kita hendak...adalah kehidupan yang lebih baik..."

12- Sudah2 lah cerita pasal racist...kata 1Malaysia.....


Ok...stop sini...minta maaf jika post2 berunsur politik aku menyinggung perasaan....apa pun perbezaan politik kita....kita semua tetap sahabat....selepas ni Berteromber akan rocking kembali.....



p/s - tahniah buat Ustaz Abdullah Husin (ketua dewan ulama PAS Johor) dan rakan2 petugas atas kemenangan PAS di Dun Puteri Wangsa...sekurang-kurangnya ada dah wakil ulama dalam Dun Johor...Alhamdulilah.








Friday, May 3, 2013

Thank you for the music...














Jeffrey John "Jeff" Hanneman
(January 31, 1964 – May 2, 2013)

Playlist aku untuk hari ini dan beberapa hari mendatang.....sudah semestinya yang terbaik dari Jeff Henneman...."South of Heaven", "War Ensemble", "Raining Blood", "Angel of Death", "Mandatory Suicide" dan "Seasons in the Abyss."

Thank you for the Music...

(kebetulan...sejak 2 hari lepas...ringtone handphone aku adalah lagu South Of Heaven...)






Thursday, May 2, 2013

Find Me Guilty

lari kejap dari cerita politik... :D


Find Me Guilty (2006)

Jangan tertipu dengan nama Vin Diesel. Ini bukan filem aksi. Jika anda bukan peminat filem bergenre courtroom drama, mungkin filem ini akan membosankan anda. Tetapi tidak kepada saya. Jarang filem begini mengecewakan saya. Apatah lagi bila ianya kisah mafia yang dicampurkan dengan eleman komedi.

Find Me Guilty adalah berdasarkan kisah benar. Mengisahkan seorang ahli mafia yang membela dirinya sendiri di mahkamah. Malah kebanyakan dialog semasa perbicaraan adalah berdasarkan rekod mahkamah. Ianya merupakan perbicaraan kes Mafia yang terpanjang dalam sejarah New York (21 bulan). Sedikit sebanyak ianya mengingatkan saya kepada filem "My Cousin Vinny".

Yang menariknya pada saya, kita akan dapat melihat Vin Diesel yang berlainan. Ternyata beliau bukanlah sekadar pelakon filem aksi. Lakonannya sebagai Giacomo "Jackie" DiNorscio sangat memberangsangkan.

Rekomended jika anda peminat courtroom drama.



Wednesday, May 1, 2013

Memori PRU 2

Sambung dari hari tu...

1 - PRU 10 (1999) - REFORMASI! Ini tahun yang aku paling bersemangat...tu jam duk KL...merasai apa itu demonstrasi. Siap mendaftar menjadi ahli dan bertugas di markas. Kerja tampal poster dengan sukarela...memang takder upah2...(actually sampai sekarang pun duduk kem PAS memang takder upah) Ini juga bermulanya PRU alah baru...zaman kempen melalui internet..siap print macam2 artikel untuk di bawak balik ke kampung...Sayangnya kaum lain mengangap Reformasi bukan untuk mereka...BN terus berkuasa.

2 - PRU 11 (2004) - tahun yang macam tak bersemangat...aku tak aktif langsung pun...sibuk dengan kerja...tapi ini kali pertama PAS bertanding di kawasan aku. Mungkin faktor Pak Lah yang di anggap Mr Clean ketika itu menyebabkan macam takder isu...BN menang besar. (taktikal Dr M letak jawatan memang tepat...memang master la dia ni dalam politik)

3 - PRU 12 (2008) - tahun yang kembali bersemangat...tambah pulak ustaz aku bertanding untuk PAS di kawasan aku. Pernah dipelawa untuk lebih aktif...tapi aku rasa aku tak bersedia....tak cukup berani...Tahun yang dipanggil tsunami politik...siapa sangka BN boleh kalah kat Selangor,Perak dan Kedah....Johor???...lama lagi la...tapi time ni dah nampak banyak bendera PAS dah...

4 - PRU 13 (2013) - dah rasa tua...malas dah nak panjat2 tiang gantung bendera...bagi la budak2 muda...kali pertama berjaya mendirikan markas kat taman perumahan aku...satu benda yang tak pernah terpikir pun 5 tahun yang lalu...seronok tengok ramai budak2 muda yang bersemangat...teringat2 zaman muda dulu....kekadang rasa macam malas dah nak aktif...banyak kawan2 dan jiran2 yang tak matang dalam berpolitik....menyokong parti yang bukan kerajaan seolah2 satu jenayah besar...selisih senyum pun dah tak nak....letih la...

Tak kisah la...yang dah ada pilihan di hati...orang cakap apa pun tak akan terkesan...tapi bagi yang atas pagar tu...pikir dan kaji la sendiri....tak yah la aku kempen kat sini....luar sana tu dah melambak2 dah...sampai dah nak termuntah....

Rilek kan otak...layan lagu yang setiap kali nak pilihanraya mesti melodinya terngiang2 kat kepala...sebenarnya dari budak...sampai sekarang pun aku tak paham liriknya pasal apa....dan sudah semestinya ianya bukanlah pasal pilihanaraya....tapi pasal ada sebut election day...kira relevan la jugak...heheh...

Siapa budak2 dulu suka Duran Duran....mesti suka side projek Simon,Nick dan Roger ni...tapi sayangnya cuma satu lagu ni jer la yang Arcadia ni sedap....lain hampeh...baik layan John dan Andy dalam Power Station...