Showing posts with label manchester united. Show all posts
Showing posts with label manchester united. Show all posts

Monday, February 26, 2024

Sudah Sampai Sini - The Theatre of Dreams

Old Trafford - 12/02/2024



Bila sesekali berpeluang menjejakkan kaki ke tanah Inggeris, memang tak lepas peluang lah untuk berkunjung dari stadium ke stadium. Maklumlah sebagai peminat bolasepak terutamanya bagi kita di Malaysia sememangnya lebih terdedah kepada bolasepak Inggeris.


Lain orang lain cara berhiburnya. Rugilah kan kalau dah sampai ke sana tak pergi ke stadium-stadiumnya. Nasib kat sana tak ada muzium Iron Maiden…hahaha…





Dalam tempoh 8 hari berada disana, sempat juga berkunjung ke 8 buah stadium tetapi yang paling di dalam impian sudah semestinya Old Trafford.



Ini impian sejak kecil. Dari mula melihatnya di kaca tv dalam rancangan Big League Soccer ketika zaman kanak-kanak dahulu sememangnya memasang angan-angan untuk kesini. Siapa sangka selepas 40++ tahun akhirnya Old Trafford di depan mata.



Sayangnya ketika di sana, minggu tersebut adalah minggu "away game". Makanya tak berpeluang untuk menonton secara langsung. Dapat buat lawatan "stadium tour" pun jadilah. Itupun hampir-hampir tak berjaya kerana hampir kesemua slot untuk stadium tour "sold out", walaupun menempahnya 3 hari awal. Tetapi ianya adalah perbelanjaan £30 yang berbaloi.
 


Dari Bryan Robson ke Bruno Fernandes... there's only one United!
Glory Glory Man United!




Thursday, May 25, 2017

We Are The Champions!



Glory Glory Man United!


* tak perlu kata apa-apa...haha...







Monday, May 12, 2014

Vida


Thank you captain!...

Nemanja Vidić

Manchester United 2006-2014

sementara itu.....





24 years and counting.....kah..kah...kah....kah.....




Thursday, September 26, 2013

Red

Ni entri bukan pasal Liverpool bungkus dengan Manchester United league cup pagi tadi...(hahaha)...tapi pasal buku yang baru habis dibaca.


Red: My Autobiography - Gary Neville


‪"Gary Neville is a red! He hates scousers"

Ini kisah Gary Neville. Seorang budak biasa yang berjaya mencapai cita-citanya untuk bermain dengan kelab yang menjadi idolanya sejak kecil. Tak sangka dia juga berbakat menjadi penulis.

Dah banyak buku autobiography Manchester United yang aku baca. Tapi rasanya yang ini paling aku suka. Sebabnya Gary adalah die-hard fan Manchester United. Peminat sejak dari kecil. Tak seperti pemain lainnya yang hanya dibayar gaji untuk bermain bersama United. Peminat yang bermain dengan kelab diminatinya sejak kecil, passion dan semangatnya memang lain. Gaya penulisannya pun seolah-olah dari kacamata seorang peminat. Membacanya pun aku jadi bersemangat. 2 hari dah khatam.

Seperti banner kat Old Trafford yang tertulis "United, Kids, Wife", buku ini turutannya juga begitu. Tiada langsung cerita hal-hal peribadi luar padang. Tiada kisah cinta. Kalau tak silap hanya sekali sahaja kot nama isterinya disebut. Sedari awal ceritanya hanya berkisar hal-hal bolasepak yang dilaluinya bersama-sama lagenda bolasepak sezaman dengannya tak kira England mahupun Manchester United. Ada Fergie's Fledglings,Cantona,Ronaldo,Rooney lain-lain dan tak lupa juga The Boss (SAF).

Gary memang true.

Rekomended untuk peminat United. Tapi kalau anda Liverpool pun apa salahnya....mungkin nanti kot-kot terbuka pintu hati...hahaha...




Tuesday, August 27, 2013

Piala Malaysia, Barclays Premier League dan Metalingkup


Aku tau ada yang nak baca review aku pasal game JDT vs Felda sabtu lepas. Aku minta maaf aku tak pergi pun game tu. So tak boleh lah nak review. Bukannya pasal malam tu aku pergi tengok Metallica kat Singapore pun. Tapi biasa la musim raya ni...open house...marhaban....mood nak gi stadium pun belum ada lagi.

Mungkin ada kata aku poser...lalang...Dah la Metallica pun tak pergi. Nampaknya rekod aku pergi ke Larkin setiap game sepanjang musim ni berakhir pada last game liga hari tu. Tapi ada beberapa sebab buat aku macam takder mood nak pergi.

1-TMJ sendiri cakap musim ni dah berakhir dengan berakhirnya liga tempohari. Dia pun tak letak harapan untuk Piala Malaysia. Dia target musim depan. Sebab tu dah sibuk beli player untuk musim depan. Rasanya mana-mana player yang dah tau musim depan nak kena gugur mesti dah tak sedap hati dah. Tu pasal 1st game Piala Malaysia hari tu main hancus. Takder semangat langsung. Nengok pun buat sakit hati.

2- Tiket dah naik harga. Terbuka RM15 dan berbumbung dah jadi RM30. FAM nak untung lebih. Padahal kat Pasir Gudang masih RM10. Tak paham kenapa mesti jadi lebih mahal sedangkan bendanya sama ajer. pemain yang sama, stadium yang sama, seat yang sama dan toilet pun sama. Dah la game kali ni lawannya tak berapa best. Rasa macam tak berbaloi pulak dengan harga tiket. Mungkin ada yang kata menyokong bukan time menang sahaja...tapi kena ingat...benda ni semua bukannya percuma. Kalah melawan dengan kalau main hancus adalah 2 benda yang berbeza. Nak suruh penonton datang...nak suruh aku datang...please entertain us...Metallica pun tak bawak lagu-lagu St Anger dan Lulu pasal dorang tau majoriti peminat tak suka.

3- Aku malas dah nak bersesak-sesak kat pintu masuk. Dah la pintu tak banyak...patut bukak la awal sikit. Dulu rilek jer masuk lepas maghrib masih dapat seat. Sekarang jangan harap. Kalau aku pergi sorang takder hal berdiri sampai abis game. Ni bawak anak bini. Memang leceh la. Tak kan pasal bola tak sembahyang maghrib beb. Kalau duduk grandstand ok la jugak...surau kat dalam...kalau kat terbuka memang leceh sikit. Aku sokong penuh kalau seat letak nombor macam panggung wayang. Senang sikit masuk lambat pun dah konpem tau ada seat.

4- Aku rasa mungkin bukan aku jer yang rasa macam ni...tu sebab stadium tu hari kosong...orang masih mood raya...belum gaji...tiket mahal...main hampeh....tak tau la game-game akan datang kalau ada mood mungkin aku pergi kot. tapi sokong tetap sokong. Rasa macam nak pergi Pasir Gudang je malam ni...tapi tu la...taman perumahan aku tak habis lagi marhaban.

BPL pulak....

1-Sikit la nak cerita. Musim pertama tanpa SAF rasa macam lain pulak. dah biasa nampak orang tua tu kat tepi padang kan. Bagi can la kat David Moyes. Tapi aku masih tertunggu-tunggu siapa star yang dia nak bawak masuk. Transfer window dah nak tutup dah...tapi masih macam tak nampak bayang.

2-Tapi kalau tak dapat beli sesiapa pun. aku rasa team warisan SAF ni dah cukup kuat. Trio remaja Wilfried Zaha, Adnan Januzaj dan Jesse Lingard pun bagus. Kalau selalu diberi peluang pun aku rasa dorang ni pun boleh jadi star.

3-Game pagi tadi nampaknya Mourinho masih Maourinho yang dulu. Taktik parking bas dia masih tak beubah. Dan aku rasa Rooney dan Van Persie macam tak kena jer kalau main bersama. Stail dorang ni sama. Tapi seri pun ok la. Tak best la game macam ni awal-awal musim dah main. Semua pun belum panas lagi kan.

Last caress...Metallica...

Tu hari bila berborak dengan kawan aku yang sama-sama tak pergi...mula-mula rasa ok...tapi bila dah baca review dan tengok gambar...rasa macam rugi jugak la...tapi tak kisah la...anggap bukan rezeki. Lagipun sebelum ni pun aku dah cakap aku pencen dah konsert-konsert ni. Tambah-tambah bila dah tengok Iron Maiden depan mata. Cukup lah kot. Tapi tak berani juga nak cakap...esok lusa Spin, Scan, Spring dan Budak Kaca Mata tetiba buat reunion konsert....ada pulak yang aku pergi kang....hahahaha...


*lokasi gambar- Bazaar Karat, JB










Thursday, May 9, 2013

Bersara...

Minggu ni minggu pasal bersara kot...2 orang tokoh yang aku kagumi dan hormati telah pun mengumumkan persaraan mereka...

Walaupun mereka berlainan bidang...tetapi ketokohan mereka berdua memang susah untuk di cari ganti...







Terimakasih...



Tuesday, April 23, 2013

20




ingat malas nak tulis apa2...maklum lah asyik menang ajer kan....tapi memandangkan ini bukan hari rabu...kena la tulis jugak...cakap banyak pun tak guna....Manchester United adalah juara BPL untuk season 2012/2013.

Kepada haters...sila jeles...heheheh...


UNITED! UNITED! UNITED!




Thursday, December 27, 2012

This is Larkin


Johor DT 5  v  Woodlands Wellington FC 1
(Daniel Guiza,Safee Sali 2x, Safiq Rahim dan Mat Yo)

Ni baru friendly game, tiket bercetak 20,000 sold out, yang tak dapat tiket pun akhirnya dibenarkan masuk...so tak tau lah berapa jumlah penonton sebenarnya semalam...parking sesak...sampaikan kat  terminal larkin pun orang parking...giler jauh menapak...time balik lagi teruk...jalan jem giler..ada yang pukul 12  malam baru lepas...(Nasib Man Utd gol last minit...so masih sempat nengok...hahaha)...tapi semua tu tak jadi hal bila semua star2 jaringkan gol....

giler ahh...lama giler Larkin tak bergegar camni...macam satu fenomena...tetiba rakyat Johor gila bola....tetiba macam tak sabar pulak nak tunggu Liga Malaysia...kepada geng2 Kelantan, Lion XII, Selangor dan Negeri Sembilan...aku tunggu korang datang...heheh...

sementara itu di Old Trafford...Man Utd 4  Newcastle 3....Aku harap Man Utd tak selalu main gol last minit camni...boleh sakit jantung dibuatnya....hahaha...





Monday, September 24, 2012

UNITED

Sempena me"lauk"kan liverpool malam tadi....hahaha...



UNITED (2011)

Berdasarkan kisah benar the "Busby Babes" dan trajedi  Munich 1958...Jika anda penyokong Manchester United seperti saya...konpem anda akan beremosi selepas menontonnya....

Tapi terdapat jugak sedikit kontroversi kenapa ianya lebih menumpukan kepada cerita Jimmy Murphy (penolong pengurus) bukannya Sir Matt Busby sendiri....sehinggakan anak beliau Sandy Busby membantah cerita ini kerana padanya Sir Matt Busby digambarkan seolah2 sebagai seorang gangster bukannya pengurus bolasepak...

Walaubagaimanapun...jika anda peminat United...dah tentu2 lah wajib tengok...tapi kalau bukan...tak kisahla anda liverpool ker apa...malah yang tak minat bola pun memang aku rekomen untuk tengok...

"At United we strive for perfection, if we fail we might just have to settle for excellence - Sir Matt Busby"


"Anyone can buy a team and trophies, but only the greatest teams will be respected for creating a legacy"

UNITED ! UNITED ! UNITED !



Friday, August 17, 2012

Raya



Baju raya dah ada dah...so konpem jadi la raya tahun ni....heheh...

Disebabkan dah dalam mood raya....rasanya ni last entri aku sebelum raya...dan dah nak balik kampung pun ni...so...aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua rakan2 dan pembaca blog ni....mana yang tersilap bahasa dan ter"riakwi" tu....ampun dan maaf dipinta.... :P

MAAF ZAHIR DAN BATIN


btw...BPL pun dah start...selamat datang RVP...(sorry deaf...huhu...) nasib game United bukan kat malam raya...tenteram sikit nak merebus ketupat...heheh...








Monday, May 14, 2012

Dekat Tapi Jauh...



Kalau ada sakit jantung...boleh tergolek nengok game malam tadi...gol masa "Fergie time" lak tu...apa nak buat...takder luck...or maybe we're not good enough nak celen City...89 points pun tak cukup untuk menang liga sekarang ni...memang sikit frust la bila kalah hanya pasal perbezaan gol...

Apa2 pun tahniah City...they deserve it... berbaloi la kot Pak Arab tu berabis sampai 400 million pounds....sapa kata duit tak boleh beli trophy....pada aku mungkin ianya blessing in disguise untuk United....semoga Glazer tu bukak mata jangan kedekut sangat nak belanja beli pemain...zaman dah berubah...

Apa2 pun takder la aku rasa "power shift" ker aper...still kalah cuma pasal perbezaan jaringan...dengan skuad tahun ni yang aku rasa antara paling tak kuat pernah pernah SAF bimbing....still masih dapat saing City...so takder hal la...tu pun kalau Glazer tu tak jadi Aji Bakhil la...

ok la...jumpa lagi next season....bak kata geng2 dari Liverpool...."Next year will be our year"...hahaha...



***arghhh...bosan arr malam2 minggu yang mendatang....terpaksa la layan telenovela sepanjang 3 bulan ni....heheh...nasib tahun ni ada Euro....





Tuesday, May 1, 2012

Jiran Yang Bising



MAN CITY   1
 KOMPANY (45)

MAN UNITED   0

30 APRIL 2012, ETIHAD STADIUM, BPL


Apa nak kata...memang City berhak menang game ni...benda camni memang boleh terjadi kalau takat main bertahan nak cari seri dengan main 4-5-1...sapa la aku nak pertikaikan taktikal SAF...tapi bila  Park Ji Sung...Phil Jones...yang dah lama tak main tetiba dia kasi main...Ryan Giggs dan Paul Scholes main sekali dalam 1st eleven...aku dah terbayang bencana dah...i hate to say this...tapi Ryan Giggs bukanlah Ryan Giggs yang dulu...untuk dia main full 90 minit..pada aku memang tak perlu....

Tapi takper la...mungkin takder luck...kena move on...it ain't over till it's over...ada 2 game lagi...

BELIEVE!

Sunday, February 12, 2012

Forevra United

MAN UNITED   2
ROONEY (47, 50)

LIVERPOOL   1
SUAREZ (79)

11 FEBRUARY 2012, OLD TRAFFORD






"If I was playing, if Incey was playing, if Sparky was playing... Suarez ends the game wishing he'd shaken hands" - Roy Keane

heheheh....

Wednesday, January 4, 2012

Wasted Year

Catatan ringkas pasal 2011...sorry la...lambat skit...dah masuk 4hb pun...maklum lah sebagai bapa yang ada 3 orang anak naik sekolah...awal bulan januari ni memang agak bz...bukan sahaja duit...(ni memang buat aku kering kontang bulan ni...) tapi masa pun banyak yang kena korbankan...takper la demi anak2...

So rewind skit pasal 2011...kalau dari segi bab2 duniawi ni…ada 2 perkara yang paling best la sepanjang  2011…kisah impian menjadi nyata...

1- Iron Maiden live in Singapore




dapat nengok Iron Maiden live depan mata….26 tahun dulu masa kali pertama mendengar “2 minutes to midnight” terus jadi minat…tak pernah sangka dapat nengok depan mata…selalu berangan kalau dapat further study kat UK kan best…boleh nengok Iron Maiden live (selain pegi Old Trafford)…peluang tu aku dapat masa tahun 1993…tapi sayangnya keluarga aku tak mampu… kebetulan adik aku pun dapat tawaran masuk U…duit lagi… pinjaman Mara aku pulak kena reject…dan kebetulannya aku dapat offer kerja yang bagus…akhirnya impian tinggal impian…so memang tak sangka la 2011 ni impian menjadi nyata...

2- Manchester United Champ19ns



“My greatest challange is not what’s happening at the moment, my greatest challenge was knocking Liverpool right off their f**king perch…and you can print that” – Sir Alex Ferguson. Quoted in an interview with The Guardian (2002)

ni aku rasa bukan impian SAF ajer…impian seluruh peminat Manchester United terutamanya yang hidup zaman 80an macam aku…sapa lah yang tak dengki ngan Liverpool kan…zaman tu balik2 dorang champion…nyampah betul aku nengok misai Charlie Chaplin Ian Rush tu…(aku rasa itulah perasaan peminat kelab lain dengan Manchester united sekarang ni kan…aku paham perasaan korang…aku boleh tunggu lebih 20 tahun…korang pun pasti boleh…huhu…)...dan akhirnya 2011…peminat Liverpool tak boleh nak berlagak lagi dah pasal 18 kejuaraan dorang tu…heheh



lain2 yang menarik tu lebih pada hal2 peribadi dan famili...antaranya anak no 2 aku dapat 5A dalam UPSRnya....dapat tukar kereta baru....dan lain2 yang tak yah cerita la...

harapannya semoga 2012 menjadi lebih baik dari 2011...

last aku share gambo yang aku cilok kat FB...lawak...


heheh..


.

Thursday, December 8, 2011

Keras Tangan

membalas entri En.Joad...



ini adalah t-shirt yang telah dikerastangankan...
Cara2 membuatnya sila rujuk -SINI-



dalam masa yang sama...



akhirnya....layak jugak kita ke Europa... ;)


UNITED! UNITED! UNITED!

Monday, October 24, 2011

six six six



Dah selalu di atas...ada kalanya perlu merasa terhumban ke tanah...ada kalanya bagi orang lapan...ada masanya kita patut menerima six six six...number of the beast...adatlah...dan main teruk...kena terima kekalahan..jiran yang bising semakin bising nampaknya...

Adakah ini badi Najib...setiap kali dia nengok live...kita kalah teruk...heheh...tapi ada sorang tampal ni kat FB..

Sir Alex's wife wakes him up in bed saying "wake up dear, its 7.." Alex said "What!!! They've scored one more???!!!”

siak arr...heheh...


UNITED ! UNITED ! UNITED !

Monday, August 29, 2011

Eight Is Enough

MAN UNITED 8
WELBECK (22), YOUNG (28, 90), ROONEY (41, 64, 82), NANI (67), PARK (70)

ARSENAL 2
WALCOTT (45), VAN PERSIE (74)

28 AUG 2011, OLD TRAFFORD



santapan sebelum raya....heheh..

kesian aku kat arsenal ni...manchester united pun pakai budak2 jugak beb...

buat deaf dan geng2 arsenal...aku turut simpati...tapi yang lain...jaga2 beb...team budak2 ni memang power!!!

yeehaaa...UNITED ! UNITED ! UNITED !


Monday, August 8, 2011

Thanks for the memories


(2005 - 2011)




(1991 - 2011)


Terimakasih Edwin Van Der Sar dan Paul Scholes...korang memang lagenda...

Tapi apa adahal kalau lagenda2 ni semua pencen...Manchester United tetap jugak juara....Tom Cleverly, Danny Welbeck, Chris Smalling, Phil Jones, David De Gea are legend in the making...



MAN UTD 3
SMALLING (52), NANI (58, 90)

MAN CITY 2
LESCOTT (38), DZEKO (45)

COMMUNITY SHIELD
7 AUGUST 2011 WEMBLEY

ntah dah berapa kali ntah menang community shield ni ek...aku pun dah lost count dah...apa2 pun...season bola dah bermula...hari2 sabtu dan ahad aku kembali seperti biasa...remote astro kembali ke tangan setelah beberapa minggu jenuh terpaksa melayan Kilauan Emas...hahaha..

Thursday, May 26, 2011

Class of 92 dan terimakasih Gary

Tak sabo nak nunggu final UCL sabtu ni...sebagai pemanas badan...jom layan aku cerita pasal bola...

2,3 hari ni peminat bola (terutama Man. Utd) asik la cerita pasal class of 92...semuanya gara2 testimonal game untuk Gary Neville vs Juventus tu hari...tapi tahukan anda kenapa Class of 92 ni istimewa sangat...jom kita borak sejarah...(liverpool fan tentu suka sejarah2 ni kan...heheh..)

Class of 92...adalah sebahagian pemain dari apa yang jugak digelar sebagai Fergie's Fledglings...pemain2 yang selalu dibandingkan dengan era Busby Babes...ni kalau korang fan Manchester United ko paham la apa aku cerita ni...kalau tak pandai2 la google...heheh..

Class Of 92 ni berjaya menjuarai FA Youth Cup tahun 1992 mengalahkan Crystal Palace dengan agg. 6-3...tapi itu bukanlah yang istimewanya...tu biasa2 jer...tiap2 tahun pun ada jer team yang menang FA Youth Cup kan...tapi biasanya...dari pemain2 tu ada la 1,2 jer yang berjaya di peringkat senior...tapi yang luarbiasanya bagi Class Of 92 ni...6 orang dari mereka berjaya menjadi pemain penting di peringkat senior malah mewakili negara memasing...

Mereka yang menyinar di Manchester United dan England adalah David Beckham, Gary Neville dan Nicky Butt manakala Ryan Giggs (Wales)...dan yang kurang bernasib baik untuk menjadi bintang Manchester United adalah Robbie Savage dan Keith Gillespie...tapi tetap dorang mewakili negara memasing iaitu Wales dan Ireland Utara dan bermain untuk kelab2 EPL..


Back row (left to right): Raphael Burke, Gary Neville, Simon Davis, John O'Kane, Andy Noone, Nicky Butt, Ben Thornley. Front row: Robbie Savage, David Beckham, George Switzer, Keith Gillespie, Paul Scholes, Chris Casper


tapi kan...di final FA Youth Cup 1993...sekali lagi Class of 92 ni bermain...dorang sepatutnya bertambah kuat dengan kemasukan 2 lagi bintang iaitu Paul Scholes dan Phil Neville...tapi sayangnya kalah pulak di final ngan Leeds (agg 4-1)..

Tahun 2011 ni sekali lagi Manchester United menang FA Youth Cup (rekod yang ke 10 kali)...tapi adakah dorang boleh menjadi seperti Class of 92?...hanya masa yang akan menentukan...


Apa2 pun tak ramai player yang macamgini...bermain hanya satu kelab untuk seumur hidup...bukan sekadar pemain yang di bayar gaji..tapi beliau juga adalah seorang die hard fan...Thank you Gary for all these wonderful years..your passion, determination and commitment to this club is like no other...TRUE LEGEND!


Gary Neville is a red. Is a red. Gary Neville is a red. He hates scousers!

Dan yang menarikya pasal perlawanan testimonial Gary tu hari...sebahagian dari Class Of 92 dapat bermain bersama2 kembali...dan antara yang mendapat perhatian dan tentu2 lah David Beckham ni...semua orang tau kan dia adalah through and through Manchester United fan...seronok dapat tengok dia sekali lagi memakai jersey merah ni setelah kali terakhirnya 8 tahun yang lalu..


Welcome Home Beck