Showing posts with label Kreator. Show all posts
Showing posts with label Kreator. Show all posts

Thursday, January 26, 2023

Gila Format - Endorama

Antara yang terkini kena penyakit gila format...

Kreator - Endorama (1999)

Yang betul-betul kemaruk dengan Kreator adalah ketika zaman Coma Of Soul (1990). Kemudiannya menjadi kurang. Tak ingat kenapa. Mungkin kerana keadaan semasa, minat dan keutamaan yang bebeza. Di tambah pula dengan muzik mereka yang berubah. 

Tidak mengambil tahu tentang mereka sehinggalah munculnya album Endorama. Itupun asalnya kerana tertarik dengan gambar covernya yang agak berlainan. Membeli kasetnya sekadar hanya membeli. Tak menghayati dan terus di simpan di rak. Seperi gambar covernya, muzik Kreator juga sudah berubah. 

Beberapa tahun kemudiannya, apabila mendengar Sentenced - The Cold White Light (2002) baru perasan yang muzik sebegini ada dalam Endorama. Dan pada ketika itu baru tahu yang ianya adalah di dalam genre gothic metal. Memang jauh berbeza dengan thrash yang sinonim dengan Kreator.

Ianya agak poppy. Dan ada juga sedikit pengaruh industrial. Tetapi yang menariknya ada beberapa lagu yang Mille Petrozza betul-betul menyanyi bukannya growl. Boleh tahan juga sebenarnya suara beliau. 

Kalau anda seoarang metalhead yang mencari Kretor yang thrash, Endorama bukanlah tempatnya. Tetapi untuk yang lainnya, album ini sedap dan menghiburkan. Saya adalah golongan yang kedua. Kalau tak, mana mungkin ianya saya “giler format”kan…


Thursday, September 1, 2022

Hate über Alles

Sekumpulan orang tua yang masih terus berkarya..haha…


Kreator - Hate über Alles (2022)

Bila bercerita tentang album baru dari band-band lama, pastinya akan ada sentimen "nostalgia". Saya rasakan yang Kreator juga turut bernostalgia. Album terbaru ini pada saya tidak lari jauh dari album sebelumnya, Gods of Violence (2017). Tetapi adakah ianya lebih baik?.. Saya sedikit berbelah bahagi untuk membuat keputusan.

Album ini masih mengekalkan ciri-ciri lagu yang aggresif tetapi bermelodi. Rasanya formula ini telah mereka guna pakai semenjak Violent Revolution (2001). Gabungan era thrash 80an dan melodic 90an mereka. Cuma kali ini ianya kedengaran terlalu Slayer. Ianya adalah sebab kenapa saya katakan yang mereka turut bernostalgia. 


Lagu-lagunya bagus tetapi entah kenapa saya sering hilang tumpuan ketika dipertengahan cd. Mungkin ianya hanya saya, peningkatan usia sememangnya memberi kesan kepada penumpuan. Atau mungkin juga kerana lagu-lagunya kedengaran hampir sama. Tetapi perlu diakui, 2 lagu awalnya memang hebat.

Kesimpulannya… ia sebuah album yang bagus…sedap….laju dan melodic… tetapi sedikit meletihkan…



Friday, May 27, 2022

Renewal

Bila dah bercerita tentang album Tapping The Vein dari Sodom dalam entri yang lepas, rasanya patut juga bercerita tentang album dari band seangkatan yang juga diterbitkan pada tahun yang sama.


Kreator - Renewal (1992)

Kenangan saya dengan album ini hampir sama dengan Tapping The Vein. Kedua-duanya tidak berpeluang untuk didengar pada tahun ianya dikeluarkan. Tetapi yang berbezanya, saya kurang gemar dengan Renewal pada pendengaran pertama berbanding Tapping The Vein.

Entah kenapa hampir semua nama-nama besar band thrash telah berubah arah pada tahun-tahun awal 90an. Kreator juga tidak terkecuali. Berbanding Sodom yang menjadi lebih aggresif, Kreator bereksperimen untuk menjadi lebih perlahan dengan sesetengah lagunya mempunyai pengaruh industrial. 

Saya kurang gemar dengan soundnya yang kering dan vokal Mille Petrozza yang menjerit. Sememangnya mengecewakan jika anda adalah pengemar thrash yang konservatif. Ianya menjadi punca saya meninggalkan Kreator untuk beberapa album sehinggalah saya tertarik dengan gambar cover Endorama untuk kembali mengambil tahu tentang mereka. Mungkin ianya patut diceritakan dalam entri yang lain.

Tak pernah beli kasetnya. Versi cd baru diperolehi beberapa tahun yang lalu. Tetapi ini adalah kali pertama memutarkannya khas untuk entri ini. Seiring dengan peningkatan usia, rasanya saya kini lebih terbuka. Tetapi tidaklah bermakna semua benda boleh diterima. Renewal berada di dalam kategori yang masih boleh diterima. Tetapi saya masih kurang gemar dengan produksi soundnya yang kering.


Friday, April 9, 2021

Gila Format - Coma of Souls

 

Kreator - Coma of Souls (1990)

Album yang bagus selayaknya di"gila format"kan. Antara album yang banyak kenangannya ketika di zaman remaja.

Ini album Kreator yang paling dekat di hati. Kasetnya dibeli pada tahun ianya dikeluarkan. Cd pula adalah dari zaman Tower Records di KL Plaza. Manakala versi piring hitam yang tak kaler hitam (remastered coloured triple vinyl - 2018) hanya baru dimiliki pada bulan yang lepas. Terimakasih kepada Azli DYS Distro yang menjualnya dengan harga kasih sayang (lebih murah dari harga lp reissue album tempatan).


Memang berbaloi betul beli yang ini. Inlay/sleeve dipenuhi dengan pelbagai gambar dan info yang ditulis sendiri oleh Mille Petrozza. Terdapat juga bonus track dari persembahan live mereka di tahun 1991. Ini betul-betul "value for money"


Ada banyak album Kreator yang bagus. Tetapi Coma of Souls adalah kaset mereka yang pertama di beli. Ianya akan sentiasa ada nilai sentimental di hati....




Tuesday, December 26, 2017

Bukan dari The Big Four

Bila malas dan tiada idea untuk menulis, maka akan keluarlah entri-entri riak cdwi.. 😀

10 album terbaik thrash yang bukan dari Metallica, Megadeth, Slayer dan Anthrax mengikut loudwire.com. Seperti biasanya lain orang akan lain pendapatnya.


10 - Overkill - The Years of Decay (1989)
9 - Annihilator - Alice in Hell (1989)


8 - Death Angel - Frolic Through the Park (1988)
7 - Suicidal Tendencies - Lights, Camera, Revolution (1990)


6 - Flotsam & Jetsam - Doomsday for the Deceiver (1986)
5 - Dark Angel - Time Does Not Heal (1991)


4 - Nuclear Assault - Handle with Care (1989)
3 - Kreator - Extreme Aggression (1989)


2 - Exodus - Bonded by Blood (1985)
1- Testamant - The Legacy (1987)

Semua ni sebenarnya berpuluh tahun kumpul. Membeli apa yang suka. Tak kisahlah versi apa. Yang penting janji ada. Kadang-kadang bila buat entri macam ni baru perasan apa yang kita tak ada. Extreme Aggression pun hanya setakat versi NSR rupa-rupanya. Tapi yang pastinya Frolic Through the Park adalah misi ebay saya yang seterusnya.






Monday, September 18, 2017

Gods Of Violence



Kreator - Gods Of Violence (2017)

Dah masuk September...tapi sejak album ini dikeluarkan pada bulan Januari yang lalu rasa macam ini adalah album paling best untuk tahun 2017. Bukan setakat untuk album extreme metal tapi untuk mungkin juga untuk semua kategori.

Ok jangan berkerut serius sangat. Ini ikut selera penulis sahaja. Rasanya untuk muzik yang berat, Overkill - Grinding Wheel pun ok juga. Tapi penulis pun bukannya dengar semua album. Setakat kumpulan yang minat dan tahu sahaja. Tak ada masa nak dengar semua bila dah tua-tua ni. Lebih pada yang heavy metal/hard rock sahaja.

Iced Earth baru pun tak dengar lagi. Ni pun tengah tunggu cd Accept - The Rise Of Chaos dan Mr Big - Defying Gravity sampai ke pintu rumah. Kalau dah khatam 2 ni mungkin pilihan hati akan berubah. Dari preview yang dengar, memang rasa berkenan juga kat 2 album tersebut. Mungkin nak cuba juga Alice Cooper - Paranormal. Pun sedap juga.  Annihilator dan Europe pun nak keluar album baru kan? Kalau ada cadangan lain sila tulis di ruangan komen.


Ok berbalik pada Gods Of Violence, Kreator yang betul-betul saya dengar untuk kali terakhirnya adalah album Endorama (1999). Lama betul tu. Yang lain selepas dari itu sekadar gitu-gitu sahaja. Ada juga rasa yang menarik. Tapi taklah sampai rasa nak beli cdnya. Tapi ntah kenapa untuk Gods Of Violence rasa tergerak hati pula. Sejak pertama kali dengar preview di youtube terus rasa berkenan. Tambah pula bila baca review rakan-rakan yang lain.

Sebagai pencinta genre melodic thrash. Album segini sememangnya menusuk kalbu. Lagu-lagunya memang sedap. Gitar melodi dan harmoni di setiap lagu-lagunya memang melekat. Solo-solo yang membuatkan anda tersenyum.

Mungkin Kreator dah puas bereksperimen. Mereka telah kembali dengen genre yang mengenalkan mereka kepada dunia. Tak kisahlah jika ianya bukanlah sesuatu yang baru. Mereka band lama. Biarkanlah mereka bermain muzik yang sudah sinonim dengan nama mereka. Sekurang-kurang mereka adalah antara band lama yang cukup produktif. Tabik!




Saturday, April 8, 2017

Thrash 2016/2017




Ini semua adalah lebih baik dari "Hardwired... to Self-Destruct"...


P/s: sebenarnya 5 dari cd-cd ni baru jer beli...tu yang saje nak eksyen riak cdwi...haha...



Tuesday, November 1, 2016

Pleasure To Kill

30 tahun hari ini, 1hb November...



Kreator - Pleasure to Kill (1986)

1986 adalah antara tahun terbaik bagi genre muzik yang dikenali sebagai thrash. Banyak album-album terbaik dan berpengaruh lahir pada tahun tersebut. Salah satu darinya adalah Pleasure To Kill.

Mungkin ia bukannya terbaik dari mereka. Pada saya Extreme Aggression, Terrible Certainty dan kegemaran saya Coma Of Souls adalah lebih baik. Penciptaan lagu dan susunan muziknya jauh lebih bagus. Namun begitu tidak boleh dinafikan Pleasure to Kill tetap hebat. Pengaruhnya kepada genre death metal memang tidak boleh dinafikan.



Lagu-lagunya memang brutal. Ketukan drums dari Jürgen "Ventor" Reil memang laju dan padu. Mereka adalah jawapan Eropah kepada Slayer. Saya mendengarnya hampir sama waktunya dengan Reign in Blood. Di zaman remaja yang tag linenya laju itu bagus, Pleasure to Kill dengan sekelip mata menjadi pujaan.

Sama seperti Reign in Blood, ini adalah album yang akan sentiasa membuatkan saya berjiwa muda setiap kali mendengarnya. Jika muzik anda brutal dan laju ini mungkin album untuk anda.






Monday, March 28, 2016

Cause for Conflict

Lagi entri dari tahun lepas...yang menyambut ulang tahun ke 20 21..


Kreator - Cause for Conflict (1995)

Tahun 90an bolehlah dikatakan sebagai zaman kejatuhan muzik thrash. Dengan Death Metal mengungguli underground scene dan munculnya pula genre Black Metal, Thrash semakin hilang arah tujunya.

Band thrash seperti Kreator mula berevolusi. Kalau Renewal lebih mellow dengan industrial dan alternative metalnya , Cause for Conflict pula lebih aggressive, straight forward dan laju. Nampaknya mereka belum habis berevolusi. Kali ini pengaruh hardcore punk dan groove metal agak jelas kedengaran. Ada ketikanya macam Slayer pun iyer juga....ataupun mungkin juga Fear Factory. Vokal Miille memang agak berlainan dari dulunya.


Ada beberapa lagu yang menarik, "Prevail" contohnya. Sayangnya ia sebuah album yang tidak konsisten. Selain "Prevail", "Fear of the Future" dan "Men Without Gods", lagu-lagu lainnya agak susah nak melekat. Kedengaran hampir sama antara satu dan lainnya. Tiada solo gitar juga antara faktor yang menyebabkan saya kurang gemar dengan Kreator yang berwajah baru ni.

Namun begitu saya cukup tertarik dengan ketukan drum ahli baru mereka, Joey Cangelosi (Whiplash/Massacre). Memang padu. Jika anda sukakan Chaos AD dari Sepultura ataupun Divine Intervention dari Slayer, anda patut mencuba album ini.





Tuesday, May 4, 2010

Coma Of Souls

Pada tahun2 penghujung 80an dan awal 90an ada banyak album2 thrash yang aku dengar dan suka…salah satunya darinya adalah album ni…Coma Of Souls dari Kreator…



Aku start dengar Kreator masa album Extreme Aggression…tu jam aku tak beli pun...dengar member2 punya...kebetulan bila aku masuk ITM pada penghujung tahun 89…aku start kenal dengan member2 yang kaki thrash…masa aku tu aku lebih pada heavy metal ajer…dan baru nak mula berjinak2 dengar thrash terutama the big 4…tapi bila kat ITM…bercampur pulak dengan budak2 yang kaki underground scene…memang macam2 band thrash/death metal aku dengar…salah satu yang aku tertarik adalah Kreator …bila dorang rilis Coma Of Souls..tanpa banyak soal terus aku sambar kasetnya….

Hasilnya memang aku tak menyesal la…antara rilisan terbaik Kreator khususnya dan thrash metal amnya….memang aku suka album ni…antara kaset2 yang tak keluar2 dari walkman cap Philips aku dedulu…walaupun ada yang cakap dorang dah start slow down dengan album ni…tak laju macam album2 sebelumnya…tapi pada aku tetap best…album ni cukup perisa untuk sebuah thrash album yang bagus…ada part laju…ada part melodic…riff2 membunuh…solo yang dasat2…tambah pulak vocal Mille Petrozza yang pada tahap terbaik…memang best la…



Bagi aku track pertama sesuatu album memainkan peranan untuk mendapatkan mood mendengar sesuatu album sampai abis…kalau track pertama bosan…memang menggangu la nak dengar sampai abis…tapi track pertama album ni When The Sun Burns Red memang cukup teruja aku mendengarnya…best!..so dah boleh agak dah album ni mesti best…masuk pulak track no 2 Coma Of Souls dan no 3 People Of The Lie…pergh...memang best la…melodic thrash dengan riff2 dan solo Mille Petrozza yang membunuh…terbaek la..

Tapi lagu yang paling aku suka dari album ni dah tentu tentu la Terror Zone…catchy arr lagu ni…mula dengan slow melodic riff ..kemudian masuk mid-tempo. ..pastu thrashing riff…dual solo…aku suka arr…antara thrash anthem aku…sayang la masa Kreator datang Malaysia dulu tu aku dah malas dah nak gigs2 metal ni…kalau la dorang datang time2 zaman 90an…hmmm….



Tapi kan…kalau ikut versi kaset…side A memang semua lagu best la…tapi masuk Side B macam menurun sikit …(kalau cd track 6 – 10 )..mungkin ada sedikit filler kat sini…tapi lagu macam Agents Of Brutality, Material World Paranoia dan Hidden Dictator kira boleh layan la…

Rasanya inilah album Kreator yang paling aku suka selain Extreme Aggression…mungkin kerana aku lebih banyak dengar album ni berbanding album2 lain…sayangnya selepas album ni Kreator mula berexperimen dengan elemen2 industrial dalam album Renewal…membuatkan aku mula meninggalkan Kreator..



Tapi album2 terakhir dorang Violent Revolution, Enemy Of God dan Hordes Of Chaos nampaknya telah kembali ke pangkal jalan…thrash!…agak menarik jugak….tapi feel mendengar...terujanya...tak sama macam zaman aku muda remaja dulu la...dah tua kot...haha...tapi beberapa bulan lepas aku layan Endorama….album yang ada influence ghotic tu macam best pulak..dulu tak suka…sekarang macam ok pulak...biasa la kot...people change…hehe..