Monday, December 31, 2018

2019

Pejam celik dah habis dah 2018. Diam tak diam dah 10 tahun juga dah blog ni ujud. Orang pun dah tak baca blog dah....


Kepada yang masih setia...Terimakasih. Blog ni akan terus ujud selagi masih terdaya. Mungkin bukanlah sekerap dulu. Semangat dan masa semakin berkurangan....

Apa-apa pun semoga 2019 membawa lebih berkat. Selamat tahun baru kawan...


*gambar sekadar hiasan. Ada lagi rak yang akan dipasang bermakna ada lagi ruang kosong untuk di isi...😀

Wednesday, December 26, 2018

Forever In Time - Piring Hitam

Yang terkini di pasaran...


Cromok - Forever in Time - (piring hitam 2018)

Kali pertama di keluarkan dalam bentuk piring hitam.


Ni album lejen. Tak payah cerita panjang pun semua dah tahu.


Tak ada nak komplen pun pasal sound. Sememangnya keluaran piring hitam reissue kebelakangan ini makin bagus soundnya.


Lain-lain memang tak ada nak komplen. Semuanya perkara yang sama. Dah banyak kali dah cerita. Ada duit lebih... Beli. Tak ada... nak buat macamaner...



Saturday, December 22, 2018

Junction 1988 - 2018

Terkini di pasaran....


Junction - 30 Tahun Legasi Rock 3 Dekad 1988 - 2018 (EP 2018)

Karya terbaru dari Junction. Satu nama yang pernah popular dari zaman kegemilangan muzik rock tanahair.

Dibarisi oleh 3 anggota asal dari album Arah dan Penentuan. Hatta, Man dan Misman serta seorang anggota baru di posisi drum. Tak pasti mengapa Misman yang bermain bass dan kenapa Syed tak ada bersama.


Mengandugi 2 buah lagu. Lagu berat bertajuk "Lagenda Dongeng Purba". Macam pernah dengar susunan muziknya. Tapi tak boleh nak ingat. Tapi ianya ada sedikit pengaruh Iron Maiden.

Lagu kedua pula sebuah lagu perlahan. "Bisikan Ilusi". Intronya mengingatkan saya kepada lagu "Nobody's Fool". Feelnya sama. Tapi yang pasti, Hatta membuktikan yang vokalnya tetap hebat walaupun selepas 30 tahun.

Dua-dua lagu bagus. Sedap. Sound tip top. Kalau ada nak komplen pun cuma sikit sangat lagunya. Macam tak puas. Kalau tambah satu lagu mid tempo ala-ala "Menunggu Hadirmu". Mesti lagi meletop.


Tanpa arwah Amir, Junction masih bernyawa. Terima kasih kerana masih meneruskan legasi beliau. Semoga Junction terus sukses. Harap-harap ada lah album penuh nanti. Apa-apa pun ini memang comeback yang menarik.

Tabik!

Sila cari FB Hatta Junction ataupun Linda Hatta untuk pembelian.




Wednesday, December 19, 2018

Big Bad Wolf KL 2018 MIECC The Mines

Kebetulan berada di Kuala Lumpur minggu lepas. Sempat juga untuk berbig bad wolf.


Masa terhad. Memang terus menuju ke bahagian muzik. Sayangnya bahagian muzik kali ini agak kurang menarik. Adalah juga beberapa buah buku yang berkenan.


Jumlah kemusnahan = RM44.00. Yang masih bersampul plastik tu ntah bila agaknya nak bukak. Yang sedia ada dalam gerobok pun masih ada yang belum berbukak...kahhhhh...




Friday, December 14, 2018

Death - Discography

Lagi posting berkenaan discography. Kali ini sempena 17 tahun pemergian Chuck Schuldiner.


Death adalah antara band terawal genre death metal yang saya dengar. Ketika itu (sekitar tahun 1990), semua pun dipanggil thrash. Bertambah minat dengan mereka apabila mereka menjadi semakin teknikal.


Namun begitu saya tidak pernah memiliki kaset mereka. Masalah kekangan kewangan seorang pelajar. Semua pun pinjam kawan

Tetapi bila dah tua-tua ni, ada rezeki lebih perlahan-lahan mula mengumpul. Akhirnya berjaya juga memiliki kesemua album studio mereka.


Chuck Schuldiner ( May 13, 1967 - Dec, 13 2001)

Terimakasih Chuck kerana muzik anda menjadi peneman dan soundtrack kehidupan remaja saya.




Thursday, December 6, 2018

Doa



XPDC - Doa (2018)

Malas rasanya nak sentuh pasal siapa yang berhak guna nama XPDC. Dah hak nama tu Life Records yang pegang. Nak buat macamana. Kalau dia nak bagi Aiman Tino guna pun siapa yang boleh larang...kahhhhhh..

Pengasas macam Max Cavalera dan Mike Portnoy pun tak dapat nak guna nama band yang mereka asas. Ni dah dapat guna ni buatlah kerja. Mana-mana pun janji bagus akan tetap ada peminat yang sokong.


Ok berbalik kepada cd Doa. Hampir 2 minggu juga mendalami cd ini. Kali pertama dengar dah memang terus boleh suka lagu-lagu beratnya. Maklumlah, bunyi Metallica. Tetapi yang paling utama, ianya masih berbunyi XPDC. Recycle atau tidak, memang inilah trademark XPDC. Izo telah memilih jalan yang betul. Bayangkan kalau Izo berexperimen atau berevolusi dengan genre yang lain. Memang sah-sah ianya akan di chop sebagai XPDC celop. 😁

Lagu beratnya memang lebih Metallica dari Metallica.  "Akhlak" dan "Adu Domba" pasti akan membuatkan peminat zaman Brutal gembira. Lagu “Akhir Zaman” ada sedikit pengaruh Pantera. Manakala “Silaturahim” seperti membawa kita kembali ke zaman Samurai.


Lagu-lagu mid-tempo seperti "Rahmah" dan "Kata Pepatah" juga bagus. Tak kisahlah jikanya ada bahagian yang copy paste. Yang penting sedap. Begitu juga lagu- lagu perlahannya, "Cinta Abadi", "Doa" dan "Ranum". Dengar banyak kali makin sedap. Melodic. Cumanya saya agak kurang gemar dengan “Sentosa”. Sekali “Apa Nak Di Kata” pada saya sudah cukup. 2 kali jadi bosan.

Kesimpulannya semua cukup. Semuanya ok. Satu dua lagu filler tidak menganggu perjalanan album. Izo telah membuktikan tanpa Arwah JS Kevin, beliau berjaya mengalas tugas komposer dengan baik. Lirik juga penuh bermesej ketuhanan dan kemanusian. Tabik!

Yang jadi masaalahnya jika anda adalah peminat hardcore vokal Mael. Sedap tak sedap dah bukan jadi ukuran. Kalau Samurai dan V6 pun anda tak boleh nak terima. Apatah lagi yang ini. Haters gonna hate!


Tunggu versi Mael pula. Harap-harap ada lah nanti di jual kepada peminat yang tak pre order seperti saya. Tak mahu tshirt, tak mahu tiket konsert juga. Yang saya mahu hanya cdnya.

Dengan harga yang sebegitu. Harapnya ia berbaloi. Izo telah meletakkan aras tanda yang tinggi. Terpulang pada team Mael untuk mengatasinya.


*untuk rekod...jangan nak kata bias ker apa...kalau mengikuti blog ini dari awal tentu tahu yang pemilik blog ini adalah peminat vokal Mael...



Tuesday, December 4, 2018

cd 2018 - versi tempatan Pt 3

Lagi cd-cd tempatan yang terkini dalam simpanan.

Kalau rajin ada la ceritanya nanti...


Exothermix - Reaction / V - Sumpahan Pendekar / 
Nosferiel - Blood Raven Dominia / XPDC - Doa


Support Local !... thrash metal, heavy/speed metal, black/death metal, mainstream metal...semua metal pun ada...