Showing posts with label Flotsam & Jetsam. Show all posts
Showing posts with label Flotsam & Jetsam. Show all posts

Tuesday, May 19, 2026

Monday, April 28, 2025

I Am the Weapon

Album dari tahun lepas...

Flotsam and Jetsam - I Am the Weapon (2024)

Mereka sebuah band yang bagus. Tetapi sayangnya mereka akan sentiasa diingati sebagai band awal kepada Jason Newstead.

Album terbaru ini sekali lagi membuktikan yang mereka sememangnya bagus. Walaupun adakalanya muzik mereka berada di sempadan heavy metal dengan sound yang lebih moden tetapi secara dasarnya mereka masih sebuah band thrash.

Antara album pilihan untuk 2024. Dan bagi saya Eric A.K adalah vokalis thrash terbaik selain dari Joey Belladonna. Best!


Tuesday, May 23, 2023

No Place for Disgrace

Yang menyambut ulangtahun ke 35 pada 20hb Mei yang lalu...

Flotsam and Jetsam - No Place for Disgrace (1988)

Ini adalah album pertama mereka selepas Jason Newsted. Walaupun mereka ditinggalkan, tetapi sekurang-kurangnya mereka mendapat juga sedikit tempias populariti secara mainstream sebagai band awal Jason Newsted.

Tetapi bagi peminat thrash sejati, mereka sememangnya telah dikenali. Album pertama mereka bersama Jason Newsted, Doomsday for the Deceiver (1986) sering tersenarai sebagai salah satu album klasik thrash terbaik sepanjang zaman.

No Place for Disgrace pula membuktikan yang mereka masih boleh terus hidup walaupun tanpa Jason. Malah ada yang berangapan yang No Place For Disgrace adalah jauh lebih baik dari Doomsday for the Deceiver. Saya adalah salah seorang yang bersetuju dengan kenyataan ini. 

Mungkin mereka tak sekaya Jason. Tetapi sekurang-kurangnya nama Flotsam and Jetsam akan tetap diingati. Ini adalah antara album yang wajib dengar jika anda adalah pengemar thrash. Semua lagu sedap termasuk lagu cover yang tak dijangka,  "Elton John - Saturday Night's Alright (For Fighting)".


Thursday, October 20, 2022

Cuatro

 Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 13hb Oct yang lalu...

Flotsam and Jetsam - Cuatro (1992)

Antara album yang dulunya teringin nak dengar tetapi tak berpeluang. Ianya samada kasetnya tak di jual sini / ada jual tetapi terpaksa memilih yang lain (tak berduit) / tiada rakan yang ada untuk dipinjam. Tak ingat yang mana satu. 

Hanya mula mendengar setelah berjaya memiliki cdnya melalui satu lagi acara "panic buying" ketika berlangsungnya PKP pada 2 tahun yang lalu. 😁

Kali terakhir mendengar muzik mereka adalah dari album "Doomsday For The Deceiver (1986)". Sebuah album yang dikenali kerana Jason Newstead berbanding dari lagu-lagu album itu sendiri. Tetapi untuk album kali ini muziknya agak berbeza. Bukan kerana faktor Jason, tetapi ianya lebih kepada keadaan semasa pada ketika itu. Seperti yang sedia maklum, awal 90an majoriti band-band thrash telah berubah. "Black Album - Metallica" sering menjadi penanda aras.

Ianya masih thrash. Tetapi tiada lagi lagu yang laju. Majoritinya lebih kepada mid tempo dengan sound dan riff yang lebih bersih dan lembut. Satu kekuatan yang ada pada Flotsam and Jetsam pada saya adalah vokalis, Eric A.K. Beliau sememangnya antara vokalis terbaik, bukan sahaja untuk genre thrash tetapi untuk genre metal secara umumnya.

Sesuai untuk penggemarkan thrash yang lebih ringan. Tetapi jika anda dari thrash sekolah lama, cukuplah sekadar mendengar 2 album awal dari mereka.





Tuesday, December 26, 2017

Bukan dari The Big Four

Bila malas dan tiada idea untuk menulis, maka akan keluarlah entri-entri riak cdwi.. 😀

10 album terbaik thrash yang bukan dari Metallica, Megadeth, Slayer dan Anthrax mengikut loudwire.com. Seperti biasanya lain orang akan lain pendapatnya.


10 - Overkill - The Years of Decay (1989)
9 - Annihilator - Alice in Hell (1989)


8 - Death Angel - Frolic Through the Park (1988)
7 - Suicidal Tendencies - Lights, Camera, Revolution (1990)


6 - Flotsam & Jetsam - Doomsday for the Deceiver (1986)
5 - Dark Angel - Time Does Not Heal (1991)


4 - Nuclear Assault - Handle with Care (1989)
3 - Kreator - Extreme Aggression (1989)


2 - Exodus - Bonded by Blood (1985)
1- Testamant - The Legacy (1987)

Semua ni sebenarnya berpuluh tahun kumpul. Membeli apa yang suka. Tak kisahlah versi apa. Yang penting janji ada. Kadang-kadang bila buat entri macam ni baru perasan apa yang kita tak ada. Extreme Aggression pun hanya setakat versi NSR rupa-rupanya. Tapi yang pastinya Frolic Through the Park adalah misi ebay saya yang seterusnya.






Friday, July 29, 2016

Doomsday For The Deceiver

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 4hb Julai yang lalu...



Flotsam and Jetsam ~ Doomsday For The Deceiver (1986)

Album sebegini adalah kenapa saya sukakan muzik thrash. This is my cup of tea.

Kali pertama tau pasal Flotsam and Jetsam bukan kerana ini band awal Jason Newstead tetapi dari majalah Gila-Gila. Hasil dari lukisan kartunis Cik Li yang terkenal dengan kartun Manjalong. Banyak dia selit logo-logo band thrash dalam kartun dia. Tapi mendengarnya sememangnya selepas zaman Jason Newstead masuk Metallica.

Bagi saya ini adalah antara "debut" album thrash/speed metal terbaik. Mereka lebih kepada melodic thrash/speed metal dengan twin guitar solo dan harmonic solo ala-ala Iron Maiden. 2 gitaris mereka, Michael Gilbert dan Edward Carlson memang bagus. Vokalis mereka, Erik A.K jua mempunyai vokal hight pitch yang hebat. Lagu-lagunya pun sedap dan permainan muziknya kemas. Tetapi sayangnya, mereka akan selamanya hanya dikenali sebagai band awal Jason Newstead.


Nak buat macamana. Bila sebut pasal pasal Flotsam & Jetsam,kita tak boleh nak lari dari bercerita perihal Jason Newstead. Dia sememangnya watak penting dalam Flotsam And Jetsam. Selain mencipta lagu dan lirik beliau juga adalah jurucakap mereka. Tetapi yang lebih utamanya dengarkan petikan bass beliau contohnya dalam lagu "Hammerhead" ataupun solo bass beliau dalam lagu "Metalshock". Mungkin ini sebabnya kenapa beliau dipilih oleh James dan Lar. Tetapi sayangnya bakat beliau disekat ketika bersama Metallica.

Antara lagu kegemaran adalah 2 lagu epic panjang "Doomsday For The Deceiver" - 9 minit lebih dan "Metalshock" - 8 minit lebih. Selain itu Hammerhead, Iron Tears, She Took An Axe, Der Fuhrer dan instrumental Flotzilla adalah kenapa anda patut dengar album ini jika anda peminat thrash atau speed metal.

Terbaik!!!