Monday, September 24, 2018

Kedai Cd




Dapat gambar ni dari group whatsapp. Ianya mengimbau kenangan zaman kegemilangan kedai cd pada tahun-tahun 90an terutamanya Tower Records di KL Plaza.

Besar giler kan Tower Records dulu. Siap ada rak untuk thrash, bilik untuk klasikal muzik. Hmmm...memang heaven la...Berejam duduk dalam tu pun tak kisah. Sekarang semua tinggal kenangan. Generasi sekarang tak akan dapat merasa dah benda-benda macam ni lagi.

Kalau lah ada DeLorean....





Tuesday, September 18, 2018

Armor Of Light

Yang terkini di pasaran...


Riot V - Armor of Light (2018)

Ingatkan tanpa Mark Reale, Riot juga akan berkubur bersama beliau. Tetapi ternyata tidak. Baki anggota yang tinggal masih terus gagah meneruskan legasi Riot. Dengan menambah huruf V dibelakang (menghormati permintaan bapa Mark Reale yang mahu nama Riot disemadikan), mereka terus melangkah dengan album terbaru yang kedua selepas kematian beliau.

Adakah ianya masih Riot? Bagi saya secara muzikalnya iya. Walaupun hanya tinggal Don Van Stavern satu-satunya anggota lama. Tetapi tak kisah lah kerana mereka masih dapat menghasilkan bunyi dan feel Riot yang lama terutamanya era kegemilangan mereka dengan album Thudersteel (1988).


"Messiah" contohnya, mirip lagu-lagu dari album Thundersteel. Suara vokalis barunya juga seakan-akan suara Tony Moore. Majoriti lagunya memang sedap. Produksi tip-top. Walaupun tiada lagi kerja gitar dari Mark Reale, tetapi yang mengantinya memang bagus.

Album seperti ini sememangnya patut menjadi rujukan kepada band-band baru bagaimana sepatutnya muzik power metal dihasilkan.

Walaupun bukan sempurna...tetapi ianya memang baik!.





Thursday, September 13, 2018

Prequelle

Antara cd yang menarik untuk tahun ini...


Ghost - Prequelle (2018)

Sedap. Tu jer kot nak cakap pasal album ni. Tak kisahlah kalau ianya dah terlebih pop berbanding album-album yang lalu. Terlebih Depeche Mode atau Pet Shop Boys juga. Pengaruh rock 80an nya juga memang kuat. Melodinya memang catchy. Sekali dengar dah menangkap kat kepala.


Produksi bersih. Sound mantap. Kemas. Kisah apa kalau ianya kurang metal. Semestinya salah satu album terbaik untuk 2018. Period!


*best betul dorang cover It's A Sin (Pet Shop Boys)...walaupun Gamma Ray punya versi lebih metal...tapi yang ni lebih Pet Shop Boys dari Pet Shop Boys...haha..



Monday, September 10, 2018

Cd 2018 pt 3

Lagi cd terkini yang sempat di sambar...


Lizzy Borden - My Midnight Things / TNT - XIII / Ghost -Prequelle / Dee Snider - For the Love of Metal


3 darinya adalah apa yang digemari sejak dari zaman remaja manakala yang satu lagi adalah antara band terkini yang berjaya memikat hati.



Saturday, September 8, 2018

Sudah Sampai Sini : Bandar Ho Chi Minh, Vietnam Bahagian 2

Lagi cerita kat Vietnam...


Satu yang tak sangka boleh jumpa masjid kat kat tengah-tengah Bandar Ho Chi Minh. Betul-betul bersebelahan dengan Hotel Sheraton. Kalau ikut maklumat google, nama asalnya adalah Masjid Al-Jami’a Al-Muslimin atau Dong Du Mosque atau juga dikenali sebagai Saigon Central Mosque. Khabarnya ada 12 buah masjid kat Ho Chin Minh. Kira banyak jugak la tu.


Kalau tengok tarikh yang tertulis seperti gambar di atas ianya dibina pada tahun 1935. Lama dah tu. Sebelum zaman perang Vietnam. Khabarnya dibina oleh pendatang dari Selatan India yang bermastautin di situ. Maknanya lama dah Vietnam ni ada orang Islam.


Masjid lama. Senibinanya pun lama. Cara ambil wudhu pun masih guna cara yang lama. Guna air kolam. Dah tak banyak jumpa Masjid kat Malaysia yang masih guna cara macam ni.


Waktu subuh kat sini awal giler. Bangun pukul 6 memang subuh gajah la jawapnya. Matahari dah naik dah.


Sebelah masid ada pejabat dan madrasah. Tak pasti samada ini tempat tinggal atau asramanya. Lupa pula apa nama madrasahnya.


Masjinya tak lah besar mana. Susun atur dalamnya pun lebih kurang jer macam masjid-masjid kat Malaysia.


Kebetulan terserempak pula dengan sekumpulan anak-anak perempaun sedang belajar agama. Alhamdulillah. Moga Islam terpelihara dan terus berkembang di sana. Amin.



Wednesday, September 5, 2018

Cold Lake

Yang dah genap 30 tahun pada 1hb September yang lalu...

Celtic Frost - Cold Lake (1988)

Bukan sahaja tidak digemari oleh majoriti peminat, malah Tom G. Warrior sendiri seolah-olah mahu memadamkannya terus dari discography mereka. Satu-satunya album mereka yang tidak pernah diterbitkan semula.


Ia sememangnya jauh berbeza dari konsep Celtic Frost yang asal. Muziknya lebih komersial dan pop. Ramai yang mengangapnya sebagai glam. Tetapi bagi saya ianya adalah sebuah album yang sering di salah anggap. Bukanlah glam seperti Poison. Imej dan lirik mereka mungkin. Tetapi lagu-lagunya bagi saya lebih kepada hard rock ala Judas Priest di zaman komersial mereka. Masih ada bau-bauan Celtic Frostnya sebenarnya.


Bagi saya yang tidak berkira sangat perihal genre metal, janji sedap dan boleh masuk kepala. Album ini boleh tahan sedap. Lagu-lagunya catchy. Lagu pilihan sudah semestinya Cherry Orchards. Rasanya kalau album ini bukan dikeluarkan atas nama Celtic Frost, mungkin sebagai album solo Tom G. Warrior contohnya. Mungkin ia akan lebih diterima.

Bukan ekstrem...tapi boleh tahan...



Sunday, September 2, 2018

The Keeper Of The Seven Keys Pt 2

yang dah 30 tahun pada 29hb Ogos yang lalu...


Helloween - The Keeper Of The Seven Keys Pt 2 (1988)

Sebuah lagi album yang membuatkan rasa diri ini dah tua...haha...

30 tahun dah rupa-rupanya. Rasa macam baru semalam. Cepat betul masa berlalu. Masih tak rasa jemu-jemu mendengarnya. Antara album yang masih dimainkan cdnya sehingga kini. Dari zaman muda remaja hingga dah nak jejak umur boleh keluar KWSP...hahaha...

Rasanya tak perlu kot nak ulas pasalnya. Ini memang album lagenda. Pernah menulis pasalnya 9 tahun yang lalu. Zaman tengah bersemangat menulis blog. Nak baca klik >SINI<


Memang banyak kenangannya. Terutamanya ketika zaman menuntut di ITM Caw Segamat. Antara kaset kesayanagan. Memang pantang nak bagi orang pinjam. Antara yang sering berputar dalam walkman untuk peneman study. Inlaynya pun dah naik lunyai.

T-shirt dengan gambar cover album ini pula adalah tshirt band rock pertama yang di beli di Rock Station, Komtar, JB. Ianya juga jadi penyebab bermulanya t-shirt tidak berkolar tidak dibenarkan untuk dipakai di ITM Segamat. Terserempak dengan pengetua ITM ketika menuggu bas untuk keluar ke bandar. Beliau dengan muka nak marah berkata "Baju apa ni?". Esoknya satu surat pekeliling dikeluarkan yang semua pelajar tidak dibenarkan lagi untuk memakai tshirt tidak berkolar jika hendak keluar bandar...hahaha...kalau zaman sekarang pun masih ramai yang memandang serong bila kita memakai tshirt rock hantu...apatah lagi 30 tahun yang lalu...hmmm. 😁


Tetapi yang paling best sudah semestinya dapat menyaksikan mereka secara langsung pada bulan April yang lalu. Memang tak sangka lah dapat tengok dan dengar lagu Dr Stein, March Of Time, Eagle Fly Free, Keeper Of The Seven Keys dan I Want Out di mainkan secara langsung di depan mata. Tak kisah lah walaupun dah botak dan berperut buncit. Kita yang dulu-dulu remaja pun dah tua...apatah lagi mereka...