Remembering my youth - 42nd anniversary
Metallica - Ride the Lightning (27/07/1984)
It's my favourite album from them. Period!
Remembering my youth - 42nd anniversary
Metallica - Ride the Lightning (27/07/1984)
It's my favourite album from them. Period!
Album live yang menyambut ulangtahun yang ke 40 semalam, (12hb November) ...
Duran Duran - Arena (1984)
Ini bukan cerita tentang album ini semata-mata, tetapi lebih kepada kenangan tentangnya.
Dulu, ada dokumentari (Sing Blue Silver) mengenai Duran Duran yang ditayangkan di TV3 bersempena sambutan tahun baru 1985. Memang teringin sangat nak menontonnya, tetapi sayangnya waktu itu, siaran TV3 hanya boleh ditonton oleh penduduk di Lembah Klang.
Gambar kulit album ini digunakan sebagai gambar promosi rancangan tersebut. Setiap hari terpampang di surat khabar sehinggalah menjelang tahun baru. Ia dijadikan sebagai kiraan waktu (countdown) menuju tahun baru. Memang kecewa tak dapat menontonnya, maklumlah ketika itu sedang kemaruk dengan Duran Duran.
Tetapi sebenarnya pada masa itu, album live ini pun belum pernah didengar. Tidak jumpa dijual di kedai kaset. Namun, dokumentari Sing Blue Silver ada juga dijual dalam bentuk VHS. Tetapi tidak dibeli pun kerana selepas dari itu, telah mula pula kemaruk dengan rock/heavy metal, dan mula membeli album-album lain.
Dokumentari tersebut hanya dapat ditonton apabila tiba zaman YouTube. Sementara rekod dan CD ini pula hanya dibeli beberapa tahun yang lalu, sekadar untuk mengimbau kenangan silam.
*ayat diolah oleh chatgpt 😁
Hari ini, 5hb November adalah hari ulangtahunnya yang ke 40.
Bryan Adams - Reckless (1984)
All time favourite. Kalau ada satu album kena pilih bila terperangkap di pulau, ini adalah albumnya.
Yang menyambut ulangtahun ke 40 semalam (27hb September)...
Alphaville - Forever Young (1984)
Sebelum terjebak dengan seragam hitam, muzik yang saya dengar adalah muzik Top 40 dari radio berbahasa Inggeris (Radio One Singapura).
Big in Japan dari Alphaville adalah antara lagu yang cukup popular pada ketika itu. Rentak new wave atau synth pop sebegini sememangnya mendominasi carta pop pada ketika itu. Satu lagi lagu yang sering dimainkan di radio adalah Sounds Like A Melody.
Tetapi lagu yang benar- benar buat saya jatuh hati adalah "Forever Young". Sebuah balada pop yang sangat catchy. Liriknya mengembalikan saya ke usia 14 tahun. Siapalah yang tak mahu muda selamanya.
Ianya sebuah lagi lagu kegemaran sepanjang zaman. Dan saya tidak keseorangan. Setiap kali radio Singapura membuat undian lagu paling popular era 80an pastinya Forever Young akan sentiasa berada di kedudukan paling atas.
Yang menyambut ulangtahun ke 40 pada 3hb September yang lalu...
Iron Maiden - Powerslave (1984)
Asalnya malas nak menulis tentang Powerslave. Dah beberapa kali pun menulis tentangnya. Kali terakhir 5 tahun yang lalu. Tetapi memandangkan ianya angka cantik 40. Rasa terpanggil juga untuk menulis.
Ianya ada nilai sentimental yang tinggi. Walaupun pengenalan nama Iron Maiden kepada saya adalah dari album Killers (sekitar tahun 1982 - 1983) tetapi "2 Minutes to Midnight" adalah lagu Iron Maiden pertama saya. Mendengarnya pada sekitar tahun 1985.
Ianya menjadi pembuka jalan untuk saya bukan sahaja meminati Iron Maiden malah menjadi peminat genre heavy metal secara keseluruhannya.
Ada ketiga-tiga format dalam simpanan. Sayangnya kaset asal cap "apache" yang dibeli pada sekitar tahun 1987 dah hilang...
Yang menyambut ulangtahun ke 40 pada 7hb September yang lalu...
Mercyful Fate - Don't Break the Oath (1984)
Cepat betul masa berlalu. Sekejap dah 40 tahun. Ini adalah antara cd terawal yang dibeli ketika kenal e-bay.
Mercyful Fate pertama saya adalah Melissa dan kemudiannya melompat ke album-album King Diamond. Biasalah...tiada sumber untuk dibeli atau dipinjam. Tahun 80an keadaannya bukannya seperti sekarang.
Hanya mula berpeluang mendengarnya secara betul pada awal 90an. Ada seorang sahabat di IPT yang "die hard" King Diamond/Mercyful Fate meminjamkannya. Masa tu dah lebih dewasa, makanya tak ada lah perasan takut seperti kali pertama mendengar album Melissa.
Ini sememangnya salah satu album terpenting untuk heavy metal. Selain vokal KD, riff dan solo solonya yang teknikal tetapi melodic sememangnya banyak membantu. Rekomended kepada sesiapa yang belum pernah dengar.
Tetapi yang pastinya setiap kali nak bermesyuarat, pastinya terngiang-ngiang lagu "A Dangerous Meeting" dan tersengeh-sengeh sendiri...😁
Yang menyambut ulang tahun ke 40...
Dennis DeYoung - Desert Moon (1984)
"Desert Moon" dari Dennis DeYoung adalah lagu yang mengembalikan memori saya ke zaman budak-budak. Ketika itu muzik yang didengar oleh abang adalah apa yang saya sebagai adik terpaksa dengar. Maklumlah berkongsi bilik.
Selain lagu-lagu new wave yang sedang popular pada ketika itu, beliau juga mempengaruhi saya untuk mendengar lagu-lagu rock AOR yang beliau minat. Dan Styx adalah salah satu darinya. Dari situlah pengenalan saya kepada Dennis DeYoung.
"Desert Moon" adalah album solo pertama penyanyi Styx, Dennis DeYoung. Dan lagu yang menjadi tajuk album tersebut menjadi lagu "one hit wonder" kepada beliau. Melodinya yang mudah menangkap menyebabkan ianya adalah antara lagu kegemaran sepanjang zaman untuk saya.
Cd ini dibeli semata-mata kerana lagu tersebut. Kurang berminat dengan lagu-lagu lainnya. Hasil kerja beliau bersama Styx lebih menarik.
Sempena ulang tahunnya yang ke 40 hari ini (05/03)
Yngwie Malmsteen - Rising Force (1984)
Entah berapa ramai agaknya anak muda era 80an yang bercita-cita menjadi gitar hero setelah terpengaruh mendengar album ini. (termasuklah yang menulis ni 😁)
Hate him or love him... there is only one Malmsteen!
Yang menyambut ulangtahun ke 40 pada 21hb Januari yang lalu...
Bon Jovi - Bon Jovi (1984)
Sebenarnya ini adalah kali ketiga menulis tentang album ini. Kali pertama pada tahun 2009>SINI< dan keduanya 10 tahun yang (ulangtahun yang ke 30) >SINI<.
Tidak apa lagi yang nak diceritakan. Semuanya boleh dibaca pada 2 entri tersebut. Cuma yang berbezanya dalam tempoh 10 tahun tersebut album ini telah berjaya saya "gila format' kan. Cuma susunannya terbalik. Biasanya dari kaset beranak ke cd dan lp...tetapi kali ini dari cd menjadi lp dan akhir sekali kaset.
Sesuatu yang menarik menarik tentang album-album awal Bon Jovi adalah kerja gitar Richie Sambora. Ini adalah zamannya yang lagu-lagu Bon Jovi masih menonjolkan beliau sebagai seorang shredder.
Yang dah 40 tahun pada 6hb Januari yang lalu...
220 Volt - Power Games (1984)
220 Volt adalah senegara dan seangakatan dengan Europe. Tetapi sayangnya mereka tidak mencapai tahap populariti seperti Europe.
Mereka bolehlah dikatakan sebagai salah satu band awal dalam pergerakan muzik heavy metal dari Sweden bersama Heavy Load, Torch, Overdrive, Axenwitch, Glory Bells, Europe dan beberapa nama lain.
Seperti kebanyakan band-band heavy metal pada ketika itu (awal 80an sehingga pertengahan 80an), muzik mereka sememangnya melodic dan disertakan dengan rif-rif berat dan chorus yang sangat "catchy". Saya sememangnya sukakan sound euro-metal yang sebegini. Tetapi kebanyakan dari mereka berubah menjadi lebih pop pada penghujung 80an.
Saya mengenali nama mereka dari majalah Metal Hammer. Artikel tentang konsert mereka dengan ulasan yang baik menyebabkan rasa teringin nak dengar. Malangnya album mereka tidak pernah ada di jual di Malaysia.
Power Games bolehlah dikatakan kesemua lagunya sedap. Mereka sepatutnya berhak menjadi lebih besar. Jika anda sukakan album-album Europe yang awal, sudah sepatutnya juga akan sukakan album ini.
Best!.
Sempena ulang tahunnya yang ke 40 pada 9hb Januari yang lalu...
Malas lah nak menulis...tampal sahajalah dari Facebook. Satu cakap melayu satu lagi konon-konon speaking London.
Van Halen - MCMLXXXIV (1984)
Yang menyambut ulang tahun ke 40 pada 04hb Januari yang lalu....
Judas Priest - Defenders of the Faith (1984)
Sekejap dah 40 tahun. Entah bila masa pun tak sedar. Defenders of the Faith kenangannya adalah The Sentinel. Ianya adalah antara lagu terawal Judas Priest yang di dengar. Seronok betul kalau dengar menggunakan head/ear phone. Solo gitar KK/Glenn berselang seli di telinga kiri dan kanan. The Sentinel ni sampai sekarang pun masih tak jemu dengar. Ianya antara lagu kegemaran sepanjang zaman.
10 tahun lepas ada buat entri sempena ulang tahun ke 30 >SINI<. Dari segi rasa tiada yang berbeza. Lagu-lagunya memang tak lapuk dek zaman. Yang berbeza cuma dari segi fizikal. Dari sekeping cd dah beranak ke sekeping piring...hahaha...
Semua lagu sedap. Rekomended untuk yang baru nak belajar dengar Judas Priest.
Yang menyambut ulangtahun ke 38 pada 12hb Nov yang lalu...
Duran Duran - Arena (1984)
Berita tentang Duran Duran telah diterima masuk ke dalam Rock N Roll Hall of Fame 2022 telah menyebabkan rasa terpanggil untuk mendengar album ini semula.
Apa yang saya ingat tentang album ini adalah video konsertnya ada ditayangkan di TV3. Sayangnya di waktu itu siaran TV3 hanya boleh ditonton di kawasan Lembah Kelang. Kalau tak silap ianya adalah salah satu rancangan untuk tahun baru 1985.
Bayangkan betapa frustnya perasaan pada ketika itu. Dah lah iklan tentangnya hari-hari disiarkan di surat khabar secara "countdown" selama seminggu. Iklan tersebut yang meletakkan gambar dari cover album ini pernah saya gunting dan simpan di dalam scrapbook.
Ini adalah zaman saya sedang kemaruk dengan mereka. Tetapi album ini tak pernah pun saya dengar. Ketika itu adalah zaman belum berapa pandai untuk membeli kaset sendiri dan masih mengharapkan apa yang abang kandung beli.
Kemudiannya album ini terus saya lupakan apabila saya mula jatuh minat dengan muzik rock dan heavy metal menjelang penghujung tahun 1985. Dan saya hanya betul-betul mendengarnya apabila memiliki cdnya di zaman pandai e-bay (2010an).
# Entri ini juga adalah satu tribute kepada pemain gitar mereka, Andy Taylor yang disahkan mengidap kanser dan tidak dapat bersama ketika majlis Rock n Roll Hall of Fame. Beliau adalah gitar hero saya yang pertama. Semoga beliau cepat sembuh.....
Merujuk kepada entri >SINI<
Savatage - Sirens & The Dungeons Are Calling (2021 - 180g Extensive Liner Notes Mastered for Vinyl)
Seperti yang diceritakan sebelum ini, kedua-dua lp reissue ini telah pun selamat sampai pada awal bulan September yang lalu.
Tak perlu cerita pasal album dan lagu-lagunya. Yang selalu masuk ke sini pasti tahu yang saya adalah peminat kipas susah nak mati Savatage. Hari ini cuma nak berkongsi sekeping dua gambar.
Tetapi yang pastinya saya cukup berpuashati dengan keluaran semula ini. Dari segi packaging, sound semuanya memang tip-top. Tak sabar menunggu keluaran reissue album-album yang seterusnya....
*next - Power Of The Night (05/11/2021)
#hatigembirapoketmenangis
Salah satu band kegemaran...
Savatage - Sirens & The Dungeons Are Calling (remastered 2010 version)
Sirens dan The Dungeons Are Calling sebenarnya adalah lagu-lagu yang sepatutnya dimuatkan ke dalam album pertama Savatage. Tetapi disebabkan pada ketika itu (1983 - tahun yang album masih dikeluarkan dalam bentuk piring hitam) tak muat untuk di letakkan dalam sekeping pirang hitam, maka ianya dipecahkan kepada dua, Sirens (LP) dan The Dungeons Are Calling (EP) yang jaraknya lebih kurang setahun.
Saya tidak mempunyai apa2 versi fizikal untuk kedua-dua tajuk tersebut. Tetapi saya ada versi remastered tahun 2010 yang mana kedua-duanya digabungkan dalam satu cd dengan gambar cover yang baru. Seperti apa yang dikatakan oleh Jon Oliva di dalam inlay cd, rakaman untuk kedua-duanya adalah dari satu seisi rakaman yang sama. Ini adalah kali pertama ianya digabungkan dalam satu album seperti apa yang sepatutnya.
Agak sukar untuk mendapatkan versi asal kaset, cd mahupun lp untuk kedua-duanya. Kalau terjumpa di ebay atau discog pun harganya memang harga kayangan. Tetapi baru-baru ini atas permintaan ramai, mereka telah bersetuju untuk mengeluarkan semula kesemua album studio mereka dalam bentuk piring hitam. Bermula dari 20hb Ogos, Sirens dan The Dungeons Are Calling akan dikeluarkan serentak dan kemudiannya akan diikuti kesemuanya sehingga ke album terakhir, Poets and Madmen (2001).
Ianya memang berita gembira untuk kipas susah nak mati mereka seperti saya.... peluang yang tak boleh nak dilepaskan... tapi itulah....dengan album baru Iron Maiden lagi...iskhh...hati gembira poket menangis...
Oh Nombor...ooo...oooo... (antara kenangan ketika mula-mula terjebak dengan muzik rock...)
Earthshaker - Midnight Flight (1984)
Album ini lebih dikenali kerana lagu T-O-K-Y-O. Lagu yang kumpulan Search sadur menjadi "Nombor" (di petik dari album pertama mereka "Cinta Buatan Malaysia -1985").
Saya tak ingat dan mungkin tak pernah tengok album ini dalam bentuk kaset. Ketika itu adalah zaman kaset-kaset cetak rompak bermaharajalela, jenama Apache terutamanya. Yang pernah saya tengok adalah album pertama mereka, Eartshaker (1983) dan yang kedua Fugitive (1984). Tetapi yang agak popular pada ketika adalah EP mereka yang bertajuk "T-O-K-Y-O (1984)". Ianya juga adalah dari jenama Apache. Antara kaset yang sering bertukar tangan (pinjam meminjam) di antara rakan sekolah kerana semuanya nak dengar versi asal lagu "Nombor". Yang lawaknya majoriti dari mereka hanya mendengar lagu "T-O-K-Y-O" dan tidak yang lainnya kerana lagu-lagunya berbahasa Jepun. Tak paham.
Kalau tak silap versi kaset apache ada lagu-lagu tambahan yang tak ada dalam versi EP yang asal. Tak ingat sangat dan dah tak ada pun kasetnya. Kalau tak silap ada lagu slow "I Feel All Sadness". Kerana lagu itu adalah antara yang sering dinyanyikan oleh seorang rakan sekelas.
Tak pernah ada versi cd Midnight Flight ni. Piring hitam ini di beli beberapa tahun yang lalu ketika mula-mula terjebak dengan piring hitam. Selain T-O-K-Y-O, ada banyak lagi lagu-lagunya yang sedap. Kesemua lagu-lagunya memang sangat melodic. Memang sesuai benar dengan selera orang Malaysia. Memang tak hairan lah kenapa mereka dan band-band Jepun lain seperti Loudness dan Anthem menjadi rujukan kepada band-band rock Malaysia pada zaman tesebut. Mungkin dasar Tun M menjadikan Jepun sebagai rujukan adalah sangat berjaya...hahaha...
Tetapi album ini sebenarnya adalah lebih lembut berbanding 2 album awal mereka. Sound gitar mereka agak perlahan menjadikan ianya lebih pop dari segi sound. Malah mereka menjadi lebih komersial di album-album selepasnya.
Lepas layan band- band rock melayu yang tak pernah dengar, kali ini nak layan pula band-band orang putih yang dulunya sekadar baca di majalah tetapi sekarang baru berpeluang nak dengar.
Nak kata obscure, tak juga. Bagi mat rock/metal 80an, nama-nama band sebegini memang biasa di dengar, cumanya pada ketika itu agak sukar untuk mendapatkannya dalam bentuk fizikal
Bahagian 2 (heavy metal)
Oz - Fire In The Brain (1984)
Kalau anda pengemar heavy metal 80an, pastinya cover album ini bukanlah sesuatu yang asing bagi anda. Biasa nampak di majalah rock/metal pada penghujung tahun-tahun 80an dahulu. Tetapi memang tak pernah nampak kasetnya ada dijual di sini.
Asalnya ingatkan mereka berasal dari UK. Lagu-lagu dan sound mereka sememangnya kedengaran seperti band-band New Wave Of British Heavy Metal (NWOBHM). Mungkin kerana pengaruh pada zaman tersebut. Mereka sebenarnya berasal dari Finland. Mereka adalah yang terawal dari Finland sebelum munculnya Stratovarius, Children of Bodom, Amorphis, Nightwish, Beherit, Sentenced, Sonata Arctica dan bermacam-macam lagi band metal yang lainnya.
Sekali dengar terus jadi minat. Saya sememangnya pengemar genre heavy metal 80an. Muzik sebegini sememangnya makanan. Terutamanya yang mempunyai pengaruh dan sound NWOBHM seperti ini. Kalau nak kata "bias"...memang pun. Lagu-lagunya memang catchy. Rif dan solo gitar yang lazat.
Fire In The Brain adalah "straight forward heavy metal". Mereka dalam garisan sempadan antara heavy dan speed . Bagi yang sukakan sound klasik heavy metal 80an, ini adalah salah satu album yang patut anda dengar.
Rekomended!