Showing posts with label Sil Khannaz. Show all posts
Showing posts with label Sil Khannaz. Show all posts

Thursday, February 2, 2017

The Gathering

Yang dah 21 tahun....


The Gathering - VSP Ultimate Underground Collections (1996)

Antara cd yang terlupa ada dalam simpanan. Baru perasan tarikh diterbitkan adalah tahun 1996. Terlepas untuk buat entrinya pada tahun lepas.

Cd ini di beli pada penghujung 90an. Di sebuah kedai kaset di Plaza Tesek, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor. Muzik Valley kalau tak silap. Lama dah tutup kedai ni. Memang dah tak ada rasanya kedai kaset kat situ. Plaza Tasek pun rasanya dah bertahun tak saya kunjungi. Kedai tersebut walaupun banyak lagu cina, tetapi mereka banyak juga menjual cd-cd band underground tempatan terutama terbitan VSP. Ada beberapa tajuk juga yang sempat saya beli.


Jujurnya pada ketika itu saya agak ketinggalan dengan scene underground tempatan.Kemaruk bercintan pada pertengahan tahun 90an adalah salah satu dari sebabnya..haha..Cd kompilasi ini merupakan tempat saya untuk mula kembali mendengar apa yang saya tertinggal di pertengahan tahun 90an.

Dalam banyak-banyak band dalam kompilasi ini, hanya yang tak metal macam Carburator Dung dan Lost Souls sahaja yang saya ada album penuhnya. Yang metal pula cuma D'Cromok. Tersangat la "poser"nya saya ini...hahaha...


Dengar lagu "Boo Hoo Clapping Song", mengingatkan saya kepada kaset "Song For Friends". Ianya sekarang telah pun selamat menjadi milik Tuan Adi Herman pemilik blog Molotov Cocktailz. Dengar ceritanya harga kaset tersebut sekarang agak "keras" juga di pasaran....






Thursday, July 9, 2015

Gerbang Kayangan

Yang baru sampai minggu lepas...


Sil Khannaz - Gerbang Kayangan LP (2015)

Akhirnya album terbitan tahun 1997 ini berjaya juga dikeluarkan dalam bentuk LP.


Lama dah pre-order, sejak januari yang lalu. Walaupun tengah berpuasa LP, tapi yang ini sememangnya tak boleh dilepaskan. Korek tabung la jawapnya.


Diterbitkan dalam bentuk gatefold-sleeves dengan insert yang penuh berwarna-warni berserta pin-up bersaiz A3. Memang puas hati.


Gerbang Kayangan adalah perubahan Sil Khannaz untuk menjadi lebih melodik dengan solo-solo yang sangat catchy. Lagu yang lebih mudah hadam (radio friendly?), lebih progressif berbanding Conception of Madness yang lebih kepada death metal dengan pengaruh thrash.


Tambah menarik album ini secara keseluruhannya mengunakan lirik bahasa melayu. Sesuatu yang agak janggal pada waktu tersebut. Secara peribadinya ini sememangnya album kegemaran saya dari mereka.


Kalau tak silap ianya terhad kepada 300 unit sahaja. Di keluarkan dalam 4 pilihan warna. Kali pertama saya memiliki piring hitam yang berwarna merah. Tambah esklusif, warna merah seperti ini telah pun lama sold out, sejak pre-order lagi. Mungkin dalam masa 3 tahun saya boleh menjualnya dengan harga lebih dari RM300. Hidup Kapitalis. Hehehe...


Akhirnya cd saya ini sudah berteman. Sayang tidak mempunyainya dalam bentuk kaset. Kalau tak boleh dah buat entry "Gila Format"...



Monday, March 11, 2013

Conception Of Madness


Album tempatan yang dah genap 20 tahun.



Sil Khannaz ‎– Conception Of Madness (1993)

Kalau ingatan saya masih betul, selepas Cromok dan FTG, Conception Of Madness dari Sil Khannaz adalah  rilisan thrash/death metal terawal yang di pasarkan secara mainstream. Atau mungkin Brain Dead - From The Ecstacy lebih awal. Entah lah saya pun dah ingat-ingat lupa.

Tak kisah lah, apa yang penting album ini telah menjadi lagenda kepada genre death metal di Malaysia. Saya mula mengenali muzik Sil Khannas (nama asal sebelum bertukar huruf "z" di hujungnya) melalui flyer dan fanzine underground ketika itu. Demo pertama mereka "Doctrine to Hell" dipinjamkan oleh rakan saya ketika zaman saya menuntut di ITM Segamat. Tak berapa pasti tahun bila, mungkin penghujung 90 ataupun awal 91. Kemudiannya mendengar pula demo kedua mereka "Assassin Led by Blasphemy". Sejujurnya saya dah terlupa bagaimanakah bentuk lagu-lagunya.

Saya akui yang saya bukanlah orang yang terlibat di dalam scene underground tempatan. Saya hanyalah seorang peminat muzik yang kebetulan mempunyai minat yang lebih cenderung kepada muzik berat dan ekstrem. Dan bolehlah dikatakan poser juga kalau berbicara perihal band-band tempatan (heheh...). Maklumlah saya memang jarang membeli demo. Biasanya saya pinjam dan rakam sahaja. Maklumlah demo dulu bukannya di buat secara profesional. Soundnya pun raw dan ada juga yang sebu dan tengelam menyebabkan saya kadang kalanya kurang berminat mendengarnya. Itu yang biasanya kaset-kaset demo ini saya tak simpan dan hilang begitu sahaja. Kalau difikir-fikirkankan sekarang, rasa sayang pula...



Seperti kebanyakan band2 underground Malaysia ketika itu yang biasanya berpaksikan muzik Old Sepultura. Sil Khannaz pun begitu. Death metal dengan pengaruh thrash. Cumanya untuk album ini mereka lebih cenderung kepada death metal ala Florida. Solo-solo CD yang agak teknikal pada saya membezakan Sil Khannaz dengan band2 death metal tempatan yang lainnya. Saya juga cukup tertarik dengan permainan drum Lan Bye. Memang mantap.

Lirik mereka juga telah banyak berubah di bandingkan dengan zaman demo mereka. Mungkin untuk ke mainstream, mereka telah membuang unsur-unsur setan di dalam lirik-lirik mereka. Perubahan dari unsur-unsur black metal ketika kemunculan awal mereka. Tak pelik pun sebenarnya, sedangkan Slayer pun macam tu juga. Rasanya Sil Khannaz adalah sebuah band yang sentiasa berubah dengan setiap rilisan mereka.

Conception Of Madness adalah sangat rekomended jika anda ingin mendengar death metal buatan Malaysia. Walaupun begitu ianya bukanlah album kegemaran saya. Saya lebih menyukai zaman progressif metal mereka terutamanya album Gerbang Kayangan.