Terkini di pasaran....
Junction - 30 Tahun Legasi Rock 3 Dekad 1988 - 2018 (EP 2018)
Karya terbaru dari Junction. Satu nama yang pernah popular dari zaman kegemilangan muzik rock tanahair.
Dibarisi oleh 3 anggota asal dari album Arah dan Penentuan. Hatta, Man dan Misman serta seorang anggota baru di posisi drum. Tak pasti mengapa Misman yang bermain bass dan kenapa Syed tak ada bersama.
Mengandugi 2 buah lagu. Lagu berat bertajuk "Lagenda Dongeng Purba". Macam pernah dengar susunan muziknya. Tapi tak boleh nak ingat. Tapi ianya ada sedikit pengaruh Iron Maiden.
Lagu kedua pula sebuah lagu perlahan. "Bisikan Ilusi". Intronya mengingatkan saya kepada lagu "Nobody's Fool". Feelnya sama. Tapi yang pasti, Hatta membuktikan yang vokalnya tetap hebat walaupun selepas 30 tahun.
Dua-dua lagu bagus. Sedap. Sound tip top. Kalau ada nak komplen pun cuma sikit sangat lagunya. Macam tak puas. Kalau tambah satu lagu mid tempo ala-ala "Menunggu Hadirmu". Mesti lagi meletop.
Tanpa arwah Amir, Junction masih bernyawa. Terima kasih kerana masih meneruskan legasi beliau. Semoga Junction terus sukses. Harap-harap ada lah album penuh nanti. Apa-apa pun ini memang comeback yang menarik.
Tabik!
Sila cari FB Hatta Junction ataupun Linda Hatta untuk pembelian.
Showing posts with label Junction. Show all posts

Saturday, December 22, 2018
Wednesday, January 24, 2018
Wednesday, November 11, 2015
Petualang
Lagi album keluaran semula...
Junction Petualang (1990) - keluaran semula 2015
Tak pernah tau kewujudan album ni dulu. Selepas album "Penentuan" memang tak ambil tahu langsung pasal Junction. Saya tak rasa album ini ada lagu hit di radio. Sekurang-kurangnya jika ada, tentu saya pernah mendengarnya.
Saya tahu berkenaannya pun selepas zaman internet. Dalam forum-forum dan bacaan di blog rock/metal banyak juga yang mencadangkan album ini untuk kategori album heavy metal melayu. Tapi tak pernah terpikir untuk mendengarnya sehinggalah cd keluaran semula ini dimiliki.
Seperti kata Xyrus Zone, lagu track pertama 'Tamar Jalis', mengingatkan saya kepada King Diamond. Suara vokalis barunya memang jauh berbeza dengan Hatta. Jeritannya memang ala-ala King Diamond. Sayangnya pada saya lagu-lagu mereka agak kurang catchy. Agak susah untuk melekat dengan hanya 2,3 kali pendengaran. Lagu perlahannya juga begitu. Mungkin itu penyebabnya album ini tiada lagu yang popular.
Walaupun begitu pujian harus diberikan kepada Junction. Mereka cuba lari dari genre meleweh yang menjadi trademark mereka ketika bersama Hatta dahulu. Album ni keseluruhan lagu adalah gubahan dan terbitan mereka sendiri. Tabik!
Secara keseluruhannya sound cd ini biasa-biasa sahaja. Tak bolehlah nak mengharap yang berlebihan bila sumbernya hanya sekadar piring hitam. Yang penting ada. Tahniah kepada mereka-mereka yang terlibat dalam mengeluarkannya semula.

Labels:
1990,
2015,
cd,
Junction,
rock melayu,
Smells Like Teen Spirit 90's
Monday, October 5, 2015
Penentuan
Lagi album keluaran semula dalam bentuk cd...
Junction - Penentuan (1989) - keluaran semula 2015
Awas...ulasan ini bukan untuk mereka yang sukakan rock leleh meleweh.
Tahun tersebut,1989. Sebagai seorang remaja yang sudah mula terdedah dengan muzik metal yang lebih ekstrem. Lagu-lagu rock leleh bukanlah satu pilihan.
Penentuan adalah antara penyebab saya mula meninggalkan rock melayu. Ianya juga antara kaset terakhir rock melayu yang saya beli pada ketika itu. Mungkin juga mereka adalah antara pencetus trend lagu-lagu rock leleh.
Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, lagu track pertama sangat penting untuk mendatangkan mood untuk terus mendengar lagu yang seterusnya. "Bisikan Hati" yang meleweh leweh sebagai track pertama telah menghilangkan mood saya. Ditambah pula dengan lagu track ke 3 ("Monolog Untuk Rina") yang juga meleweh menyebabkan kaset ini antara yang amat jarang saya mainkan.
Mereka sebenarnya bagus. Lagu kesemuanya ciptaan mereka sendiri. Cuma saya kurang gemar dengan lagu-lagu perlahan mereka. Di tambah pula dengan penggunaan keyboard secara berlebihan sedangkan mereka mempunyai 2 orang gitaris yang bagus. Saya juga mempunyai masalah untuk menyukai vokal Hatta.
Walaupun begitu entah kenapa 2 lagu mid tempo, "Lumrah" (yang berbunyi seakan akan lagu Scorpions) dan "Menunggu Hadirmu" melodinya melekat di kepala saya hingga kini. Cd ini pun dibeli kerana itu selain sebagai kenangan zaman remaja.
Terimakasih Universal Music, walaupun cd ini sumbernya hanyalah sekadar dari piring hitam.

1989,
2015,
cd,
Junction,
kaset,
rock melayu,
Youth Gone Wild 80's
Monday, September 14, 2015
Arah
Demam album-album rilisan semula berterusan...
Junction - Arah (1988) - rilisan semula 2015
Pernah cerita panjang lebar pasal album ni suatu masa dahulu. Untuk lebih tepat 5 tahun yang lalu. Makanya tak payah lah saya mengulasnya semula. Nak baca sila klik >SINI<
Terimakasihlah kepada mereka-mereka yang berusaha untuk merealisasikannya dalam bentuk cd buat kali yang pertama. Tak kisahlah kalau sumber asalnya dari piring hitam bukannya master tape yang asal. Yang penting soundnya ok itu pun sudah cukup. Maklumlah banyak album-album rock 80an ni sememangnya sound asal mereka pun bukanlah baik manapun.
Nampaknya "value" kaset saya ni dah jatuh merundum. Tak bolehlah kot nak jualnya dengan harga kapitalis RM500...hahaha...
p/s...Book of Souls dah dalam tangan....huhu...

Friday, October 29, 2010
Arah
Beberapa hari lepas aku dapat berita yang gitaris kumpulan Junction Amir telah kembali ke rahmatullah...sakit asma kalau aku tak silap...berita ni tetiba buat aku teringat2 pasal kumpulan Junction ni..

kalau korang pernah baca entry aku pasal Urgent - Wajah Mistikal kat SINI...aku pernah cerita macamaner 1st time aku tau pasal Junction dan album pertama dorang Arah...
Tahun 1988...tahun yang dah susah nak cari kaset pirate...tu jam Arah ni keluar saing2 ngan Wajah Mistikal...bebudak sekolah yang tak berapa berduit macam aku ni terpaksa la kongsi2 sorang beli yang ni sorang beli yang tu...pasal nak dengar semua la kan...macam aku cerita dulu...towkey kedai yang dah kenal beno ngan aku tu tunjuk 2 kaset yang baru sampai...member aku nampak cover Arah ngan posing band Junction yang nampak rock tu terus sambar...aku takder pilihan...ambik jer la Wajah Mistikal yang covernya Urgent pakai baju mat smart tu...(tahun 86 hingga 88...adalah tahun2 yang aku dan kekawan sekolah aku aku cuba beli semua rilisan rock tempatan yang keluar...)
Bila sampai rumah...test dengar...kami sama2 menyumpah...dressing nampak ganas...lagu meleweh...bagus lagi Urgent...itu lah reaksi pertama kitaorang...rasanya disinilah bermulanya era lagu rock leleh meleweh tu...Junction yang jadi trendsetter?...err..mungkin kot...antara sebab yang aku sikit2 mula tinggalkan rock melayu...
Junction ni berasal dari Segamat...tak silap Simpang Jabi...tu yang asal dapat nama Junction tu...tapi time aku duk Segamat dari 1989 hingga 1992...tak pernah pulak terserempak ngan dorang ni...kalau Burnmark (jugak asal Segamat)...selalu jugak...tapi bila tengok Junction ni...aku selalu teringat Stryper...satunya imej sama...nampak ganas...part lagu slow memang meleweh abis...jenis guna piano pun ada(Demi Cinta Setia - Honestly)...suara Hatta pun jenis kecik halus macam Michael Sweet...ada sikit2 persamaan la...

Apa2 pun yang buat aku respek Junction ni lagu semua dorang buat sendiri...ini baru namanya rock band kan...patutnya semua band rock Malaysia kena macamgini...tak silap aku dorang mula start popular bila lagu Akan Ku Kenang dan Tak Mungkin Lagi masuk Muzik Muzik tahun tu...pastu tour dorang ngan Kingsway tu kan..tu jam URTV keluarkan gambo dorang posing ngan tour van ada cap kingsway tu...sayang tak simpan lagi URTV lama2 ni...
Mungkin bebudak sekarang kenal Junction pasal lagu2 meleweh dorang...tapi aku dulunya terbeli jugak kaset ni akhirnya pasal aku suka lagu Dosa...lagu yang heavy...ada unsur2 speed...suara jerit high pitch ala2 King Diamond...sayangnya kenapa la dorang tak banyak buat lagu2 jenis camgini...lagu2 heavy lainnya yang ok mungkin Arah Kehidupan...lain2 tu pada aku biasa2 ajer...sebenonya selain Dosa...lagu2 lain tak seheavy mana pun...tapi kalau korang suka lagu2 rock leleh...ada banyak lagu yang pasti korang suka...contoh Demi Cinta Setia,Akan Ku Kenang,Tak Mungkin Lagi dan Kenangan Berlalu...
Sayangnya harta2 karun yang dah jadi sejarah muzik negara ni syarikat rakaman tak berminat untuk meriliskan balik...kecuali kompilasi lagu2 leleh macamgini la kan..

tak berapa minat pun cd ni...pasal semua lagu slow...dah tu takder pulak lagu slow favourite aku Menunggu Hadirmu...beli dulu pasal nilai sentimentalnya sahaja...tapi untuk dijual...sorry la...heheh..
Takziah buat keluraga Allahyarham Amir (Mohamad Amir Ahmad)...semoga rohnya dicucuri rahmat...Al-fatihah.

Kalau tak silap...Arwah Amir yang berdiri 2 dari kiri...rasanya beliau lebih kepada 2nd gitaris...ntah la tak pernah nengok dorang live...yang kat muzik2 tu nampak bukan dia yang menyolo..
Apa2 pun yang buat aku respek Junction ni lagu semua dorang buat sendiri...ini baru namanya rock band kan...patutnya semua band rock Malaysia kena macamgini...tak silap aku dorang mula start popular bila lagu Akan Ku Kenang dan Tak Mungkin Lagi masuk Muzik Muzik tahun tu...pastu tour dorang ngan Kingsway tu kan..tu jam URTV keluarkan gambo dorang posing ngan tour van ada cap kingsway tu...sayang tak simpan lagi URTV lama2 ni...
Mungkin bebudak sekarang kenal Junction pasal lagu2 meleweh dorang...tapi aku dulunya terbeli jugak kaset ni akhirnya pasal aku suka lagu Dosa...lagu yang heavy...ada unsur2 speed...suara jerit high pitch ala2 King Diamond...sayangnya kenapa la dorang tak banyak buat lagu2 jenis camgini...lagu2 heavy lainnya yang ok mungkin Arah Kehidupan...lain2 tu pada aku biasa2 ajer...sebenonya selain Dosa...lagu2 lain tak seheavy mana pun...tapi kalau korang suka lagu2 rock leleh...ada banyak lagu yang pasti korang suka...contoh Demi Cinta Setia,Akan Ku Kenang,Tak Mungkin Lagi dan Kenangan Berlalu...
Sayangnya harta2 karun yang dah jadi sejarah muzik negara ni syarikat rakaman tak berminat untuk meriliskan balik...kecuali kompilasi lagu2 leleh macamgini la kan..

tak berapa minat pun cd ni...pasal semua lagu slow...dah tu takder pulak lagu slow favourite aku Menunggu Hadirmu...beli dulu pasal nilai sentimentalnya sahaja...tapi untuk dijual...sorry la...heheh..
Takziah buat keluraga Allahyarham Amir (Mohamad Amir Ahmad)...semoga rohnya dicucuri rahmat...Al-fatihah.
Labels:
1988,
cd,
Junction,
kaset,
rock melayu,
Youth Gone Wild 80's
Subscribe to:
Posts (Atom)