Lagi klasik death metal yang dah mencapai usia 20 tahun.
Morbid Angel - Covenant (1993)
Jujurnya kalau bercerita tentang Morbid Angel, saya lebih menyukai album A,B dan D. Album F dan seterusnya agak kurang familiar kerana tidak berapa mengikuti perkembangan mereka lagi. Tetapi bukanlah nak kata album C ni tak bagus. Tetapi kebetulan pada ketika itu saya mula kemaruk dengan death metal yang lebih teknikal dan bermelodi seperti
Heartwork dan
Individual Thought Patterns menjadikan Covenant agak kurang mendapat perhatian saya.
Ada beberapa lagu yang dari Covenant yang saya rasakan cukup bagus terutamanya lagu track pertama
"Rapture". Lagu ni boleh masuk listing antara lagu klasik Death Metal terbaik. Lagu-lagu lain agak kurang melekat. Bagus tapi tak boleh nak tangkap. Mungkin
"Pain Divine" dan
"God of Emptiness" pun ok, tapi tak boleh capai tahap klasik. Tapi yang paling favourite adalah
"Angel of Disease". Mungkin lagu ni agak berlainan dari lagu-lagu lainnya. Maklum lah ini lagu lama dari zaman demo
Abominations of Desolation. Entah kenapa saya cukup suka lagu-lagu dari zaman Mike Browning ni. Sedap!
Producer adalah
Flemming Rasmusssen. Individu yang menghasilkan album-album klasik
Metallica. Sayangnya pada saya Covenant tidak berapa bagus produksinya. Bunyinya agak tenggelam. Mungkin ini album yang kurang best dari zaman
David Vincent. Tetapi
Trey Azagthoth (dengarkan solo beliau dalam "Blood on My Hands") dan
Pete Sandoval memang cukup menyerlah. Hebat!
Bukanlah yang terbaik kalau nak ikut standard MA, tetapi untuk album death metal secara keseluruhannya kira dah bagus la ni. Tapi tak boleh la nak capai tahap klasik.