Menghabiskan cuti 25hb Disember 2024...
Satu lagi sindrom orang berusia adalah sewa Cabana. Ada tilam ada bantal ada kipas dan petisejuk. Memang sedap la bantai membuta kat sini…hahaha…
Menghabiskan cuti 25hb Disember 2024...
Satu lagi sindrom orang berusia adalah sewa Cabana. Ada tilam ada bantal ada kipas dan petisejuk. Memang sedap la bantai membuta kat sini…hahaha…
Lagi antara album terbaik 2024
Moggs Motel - Moggs Motel (2024)
Khas buat peminat Phil Mogg khususnya dan peminat UFO amnya.
Ini adalah album "comeback" dari Phil Mogg selepas persaraan UFO dan masalah kesihatan yang dihadapi oleh beliau. Ianya adalah sesuatu diluar jangkaan kerana ramai peminat termasuk saya beranggapan yang beliau sememangnya telah bersara terus dari dunia nyanyian.
Tambah menarik album ini dibarisi oleh pemuzik handalan. Neil Carter (bekas gitaris/keyboardist UFO di era awal 80an), Tonny Newton (bassisit untuk KK's Priest, Voodoo Six), Tommy Gentry (gitarist Voodoo Six, seasonist) dan Joe Lazarus (drummer Voodoo Six dan anak saudara Steve Harris yang banyak rumour mengatakan yang beliaulah pengganti Nicko McBrain walaupun kemudiannya berita tersebut tidak benar).
Album ini adalah yang paling hampir kita dapat bagi yang merindui UFO. Memang kebanyakan lagu-lagunya megembalikan memori kepada UFO. Walaupun mungkin vokal Phil Mogg tidaklah sehebat seperti dahulu tetapi auranya tetap ada.
Bagi saya ini adalah antara album hard rock terbaik untuk 2024. Siapa sangka dalam usia menjangkau 76 tahun pun Phil Mogg masih berupaya menghasilkan satu produk yang bagus.
Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat Rafi Xyrus Zone
Kita bikin romantis @ De' Laman Seputeh, Segamat - 22/12/2024
Yang menyambut ulang tahun ke 50 tahun ini...
UFO - Phenomenon (1974)
Dalam banyak-banyak album yang menyambut ulangtahun ke 50, ini adalah yang paling digemari. Pernah 2 kali menulis tetang album ini. Pertama ketika ulangtahun ke 40 (10 tahun yang lalu) dan kedua ketika dapat membeli versi piring hitam 2 tahun yang lalu.
Tetapi disebabkan ini adalah sambutan jubli emasnya, memang tak boleh tidak kena tulis juga tulis tentangnya. Saya dah tak boleh ingat bila kali pertama mendengar album ini secara penuh. Tetapi "Doctor Doctor" dan "Rock Botom" adalah lagu pertama yang saya dengar dan terus jatuh minat.
Itu pun dah tak boleh ingat tahun bila. Tetapi ianya adalah melalui satu kaset lagu-lagu kompilasi di tahun 80an. Ketika itu Michael Schenker telah pun keluar dan menubuhkan MSG. Zaman tanpa internet duduk kampung, saya agak keliru tentang hubung kait antara UFO, Scorpions, MSG dan Michael Schenker.. haha..
Tak ada apa lagi nak tulis dah. Ini sememangnya salah satu album kegemaran dari era 70an.
Lagi album terbitan tahun 2024
Nocturnus AD - Unicursal (2024)
Nocturnus adalah band death metal terawal yang menggunakan keyboards secara dominan. Album The Key (1990) pada awalnya terasa pelik tetapi lama kelamaan jatuh suka.
Makanya apabila Mike Browning (vokalis dan drummer asal Morbid Angel dalam demo Abominations of Desolations) mahu meneruskan Nocturnus, saya sedikit teruja. Tak kisah lah kalau dia terpaksa menggunakan AD di belakang kerana isu mahkamah (beliau telah dipecat dari Nocturnus dan hilang hak keatas nama Nocturnus walaupun beliau adalan antara pangasasnya).
Ini adalah kali kedua beliau menggunakan nama AD. Seperti yang pertama (Paradox -2019), ianya juga adalah konsep album berlatarbelakangkan sains fiksyen kesinambungan dari The Key.
Dari seginya muziknya juga tidak banyak berubah. Ianya masih thrash/death metal dengan bunyian keyboard yang menjadi trademark khas kepada Nocturnus. Ditambah dengan riff sedap dan solo menarik, rasanya majoriti yang suka The Key pastinya akan suka album ini.
Semestinya salah satu album kegemaran untuk tahun 2024.
Lagi yang terkini...
Stryper - When We Were Kings (2024)
Tak banyak band yang boleh memuaskan hati peminat lama dengan setiap album baru mereka. Tetapi Stryper telah berjaya melakukannya. Semenjak album No More Hell to Pay (2013), mereka telah berturut-turut melahirkan album yang kualitinya menyaingi zaman kegemilangan 80an mereka.
Dalam satu wawancara, Michael Sweet mengatakan yang Stryper mendengar pandangan peminat. Peminat mahukan sound 80an dan lebih banyak solo gitar. Dan itulah yang mereka berikan di dalam 4 hingga 5 album kebelakangan ini.
When We Were Kings bagi saya lebih perencah hard rock berbading heavy/power metal seperti beberapa album sebelumnya. Kebanyakan lagunya mempunyai bahagian chorus yang catchy. Jarang orang bercerita tentang dual gitar solo dari Michael Sweet dan Oz Fox. Tetapi sekali lagi mereka membuktikan yang mereka patut menerima pengiktirafan yang lebih tinggi.
Sound produksi tip-top . Vokal Michael Sweet masih bagus. Lagu-lagu sedap. Tiada apa yang peminat Stryper nak komplen...