Saturday, February 14, 2026

Megadeth

 

Tak ada apa yang nak di komplen. Ianya bersesuaian dengan usia. Album ini menggabungkan beberapa era Megadeth untuk sebuah album penutup yang agak berjaya. Kalau tak... tak lah ianya berjaya menjadi album no 1 di carta Billboard.

Kalau ini yang terakhir, terimakasih Abang Mus kerana menjadi salah satu soundtrack kehidupan semenjak hampir 40 tahun yang lalu.


Thursday, February 5, 2026

Purpendicular

Remembering my youth - 30th anniversary

Deep Purple - Purpendicular (05/02/1996)

Steve Morse melakukan apa yang pernah dilakukan oleh Tommy Bolin. Dia tidak cuba untuk menjadi Ritchie Blackmore.

Dan ternyata ianya satu langkah yang tepat. Walaupun bunyinya berbeza, album ini boleh dikatakan antara yang terbaik dalam era moden Deep Purple, dan mungkin juga yang terbaik dalam era Steve Morse sendiri


Sunday, February 1, 2026

40 tahun

Yang dah 40 tahun usianya tahun ni.

Kenangaan zaman remaja beli kaset pirate RM3. Ini adalah zaman saya mula terpengaruh dengan muzik heavy metal dengan lebih mendalam.

Kalau nak kena pilih satu yang paling minat dan paling bernostalgia sudah semestinya "Somewhere in Time".