Lagi sebuah album dari band metal 80an yang dah genap usia 20 tahun...
Tesla - Bust a Nut (1994)
"In 1994, hard rock was on life support. Unless a band was wearing flannel and sung about how much their life sucked, chances are they didn’t get any airplay."
Begitulah nasib Tesla.
Secara jujurnya, saya sedikit ragu-ragu ketika membeli kaset album ini 20 tahun yang lalu. Maklumlah, kebanyakan band-band tak kira metal atau hard rock mula berubah bila memasiki era 90an.
Tetapi sebaik sahaja mendengar lagu track pertama "The Gate/ Invited", saya sudah mula tertarik dengan album ini. Ternyata Tesla tidak pernah berubah. 2 lagu berikutnya, "Solution" dan "Shine Away" membuktikan mereka tetap seperti dahulu. Riff-riff berat Frank Hannon dan Tommy Skeoch masih seperti dulu. Mungkin sahaja lagu sebegini boleh dipanggil sebagai heavy metal. Memang seronok bila masih ada band yang berani mengekalkan identiti muzik mereka tanpa mengira apa zaman pun.
Sayangnya ramai peminat mereka seperti saya. Was-was dan ada yang langsung mengabaikan album ini. Mungkin susah untuk menyaingi album-album kegemilangan mereka di tahun 80an seperti Mechanical Resonance dan The Great Radio Controversy. Susah pada saya bukanlah dari segi lagunya. Tetapi lebih kepada kenangan yang ada. Malah album ini banyak mengandugi lagu-lagi yang sedap. "Try So Hard", "Shine Away" dan "Mama’s Fool" adalah antara lagu sedap yang sering dimainkan mereka secara live. Malah "A Lot To Lose" juga menjadi lagu wajib persembahan live mereka sekarang.
Mendengarnya sekarang berbanding 20 tahun yang lalu membuatkan saya lebih menghargainya
Sehingga sekarang saya tidak pernah bersetuju bila Tesla di dikaitkan dengan band-band glam/hair metal. Pada saya konsep penampilan dan lagu mereka adalah berbeza. Tesla hanyalah sebuah band hard rock (kalau dulu-dulu masih dipanggil heavy metal) yang kebetulan muncul dizaman glam/hair metal sedang memuncak.
Tak kisah lah apa genre pun. Tapi yang pastinya...No grunge. No keyboard. Ini adalah "straight hard rock heavy rock 'n roll".
Tabik untuk Tesla!
Tuesday, June 10, 2014
Monday, June 9, 2014
MTV Unplugged in New York
Yang dah 20 tahun...
Nirvana - MTV Unplugged in New York (1994)
Zaman ni, semua artis pun di"unplugged"kan. Nirvana tidak terkecuali. Tambah-tambah pula ini rilisan pertama mereka selepas kematian Kurt Cobain. Cerita tengah panas. Makanya tak hairanlah kalau album ini terus melonjak ke no 1 di carta Billboard.
Saya sebenarnya kurang berminat dengan idea unplugged. Satu-satunya album unplugged yang saya suka adalah Tesla - Five Man Acoustical Jam (1990). Pada saya itulah album unplugged yang asli. Yang lain dah jadi MTV punya trendy.
Tak ingat kenapa saya beli kaset ini. Mungkin kerana sukakan lagu cover David Bowie, "The Man Who Sold the World" atau mungkin sahaja pada waktu itu ianya seperti sesuatu yang wajib untuk ada kaset ini untuk lebih kelihatan "cool"...heheh..
Sebenarnya lama dah tak dengar. Satu-satunya lagu yang biasa dengar adalah "The Man Who Sold the World" yang sering keluar radio. Satu lagi "About a Girl". Ini adalah antara lagu untuk latihan saya bermain gitar selain "Leaving On A Jet Plane" yang saya belajar ketika mula hendak berjinak-jinak semula mengenal chord selepas bertahun tak pegang gitar. Maklumlah chord dia senang.
Senang kata, lagu-lagunya santai. Siapa yang tak suka lagu-lagu bising pasti suka. Orang rumah saya salah seorang darinya...

Labels:
1994,
kaset,
Nirvana,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's
Friday, June 6, 2014
The Hell of Steel
Lagi yang menyambut ulang tahun ke 20..
Manowar - The Hell of Steel (1994)
Zaman sebelum e-bay dulu agak susah juga untuk mencari album-album rock/heavy metal lama kegemaran. Bila terjumpa album kompilasi macam ni memang tak akan lepaskan peluang.
Ketika The Hell of Steel di jual dikedai-kedai kaset di Malaysia. Satu-satunya album (kaset) Manowar yang saya ada hanyalah Triumph Of Steel. Saya sebenarnya agak terlambat dalam mendengar Manowar. Malah saya lebih dahulu mendengar Kekejaman (Rockers) dari Hail And Kill.
Ketika itu (1994), album mereka yang pernah saya dengar cuma Fighting the World, Kings of Metal dan The Triumph of Steel. Bayangkan bertapa gembiranya bila kesemua lagu-lagu best dari era tersebut ada dalam kompulasi ini. Memang best.
Ini bukanlah kompilasi yang betul-betul lengkap. Hanya lagu-lagu dari album ketika mereka di bawah naungan syarikat rakaman Atlantic. Tetapi sudah cukup untuk memberikan gambaran bagaimana muzik Manowar bagi sesiapa yang baru pertama kali hendak mencuba muzik mereka.
Best!

cd,
kaset,
Manowar,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's
Thursday, June 5, 2014
Wednesday, June 4, 2014
Throwback : Pretty Woman
Pretty Woman (1990)
Entah kenapa saya suka filem ni. Dulu ada rakan perempuan pernah cakap, "Thrash pun minat filem cintan ker?...tak sangka betul?"...hahaha...biasa la...dalam hati ada taman...seluar koyak main cinta....huhu...
Baru-baru ini berpeluang menontonnya semula di Astro. Ianya mengembalikan semula ingatan saya kepada zaman saya masih seorang pelajar di ITM Segamat. Setiap kali hari jumaat saya dan beberapa rakan akan bermalam di rumah abang salah seorang rakan di Kuaters Hospital Segamat. Kebiasaanya abang beliau akan pulang ke kampung di Muar setiap pagi jumaat dan kembali pada hari sabtu. Makanya rumah beliau akan menjadi "port" bagi kami pada setiap malam sabtu. Selain melepak di stesen keretapi berdekatan, kami akan menjadikan setiap malam sabtu itu adalah malam menonton VHS. (iyer...zaman tersebut 1990...1991 masih tak ujud lagi vcd apatah lagi dvd)
Biasanya menonton koleksi VHS abang beliau, atau berkongsi menyewa tape VHS di pekan Segamat. Macam-macam filem termasuklah yang kaler biru (hahahaha...biasalah zaman budak-budak nakal). Antara filem yang terkesan adalah filem ini. menontonnya sampai 2 minggu berturut-turut. Ianya mengenalkan saya kepada Julia Roberts. Menjadi fan beliau semenjak dari ini. Saya tidak berapa mengemari Richard Gere. Pada saya lakonan beliau lembik ala-ala hero filem melayu. Tapi untuk Pretty Woman...tak kisah la...saya maafkan beliau.
Selain ceritanya, soundtracknya juga sedap. "King of Wishful Thinking - Go West" dan "Fallen - Lauren Wood" memang sedap. Pertama kali juga mendengar versi "Oh, Pretty Woman - Roy Orbison". Biasanya hanya versi Van Halen sahaja.
Dan filem ini juga membuatkan antara sebab saya suka Roxette. "It Must Have Been Love" membuatkan saya rasa nak jatuh cinta pada Julia Roberts. Tapi tak kisah lah kalau soundtracknya tiada lagu heavy metal...tapi kalau anda perhatikan betul-betul...pada babak-babak terakhir filemnya. Semasa Vivian (Julia Roberts) menjenguk di tingkap biliknya tu pasti anda akan nampak poster besar RATT kat situ...hahaha...janji ada metal... :P
Jiwang ker apa...ini adalah antara filem romatik komedi kegemaran saya.
Tuesday, June 3, 2014
Live - The Island Years
Antara album live kegemaran dari 20 tahun dulu..
Anthrax - Live - The Island Years (1994)
Walaupun album ni sebenarnya hanya untuk melengkapkan kontrak. Soundnya pun tak berapa nak best. Tetapi ianya tetap sebuah album yang berbaloi untuk dimiliki. Terutamanya untuk peminat Anthrax yang sukakan klasik line-up mereka. Joey Belladonna/Scott Ian/Dan Spitz/Charlie Benante/Frank Bello
Tambahan pula ini adalah satu-satunya album live rasmi dari mereka pada zaman tersebut. Bolehlah dikatakan mengandungi kesemua lagu-lagu popular mereka. 8 darinya dirakamkan secara live di konsert mereka di California pada tahun 1991 manakala selebihnya adalah rakaman live depan penonton dari dalam studio untuk suatu program khas radio pada tahun 1992.
4 lagu live dari dalam studio tu soundnya lebih sedap. Walaupun kurang feelnya "live"nya. Lagu-lagu tersebut adalah "I Am the Law", "Metal Thrashing Mad", "In My World" dan "Now It's Dark". Sayangnya tiada pula lagu "Among the Living".
Manakala yang live konsert tu sudah semestinya saya nak dengar bagaimana kolaborasi antara mereka dengan Chuck D dan Public Enemy. Ternyata "Bring the Noise" memang best bila dinyanyikan secara live. Terbaik!
Masih mencari album ini dalam bentuk cd. Memang sesuai untuk dijadikan koleksi. Tambahan pula saya sememangnya peminat solo-solo gitar dari Dan Spitz. Pernah terpengaruh memakai jersey American Football semata-mata kerana beliau sering memakainya.

Anthrax,
kaset,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's
Monday, June 2, 2014
Whitesnake's Greatest Hits
Lagi album kompilasi yang dah berumur 20 tahun...
Whitesnake - Whitesnake's Greatest Hits (1994)
Nak kata koleksi semua lagu terbaik. Tak juga. Ianya hanyalah himpunan lagu-lagu Whitesnake dari zaman "hair metal" mereka ( circa 1984 - 1989). Nak kata semua lagu terbaik dari zaman tersebut pun tak juga. Kerana kompilasi ini lebih menumpukan kepada lagu-lagu yang berentak perlahan.
Tapi tak kisah lah. Kalau nak cari kompilasi album-album awal mereka (1978-1982), boleh sahaja beli cd "The Early Years". Tak pun kalau nak yang betul-betul lengkap punya kompilasi, cuba cari cd "30th Anniversary Collection". Kalau tak yang ini pun dah ok.
Sesuai untuk sesiapa yang baru nak kenal Whitesnake. Bolehlah dikatakan semua lagu popular ada. Yang penting sudah semestinya "Still of the Night". Ni kira lagu wajib. Antara all time favourite ni. Siapa boleh lupa Tawny Kitaen?
Boleh juga dengar perbezaan antara zaman John Sykes dan Steve Vai. Sayangnya tak berpeluang nak dengar Adrian Vandenberg.
**tak beli cdnya walaupun pernah terjumpa kat Estock harga dalam RM13 lebih. Sebabnya tiada yang menarik. Semua lagu saya dah ada. Kompilasi ini semua lagu standard. Tak ada bonus track mahupun unrelease track. Sesuai untuk yang tak pernah ada album Whitesnake.

Smells Like Teen Spirit 90's,
Whitesnake
Subscribe to:
Posts (Atom)