Semenjak adanya saluran HITS (ch 720) di Astro memang seronok betul dapat menonton kembali siri dan sitcom lama zaman budak-budak dahulu. Tambah menarik bila ianya dalam bentuk HD.
Salah satu yang mengimbau kenangan lalu adalah sitcom ini...
Pernah buat sedikit cerita pasalnya dahulu >SINI<
Sememangnya The Wonder Years adalah salah satu "all time favourite" sitcom komedi saya. Cerita "coming of age" yang berlatarbelakangkan tahun penghujung 60an ini memang sangat-sangat saya rekomen.
Hits baru mula tayang Season 1 Episod 1 minggu lepas. Malam ni baru mula Episod 2. Masih belum terlambat bagi yang nak cuba menonton. Saya dah siap-siap tekan butang "record" untuk seluruh season 1, takut-takut ada malam yang terlepas. (maklumlah ia ditayangkan pada setiap malam jam 10).
Dulu, masa pertama kali ianya ditayangkan di tv pada penghujung tahun 80an, (kalau tak silap tahun 1988, saya menontonnya di tv Ch 5 Singapura), banyak juga sirinya yang saya terlepas. Tambah pula pada ketika itu saya mula menyambungkan pelajaran di tempat yang tak dapat tv Singapura. Tv Malaysia kalau tak silap TV2 yang tayang. Itu pun agak ketinggalan.
Beberapa tahun lepas sejak ujudnya youtube dan pandai pula menyedut dari internet, saya telah berjaya menonton keseluruhan episod dari Season 1 hinggalah ke Season 6 (terakhir). Tetapi rasanya saya tetap akan menontonnya semula. Memang tak pernah jemu pun.
Macam mana lah nak jemu bila terpandang wajah comel "Winnie Cooper" ni kan?..heheh...
Selain itu, saya juga sedang menonton The A-Team, The X-Files, Mork & Mindy dan Seinfeld di Hits. Tu hari ada Moonlightning. Harap-harap akan datang ada pula cerita dan sitcom lama yang lain. Saya masih menunggu Battlestar Galactica, 21 Jump Street, Wiseguy, V, Fall Guy, Family Ties, Greatest American Hero, MacGyver, Knight Rider, Growing Pain, Northern Exposure...iskh...banyak lagi la...
Monday, March 9, 2015
Saturday, March 7, 2015
Ultraphobic
Yang menyambut ulang tahun ke 20 pada hari ini, 7hb Mac.
Warrant - Ultraphobic (1995)
Seperti yang anda sedia maklum, Grunge adalah antara punca kejatuhan genre hair metal. Dan Warrant adalah antara band yang terkena tempiasnya. Seperti yang diceritakan oleh mendiang Jani Lane, bila poster besar mereka di pejabat syarikat rakaman Columbia digantikan dengan poster Alice In Chains. Mereka sedar zaman kegemilangan mereka telah pun berakhir.
Lebih menyedihkan, selepas Dog Eat Dog (1992) gagal di pasaran. Kontrak rakaman mereka turut ditamatkan. Dan mereka pun berpecah. Ultraphobic adalah cubaan mereka untuk kembali. Lebih aneh, mereka kembali dengan genre muzik yang pernah menghancurkan mereka iaitu Grunge!
Sudah pasti bunyinya lain. Tambah pula kini mereka tanpa Joey Allen (gitar) dan Steven Sweet (drum). Mereka digantikan dengan 2 bekas anggota Kingdome Come, Rick Steier dan James Kottak. (ni sebelum Kottak masuk Scorpions)
Bagi mereka yang biasa dengan Warrant era "Heaven" atau "Cherry Pie" mungkin akan susah untuk hadam. Kali ini sound mereka memang mirip dengan sound grunge dari Seattle. Banyak antara lagu-lagunya kedengaran seperti lagu-lagu dari Alice in Chains. Malah lirik-lirik mereka juga agak "moody" dan "depress" mungkin mengambarkan keadaan Jani Lane yang baru berpisah dengan isterinya, Bobbi Brown (model video clip "Cherry Pie").
Walaupun saya sebenarnya agak kurang gemar, maklumlah jatidiri muzik rock, heavy metal 80an masih menebal dalam diri tetapi perlu diakui album ini sebenarnya bagus. Mungkin kalau namanya bukan Warrant dan berasal pula dari Seattle, Ultraphobic mungkin akan menjadi hit kerana pada saya ianya adalah setanding atau mungkin lebih bagus dari mana-mana album Alice in Chains.
Kurang sesuai untuk yang masih bernostalgiakan era glam metal tetapi lagu-lagu seperti "Sum Of One", "Chameleon", "High", "Undertow" sebenarnya bagus malah pada saya "Stronger Now" adalah sebuah balada yang setanding dengan "Heaven".
Boleh cuba jika anda pengemar grunge.

Labels:
1995,
kaset,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's,
Warrant
Friday, March 6, 2015
Birdman: Or (The Unexpected Virtue of Ignorance)
Sehingga keputusan Oscar tempohari saya hanya sempat menonton 5 dari 8 filem yang tercalon untuk anugerah filem terbaik. Saya tidak bercadang untuk menonton "American Sniper" walaupun ianya arahan salah seorang pengarah/pelakon kegemaran saya Clint Eastwood. Bagi saya ia hanyalah propaganda Hollywood untuk memburukan Islam. Maaflah saya tak rasa rugi pun kalau tak menonton filem yang terang-terangan anti Islam.
Manakala "Selma" pula agak sukar untuk mendapatkan versi sedut. Maka satu-satunya yang tinggal dan memang patut ditonton adalah Birdman. Tambahan pula ini adalah filem yang dinobatkan sebagai filem terbaik dalam anugerah Oscar.
Birdman: Or (The Unexpected Virtue of Ignorance)
Berbanding 5 filem lain yang telah ditonton sebelumnya. ini filem yang paling sukar bagi saya. 2 kali saya tertidur di awal cerita sebelum berjaya menghabiskannya pada percubaan yang ke 3.
Gaya penceritaannya memang agak perlahan terutamanya pada awal cerita. Maklumlah ini genre drama, memang senang nak mengantuk bila ditonton di waktu tengah malam. Kalau anda peminat filem aksi, mungkin ini bukannya filem pilihan anda.
Tetapi ianya menjadi semakin menarik selepas tu. Saya cukup tertarik dengan gaya "single shot" (takder potong takder cut secara berterusan) yang digunakan hampir sepanjang cerita. Bukan senang nak buat macam tu. Terasa macam menonton lakonan secara "live" la kan. Tambahan pula ceritanya banyak berkisar di pentas broadway.
Seawal cerita kita telah dihidangkan yang watak utamanya Riggan Thomson (Michael Keaton) mempunyai kuasa supernatural. Tetapi bila kita fikir-fikirkan ia sebenarnya hanyalah imaginasi beliau yang mempunyai "dual personality". Cerita ini memang membuatkan kita kena berfikir. Tambahan pula dengan adegan akhirnya yang kurang jelas. Hidup ker mati? Ok..tak boleh cerita banyak, nanti spoiler bagi yang belum menonton.
Secara jujurnya saya mengharapkan filem lain untuk menang. Tetapi tidak boleh dinafikan Birdman pun bagus. Filem adalah sesuatu yang subjektif. Tapi mana-mana filem yang ada Emma Stone memang berbaloi untuk ditonton...keh..keh..keh...

Wednesday, March 4, 2015
Metal Heart
Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada hari ini (4hb mac)
Accept - Metal Heart (1985)
Album terakhir dari "zaman emas" mereka. Ini adalah kemuncak kegemilangan Accept. Dengan Metal Heart, mereka menjadi "radio friendly" dan mainstream. Sound yang lebih bersih dan "polished" serta lagu yang lebih melodic dan pop.
Pada saya, mereka adalah jawapan Jerman kepada Judas Priest. Terutamanya bahagian "twin guitar solo"nya. Tetapi seperti juga Judas Priest, tahun pertengahan 80an adalah tahun yang mana kebanyakan band heavy metal mula melembutkan sound mereka. Tak boleh nak salahkan mereka. Siapa yang tidak mahukan wang dan kemasyuran. Sayangnya mereka merundum selepas dari ini. Tetapi jangan salah faham. Metal Heart tetap sebuah album yang bagus. Walaupun secara peribadinya pada saya ianya tidak dapat menandingi "Balls to the Wall"ataupun album-album awalnya.
Dulunya ketika belum memiliki cd ini, (tak pernah ada versi kaset) saya selalu tertanya-tanya kenapa ada beberapa bahagian dalam lagu Metal Heart bunyinya seakan-akan saya pernah dengar tetapi tidak pasti dari mana. Rupa-rupanya ianya di ambil dari 2 lagu klasikal terkenal, "Slavonic March - Tchaikovsky " (pada intro) dan "Für Elise - Beethoven" (riff dan solo).
Lagu Metal Heart pada saya adalah penyelamat kepada album ini. Tetapi jika anda sukakan pop metal dengan catchy chorus, mungkin Midnight Mover boleh menjadi pilihan anda. Jika anda tidak pernah mendengar Accept, Metal Heart bukanlah permulaan yang baik.

1985,
Accept,
cd,
rock omputeh,
Youth Gone Wild 80's
Monday, March 2, 2015
Waiting for the Punchline
Lagi yang dah menyambut ulang tahun ke 20...
Extreme - Waiting for the Punchline (1995)
Saya adalah peminat Nuno Battencourt. Rambut dia cantik, muka pun hensem...hahaha...tapi secara seriusnya, saya memang meminati petikan gitar beliau. Pada saya selain Vito Bratta (White Lion), Nuno adalah seorang lagi gitaris jelmaan Eddie Van Halen yang bagus. Tak kisahlah copy cat ker apa. Yang penting dia bagus. Kalau asli tapi tak bagus pun apa gunanya.
Ternyata kebanyakan album rock yang diterbitkan pada pertengahan tahun 90an akan terpengaruh dengan "grunge". Extreme tidak terkecuali. Hilang sudah tenaga dan "rock n roll supposed to be fun" yang ada pada mereka. Nasib juga mereka masih mengekalkan solo-solo berhantu Nuno. Itu yang membuatkan saya masih tertarik untuk mendengarnya.
Sound mereka kali ini lebih simple. Seolah-olah rakaman dalam garaj. Mungkin mereka mahukan sound kasar ala-ala Seattle. Paling ketara tiada lagi "guitar overdubs". Agak kosong bunyinya bila hanya satu gitar yang kedengaran. Tambah tak menariknya bila kita boleh dengar (terutamanya kalau menggunakan headphone) bunyi gitar di sebelah kanan dan bunyi bass di sebelah kiri manakala drum dan vokal di tengah-tengah. Seolah-olah bunyi gitar bukan lagi yang utama. Saya lebih menyukai sound penuh seperti album-album mereka yang sebelumnya.
Saya awalnya agak bimbang dengan lirik pada lagu track pertama mereka, "There is No God". Rock rock juga la kan...tapi bab-bab lirik yang menyeleweng akidah ni kena berhati-hati juga. Tetapi setelah meneliti liriknya dan membaca penjelasan Gary Cherone, ternyata maksud lirik itu adalah yang sebaliknya. Lagu ini ditujukan kepada golongan yang tidak mempercayai tuhan ataupun atheist.
Tajuk lagu tersebut pun di ambil inspirasinya dari "headline" majalah Time, "God Is Dead".
Secara keseluruhannya pada saya album ini setakat OK sahaja, Banyak juga lagu-lagu yang agak bluesy dan funky. Tetapi saya cukup tertarik juga dengan beberapa lagu yang solo gitarnya yang sungguh ohsem seperti lagu "Hip Today" dan "Leave Me Alone". Begitu juga dengan kelajuan solo gitar akustik Nuno dalam lagu "Midnight Express". Hebat!
Mungkin bagi peminat Dream Theater boleh juga cuba dengar. Kerana ini adalah album pertama bagi Mike Mangini walaupun kalau tak silap saya beliau hanya bermain untuk 3 lagu. (Hip Today, Leave Me Alone dan No Respect)

Extreme,
kaset,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's
Friday, February 27, 2015
Flashing Metal With Iron Maiden And Flying Solo
Bahan bacaan...
Bruce Dickinson - Flashing Metal With Iron Maiden And Flying Solo by Joe Shooman
Kebetulan dalam mendapat berita tentang kesihatan Bruce Dickinson, saya sedang membaca buku autobiography tentang beliau.
Pada saya beliau adalah seorang individu yang serba boleh. Bukan sekadar menyanyi,mencipta lagu ataupun membuat lirik tetapi beliau juga cemerlang dalam kehidupan diluar dunia heavy metal.
Selain sebagai DJ radio dalam rancangan "Friday Rock Show" di BBC, beliau juga adalah pengacara rancangan tv dokumentari "Flying Heavy Metal" di Discovery Channel, penulis novel best seller, The Adventures of Lord Iffy Boatrace dan The Missionary Position. Penulis skrip untuk filem Chemical Wedding. Juruterbang untuk sebuah syarikat penerbangan komersial. Mewakili England dalam sukan lawan pedang (fencing) dan juga peminat sejarah tentang peperangan.
Ini adalah buku unofficial ataupun unauthorised. Maknanya memang tiada langsung temuramah secara langsung dengan Bruce Dickinson ataupun mana-mana ahli kumpulan Iron Maiden. Walaupun begitu penulis telah melakukan kajian yang baik terutamanya dalam bab ketika beliau bersama Samson dan zaman album solo. Temuramah bersama beberapa orang anggota Samson dan pemuzik yang terlibat dalam album Skunkworks sememangnya banyak membantu,
Sambil tu layan gambar la yer...
Bruce Dickinson dengan imej bermisai..heheh
Selebihnya penulis banyak mengambil siri temuramah Bruce dan orang-orang disekeliling beliau dalam pelbagai sumber. Dari zaman sebelum Iron Maiden ke zaman solo dan zaman kembali semula ke Iron Maiden dan cerita-cerita perihal hobi dan kerjaya beliau selain dari Iron Maiden.
Mungkin ianya lebih menarik jika ditulis oleh Bruce sendiri. Mungkin banyak benda akan dikupas dengan lebih terperinci. Tetapi lebih baik ada dari tiada langsung. Saya tidak boleh mengulas lebih-lebih kerana saya sendiri belum habis membacanya. Dah hampir 4 bulan pun, tetapi masih gagal untuk menghabiskannya. Nampaknya banyak yang perlu diperbetulkan dalam pengurusan masa saya.
"I didnt want to reach forty and have to say all i'd done was look out the window of a tour bus and get drunk" - Bruce Dickinson

Bruce Dickinson,
buku majalah fanzine,
Iron Maiden
Thursday, February 26, 2015
whiplash
Calon filem terbaik terakhir yang sempat saya tonton sebelum berlangsungnya anugerah Oscar...
Whiplash (2014)
Saya terbayangkan Metallica bila membaca tajuknya apatah lagi ianya sebuah filem berkenaan pemain drum. (hahaha...) Tetapi sebenarnya tajuk Whiplash itu adalah berinspirasikan dari sebuah lagu jazz dari komposer jazz terkenal Hank Levy. Minta maaf saya buta jazz, saya tak pernah tahu apa-apa pun pasal lagu klasik jazz.
Memang ceritanya ada bersangkut paut dengan jazz. Whiplash adalah kisah seorang pelajar kolej muzik (Andrew) berusia 19 tahun yang bercita-cita tinggi untuk menjadi pemuzik jazz (drummer) yang disegani seperti idola beliau Buddy Rich. Beliau berusaha keras supaya diterima masuk ke dalam band jazz kolej di bawah kelolaan conductor (Terence Fletcher) yang sangat tegas, garang dan mementingkan kesempurnaan dalam muzik. Salah tempo sikit pun memang kena baling.
Tak pasti ada ker conductor muzik yang begitu garang macam ni. Menontonnya pun buat kita rasa geram dan menyampah. Rasa macam nak tumbuk jer muka dia (hahaha...). Ini bermakna lakonan JK Simmons memang sangat berkesan. Memang tak salah lah bila dia menang anugerah Oscar dan Golden Globe. Memang cemerlang.
Pada saya Whiplash memang best. Jalan ceritanya sangat menarik. Tak mahu komen lebih takut spoiler. Tak pasti adakah Miles Teller yang melakonkan watak Andrew adalah memang seorang pemain drum yang sebenar. Memang nampak hidup gaya permainannya terutamanya ketika beliau membuat drum solo pada akhir filem.
Whiplash membuatkan timbul rasa hormat saya kepada pemuzik jazz.
Rekomended!

Subscribe to:
Posts (Atom)