Selepas membaca cerita berkenaan Scorpions – Return To Forever 50th Anniversary Boxset dalam blog Speedrider semalam, saya rasa terpanggil pula untuk menyelongkar koleksi Scorpions yang saya ada.
Saya bukanlah tegar sangat dengan Scorpions. Tetapi seperti mana-mana peminat muzik rock yang sebaya saya, sudah pastinya soundtrack zaman kanak-kanak mereka akan dipenuhi dengan lagu-lagu Scorpions. Malah mereka adalah antara pendedahan awal saya kepada muzik rock di awal tahun 80an dahulu.
Tegar tak tegar...rupa-rupanya discography Scorpions saya terutamanya cd hampir lengkap. Yang masih tiada sudah tentu-tentunya yang terbaru "Return To Forever". Saya juga memang tidak pernah memiliki Acoustica (2001) dan Moment of Glory (2000). Tetapi itu ok kot...pasal dua-duanya bukan album studio.
Yang studio album, Eye II Eye (1999) cuma ada kaset dan saya pasti saya pernah memiliki kaset Humanity: Hour I (2007). Tetapi gagal dijumpai walaupun puas juga menyelongkar almari. Tak pasti pulak samada hilang, salah letak atau dah kena buat harta.
![]() |
| satu-satunya LP yang ada...bila la agaknya dia nak berteman... |
Tetapi yang baru saya perasan rupa-rupanya saya masih belum mempunyai album In Trance (1975). Mati-mati ingat dah ada. Iskh...iskh...iskh...tak boleh jadi ni. Sekarang juga kena bertindak!!!
(err....dah terbid pun In Trance versi LP....kah kah kah....parah ni..)










