Tuesday, January 12, 2016

David Bowie



Masih terngiang-ngiang lagi mendengar lagu "Starman" dalam movie "The Martian" beberapa minggu yang lalu. Semalam dapat berita yang penyanyinya David Bowie telah pun meninggal dunia.

Saya bukanlah peminat besar beliau. Hanya mula mengetahui tentang beliau ketika di zaman new wave di awal tahun 80an. Lagu "Let Dance" menjadi satu lagu yang agak popular juga ketika itu. Tetapi saya tidak mengambil tahu sangat sehinggalah saya terdengar lagu "Space Oddity". Ketika itu barulah saya tahu yang beliau bukanlah hanya sekadar penyanyi pop new wave.

Dari situ saya mula mengambil tahu tentang Ziggy Stardust dan The Spiders from Mars. Tidak boleh dinafikan beliau melalui karektor alter egonya, Ziggy Stardust adalah antara pencetus awal genre glam rock di awal tahun 70an. Fesyen rambut, gaya dan pakaiannya menjadi ikutan sehingga kini. Saya tak rasa apa yang pelik Lady Gaga buat sekarang belum lagi di buat oleh oleh David Bowie. Malah apa yang David Bowie buat jauh lagi hebat lagi.

Terimakasih David Bowie kerana memberikan saya "Space Oddity", "The Man Who Sold the World", "Changes", "Starman", "Ziggy Stardust”, "Rebel, Rebel", "Heroes", "Fame", "Under Pressure - Queen", "All the Young Dudes - Mott the Hoople" dan banyak lagi....


Thanks for the music...Goodbye Major Tom....

David Robert Jones (8 January 1947 – 10 January 2016)





Monday, January 11, 2016

Sudah Sampai Sini : Teluk Gorek, Mersing



Tahun ke 5 berulang alik ke Mersing menghantar anak yang bersekolah di sana. Baru ni tahu kewujudan pantai Teluk Gorek ni.


Kalau dari Bandar Mersing, lokasinya di atas sedikit dari Pantai Air Papan. Tak berapa jauh pun. Lebih mudah jika menggunakan jalan dalam di persisiran pantai. Lokasinya agak tersorok, mungkin sebab itu ianya tidak berapa dikenali berbanding Air Papan yang lebih komersial.


Yang menarik pantainya landai. Maklumlah kawasan teluk. Orang pun tak ramai. Agak privacy la kalau hendak berkelah dan berbbq bersama keluarga. Ada juga sebuah resort dikawasan berhampiran jika anda berminat untuk bermalam. Saya tak pasti harga dan keadaannya. Tak pergi tengok pun. Sekadar meninjau dikawasan pantai awamnya.


Kalau tiada aral, ini adalah tahun terakhir ke Mersing. Mungkin saya patut lebih explore pantai-pantai yang ada disana. Mungkin saya akan mencuba ke Pantai Pasir Lanun pula...





Friday, January 8, 2016

Juara Juara Rock 2

Atas permintaan Deaf...sebenarnya kalau ikutkan nak buat ikut turutan yang pertama dulu sebelum yang ini...


Juara - Juara Rock 2 (1987) - keluaran semula 2015

Antara album yang dinanti-nantikan bila demam cd keluaran semula ini berlaku. Lepas NSR dan Universal Music/EMI, kini giliran Sony pula terjebak. Harap ianya akan berterusan...

JJR2 adalah salah satu soundtrack kehidupan awal remaja saya. Memang kesemua lagu-lagunya terpahat dalam kepala. Ianya bolehlah dikatakan sebagai zaman emas rock melayu sebelum merebaknya wabak rock leleh pada penghujung 80an ( tahun 1989 dan ke atas).


Ianya kali pertama dikeluarkan dalam bentuk cd dengan gambar cover yang asal. Tahun 2001 dulu pernah juga diterbitkan dalam bentuk cd tetapi dengan gambar yang cover lain dan lagu-lagunya dirojakkan bersama JJR1 dan JJR3 menjadi 2 volume cd.


Menariknya ianya mengekalkan rekabentuk seperti versi kaset yang asal. Sayangnya ada kesilapan typo bila nama Scandals di salah eja menjadi Scandais. Patutnya setiap syarikat rakaman melantik peminat/collectors sebagai editor sebelum dicetak supaya setiap rilisan tersebut benar-benar sempurna. Maklumlah ini semua khazanah negara. Kalau bukan kita yang nak jaga...siapa lagi? Lantik saya tanpa bayaran pun saya sanggup.


Dari segi sound pula, saya tak pasti dari mana sumbernya diambil. Adakah sama seperti cd keluaran 2001 kerana saya dapati soundnya ada sedikit tenggelam berbanding dari keluaran 2001. Tetapi secara keseluruhannya masih ok. Bukanlah satu masalah sangat.

Apa-apa pun ianya sememangnya satu rilisan yang mengamit memori. Mengembalikan kenangan ketika saya berumur 16 tahun. Masa tu memang tengah kemaruk dengan muzik rock. Pada saya semua lagu best. Banyak sangat sentimental valuenya. Zaman-zaman baru nak berjinak-jinak dengan studio jamming.



Susah juga kalau nak pilih lagu mana yang paling saya suka. Kalau yang berat mungkin Derita "The Sentinel Judas Priest Bangsa - MAY dan Roda Penghidupan - D'Febians yang jadi pilihan. Kuasa II - Scandals pun sedap juga. Bila belajar Maths yang ada bab pasal kuasa 2 memang kepala otak terngiang-ngiang lagu ni.

Kalau yang perlahan saya pilih Bayangan Hidup - MAY. Tetapi 2 lagu dari Metalian,  Segala Untukmu dan Biarkan Aku Sendiri pun sedap.


*nak baca entri lama saya boleh klik >SINI<




Thursday, January 7, 2016

RUN FOR COVER

Sambungan entri tahun lepas yang tak sempat nak siap...
Yang menyambut ulangtahun ke 30 31....


Gary Moore - Run for Cover (1985)

Ini adalah antara zaman kemuncak Gary Moore ketika dia masih ber"heavy metal". Bagi yang kenal mendiang ketika zaman "Still Got The Blues" pastinya tak tahu yang beliau bermula dengan muzik hard rock/heavy metal ketika awal tahun 80an dulu.

Sesuatu yang peminat blues beliau patut tahu, beliau dulunya adalah seorang shredder. Solo-solonya memang berapi. Sayangnya semenjak ber"blues" beliau tidak lagi bermain begitu sehinggalah ke akhir hayat beliau.

Ini album yang menarik. Lagu-lagunya memang sedap. Tambah-tambah pula barisan artis-artis undangannya memang tengah top pada ketika itu termasuk lah Glenn Hughes (Deep Purple), Phil Lynott (Thin Lizzy), Bob Daisley (Rainbow, Ozzy Osbourne) dan Don Airey (Rainbow, MSG, Ozzy Osbourne).


Paling menarik sudah tentunya lagu "Out in the Fields". Lagu duet antara dia dan Phil Lynott. Ini adalah antara lagu yang menaikkan nama beliau ke dalam carta. Beliau juga merakamkan semula lagu yang popular dikalangan mat rock melayu zaman saya budak-budak dahulu, "Empty Rooms". Terkenang zaman-zaman kaset apache bila mendengar lagu ini.

Lain-lain yang patut anda dengar adalah "Military Man". Lagu nyanyian Phil Lynott. Kalau tak silap ini adalah rakaman terakhir penyanyi Thin Lizzy tersebut sebelum dia meninggal dunia. Saya tak pasti tetapi secara kebetulannya Gary Moore tidak lagi ber"heavy metal" selepas kematian beliau.

Apa-apa pun saya memang suka Gary Moore ketika dia ber"heavy metal". Terbaik!



Monday, January 4, 2016

MMXVI

Dah 4 hari dah tahun baru…agak sibuk dengan hal-hal duniawi di alam nyata…tak sempat nak berblog…banyak lagi album yang menyambut ulang tahun ke 10, 20, 30 dan 40 pada 2015 yang tak sempat pun nak buat ceritanya…banyak juga tempat-tempat menarik yang di lawati pun tak sempat juga nak di buat ceritanya…wayang…buku…dan macam-macam cerita yang nak ditulis tapi sering kekurangan masa….


Secara ringkasnya kalau bab-bab hal duniawai tahun 2015 memang agak menarik. Terutamanya dalam hobi mengumpul cd bila terbitnya berderet-berderet cd album rock melayu lama yang diterbitkan semula. Sampai tak terkejar pun ada. Semoga banyak lagi yang akan terbit pada tahun 2016 ini…

Tapi yang tak bestnya bila RM Merendum dan Estock_deutschland pula tutup kedai. Percubaan nak menjadi hipster dengan mengumpul LP pun terbantut....tak larat dah tengok harga LP sekarang ni...


pembelian 2015 yang sampai pada 2016

Apa-apa pun semoga 2016 akan bertambah baik lagi...bukan sahaja hal-hal hobi yang duniawai...tetapi di dalam semua segi...

Semoga semuanya yang baik- baik dan diberkati....Selamat 2016







Thursday, December 31, 2015

XPDC - Rockin' Live at D'va Sri Alam

Entri terakhir untuk 2015...Asalnya macam malas nak buat cerita pasal ni...sebab utamanya handphone rosak...habis semua gambar dalam tu termasuklah gambar XPDC live ni hilang...tetapi memandangkan saya bukannya selalu berkonsert. Ini cuma konsert saya yang ke 2 untuk 2015 selain Search Panggung Khayalan...dan saya rasa rugi pula kalau tak menulis pasalnya...tambah-tambah pula ianya memang cukup happening...malah saya rasa ianya lebih happening dari Search....maka...


Kat tiket tulis 11 malam. Maka kita orang (Shafid, Portdy + isteri) masuk sebelum 11 malam. Rasa tertipu juga bila harga tiket tulis RM20. Tapi bila nak masuk kita dipaksa pula untuk membeli minuman sebagai syarat untuk masuk. Ni dah kira kos tersembunyi. Saya tak pasti berapa harga minuman (segelas coke) yang dikenakan. Mungkin RM20++. Shafid yang tolong bayarkan. (Mintak halal la bro kalau aku terkurang bayar...)

Untung juga Portdy ada tempah meja. Kalau tak...tahu kat mana nak melepak dalam tu. Sementara tunggu XPDC, kita dihiburkan oleh band club. Yang datang majoriti mat rock...maka dorang pun main lagu rock...rock orang putih la...ada la dorang main lagu Search khas untuk Portdy yang pakai baju Search..Bagus juga band ni...muzik tight...suara penyanyinya (2 perempuan & 1 lelaki) pun power.

(Shafid, aku ada ambik beberapa keping gambar Linda D'va...sayangnya handphone kong...hahaha...tak dapat la nak share kat sini...huhu...)

Ingatkan lepas habis dorang perform, XPDC masuk...rupanya tak jugak...jenuh juga menunggu sambil dihiburkan dengan seleksi lagu-lagu disco yang bukan kakak-kakak dan yang bawak anak jer pening dengar...aku pun pening sama...

gambar kredit pada Portdy

Akhirnya...pukul 12 lebih baru XPDC keluar...lega....terutamanya bila nampak kelibat Mael...tapi bila mula lagu pertama...terus rasa hilang segala penat menunggu....memang terbaik la...

Maksud terbaik tu bukanlah nak kata dorang perfert...suara Mael sampai, Jeff tak terkucil...tapi bak kata Mael pada malam tu, XPDC bukan band yang protokol, semua nak kena perfect...XPDC adalah band yang untuk semua peminat boleh enjoy...dan saya rasa semua yang berada dalam kelab D'va malam tu memang enjoy...singa a long semua...meriah giler...

lagi sekali kredit gambar untuk Portdy...sayang betul la gambar2 saya semua hilang...

Malam tu Mael boleh tahan banyak cakap...dia cakap XPDC kini dah ada 3 orang Johor...sambil kenalkan Jeff dengan nama kat kampung sebagai Jeffridin. Sempat juga dia cerita sejarah dulu-dulu XPDC main expo kat Masai (Sri Alam ni kawasan Masai) sambil tujukan lagu "Raja Kertas" buat otai-otai yang dah malu-malu nak headbanging depan anak-anak...

Malam tu semua anggota pun muka happy...Zuar dan Amy memang senyum memanjang...rasanyanya line-up kali ni semua pun happy. Tak ada Izo pun tak terasa sangat. Jeff sebagai penganti Izo malam tu memang sempoi. Dia memang tak sama...ada juga terkucil tersalah masuk...tapi tak kisah la...dengan gitar bercabang ala Dimebag Darrell dia tu memang happening la...solo pun dasyat juga..

ni kredit untuk Shafid...iyer-iyer jer mamat pakai baju Def Leppard tu ambik gambar dan rakam video...last-last semua pun hancus...heheh....

Jangan tanya setlist...kejadian dah lama berlaku...saya pun dah ingat-ingat lupa segala detailnya...show habis pukul berapa pun dah tak ingat...Nanti minta Portdy la bagi setlist...dia ada rakam video the whole show...

Kesimpulannya memang enjoy la...rasa best pula tengok live kat kelab kecik-kecik macam ni. Semua pun depan mata...walaupun telinga bingit sikit la bunyi kuat nak mampus tambah pula bau rokok dan alkohol melekat kat baju....

Apa-apa pun memang puas hati la...cuma rasa macam tak puas pulak...semoga berjumpa lagi di show lainnya di tahun depan (macam la selalu tengok konsert...hahaha...)

untuk laporan dari Shafid sila klik >SINI<



Wednesday, December 30, 2015

Wordless Wednesday





Thank You For The Music

Ian Fraser "Lemmy" Kilmister 
(24 December 1945 – 28 December 2015)