Wednesday, January 15, 2020

Cd 2019 - Bahagian 16


Sambung lagi cd-cd terbitan tahun 2019 yang tak sempat nak tampal pada tahun lepas

Tom Keifer Band - Rise

Cinderella - B-Sides & Rarities

Dua cd yang ada kena mengena. Tom Keifer Band adalah perkara yang paling hampir untuk menghilangkan kerinduan peminat Cinderella manakala B-Sides & Rarities adalah perkara yang peminat setia Cinderella patut ada dalam koleksi mereka.



Monday, January 13, 2020

A Farewell to King

Lambat sikit buat tribute. Sibuk dengan hal-hal duniawi yang lain...

"Inilah dia lagu rock...". Berpuluh tahun yang lalu (terasa tua nya 😁) ketika kali pertama mendengar lagu "Tom Sawyer", itulah ayat atau kata-kata dari rakan-rakan atau abang-abang yang lebih tua. Kita masa tu bukannya paham apa. Budak-budak umur 8 atau 9 tahun lah kan. Yang kita tahu hanya lah nak berkubang mandi paya...


"Tom Sawyer" adalah antara lagu rock terawal yang di dengar. Ianya juga antara penyebab terjebak meminati muzik rock. Tapi nak kata minat sangat Rush... Tak juga. Cd mereka pun sekadar ada 2 yang di dalam simpanan. Tetapi bagi mat rock yang membesar pada penghujung 70an dan awal 80an, Rush dan Neil Peart adalah nama-nama yang pastinya terlintas dalam sejarah hidup walaupun mungkin ada yang tak pernah dengar pun lagu-lagunya.

Ketukan drums dan lirik-lirik beliau akan terus segar dalam ingatan...


Neil Ellwood Peart
(September 12, 1952 – January 7, 2020)

Thanks for the music




Friday, January 10, 2020

Dua Kosong Satu Sembilan - Bahagian Dua

Lagi campak kebelakang 2019...

Tahun lepas juga adalah tahun yang kembali membeli kaset. Tidak la mencari sangat pun tetapi bila ternampak iklan di FB. Harga pula agak berpatutan. Dan ianya ada kenangan dari zaman remaja. Sedar tak sedar memang dah terbeli...haha...

Tak lah banyak. Tak sampai pun 20 keping. Ada yang dah pernah cerita kat sini. Ini antara yang dah terbeli....



Ini semua pun sekadar suka suka simpan. Ada yang beli tapi tak pernah dimainkan pun. Walaupun sebenarnya ada dua cassette player dalam simpanan. Malas!


Adalah sikit...tapi ini semua sebenarnya adalah penyakit...😁😁😁




Tuesday, January 7, 2020

Dawn of the Dragonstar



Twilight Force - Dawn of the Dragonstar (2019)

Satu lagi album pilihan untuk tahun 2019. Terutamanya bagi kategori symphonic power metal. Memang sedap. Memang catchy. Memang cheesy. Bila dengar genre sebegini memang tak boleh lari dari perbandingan dengan Rhapsody/Rhapsody Of Fire. Tetapi apabila album terbaru Rhapsody of Fire sendiri agak kurang memberangsangkan. Klon seperti inilah yang perlu kita cari.


Seperti Legends From Beyond the Galactic Terrorvortex, album ini jugak boleh membuatkan kita ketagih. Kalau Legends From Beyond the Galactic Terrorvortex liriknya terarah kepada tema sc-fi, Dawn of the Dragonstar pula liriknya adalah fantasi power metal yang sejati.

Senang cerita, ini adalah sebuah album symphonic power metal yang bagus. Vokalisnya pun adalah bekas vokalis Luca Turilli's Rhapsody. Memang dah terbukti bagus. Makanya, jika anda mahukan muzik symphonic power metal yang bagus sememangnya ini lah yang patut dicari. Tapi kalau nak cari kelainan...sesuatu yang baru...pergilah cari di tempat lain.





Sunday, January 5, 2020

20.02.2020





*tak sabar dah ni...  Jom!



Friday, January 3, 2020

Dua Kosong Satu Sembilan



2019 yang berlalu… blog pun tak lah seaktif macam dulu. Tetapi selagi ada sedikit semangat dalam diri, memang akan cuba untuk terus menulis. Tengok kat statistik, pembaca pun semakin berkurangan. Senang cerita, berblog memang dah ketinggalan zaman…

Cerita peribadi pun jarang dah tulis kat sini. Layan cerita -cerita hobi sahaja. Antara hobi yang tak boleh berhenti adalah membeli fizikal muzik. Tak kira lah cd, lp dan paling tak sangka membeli kaset kembali.

Tetapi pembelian utama memang tetap cd. Nak kata dengar semua pun sebenarnya tidak juga. Malah lebih banyak ketikanya menggunakan secara atas talian seperti Spotify ataupun YouTube. Ianya lebih mudah terutamanya dalam hal mencari. Tekan "search", taip nama… terus jumpa. Berbanding termenung depan rak mencari mana dan di mana letak cdnya tersebut. Itu belum guna lp atau pun kaset. Jenuh nak menukar dari side A pergi ke side B.

Mungkin inilah namanya hobi. Beli, simpan dan tayang....hahaha...Nak kata pencen tu memang tak la...tak minat mancing, tak minat golf. Ini satu sahaja yang minat. Selagi ada rezeki,memang akan terus membeli...

Kongsi sedikit apa yang di beli sepanjang tahun 2019. Kalau cd-cd baru terbitan 2019 memang selalu dah kongsi kat sini. (itu pun ada lagi yang tertinggal). Tapi tak semua lah. Banyak sangat kot sampai tak ingat apa yang di beli...hahaha...


Yang ini pembelian yang paling digemari. Lama dah cari. Dulu hanya ada kaset. Itu pun ada yang hanya setakat kaset dubbing. Zaman belajar, mana lah nak ada duit sangat. Ni dah tua-tua ni bila ada rezeki yang lebih, jumpa...memang terus upgrade ke cd.


Yang ini dulunya setakat setakat dapat tengok kat rak kedai kaset. Nak beli tak cukup duit. Ada pula yang setakat baca kat majalah. Benda-benda yang boleh mengimbau kenangan silam kalau terjumpa memang tak akan dilepaskan...


Ini pun sama kes. Ada yang dulunya tak pernah nampak pun ada di jual di Malaysia. Memang mengharapkan ihsan kawan-kawan untuk berpeluang dengar. Terutamanya kawan-kawan yang ada abang belajar luar negera. Masa tu mana lah ada youtube atau spotify. Kaset dubbing dan cetak rompak menjadi pilihan.


Antara yang rare dan underated. Heavy metal asli 80an sebegini sememangnya dah sebati dalam hati. Tak kisahlah apa pun evolusi muzik zaman kini, Akhirnya muzik yang begini juga yang akan tetap dicari.


Biarlah orang nak kata apa. Tak up to date pun tak apalah. Selera sememangnya dah tersangkut di era heavy metal 80an. Tak boleh move on dah... Memang dah stuck kat situ...


Cukuplah setakat ini. Banyak lagi kalau nak kongsi gambar pembelian cd tahun 2019.  Ini suku pun tak sampai...hahaha...




Wednesday, January 1, 2020

Wawasan 2020

Selamat tahun baru 2020....


Mana hilangnya masa. Cepat betul 29 tahun dah berlalu. Ketika wawasan 2020 di umumkan pada tahun 1991, rasa jauhnya nak sampai. Siap berkira-kira berapa kah umur pada tahun 2020. Tua nya nanti pada ketika itu. Tetapi bila dah sampai ketikanya... tak lah rasa tua pun... Age is just a number...hahaha...

Dulu kalau cerita perihal tahun 2020, mesti terbayangkan kereta terbang, bangunan-bangunan tinggi yang canggih, bullet train... tapi banyak mana kah yang dah berubah?

Dari segi teknologi memang tak boleh di nafikan. Banyak benda yang tak tercapai dek akal pun pada ketika itu. Handphone dan internet adalah antaranya. 2 benda yang paling terkesan untuk generasi sekarang.

Tetapi 2 benda ini juga lah yang menyebabkan hampir pupusnya teknologi cd. Tahun 1991 adalah tahun cd baru bertapak terutamanya untuk pasaran di Malaysia. Tetapi sekarang ianya hampir nak pupus. Kedai cd pun dah hampir tak wujud. Satu perkara yang generasi sekarang tak mungkin akan lalui.

Tetapi ada juga yang masih sama. Tak kisah lah kalau tak ada kereta terbang. Satu dunia pun tak tercapai. Tetapi bab Infrastruktur contohnya. Johor Bahru tetap tak ada lrt atau mrt apatah lagi bullet train. Sedih…

Tapi kan, selepas 29 tahum, ada satu benda yang tak pernah terpikir pun yang ianya akan masih sama. Siapa sangka PM yang melancarkan Wawasan 2020 masih sama orangnya dengan PM yang ada sekarang...hahaha...


*gambar hanya sekadar hiasan