Sunday, August 2, 2020

Earth vs the Wildhearts

Antara yang terkini dalam simpanan... 


The Wildhearts - Earth vs the Wildhearts (1993)

Cd ini mengembalikan kenangan di pertengahan tahun- tahun 90an. Ketika itu berkerja di Menara Perbadanan Johor (tak pasti dah jadi nama apa bangunan ini sekarang). Di bawahnya adalah Plaza Kotaraya (sekarang dah jadi Galleria). Hampir setiap minggu akan ke kedai buku di situ. Boleh dikatakan hampir tiap minggu juga tak 'miss' membeli majalah Kerrang.

Ketika itu Kerrang memang sentiasa mempromosikan band-band dari British. Antaranya yang hampir tiap-tiap minggu keluar ceritanya adalah Terrorvision, Thunder, The Almighty dan The Wildhearts. Tapi agak sukar untuk mendapatkan kaset mereka di sekitar Johor Bahru.

Yang jumpa hanya Terrorvision dan Thunder. Teringin betul nak dengar The Wildhearts. Tambahan pula album Earth vs the Wildhearts ini di pilih oleh Kerrang sebagai album no 3 dalam senarai album terbaik untuk tahun 1993. Tapi memang tak ada peluang nak dengar sehinggalah zaman internet dan MP3.


Ternyata ianya adalah sebuah album yang bagus. Mereka adalah penyambung dan pengerak warisan band Britrock di tahun 90an. Muziknya adalah gabungan pop punk, rock n roll 60an dan heavy metal. Ianya sangat melodic dengan singalong chorus. Sedap!

Sayangnya seperti band-band rock British di tahun 90an yang lainnya, mereka gagal untuk menembusi pasaran Amerika yang pada ketika itu sedang kemaruk dengan grunge. Ianya menjadikan mereka agak kurang dikenali.



Thursday, July 30, 2020

Gila Format : Bazooka Penaka


Wings - Bazooka Penaka (1993)

Lama dah beli versi lp ni. Sebelum PKP lagi. Asyik lupa nak tulis pasalnya dalam blog.

Pernah buat entri pasal album ni dulu. 1993 adalah tahun yang saya kurang dengar rock melayu. Kaset seperti di gambar pun adalah kepunyaan adik perempuan. Memang tak beli dan tak dengar pun dulu. Versi cd pula di beli ketika zaman cd mula muncul di pasaran. Tak ingat tahun bila. Bagi yang mementingkan "pressing", yer... cd ini adalah cd 1st press ketika album ini mula dikeluarkan dalam bentuk cd. 

Ianya bukanlah album Wings kegemaran, tetapi banyak juga lagu-lagunya yang sedap dan ada nostalgianya yang tersendiri.



Monday, July 27, 2020

Alannah Myles



Alannah Myles - Alannah Myles (1989)

Antara cd terkini dalam simpanan. Mungkin ramai yang tak kenal awek rocker dari Canada ni. (30 dulu lah.. Sekarang dah mak cik 😅).

Beli demi kenangan ketika di ITM sekitar tahun 1990. Rakan sebilik yang beli. Tumpang motor dia pergi Bandar Segamat. Singgah kedai kaset. Saya beli kaset antu, dia beli kaset ini.

Ketika itu lagu Black Velvet sedang popular di radio dan menjuarai carta Billboard. Memang sedap lagunya. Ada feel blues. Tetapi lagu yang menjadi kegemaran saya adalah balada "Lover of Mine" dan sebuah lagu hard rock ala Vixen, "Kick Start My Heart".






Friday, July 24, 2020

Dirgha Belasungkawa



Langsuir - Dirgha Belasungkawa (2019)

Ini bukan suatu ulasan. Tak pandai nak mengulas pun. Cuma nak cakap ini satu terbitan yang berkualiti. Saya memang mudah suka dengan irama metal yang laju tetapi bermelodi. Yang menjadikan Dirgha Belasungkawa sedap di telinga saya adalah kerana melodi dan solo-solo gitarnya yang mudah menangkap. Sangat "catchy".

Bukan nak bodek Dr. Sam supaya dapat lebih diskaun bila berbelanja di RAL (kah kah kah), tetapi jika saya ada sebuah band death metal, beginilah arah tujunya yang saya mahukan. Tabik!

Antara terbitan terbaik death metal tempatan untuk tahun 2019. Rekomended!


Tuesday, July 21, 2020

Gila Format - Pride

Lagi yang berjaya di"giler format"kan...


White Lion - Pride (1987)

Sebuah lagi album yang banyak kenangan dan menjadi 'soundtrack' ketika zaman remaja.

Pride akan sentiasa mengingatkan saya kepada Cik Safiah (dulu la... 30 tahun dulu... Sekarang dah tentu-tentunya puan 😅). Lecturer accounting ketika saya menuntut di ITM Segamat.

Kaset di dalam gambar di atas asalnya adalah milik beliau. Dibeli ketika beliau menuntut di UK. Kami tukar pakai. Dia bagi pinjam Pride, saya bagi Metallica Black Album. Tetapi hingga habis semester dari tukar pakai akhirnya menjadi tukar hak milk. Haha...

Dan pembaca asal blog ini pasti tahu yang saya adalah fan boy Vito Bratta. Mana mungkin ianya tidak saya giler formatkan...


Saturday, July 18, 2020

Sudah Sampai Sini - Up North

4 tahun dulu pernah bercerita tentang hantar anak mendaftar ke UUM. Pejam celik Pejam celik dia dah abis belajar dah. Masa untuk mengankut barang balik. Cepat betul la masa berlalu...


Insyallah kalau masalah Covid-19 selesai. Mungkin akan ke sini lagi tahun hadapan untuk majlis konvokesyen pula.


Dah alang-alang sampai utara, menyinggah lah mana yang sempat. Sayangnya sempadan Thai masih di tutup angkara Covid-19. Banyak kedai di Padang Besar tak buka. Maklumlah khabarnya majoriti berniaga Ali Baba. Lesen berniaga tempatan tapi yang berniaga adalah warga Thailand. Mereka masih tak dapat masuk.


Sempat juga ke Alor Setar. Sayangnya ini bukanlah perjalanan santai. Tak sempat nak berjalan sangat. Nak cuba tempat makan viral pun tak sempat.


Sebelum balik sempat jugalah bermalam di Ipoh. Singgahlah dua tiga tempat. Mungkin ada rezeki boleh rancang perjalanan yang lebih santai pada masa hadapan.


Sempat jugalah merasa roti goyang Dataran Dato Sagor.



Wednesday, July 15, 2020

Speedy's Coming

Bukan pasal Scorpions. Tapi nak cerita tentang kedai Speedy yang buat jualan diskaun sempena nak tutup. Bukanlah pelanggan tetap mereka. Dulu-dulu rajin la juga pergi. Tetapi sejak-sejak Speedy ni lebih banyak jual dvd berbanding cd, memang tak rajin dah. Tambah pula kebelakangan ni banyak cd cina dan korea jer pun dorang jual. Memang dah tak kumpul movie sejak pupusnya zaman vcd. Makanya memang jarang dah singgah Speedy.

Tapi diskaun punya pasal, singgah la juga Speedy di Mid Valley SouthKey. Yang kaki movie rasanya memang berbaloi. Ada yang 10 keping dvd = RM10, ada yang 7 = RM35. Yang cerita-cerita series memang hampir nak terbeli juga. Memang murah. Dah pegang-pegang Northern Exposure, tapi disebabkan tak ada S01 dan S02 tak jadi beli. Tapi bila balik rumah rasa nyesal pulak tak beli...hahaha...


Cd memang tak ada yang best. Tapi dari pulang dengan tangan kosong beli juga lah box set cd pirate made in china dengan harga promosi 2 keping = RM30.


Bon Jovi memang pasal tak ada lagi cd ini dalam simpanan manakala Guns N' Roses pula pasal semata-mata nampak cantik covernya.


Kotak cantik. Cdnya pun cantik ala-ala piring hitam. Tapi bab inlay memang memang hampeh. Ntah awek cina mana la dah masuk ganti Axl Rose dan Slash...kah kah kah...