Tuesday, August 11, 2020

"For Martin Birch - catalyst"

Berita sedih minggu ini....😭

Kalau minat Iron Maiden tapi tak kenal siapa Martin Birch memang tak patut. Dari Killers sehinggalah Fear Of The Dark semuanya adalah hasil kerja tangan beliau. Steve Harris sememangnya secara eksklusif menggunakan khidmat beliau (producer, engineer, mixing) untuk Iron Maiden dan beliau sendiri secara eksklusif hanya berkerja denagn Iron Maiden selepas tahun 1984 sehinggalah beliau bersara selepas album album Fear Of The Dark.

Bukan itu sahaja, banyak lagi sentuhan emas beliau yang menjadi album klasik dan rujukan untuk genre rock dan heavy metal. Jasa beliau dalam menghasilkan bunyi heavy metal sememangnya banyak mempengaruhi selera muzik saya semenjak dari bangku sekolah. Walaupun pada ketika itu tak tau pun siapa producer dan siapa dia Martin Birch. 

antara hasil kerja tangan beliau.. Semua pun best... Semua pun hebat-hebat belaka... 


Thanks for the music sir, 

Martin "the ninja" Birch (27 December 1948 – 9 August 2020)




Saturday, August 8, 2020

Ordinary Man

Layan album-album terbitan terkini...


Ozzy Osbourne - Ordinary Man (2020)

Sejujurnya lama dah tak mengikuti perkembangan album-album Ozzy. Kali terakhir yang betul-betul dengar adalah No Rest for the Wicked (1988) . Selepas itu sekadar dengar gitu-gitu. Kalau ada beli pun hanya Scream (2010). Itupun ketika jualan murah di Popular BookStore dengan harga RM9.90. Tetapi terus simpan dalam rak tanpa dengar pun.

Selepas di war-warkan berkemungkinan ini adalah album terakhir beliau. Maklumlah umur beliau pun dah 71 tahun. Rasa memang patut pula album ini di beli. Tak bolehlah nak di bandingkan dengan zaman kegemilangan tahun 80an dan awal 90an. Memang dah banyak yang berubah. Tetapi pemuziknya adalah muka-muka lama. Kecuali pemain gitar, Andrew Watt (saya tak kenal), Duff Mckagan - bass (Guns N Roses), Chad Smith - drums ( Red Hot Chili Peppers) dan pemain gitar jemputan, Slash (Guns N Roses) dan Tom Morello (Rage Against the Machine) adalah nama-nama besar dari zaman tersebut.


Tanpa Zakk Wylde bukan lah masaalah besar. Ozzy tetap Ozzy. Walaupun nampak dah vokalnya di mamah usia. Lagu-lagunya pun lebih lembut. Tak apa lah. Tak perlu meminta yang berlebihan. Beliau pun telah banyak memberi sejak berpuluh tahun yang lalu.

Under The Graveyard dan Scary Little Green Men adalah antara lagu yang menarik. Duet dengan Elton John dalam Ordinary Man pun ok. Tapi lagu track terakhir duet beliau dengan Pat Malone tu yang buat kacau. Mengarut!

Tak apa lah Atok Ozzy. Tak ada yang perlu dikesalkan jika dia memilih untuk bersara. Anda tetap seorang lagenda!




Wednesday, August 5, 2020

Kaset Apache

Kenangan tidak boleh di jual beli... tetapi ianya boleh dibingkaikan 😁


Tiba-tiba dapat idea pula untuk kerja-kerja kerastangan. Kebetulan pula dapat bingkai gambar lama tak pakai dari pejabat orang rumah. Kaset-kaset cetak rompak jenama Apache ni di beli majoritinya sekitar tahun 1987. 

Dulu harganya cuma RM3. Semuanya adalah kenangan mengumpul 50 sen sehari duit belanja sekolah. Walaupun dah 33 tahun, tetapi ianya masih elok dan masih boleh dimainkan. 

Tetapi disebabkan majorinya dah di upgrade ke dalam bentuk cd, malah ada juga lp... dan kebelakangan ini lebih mudah mendengar menggunakan spotify. Makanya kaset-kaset ini sekadar menjadi perhiasan di rak. Daripada ianya rosak di makan anai-anai, adalah lebih baik ianya di bingkai kan. 

Tak kisah lah kalau ianya boleh buat duit kalau dijual. Sesungguhnya kenangan tidak boleh di jual beli 😁.


Ada lagi 3, 4 keping lagi yang tak muat untuk di bingkaikan. Tak mengapalah. Peram di rak sebagai kenangan....


Siap!... Jadilah buat perhiasan untuk kenangan diri sendiri...😎




Sunday, August 2, 2020

Earth vs the Wildhearts

Antara yang terkini dalam simpanan... 


The Wildhearts - Earth vs the Wildhearts (1993)

Cd ini mengembalikan kenangan di pertengahan tahun- tahun 90an. Ketika itu berkerja di Menara Perbadanan Johor (tak pasti dah jadi nama apa bangunan ini sekarang). Di bawahnya adalah Plaza Kotaraya (sekarang dah jadi Galleria). Hampir setiap minggu akan ke kedai buku di situ. Boleh dikatakan hampir tiap minggu juga tak 'miss' membeli majalah Kerrang.

Ketika itu Kerrang memang sentiasa mempromosikan band-band dari British. Antaranya yang hampir tiap-tiap minggu keluar ceritanya adalah Terrorvision, Thunder, The Almighty dan The Wildhearts. Tapi agak sukar untuk mendapatkan kaset mereka di sekitar Johor Bahru.

Yang jumpa hanya Terrorvision dan Thunder. Teringin betul nak dengar The Wildhearts. Tambahan pula album Earth vs the Wildhearts ini di pilih oleh Kerrang sebagai album no 3 dalam senarai album terbaik untuk tahun 1993. Tapi memang tak ada peluang nak dengar sehinggalah zaman internet dan MP3.


Ternyata ianya adalah sebuah album yang bagus. Mereka adalah penyambung dan pengerak warisan band Britrock di tahun 90an. Muziknya adalah gabungan pop punk, rock n roll 60an dan heavy metal. Ianya sangat melodic dengan singalong chorus. Sedap!

Sayangnya seperti band-band rock British di tahun 90an yang lainnya, mereka gagal untuk menembusi pasaran Amerika yang pada ketika itu sedang kemaruk dengan grunge. Ianya menjadikan mereka agak kurang dikenali.



Thursday, July 30, 2020

Gila Format : Bazooka Penaka


Wings - Bazooka Penaka (1993)

Lama dah beli versi lp ni. Sebelum PKP lagi. Asyik lupa nak tulis pasalnya dalam blog.

Pernah buat entri pasal album ni dulu. 1993 adalah tahun yang saya kurang dengar rock melayu. Kaset seperti di gambar pun adalah kepunyaan adik perempuan. Memang tak beli dan tak dengar pun dulu. Versi cd pula di beli ketika zaman cd mula muncul di pasaran. Tak ingat tahun bila. Bagi yang mementingkan "pressing", yer... cd ini adalah cd 1st press ketika album ini mula dikeluarkan dalam bentuk cd. 

Ianya bukanlah album Wings kegemaran, tetapi banyak juga lagu-lagunya yang sedap dan ada nostalgianya yang tersendiri.



Monday, July 27, 2020

Alannah Myles



Alannah Myles - Alannah Myles (1989)

Antara cd terkini dalam simpanan. Mungkin ramai yang tak kenal awek rocker dari Canada ni. (30 dulu lah.. Sekarang dah mak cik 😅).

Beli demi kenangan ketika di ITM sekitar tahun 1990. Rakan sebilik yang beli. Tumpang motor dia pergi Bandar Segamat. Singgah kedai kaset. Saya beli kaset antu, dia beli kaset ini.

Ketika itu lagu Black Velvet sedang popular di radio dan menjuarai carta Billboard. Memang sedap lagunya. Ada feel blues. Tetapi lagu yang menjadi kegemaran saya adalah balada "Lover of Mine" dan sebuah lagu hard rock ala Vixen, "Kick Start My Heart".






Friday, July 24, 2020

Dirgha Belasungkawa



Langsuir - Dirgha Belasungkawa (2019)

Ini bukan suatu ulasan. Tak pandai nak mengulas pun. Cuma nak cakap ini satu terbitan yang berkualiti. Saya memang mudah suka dengan irama metal yang laju tetapi bermelodi. Yang menjadikan Dirgha Belasungkawa sedap di telinga saya adalah kerana melodi dan solo-solo gitarnya yang mudah menangkap. Sangat "catchy".

Bukan nak bodek Dr. Sam supaya dapat lebih diskaun bila berbelanja di RAL (kah kah kah), tetapi jika saya ada sebuah band death metal, beginilah arah tujunya yang saya mahukan. Tabik!

Antara terbitan terbaik death metal tempatan untuk tahun 2019. Rekomended!