Sunday, January 31, 2016

cd reissue...lagi




Lagi cd-cd reissue yang dah ada dalam tangan...nanti lah cuba buat ceritanya satu persatu....


#hatigembirapoketmenangis







Friday, January 29, 2016

Kau Merubah Segalanya

Lagi perihal album reissue...



Fauziah Latiff - Kau Merubah Segalanya (1989) - keluaran semula 2016

Tak berapa tahu pun tentang lagu-lagunya. Tiada juga kenangan istimewa. Membelinya semata-mata kerana untuk dihadiahkan kepada isteri sempena hari lahirnya.

Beliau adalah peminat besar kepada penyanyi yang digelar "Tiffany" Malaysia ini. Dari mula kenal dah dimaklumkan tentangnya. Saya pula selain dari wajah Fauziah Latiff yang cun melecun tu...lainnya kurang ambil tahu. Lebih suka Tiffany "I Think We're Alone Now"  berbanding "Kau Merubah Segalanya".


Tetapi semenjak berkahwin, selain dari terpaksa mendengar cerita-cerita kenangan beliau tentang Fauziah Latiff di zaman sekolah (tulis lirik kat buku lah...tampal gambar kat locker lah..) saya juga di paksa rela untuk mendengar lagu-lagu Fauziah Latiff seperti mana beliau juga di paksa rela mendengar lagu-lagu hantu suaminya.

Sebenarnya sedap juga lagu-lagu Jee ni. Zaman-zaman kegemilangan lagu-lagu Manan Ngah lah kan. Tapi tu lah...zaman penghujung 80an dulu giler ke nak kena kutuk kalau member-member rock tahu yang kau dengar lagu Fauziah Latiff...Hahaha...


Happy Birthday My Better Half!





Wednesday, January 27, 2016

Tuesday, January 26, 2016

Juara Juara Rock 1

Lagi cerita perihal cd keluaran semula...


Juara Juara Rock 1 (1987) - keluaran semula 2015

Sebuah lagi album yang mengamit memori. Kompilasi ini muncul dikala demam heavy metal melayu sedang meletup. Selepas Search Cinta Buatan Malaysia dan Battle of the Band,  Juara Juara Rock andalah antara album terpenting dalam sejarah rock/heavy metal melayu.  Segala kompilasi selepasnya (kecuali Clash of the bands - yang keluar hampir sama waktunya) adalah sekadar mengikut trend semasa.

Betul-betul kemaruk zaman tu. Maklumlah masa tu tak banyak mana lagu rock dan heavy metal berbahasa melayu. Pernah juga mendengarnya secara berterusan selama 4 hingga 5 jam lebih ketika mengecat rumah di kampung. Boleh bayangkanlah bagaimana barai dah kasetnya sekarang. (dah lah kasetnya kaset cetak rompak)

Ini adalah antara album yang menjadi bahan bualan di sekolah. D'Febians - Peperangan dengan Creeping Death - Metallica. Lagu-lagunya juga menjadi antara yang terawal kami bawa ke studio jamming. Lagu "Secebis Rayuan" dan "Tetap Di Sini" adalah antara lagu wajib bagi kami pada ketika itu. Zaman-zaman baru belajar pegang gitar karan, gitar bass dan set drums yang sebenar, mana la berani nak jamming lagu-lagu yang heavy. Zaman tu nak cari sound pun tak pandai. Cucuk kat amp terus jalan...


Satu-satunya lagu yang saya kurang berkenan dari kompilasi ini adalah lagu  "Kembalilah Semula" dari MAY. Bab melewehnya tu membuatkan saya sering menekan butang "Fwd"'. Tetapi lagu-lagu lainnya memang sedap-sedap belaka.

Walaupun ada typo, terimakasihlah kepada mereka yang berusaha mengeluarkannya semula dalam bentuk cd. Memang tak pernah terpikir pun. Memegangnya dalam bentuk cd membuatkan saya kembali terasa muda. Sekurang-kurangnya tertebus juga lah dosa masa dulu membeli versi cetak rompak. Bukan faktor budak sekolah tak berduit sahaja, tetapi pada ketika itu tak jumpa pun kaset original di kedai kaset di kampung saya. (Ulu Tiram). Sekitar tahun 1988 barulah senang nak dapat kaset yang asli...

Sedikit trivia...kalau ingatan saya betul, model dengan gitar bercabang di gambar cover tersebut adalah penyanyi bernama Ramziela.


untuk entri lain berkenaan album ni boleh klik di >SINI< dan >SINI<




Monday, January 25, 2016

Sudah Sampai Sini @ Janda Baik


Sebuah lagi tempat percutian yang sempat di singgah pada cuti sekolah tahun lepas...kalau biasanya ke laut...kali ini ke sungai pula. Lokasi yang jadi pilihan adalah di Janda Baik di daerah Bentong, Pahang


Mungkin janda-janda kat sana baik-baik belaka...itu pasal ianya dipanggil Janda Baik...hahaha...sebenarnya tak pasti pulak asal usulnya thetapi lokasinya adalah lebih kurang 30++ km dari Kuala Lumpur. Lalu Karak Highway tak jauh dari Genting Sempah.


Tapi masa budak-budak awal 80an dulu apa yang saya ingat pasal Janda Baik adalah kes kapal terbang terhempas yang melibatkan seorang menteri iaitu Tan Sri Ghazali Shafie. Lain-lain memang tak tahu sangat kecuali dengar khabar yang sekarang ni tempat ini adalah salah satu destinasi pelancongan. Jumpa juga akedemi Kelab Bola Sepak Frenz United...


Memang banyak la resort, homestays dan chalets disepanjang sungainya. Macam-macam bentuk macam-macam harga. Nak lepak-lepak balik hari sambil mandi sungai pun boleh juga. Ada beberapa tempat yang dibuka khas untuk orang awam. Memancing pun ok juga. Makanan pun senang. Banyak gerai.


Rasanya tempat ni sesuai la untuk orang-orang bandar yang tak pernah tengok sungai, kampung dan hutan. Sebelah sungai...sebelah lagi bukit bakau...kawasannya pun jenis tanah tinggi...tak lah panas sangat. Sungainya pun tak dalam. Arus pun tak berapa kuat. Sesuai la kalau budak-budak nak merasa mandi sungai.


Tapi untuk orang-orang tua yang seperti saya yang memang berasal dari kampung/felda yang ada paya dan sungai, tempat-tempat begini tak lah menarik sangat. Kalau rasa nak rilek-rilek tenangkan fikiran..balik jer la ke kampung halaman...


OK dah....





Friday, January 22, 2016

The Carnival Bizarre

Lagi yang tertinggal dari tahun lepas...yang menyambut ulangtahun ke 20 21...



Cathedral - The Carnival Bizarre (1995)

Lee Dorrian adalah punca saya terjebak dengan Cathedral. Buat yang tak kenal, Lee Dorrian adalah vokalis Napalm Death untuk album "From Enslavement to Obliteration (1988)" dan separuh lagu dari "Scum (1987)".

Doom metal bukanlah makanan saya. Saya mempunyai masaalah untuk hadam lagu-lagu yang perlahan temponya. Walaupunbegitu ada juga beberapa album dari genre ini yang berjaya menarik minat saya. The Carnival Bizarre adalah salah satu darinya. Ianya bukanlah seratus peratus Doom yang asli. Banyak juga lagu-lagunya yang agak "up tempo" dan tidak meleweh.


Pada saya lagu-lagunya ada "groove". Macam Stoner Rock pun iyer juga. Tetapi pengaruh Black Sabbath memang tidak dapat dinafikan. Bermula dari track pertama lagi dah boleh dikesan. Tambah menarik Tony Iommi juga terlibat sebagai gitaris undangan ("Utopian Blaster"). Sayangnya macam pendek sangat pula solo yang dia mainkan.

Lagu-lagu seperti "Hopkins (The Witchfinder General)" dan "Carnival Bizarre" pada saya tidak menjemukan. Sedap! Namun begitu ada juga lagu yang membuatkan saya menekan butang "forward". "Night of the Seagulls" contohnya. Memang mengantuk dengar.

Namun begitu secara keseluruhannya ia memang sebuah album yang sedap. Padamkan lampu bilik tidur anda. Kuatkan volume. Dan laruttttttt.....................




Thursday, January 21, 2016

Satu Tekanan Irama

Lagi cerita perihal album keluaran semula.


Ekamatra -Satu Tekanan Irama (1989) - keluaran semula 2015

Bukan peminat dan tak akan jadi pun. Membelinya semata-mata kerana kekaguman saya terhadap petikan gitar ala-ala Malmsteen dari Shahrul. Ianya mengembalikan nostalgia saya kepada rakan-rakan shredder semasa saya menuntut di ITM Segamat pada awal 90an dulu.

Ini adalah antara kaset yang sering diputarkan oleh mereka selain dari kaset-kaset gitar hero orang putih seperti Malmsteen, Joe Satriani, Steve Vai dan kaset-kaset dari Shrapnel Records seperti Jason Becker, Marty Friedman, Vinnie Moore, Tony MacAlpine, Greg Howe, Richie Kotzen dan lain-lain yang saya sudah terlupa. Mereka berbangga bila ada anak muda belasan tahun dari Malaysia yang boleh bermain hebat seperti gitar hero mereka. Saya yang buta gitar pun turut menyibuk sama.


Tetapi saya cukup kalah dengan suara Rahmat. Lagunya juga agak meleweh-leweh. Nasib solo-solo melodic yang panjang dari Shahrul menyelamatkan keadaan. Bukanlah nak kata suaranya dan lagu-lagunya tak bagus. Tetapi ianya tidak menepati selera muzik saya.

Kalau anda suka. Beli. Tak perlu mengikut selera muzik saya.